CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label menuku. Show all posts
Showing posts with label menuku. Show all posts

Wednesday, November 4, 2009

Ayaq Tangan Hari Jumaat

Ni menu yang disediakan hari Jumaat lepas....

Ikan masam manis
Kacang buncis goreng ngan bebola ketam
Ikan bakar sumbat cabai
Ayaq asam cabai melaka
Sronok bila tengok sang suami n anak-anak
makan dengan penuh seleranya...nyummm..nyummm....

Tuesday, August 11, 2009

PiSaNg KeLaT RaJa

Ni stori hari Jumaat lepas
Bangun pagi...rasa segar aje...intai kat tingkap bilik
Hujan rupanya...patut le tdo sikit punya nyenyak dibuai mimpi indah
Sejuk la katakan...
Suami dan anak-anak tercinta pun masih nyenyak tido
Errrmmm lapar la pulak pepagi dalam cuaca yang sejuk begini
Nak buat apa ekkk for breakfast...???
Oh..ya..baru teringat pisang kelat raja dah masak...pokok di belakang rumahku
Mr. Hus memang rajin bab menanam pokok baik pokok jenis berbunga maupun yang berbuah
Kat belakang umah ditanam pokok pisang, nenas madu, sayur sawi, kucai n salad.
Jarang sekali ke pasar membeli sayur...amik aje yang ditanam seniri
Dulu ada sayo kangkung n cili merah...
Kiranya jiran pun boleh merasa hasil tanaman Mr. Hus...

Berbalik kepada kisah pisang kelat raja...
Daku tak tahu la kalo kat tempat lain dipanggil pisang apa...
Kebetulan ada 2 tandan pisang yang masak dalam minggu tu
Montel-montel gak pisang kali ni....
Kena amik cepat-cepat...takut dimakan musang

So breakfast untuk hari Jumaat tu...apa lagi..lempeng pisangla
Sedap dimakan panas-panas dan dicicah ngan madu...nyum...nyummmm

Friday, July 31, 2009

MENU SIMPLEKU

Ni menu masakan aku untuk hari Jumaat. Ni ja yang sempat aku masak...aku ni tak bopa terror bab masak memasak ni...ckit-ckit tu bole le. Setiap kali cuti hujung minggu daku akan cuba sedaya upaya memasak..tapi kalo hari bekerja tu...semuanya bergantung kepada keadaan...kalo daku sampai ke rumah awal...boleh le masak...kalo sampai pun dah pukul 7.00pm jawabnya makan kat kedai le malam tu....ataupun masak nasi aje..beli lauknya di kedai ya..bu..

Menu hari tu....masak merah daging, sayur kacang buncis + udang, ikang goreng, telur dadar n sambal kicap. Sambal kicap ni adalah menu yg mesti ada...sebab Mr. Hus suka sgt sambal kicap ni dicicah ngan ikan goreng. Bukan ape pun cuma cili padi (kalo kat Kedah disebut cabai "melaka"...tak tau kat mana mainya "melaka" tu...kena buat research ni) dipotong ngan bawang besar n tomato lalu diperah ngan limau nipis + kicap.

Sementara nak tunggu abah n abang balik dari solat Jumaat, si kecik dah senyap-senyap ke dapur dok curi-curi ambil udang dalam sayo. Nak tergelak daku tengok gelagat dia...tak sabar-sabar betul dia kalo nampak udang...suka betul dia makan udang.