Dah lama tak tulis entry...tak sempat....
16/4/2009 - 6.30 ptg
On the way amik Ami balik dari latihan bola baling, hubby call bagitau dia kena p KL malam ni jugak pasal ada meeting hari Jumaat di MARDI, Serdang. Hubby nak p dgn kereta....so aku ni...apa lagi dah alang2 esok tu cuti...aku pun cakap...nak ikut.....hubby said ok jom la teman...bawak semua anak-anak dah kebetulan esok tu jumaat n sabtu (public holiday in Kedah).
10.00 mlm
Kami sekeluarga bertolak dari rumah ke KL. Singgah 2 kali .... kat Tapah n Sungai Besi. Bebudak bertiga tu sleep kat dlm keta. Pukul 5.00 pagi..kami sampai di IOI Palm Garden Resort. Kira dekat la dgn tempat my hubby nak meeting esok.
17/4/2009 - 4.00 ptg
My hubby ada meeting kat MARDI, Serdang...we all ikut sekali. My hubby p meeting we all pusing2 kawasan MARDI tu...cantik gak...byk pokok -pokok. Cuaca panas sgt petang tu. Settle ja meeting dia...we all singgah Alamanda sekejap pastu balik semula ke hotel...lepak2.
Tunggu abah kat MARDI. Sempat lg berposing
18/4/2009 - 1.00 tghari
Kami sekeluarga bertolak balik ke Kedah. Biasa la dlm perjalanan cuaca panas terik. Kami singgah di Sungai Perak utk makan n kat Gurun. Sampai di rumah dlm pukul 7.30 ptg.
Aku apa lg...kemas rumah...mesin kain n suruh bebudak tu mandi. Lepas ja diaorg mandi...aku rasa badan abang n hamiz sanim (si kecil) panas. Ehhh nak demam la ni.
Aku pun bagi bebudak berdua tu makan ubat. Letak cool fever. Dlm pukul 9.00 mlm, Hamiz Sanim tertdo. Pukul 10.30 mlm si kecik tu jaga...main-main dgn brgan mainannya. aku pun tak kisah la.
11.30 mlm
Aku baru ja nak on pc..nak tulis entry...tetiba aku tgk si kecik tu terbaring mengiring kat atas tikar di ruang tamu. Aku tanya Ami...adik tdo ka??? Taklah dia tak tdoq pun... So Ami pun p check si adik tu. Mama mai tgk adik..awat dia lembik cam ni. Aku pun kelam kabut p tgk....aikk awat anak aku ni...aku angkat dia...dia dah tak tgk aku...tp pandangannya telus...air liur dah meleleh leleh...Ya Allah...anak aku kena sawan tarik. My hubby keluar minum dgn kwn. Aku pun apa lagi...ambik kain lembab lap badan dia....dia pun muntah...tp masih lembik.....tuhan saja yg tahu kelam kabutnya aku. Rasa jantung aku mcm dah nak pecah....Aku call hubby soh dia balik.....Dia balik terus bwk ke hospital yg terdekat.
On the way to hospital, si kecik tu....dah tak berbunyi...senyap...aku tepuk2 belakang dia...ya allah jgnlah sesuatu yg buruk berlaku kat anak aku....
Sampai di hospital....Dr. check suhu pastu terus letak gas kat mulut. Barulah si kecik tu menangis...alhamdullillah....Dr. ckp suhu badan terlampau panas. Pastu Dr. x-ray. Keputusan x-ray...terlalu byk kahak kat paru2...terjadinya jangkitan kuman. Si kecik kena dimasukkan ke wad.
2.00 pagi
Si kecik terus di tolak masuk ke wad n tambah air (dicucuk kat tgn). Suhu badannya pun menurun n berpeluh-peluh. Tp keesokan paginya suhu badan naik semula. Bila makan ubat suhu badan menurun....dah lama naik semula.
19/4/2009
Aku masih di hospital. Keadaan suhu badan sikecik masih sama. Kejap naik kejap turun.
20/4/2009
Aku minta pda Dr. nak pindahkan si kecik ke KMC. Dr. di hospital buat surat rujukan n tghari kami berdua keluar dari hospital n terus bawa si kecik ke KMC. Dr. yg merawat Dr. Razif...bagitau benda yg sama. Si kecik byk kahak sbb tak pandai nak buang sendiri. Kena tahan di wad. Kat KMC sikecik...terpaksa dibuat 'nebuliser' setiap 6 jam sekali untuk mencairkan kahak. Lepas tu ke bilik terapi untuk disedut kahak. Proses menyedut kahak tu hanya dpt dilakukan sekali saja memandangkan sikecik tu ada ulser kat mulut..byk la jugak ulser tu. Dr. Razif bagitau..bila antibody badan kita menurun..kita senang dijangkiti penyakit lain. So kahak adik tak boleh disedut melalui mulut takut jangkitan ulser tu merebak ke bahagian lain. cuma disedut melalui hidung saja. Sedih sgt bila dia disedut...menangis tak henti-henti
21/4/2009
Masih di KMC n diberi rawatan yg sama. Sambil tu my MIL amik juga air penawar. Rawatan cara kampung.
22/4/2009
Suhu badan adik dah makin stabil...36.2. Sampai ke ptg pun suhu adik macam tu...n Dr. benarkan adik keluar dari wad. Tapi masih perlu ke KMC utk buat nebuliser n sedut kahak. Tp aku masih lagi phobia takut adik diserang sawan tarik lg. Pukul 8.00 mlm adik keluar dari KMC. Cuma keadaan adik masih lemah.
Kawan-kawan yg membaca or terbaca blog ini...doakanlah semoga adik cepat sembuh n tak kena sawan tarik lg. Akan bersambung lg.
π ππππππ πππππ πππππππ ππππππππ ππππππ
π
ππππππ
-
πͺSebahagian kita mungkin menyangka bahawa rezeki hanyalah berkisar pada
harta, makanan, dan tempat tinggal.
πͺSetiap kali berdoa, yang diminta hanya pa...
4 days ago
4 comments:
salam su,
2,3 hari ni Ipoh pun panas terik.. sejak petang tadi ALiya pun dah tunjuk tanda2 macam nak demam.. risau nyer...
semoga ur baby pun cepat sihat yer..
kak suzi, byk bersabar semoga baby kak sihat kembali...insyaallah.
Yati tahu camana rasanya, sebab anak kedua Yati pun masuk hospital masa dia kecik. Tuhan je yang tahu camana perasaan kita sbg mak bapak ni bila anak kita sakit, kan. Doa semoga anak2 selalu sihat.
thanks yati...selamat berkenalan...mmg ari tu akak takut gila..risau sgt...sebab anak2 yg lain tak penah jadi cam tu. tq kerana mengunjungi blogku
Post a Comment