CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, April 26, 2009

BIL LETRIK & KISAH ANAK

Mr. Hus dah balik dari KL. Lega hati aku. Kalo tidak perasaan hati ni rasa takut ja..takut sesuatu yg buruk berlaku lagi kat si kecik tu. Nasib baiklah si kecik tu semakin pulih lagipun ada mama n ayah aku yg byk membantu masa ketiadaan Mr. Hus. Si kecik tu apa lagi happy sgt bila dah dpt tgk muka abah dia. Dah byk hari tak dpt tgk muka si abah...mesti si kecik tu dok pikiaq...p mana la abah aku ni...

Pagi tadi sebelum pegi keja...aku singgah dulu kat Pejabat TNB bayar bil letrik. Bil letrik aku yg bulan lepas hilang ntah kemana...rasanya ditiup angin setelah pekerja tnb tu amiks bacaan meter umah aku n selit bil kat tepi peti surat tu (agaknye la). Aku minta juga anak2 aku kakak n abg tolong carikan bil tu kot2 la terjatuh dlm longkang ka...ditiup angin ke rumah sebelah ka...tp tak dak gak. So aku pun dok berkira2 nanti sampai bil letrik bulan ni akan ku bayaq sekaligus la.

Rupa-rupanya..bulan ni sampai le bil letrik yg baru beserta dgn 'surat kuning', surat amaran mengatakan letrik umah aku akan dipotong pada 28/4 sekiranya aku tak jelaskan bil yg tertunggak tu. Mr. Hus soh aku cepat2 p bayaq....buat malu kat org ja nanti kalo TNB mai potong letrik umah kita. Hehehe...aku gelak ja la. Nak buat macam mana lagi.

Tahniah jugak diucapkan pada si abang (Ami) kerana berjaya mendapat tempat pertama bagi pelajar Tahun 4 dalam pertandingan melukis dan mewarna sempena kempen anti dadah yg diadakan disekolahnya baru2 ni. Happy bukan main Ami bila aku balik dari keja ptg semlm...cepat2 bagitau aku yg dia dpt no. 1. Dah 2 kali dia dpt no 1 dlm pertandingan melukis dan mewarna. Ami ni aku tgk sebijik punyai minat yg sama macam si abah. Suka melukis n mewarna. Si abah masa kecik2 dulu pun selalu juga menang dalam pertandingan macam tu.
Minat si abah turun pulak kepada anak-anak. Abah kalo bab melukis sekejap aje dah jadi lukisan tu...senang ja aku tgk dia melukis. Kalo aku...harap lukis org lidi boleh la.

Kakak pun aku tgk sekrg ni punyai minat yg sama. Penah sekali ada pertandingan mewarna di tadika perpaduan...akak dpt no. 1 gak. Terkebil-kebil bila namanya disebut...bagai tak percaya yang dia dapat no. 1. "Tempat pertama dimenangi oleh SYAMIMI SYAZA". Tersengih-sengih si akak naik atas pentas amiks hadiah.

Semoga anak-anakku berjaya didalam apa jua bidang yang diminati. Mama sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

1 comments:

kakyong said...

salam..
dah amik tag di blog kakyong
http://kakyong72.blogspot.com/2009/04/projek-anis-aliya-dan-menjawab-tag-lagi.html

Post a Comment