CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label konvo. Show all posts
Showing posts with label konvo. Show all posts

Monday, October 5, 2009

JuAl BuNgA

Majlis Konvokesyen UUM Ke-22 (Sidang Kedua) bermula pada 3 - 5 Oktober 2009.  Setiap kali konvo, persatuan staf UUM akan menjalankan aktiviti tahunannya iaitu menjual bunge.  Best tau kawan-kawan..jadi penjual dan penggubah bunga..
meriah sangat bila dapat berkumpul ngan kawan2 yang lain sama-sama memerah tenaga gubah bunga..sambil tgk orang
..sambil mengumpat apa yg patut....tambah dosa free....

Sepanjang jalan nak ke UUM pun penuh ngan penjual lain yang turut sama memeriahkan suasana menjual bunga...mai..mai beli bunga...!!!!


Pepagi buta lagi...gerai ni dah terpacak kat luar kawasan UUM
Awas jalan kat sini kawasan lembu melintas....berhati-hati 
jangan pandu laju tau

Selamat Datang ke UUM
Tahniah kepada semua pelajar

Para pelajar baru saja kluar dari Dewan Muadzam Shah
Saudara mara yang menunggu diluar dewan.....utk sesi bergambar.....smile.....
 Bunga-bunga untuk gubahan tu kitaorg order dari Cameron Highland...bunga-bunga segar lagi menyegarkan.  Segala aktiviti membuang duri, daun, menyusun meja dan sebagainya dijalankan pada hari Jumaat...tapi aku tak dapat nak menghadirkan diri...memandangkan ada kenduri disebelah family MIL. So hari Ahad barula nampak batang idung aku kat gerai bunga tu....ngan kawan2 yg lain.




kawan-kawanku sungguh sibuk menggubah bunga...aku..??? 
cam biasa jadi jurugambar tak bertauliah...
 

Antara bunga-bungaan yang telah digubah dan siap untuk dijual

Sungguh meriah aktiviti jual bunga tahun ni....walopun dalam cuaca yang kureng memuaskan...asik ujan aje....tapi rezeki tetap mencurah-curah cam air ujan gak.....best..best...
Kita sambung lagi aktiviti ni tahun depan...insyaallah