CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label anakanak akak. Show all posts
Showing posts with label anakanak akak. Show all posts

Saturday, August 7, 2010

Kisah Hari Jumaat n Sabtu

Jumaat malam on the way nak ke Rumah Pizza

Sikecik  :  Abah, nanti singgah kedai tau, adik nak beli coklat.
Abah  :  Adik ada duit ka, nak beli coklat..?
Sikecik  :  Errmmm, tapi adik tak dak duit la.
Abah  :  Dah kalo tak dak duit, adik nak beli dengan apa..???
Sikecik   :  Adik beli dengan tangan la..

Heheheh....betul la tukan...nak beli dengan apa lagik kalo bukan dengan tangan

Hari Sabtu  pagi

Hari untuk bangun sedikit lewat dari hari biasa.  Nak kena hantar Ami g tuisyen pukul 11am.  Ratu n sikecik awal-awal lagik bangun n terus ngadap tv.  Akak lak seperti biasa, terus masuk bilik air, mandi.  Hari cuti kami selalunya b'fast n lunch kat luar je.  Lepas mandi akak sesaja la jengok kat luar dari tingkap bilik akak, tengok pemandangan luar, sekali akak tengok grill pintu depan terbuka luas.  Sapa yang kluar umah pepagi ni..?? 

Tak puas hati, cepat2 akak p check.  Keputusan hasil siasatan akak, rupanya, grill tu memang dah terbuka dari semlm, kunci umah masih melekat kat tombol pintu kayu.  Maknanya kami sekeluarga tdo semlm ngan pintu tak berkunci.  Macam serah diri kat pencuri, bagi pencuri masuk umah.  Suspectnya, tidak syak lagi keja en. abah.  Selalunya sebelum masuk tdo, dia akan merokok kat laman umah, baru 'feel' katanya, feel punya pasal sampai masuk umah tak kunci pintu.  Nasib baikla tak ada apa yang berlaku.  Kawasan perumahan akak tu selalu gak pencuri buat projek, tapi sekarang ni dah kurang sejak penduduk kat situ bersepakat nak jadi pak guard, buat giliran meronda bermula dari pukul 1am - 5.00am. 
To en. abah - Tobat lepaih ni jangan dok buat dah mende camni.

Ada Menu Baru Kat Situ

Khamis petang en. abah balik keje awal.  Jarang dia balik keje awal.  Tapi kesian balik ngan muka letih.  Selalunya kalo akak tengok muka monyok semacam je, akak jarang tegur, akak buat derkkk ja.  Anak-anak pun akak soh main kat luar, tak yah bising-bising dalam umah.

Sebenarnya, dia plan nak bawak berbudak bertigas tu kluar makan.  Rasanya kengkawan semua dah tau sangat faveret bebudak tu, mana lagi kalo bukan "Rumah Pizza"  Nak tepek gambar pun bosankan, pasal asik makan mende yang sama je. Tapi layan jalah gambar bebudak ni.  N3 tanpa gambar pun bosan gaks...ahaakkksss
2 org budak ni tengah dok ngendap laks
Ami bukan main berselera lagi, akak paksa dia habiskan pizza tu
bbbruuppp....kenyangggg

Sambil belek menu, akak terpandang satu pamplet promosi sepanjang bulan Ramadhan kat Pizza Hut.  Ada menu baru utk customer yang nak g berbuka posa kat Pizza Hut nanti. Ada Nasi Kurma Ayam, Pizza Ayam Sinar Harapan n minuman Ramadhan Fizz.  So bulan posa nanti, kalo teringin nak ubah selera, boleh singgah Rumah Pizza, cuba menu baru.
klik kat gambar kalo nak tgk lebih jelas
sumber gambar - tq to pakcik google

Tuesday, August 3, 2010

Semuanya Kena Awal

Tabiat baru sikecik sekarang ni, time akak bersiap-siap nak g keja, time tu la dia akan terjaga.
Kalo terjaga mood ok takpe la jugak, ini tidak, mesti mula meraung, nak ikut mama p keja.
Tak payah hantar abang n kakak p sekolah, soh tok ayah yg hantar, mama tunggu adik kat umah, jangan p keja...huhuuuu
Perangai yang sungguh mencelarukan suasana dipagi hari, dan sesungguhnya ia menguji tahap kesabaran akaks.

Maka sesi memujuk pun bermula,  "mama kena p work dulu, nak cari duit, nak beli icecream kat adik, nak beli sugus kaler orange n pink kat adik, bila duit banyak, baru boleh bawak adik jalan-jalan, mandi kolam ngan pelampung...bla..bla..bla...." tak sampai ati bila tengok sikecik menangis dipagi hari..sedih sangat tapi, bila setiap pujukan dibalas ngan raungan yang makin menjadi-jadi...maka....
tugas memujuk pun bertukar tangan pada ayah tercinta.
Akak dengan selamber rocknya pekakkan telinga ngan raungan sikecik tu, start keta, hantar Ami n Ratu kesekolah.
Sebolehnya tak mo depa berdua sampai lambat kesekolah, nanti kena tulis nama ngan pengawas, kena denda lak ngan cikgu, terus mood nak belajar gone with the wind.

Akak pun camtu gak, tak leh le selalu sangat masuk ofis lambat, kedatangan asik merah menyala, tak pasal ja nanti kena masuk ngadap boss besaqqqq, dah la boss besaqqq handsome, terkedu lak nanti nak berkata-kata...hehehe
Tambahan lak sekarang ni dah bermula sistem berpalang.  Nak masuk parking pun dah ada palang.  Nak open palang tu, kena toucd card pulak, jem jugak pagi hari kat situ, dah amik masa beratur.
Tujuan adanya sistem parking berpalang ni, adalah untuk mengelakkan keta student guna tempat parking staf.  Sejak diberi kebenaran student bawa keta masuk kawasan kampus, depa ni main belasah ja, tempat parking staf pun depa dah guna, so staf dah kureng tempat parking.  Bila adanya sistem ni, memang sah2 la student tak boleh masuk tempat parking staf, lapang le ckit.

Makanya lepas ni, memang kena bangun lebih awal, kena kluar dari umah awal, kena ignore raungan manja sikecik, kena hantar bebudak berdua ke sekolah awal, kena sampai ofis awal n kena touch card awal...hehehe
suasana pagi tadi, hari pertama sesi parking berpalang

Monday, August 2, 2010

Tahniah Ami

Ami selalu merungut, kebanyakkan n3 akak, banyak berkisar kisah2 sikecik n siratu, mana kisah pasal dia...??? kecikkkk ati dia...kesiannnn.  Dah la letak nama mamasyaza, mama tu bukannya mama ratu sorang, mama adik gaks, mama Ami gaks...tak adil la letak "mamasyaza" saja...ooohhhh sunggguhhhh mengharukan.  Dah timbul konflik ketidakadilan rupanya. Masa memula nak buat blog, tak tau nak letak nama apa, pikiaq punya pikiaq, maka timbullah nama mamasyaza, tanpa pkir panjang terus guna nama tu.  Rupanya ada yg kecik ati.

Dear Ami, mama mintak maaf banyak-banyak, tak berniat mama nak membezakan kasih sayang antara anak2 mama.  Semua anak-anak mama, mama sayang, sama rata, sowwy ok.  Mama tau, ami mesti baca blog mama ni, jangan kecik ati lagik lepas ni. Mama sayangggg Ami.

Oklah, berbalik semula pada tajuk asalnya.  Baru-baru ni Gempak Astro dah singgah kat tempat akak, buat promosi channel-channel menarik kat astro sambil adakan pertandingan n permainan untuk kanak-kanak yang hadir.  Ami beria ajak akak kesana pasal nak sertai pertandingan mencipta domino, menggunakan kreativiti sendiri.  Siap carik cover kaset la, buku cerita siratu n bola golf en. abah pun dikebasnya gara-gara nak merealisasikan ciptaan dia...hehehe.  Ciptaan dia yang simple tu akhirnya berjaya menarik perhatian crew astro n terpilih antara top 3.  Walopun tak jadi juara, dapat no. 2 pun jadilahhhhh.....tahniah Ami
sesi terima hadiah, dapat tshirt n bag Disney Channel
ciptaan yang simple, tapi menarik perhatian

Friday, July 30, 2010

Menyampah....!!!!!

Perasaan hari ni -
kecik ati...!!!
meluat....!!!
menyampah...!!!
terasa diri tak dihargai....!!!!
sedih, menitik nitik airmata ni....!!!
merajuk...!!!
terguris hati ini....!!!!
sensitip...errmmm pasai nak dtg mendera merah ka..???

BILA....

pertanyaan dijawap dengan kata-kata yang berbisa

hampehhhh....btoiiiii


Pssssttt....psssttttt,
Tima kacih bebanyak pada kengkawan yang rasa kesian tengok muka sikecik akak.  Alhamdullillah, bijik a.k.a bisul a.k.a biji sawan kat idung sikecik tu dah pecah.  Nanah+darah memang byk yang keluar.  Bengkak kat muka sikecik dah makin susut, dah ada le ckit sebanyak bentuk muka dia semula.  Sekarang dia tengah tdo, telanjang bulat, tak mo pakai pampers.  Pagi tadi dia bagitau dia tak mo jadik 'cicakman', dia nak jadik 'cicakdik'.

Buleh Sakit Lagikkkk

Stori ari Khamis ok...

Idung sikecik dihinggap sebijik cam jerawat, nak kata jerawat pun tidak, nak kata bisul, rasanya bisul bukan camtu, kecik aje tapi ada cam nanah didalamnya, betul-betul kat batang idung.  Akak dah bawak g klinik, kata Dr. masalah kulit biasa je, dapat cream sapu.  Petang semlm akak balik keja, akak tengok bijik tu dah merah macam nak pecah, idung adik pun dah sedikit bengkak.

Semalam, tengah akak sibuk2 mengemas dapo, dengar sikecik meraung, mesti Ami or siratu dah menyakat dia.  Rupanya sikecik yang kaco siratu buat keja skolah.  Geram asik kena kaco/buli ngan adik, siratu dah tolak sikecik ni, tersembam kat lantai, berbekas le corak tikar buluh tu kat dahi sikecik, maka sudah pecahlah itu bijik, keluar darah. 
Sebelum sempat akak g keja pagi tadi, sikecik dah bangun, nangis-nangis nak ikut akak g keja, time tu baru akak perasan, idung n mata sikecik bengkak.  Sikecik tak bagi akak g keja, asik nak berdokong, dah le akak ni masih lenguh-lenguh badan gara sesema, tp alhamdullillah dah makin kurang sesema akak.   Dah dekat pukul 9, masih kat umah berdokong sikecik tu, kejap ajak teman makan nasi lemak, kejap ajak teman main basikal kat luar, takkan nak masuk ofis lambat, nak buat cam ofis seniri kotkan, malu le gaks, maka akak call member ofis, bagitau, akak mintak cuti ari ni Tak sampai hati bila tengok mata n idung sikecik yang bengkak semacam tu.  Nak bawak g kliniklah kejap lagi
 

Wednesday, July 28, 2010

Kotak Harimau Cunnnn

Petang semalam, kepala rasa berat, idung asik bocor je, kejap meleleh air idung, kejap tersumbat, badan rasa suam-suam kuku, maka terpaksala makan ubat untuk mengelak jangkitan merebak pada owang lain, tambah2 pada sikecik yang makin lasak n nakal tu. Ami pun sama, kejap kejap sok sek, sok sek, sesema katanya, badan pun rasa cam nak demam, cepat-cepat akak bagi makan ubat demam n sesema.

Sambil lepak kat umah ibu tercinta sementara dok tunggu sikecik tu bangun tdo, sempat gak la akak tengok rancangan kanak-kanak yang baru kat tv9, Kelas Fardhu Ain bersama Ustaz Zamri. Memang menarik rancangan tu, bukan saja untuk kanak-kanak juga utk org dewasa.  Rancangan tu bermula hari Isnin - Jumaat jam 6.30 petang.  Topik yang diajar semalam adalah pasal SOLAT, cara-cara yang betul nak angkat jari semasa membaca tahiyat, cara yang betul nak bagi salam setiap kali selesai solat.  Memang bagus rancangan tu, cara penyampaian Ustaz Zamri yang bersahaja pastu ada selingan lawak jenaka, memang menarik perhatian anak-anak yang menonton.  So ibu-ibu semua jangan lupa tengok rancangan ni ok ajak anak-anak sekali.

Haaaa...yang ditunggu dah tiba.  Akak ada kad bonuslink.  Rasa rugi la pulak bila point dah banyak tapi tak redeem.  So sebelum balik keja tu sempat le gak akak singgah kat bonuslink.com.my cari barang yang sesuai utk diredeem.  Sebelum ni banyak gak barang yang akak dah redeem, antaranya balang kuih, toaster n bantal.  Kebetulan point dah banyak, pastu dah lama tak redeem.  Akak berkenan dengan kotak cartoon ni, sesuai sgt le letak lam bilik untuk simpan barang-barang bebudak bertigas tu, nampak kemas dan teratur ckit bila diisi dalam kotak gitu.
masa baru sampai.  satu pujian utk bonuslink, reedem hari khamis, 
hari isnin dah sampai, tak perlu lama menunggu
taraaaaaa dah jadik pun kotaknya. si kecik pun apa lagi, 
terus mengaku kotak tu dia punya
adik yang punyeeee....adik yang punyeeeee
asik mengaku dia yang punyeee, pasal nak isi keta mainan cumell dia, sabarrrrr
kalo kengkawan perasan, gula-gula sugus pun ada lam tu
lepas ni semut pun boleh buat umah dlm kotak tu

Sunday, July 25, 2010

Mintak maaf okkkk

Salam semua kengkawan, lama rasanya umah akak ni bersawang, tak sempat nak buat n3 tiap-tiap hari, mood asik kelaut, cuma sempat blogwalk umah kengkawan ja.
petang semalam jiran akak bagi lauk kenduri, kenduri umah mil dia.  so semalam akak panaskan lauk kenduri tu jalah utk dinner, menunya - gulai daging, rendang daging (sedap rendang daging ni), ayam goreng n acar buah. akak cuma goreng telur+mayonis ja untuk sikecik.  bertambah juga sikecik makan semalam, gara-gara telur+mayonis tu, memang sedap.

Akak nak stori apa yang terjadi kat dapo, masa sesi akak tengah panaskan lauk kenduri tu.
Sambil panaskan lauk, sambil akak ajar siratu buat latihan matematik.  Ami pun sibuk buat keja sekolah kat ruang tamu, si kecik akak tu sibuk ngan mainan golfnya kat depan.  Tetiba ja sikecik akak meluru kedapo ngan set golf mainan, maka singgahlah set golf tu kat belakang siratu.  Apa lagi meraung le siratu sambil cuba nak pukul sikecik.  Riuh rendah le jugak semlm kat dapo ngan raungan siratu, n suara sikecik terjerit-jerit nak pukul kakak dia.  Puas akak pujuk siratu, tak yah layan sangat adik tu, adik tu kecik lagi, tak faham bahasa pun kalo kita marahkan dia.  Kebetulan en. abah pun balik, pelik gak le dia dengar bising-bising kat dapo.  Akak pun xplain kat en. abah apa yang berlaku.

Sikecik macam biasa, dengan rasa tak bersalah, bagitau kat en. abah, dia yang pukul kakak.  En. abah cuba bagitau kat sikecik, tak boleh pukul kakak camtu, kesiannn dia, nanti kakak cry, cepat p mintak maaf kat kakak. Siratu masih terisak-isak kat depan tv. Lama le jugak sikecik akak tu dok tenung kakak dia, rasa kesian kot bila tengok kakak asik dok nangis, cepat-cepat dia pegi kat siratu - "kakak, mintak maaf okkkkk, mintak maaf okkkkkk".  Siratu tak layan pun, merajuk lagi le tu.  Sikecik akak tu bila dah banyak kali mintak maaf tapi owang tak layan....dia pulak yang meraunggg....haruuuuuu

Sambil baca n3 ni sambil layan gambar hari khamis lepas ok.  En. abah memang sibuk sekarang ni, maka, masa untuk anak-anak pun makin terbatas.  So ni janji en. abah, nak bawak bebudak bertigas tu makan Pizza, tempat kegemaran siratu.
pizza ni..ermmm lupa namanya, sedap le jugak cuma kurenggg cheese
tak sah kalo tak order Hawaiian Tuna with extra cheese
buah hati pengarang jantung akak
tengok le perangai budak baju merah tu, sesaja je angkat sudu tinggi2 camtu,
gara-gara nak bagi mushroom soup tu sejuk.....memang nakalll
okkk bye...jumpa lagi

Friday, July 23, 2010

Budak Bertuah

Tengah melepak atas katil ngan sikecik semalam, peluk2 nak bagi dia tido, sementara tu, akak sembang-sembang le ngan dia.  Akak bagitau dia, sekarang ni dia dah besar, lepas ni dia dah tak boleh pakai pampers lagik, budak lelaki besar cam dia, tak pakai pampers dah.  Sebelah siang, memang dia dah jarang pakai pampers, sebelah malam, tak berani gak nak biarkan tak pakai pampers, kang banjir lak bilik akak. Cepat ja dia menjawab, a'ah btoi mama, tak leh pakai pampers lagi, kena pakai panties.  Tergezut akak, dia boleh jawab camtu.  Akak cepat2 betulkan, bukannya pakai panties, pakai spender la...hehehe.  Bertuah punya budakkkk
Akak rasa, ramai diantara anak kecik kita yang ada bantal busyuk or selimut busyuk.  Sikecik akak pun tak ketinggalan semua tu, dia ada selimut busyuk n sekor teady bear orange buat teman tdo memalam.  Tanpa selimut busyuk n teadybear ni, sah2 le dia tak leh nak tdo, musti carik sampai jumpa 2 mendealah ni, barulah dpt tido nyenyak.

Baru-baru ni, si teadybear tu, tertinggal kat umah ibu tercinta, sedar ketiadaan teady bear tu pun dah lewat, dekat pukul 11.15 malam.  Puas akak pusing semua bilik cari teady bear tu, at last baru teringat, si orange tu ada kat umah ibu tercinta.  Si kecik akak ni pun apa lagi, asik merengek+menangis, nak jugak si orange.  Puas akak pujuk, esok kita g amik la teady bear tu, pujukan tak meninggalkan kesan langsung, tak makan saman, sikecik nak gak teady bear tu.  Nak tak nak, pukul 11.30 malam, terpaksala akak angkut budak bertigas tu, g umah ibu tercinta semata-mata nak amik siorange, sakitnya ati akak.  Kebetulan malam tu, en. abah outstation.  Sikecik akak tu, bila dah jumpa siorange, siap cium tak lepas, terus tak sabar nak balik umah, nak tdo...memang budak bertuahhhh, sungguh2 dia menguji kesabaran akak...hehehe

Saturday, July 17, 2010

Bila Akak Cuti

Selamat berhujung minggu utk semua kengkawan, mesti bestkan dapat melepak kat umah, akak keja hari ni.  Tima kacih pada kengkawan yang rajin singgah jengok kat umah akak ni, mintak maap bebanyak le, buat masa ni semangat utk tulis n3 masih ditahap yang kurang memberangsangkan walopun ada mende nak distori mori, cuma sempat singgah umah kengkawan n tinggalkan komen ja.  Ni citer backdated ok....

Hari Khamis akak apply cuti, sebabnya..???  Mama n ayah akak nak g umah Angah, nak p tengok Aqiff, rindu le tu.  Sebelum ni Aqiff stay kat umah tok ma & tok pa (mak n ayah Angah Nora) kat Subang.  Selang 2, 3 hari barulah Angah&Angah Nora boleh p tengok Aqiff, sekarang Angah dah amik Aqiff stay ngan depa, so lepas ni angah nora dah tak perlu sedih2 lagi bila nak tinggalkan Aqiff kat Subang.  Kebetulan baru-baru ni Aqiff demam (tapi dah baik pun), tok umi n tok ayah nak p tengok aqiff le pulak, asik layan anak2 akak ja, cucu yang jauh pun kena jengok2 la jugakkannn...baru adil lagi saksama

Tugas akak bila tok ayah tak dak, apa lagi jadik driver, hantar n amik bebudak berdua tu balik sekolah.  Sikecik akak tu happy sangat bila akak tak g keja, dah jadik terlebih manja n terlebih ngada2.  Asik mintak akak snap gambar dia ja...layan jalah...tak layan nanti sedih laks, meraung le jawabnya.

Bila dah cuti ni, akak plan nak mendobi curtain, dobi awal-awal, senang, nanti bulan posa tak yah kelam kabut sangat nak panjat tangga nak turunkan curtain...terlebih rajin la pulakkk....posa pun belum habis ganti, dah pikiaq pasai nak raya...hehehe...overrr akak ni.

Akak sempat gak singgah Butik Avon, amik barang-barang yang customer order.  Untuk raya tahun ni, Avon ada keluarkan koleksi bekas hidangan Seri Anggun yang cantik.  Alhamdullillah ramai gak kengkawn yang order koleksi kali ni, memang cantik, berkotak-kotak set tupperware ni kat umah akak, sampai en. abah dah merungut, ni umah ke...kedaiii..????...jawab jgn tak jawab

Tuesday, July 13, 2010

Inilah Kami....Semalam n Hari Ni

  • Siratu - Balik ofis ptg semlm, dia bagitau semua murid darjah satu kena cucuk, kat kedua belah bahu laks tu.  Semlm lepas makan ubat yang nurse bagi kat sekolah, dia asik merengek tangan dia lenguh n sakit.  Akak tengok dia diam seribu bahasa kat sofa sambil tengok tv, akak ingatkan dia nak demam, akak malas nak layan, akak buat derkkk ja, rupanya dia dok pkir ntah2 nurse tu dah tercucuk tulang dia, pasal tu dia rasa lenguh.  Nasib baik hari ni dah ok, dah boleh p skolah.
  • Sikecik - asik menyakat siratu - 'huhuhu...padan mukaaaa kakak, kena cucuk ngan doktor', tu ja yang diulang semalaman.  Pagi tadi dia dah bangun awal, bila dia nampak kami semua kelam kabut nak kluar umah, dia pun kelam kabut nak ikut.....pepagi lagi dah buat concert, nasib baik ada tok ayah yang sanggup bawak jalan-jalan tengok buah pelam kat blakang umah.
  • Ami - Semalam dia ada tuisyen, pukul 8 - 10 mlm. Lepas tuisyen, baru la dia nak makan nasi - menu semalam ialah asam pedas ikan+timun, ikan gelama masam, sambal belacan berulamkan petai rebus.  Lepas makan, ngadap pc main game kat FB. Hari ni sampai petang ada kat sekolah, sibuk ngan kelab robotik
  • En. abah - outstation lagik, dah 4 hari pun
  • Akak -  Semalam makan nasi ngan banyaknya gara-gara ada sambal belacan+petai.  Hari ni mood kureng ok, mengadap pc kat ofis sambil buat n3 ni, terasa sejuk, terasa lapar n terasa benci pada manusia yang suka cakap bohong n cakap berbelit-belit

Friday, July 9, 2010

Nak Pakai Tudung La Pulak

Salam ceria untuk semua kengkawan.  Harap semuanya berada dalam keadaan ceria selalu.  Mood untuk memblog buat masa ni masih suam-suam kuku, semuanya gara-gara internet kat ofis yg slow merayap mengalahkan kuwa-kuwa.  Nak jengjalan umah kengkawan pun susah yang amat.  Nak sambung jengjalan dari umah pun terbantut bila pc buat perangai, merajuk sekepoi, gara-gara sikecik yg selalu sgt tekan butang on/off pc ngan kaki diulang sekali lagi ya kwn2....dengan IBU JARI KAKINYA YANG KECIK, time pc tengah on, banyak kali dibuat camtu, maka, biol le pc akak...gerammm.

Hari ni bila akak cuba on pc tetiba ok la pulak, memang betoi la biol sekepoi tu.  Hari ni nak update kisah siratu.  Baru-baru ni dia ada bagitau akak, ustazah kat skolah soh dia pakai tudung kalo nak ke kelas Tasmik.  Siratu ni memang tak pakai tudung g skolah.  Kebetulan akak window shop baru2 ni, akak jumpa sehelai tudung syria warna putih, berkenan, tanpa pkir panjang terus belikan utk siratu, murah ja, rm10.  Tujuannya utk pakai bila masuk kelas Tasmik. 
 wajah baru siratu ke sekolah

Rupa-rupanya dia buat annoucement nak pakai tudung ke sekolah.  Budak-budak darjah 1 pakai tudung, almaklumlakan, sudah semestinya tak kemas, senget benget, cepat kotor, kadang2 tudung pun tercicah dalam sos.  Akak memang tak galakkan lagi dia pakai tudung p skolah, tapi bila dia nak pakai jugak, akak pun setuju.  Nampaknya lepas ni akak kena g carik lagi tudung syria cam tu, mudah dipakai n nampak kemas.

psssttt.....pssssttt...akak dah ada watermark...hehehe, tq so much to jiji,
so pada kengkawan yang belum ada watermark, leh minta jiji buatkan,  cantik, cute
tq jiji layan karenah akak, kejap2 nak tukar design le, itu la ini la

Sunday, July 4, 2010

Orang Demam Nak Makan Spaggeti

Baru-baru ni, siratu pulak yang demam, mungkin gara-gara kena hujan kat sekolah.  Petua orang tua-tua, kalo kena hujan, kena cepat-cepat mandi, nanti demam, petua tu akak masih percaya...hehehe.

Perangai siratu ni kalo demam, mesti merengek nak makan spagetti kat Pizza Hut, setiap kali demam, mesti kena bawak,  selagi tak bawak selagi tu la dia akan merengek, meminta minta nak makan, nak tak nak terpaksa bawak gak walopun dia tengah demam.
senyum terpaksa tu, badan tak sihat tapi apakan daya teringin sangat nak makan spagetti

sikecik ni lak, kelam kabut soh akak amik gambar dia,
dok pegang berus gigi baru

bila spaghetti sampai, siratu makan ckit aje, tukang perabihnye..
tak lain tak bukan
budak baju merah ni, dia yang paling banyak makan

Saturday, July 3, 2010

Prestasi Anak-anak Akak

Hari Khamis baru-baru ni, akak rasa ramai parents yang kena ke skolah amik report kad anak-anak.  Tak terlepas gak akak ni, pukul 11.00 pagi, barulah semua parents dibenarkan jumpa cikgu kelas masing2.  Akak pulak pukul 11 masih kat ofis, 11.30 pagi baru tergedik-gedik yang keskolah.

Mula-mula akak kekelas siratu, tinggal lagi 4 orang murid dalam kelas tu yg parentsnya belom sampai.  Siratu pun hampir-hampir nak nangis sebab akak lambat sampai.  Terus jumpa cikgu kelas siratu.  Pencapaian siratu kurang memuaskan bila dia lemah dalam subjek BI, matapelajaran lain semuanya ok. Kalo kat umah pun dia maleh sangat nak study subjek tu, atas alasan susah.  Nampaknya lepas ni dia dah tak leh nak ngelat time nak ulangkaji pelajaran.

Settle siratu, terus akak ke kelas Ami, tingkat 4 beb, semput bila dah sampai kat atas, nampak sgt le akak sekarang ni tengah membina badan, lasak ckit ja dah cepat penat.  Kelas Ami pun sama, tinggal lagi 5 orang murid, prestasi Ami sederhana, 1A 4B, kena perlu banyakkan usaha.  Tahun depan Ami  dah UPSR.  Sekarang ni pun akak dah hantar Ami g tuisyen untuk persediaan UPSR nanti, memang nampak banyak perubahan kearah yang lebih baik, cuma dia perlu lebih tumpukan perhatian, dah tak leh nak honeymoon year lagi.

Malas nak hantar balik umah ibu tercinta, akak bwak bebudak berdua tu ke ofis akak, kebetulan boss nak meeting pukul 2.30 ptg, kelam kabut le ckit nak balik ofis.  Nanti mesyuarat PIBG kena usulkan satu perkara, supaya hari amik report kad diubah pada hari cuti, senang ckit parents nak pegi amik, kalo hari bekerja tu kelam kabut le ckit, kalo yg dekat ngan ofis senang le, akak ni, puas le jugak kalo nak ulang alik.  Kebetulan hujan lak hari tu, berlari2 bebudak berdua tu, dari sekolah masuk lam keta, kesudahannye, siratu laks yang demam...

Tuesday, June 29, 2010

Cerita Cowboy, Cerita Anak-Anak

Baru-baru ni akak ada terima kad jemputan dari AVON untuk memeriahkan Parti Jualan Avon yang akan diadakan di Equatorial Hotel, Penang pada 11 Julai nanti.  Ingatkan free, rupa-rupanya kena bayar yuran penyertaan sebanyak RM35 seowang.  Teringin jugak nak bawak anak-anak p, tapi tertulis kat kad jemputan tu 'kanak-kanak tak dibenarkan masuk'...pulak dahhh.  Tapi yang paling best sekali tentang pakaian utk hadir ke parti tersebut....kena pakai pakaian COWBOY..!!! Tak dapat dibayangkan kalo akak pakai ala-ala cowboy gitu, sah-sah en. abah tergolek-golek gelakkan akak.
Jadik, kesimpulannya, akak tak dapat le nak hadirkan diri ke majlis ni,
gara-gara pakaian COWBOY

Semalam lepas hantar ami p tuisyen, on the way nak keumah ibu tercinta, sambil drive akak terdengar perbualan antara siratu n sikecik, lebih kurang cam ginilah...

Adik  =  Kakak, kalo adik mati, kakak nak dok ngan sapa..??
Siratu  =  Kakak dok ngan adik la...
Adik =  Ler...kan adik mati, kakak nak dok ngan sapa ?(diulang sekali lagi)
Siratu =  Kalo adik mati, kakak dok ngan mama lahhh
Adik  =  Heeermmm....pandaiiiii punnnn

Sekarang ni sikecik akak, tengah sibuk mempraktikkan penggunaan perkataan "pandai pun".  Apa saja yang owang cakap ngan dia, mesti dijawab, "pandaiiii punnn"

Monday, June 28, 2010

Nombor Telefon Tuhan

Sampai  kat umah lepas habis kem solat bestari Sabtu lepas.

mama = kakak belajaq apa kat kem solat tadi ?

siratu = ustaz ajaq cara-cara nak amik ayaq semayang, pastu ustaz bagi nombor telefon Tuhan

mama = no telefon Tuhan..???

siratu = yaaa..nombor telefon Tuhan (sambil cepat-cepat mengangguk), ustaz kata cuba telefon nombor ni - 24434, tula nombor telefon Tuhan, nanti akak nak call nombor tu, buleh cakap ngan Tuhan

mama =  herrrmmmm - 2 rakaat solat subuh, 4 rakaat solat zohor, 4 rakaat solat asar, 3 rakaat solat maghrib n 4 rakaat solat isyak, betul la tu, nombor telefon Tuhan.  Tapi sampaila kehari ni akak belum cuba lagi call nombor 24434 tu.

Thursday, June 24, 2010

Hero Kecik Kena Masuk Wad

Sekarang musim demam agaknya.  Baru-baru ni anak sedara en. abah manyak yg demam.  So giliran adik lak yg demam, mudah sungguh sikecik akak tu demam.  Hari Selasa pagi, time nak bawak adik ke umah ibu tercinta baru perasan badan adik panas, tapi tetap hantar ke umah ibu tercinta memandang ubat demam spare baru je amik kat klinik, tak guna lagi.  Berat hati jugak nak ke ofis kalo adik demam, adikkan ada sejarah 'tarik' kalo demam terlampau panas.  Keje kat ofis banyak, nanti boss bising kalo asik cuti, dah la baru2 ni p umah angah dah apply cuti 4 hari.

Tengahari on the way balik lunch, siratu call, soh balik cepat, sikecik dah 'tarik' lagi, mesti terlampau panas demamnya, berlegar legar dalam fikiran, dah bagitau ayahanda, kalo badan adik panas sgt, sumbat dulu ubat montot.  Bawak keta ni usah cakap la, merempit ja, kalo boleh terbang dah lama akak terbang, dalam hati sentiasa berdoa semoga tak dak yg buruk berlaku pada sikecik, risau sesangat.

adik tengah makan bihun, malam memula kat wad, Ami pun ada, 
sanggup temankan adik, tak sampai hati nak tinggalkan adik
tq so much Ami

Terus ke hospital, masuk emergency room, nampak ibu tercinta tengah dok menangis, lagilah gabra.  Rupanya adik dah ok setelah didrip, tapi masih dalam keadaan lemah, syukur alhamdullillah.  Doc kata tak perlu risau, demam adik terlampau panas, kena sentiasa berjaga2 kalo adik demam, nasihat Doc. tak perlu bagi ubat demam syrup, kalo suhu badan adik terlampau tinggi, masukkan ubat montot dulu.  Ujian darah adik semuanya ok, tak ada penyakit lain selain demam.  
 
Sikecik ditahan kat wad selama 2 hari untuk pemantauan, boleh dikatakan kebanyakan kanak2 yang masuk wad semuanya demam+tarik. alhamdullillah keadaan sikecik akak semakin pulih.  Nampaknya lepas ni kalo adik demam, akak memang tak boleh p ofis, kena sentiasa pantau keadaan dia, bukan tak percaya pada parents sendiri, tapi kena amik langkah berjaga2 sebelum perkara buruk berlaku. 

MIL akak bagitau, en. abah masa kecik2 dulu pun kalo demam mesti 'tarik', ada sejarah rupanya, sejarah tu dah berulang pada sikecik akak, sedangkan ami n ratu kecik2 dulu demam gak, langkah berjaga2 yang sama jugak diambil kat depa berdua tapi tak penah sampai kena 'tarik', dalam hati mula mengerti, inilah ujian untuk akak.

Sunday, June 20, 2010

Kad Utk Abah+Ubat Tdo Utk Adik

Semalamkan hari bapa, selamat hari bapa untuk semua bapa diseluruh dunia.  Sama gak seperti menyambut hari ibu, siratulah yang so excited buat kad ucapan untuk en. abah, Ami buat derrrkkk ja, langsung tak amik port, dia sakit kepala.  Kebetulan en. abah balik lambat, ada group presentation, siratu awal2 lagi dah bagitau, abah balik lambat pun dia tetap nak tunggu semata-mata nak bagi kad ucapan yang direka khas utk abah tersayang. En. abah sampai umah pun dah dekat pukul 12 mlm, sebelum melangkah masuk umah lagi, siratu dah bagi kad kat en. abah, happy sangat akak tengok kemesraan antara anak n abah...syukur kepada tuhan, semoga kebahagian itu milik akak sekeluarga selamanya...oppss sowwy terlupa nak snap gambar kad ciptaan ratu tu.

Semalam jugak sikecik genap 2 thn 7 bulan, perangai dia sekarang ni betul-betul menguji kesabaran akak, kalo ikutkan hati.....hheeeee dah lama akak cubit-cubit dia...gerammmm, pasalnye...
baru-baru ni dia  dah pukul siratu ngan rotan sampai berdarah kat mulut. Time tu akak ada kat dalam bilik, tengah kemas tempat tido, apa lagi menangisla siratu, sikecik ni dengan rasa tak bersalahnya, dengan penuh jujurnya mengaku memang dia yang pukul siratu...sabar jalahhhh.

Sekarang ni, sebelah malam, susah sangat dia nak tdo awal, semuanya gara-gara 'MISI YAYA' kat channel 611, masalahnya rancangan ni start lewat sgt, pukul 12 mlm.  Sikecik akak ni memang sanggup menunggu setiap malam semata-mata nak tengok kisah si Yaya, budak umo 8 tahun yang bijak n nakal, best tengok gelagat budak ni. mak bapak n nenek budak yaya ni keja doktor, biasalah harapan setiap ibu bapa nak tengok anak2 ikut jejak langkah depa, tapi si yaya ni ada misimya tersendiri, memang best citer ni kalo dibandingkan dengan citer adi dah abah.

Selalunya lepas MISI YAYA, mesti ada citer ni, Shaun The Sheep...bersambung lagi sampai pukul 1pagi.  Geram akak, kalo dia tak dapat tengok 2 citer ni, sah2 dia menangis, sabarrrr laaa lagiiiiii...
So sekarang ni akak dalam usaha nak cari CD Shaun The Sheep buat ubat tdo budak ni...

Tuesday, June 15, 2010

Aksi melepak tunggu flight

Ptg semalam, masih sibuk dan pening kepala ngan hal ofis, en. abah call, bagitau dia kena g outstation lagi, siap bagi arahan, jangan lupa iron kemeja lengan panjang 1, kemeja lengan pendek 2, n tshirt 2.  Memandangkan akak tak dak bibik, after ofis hour, dengan kuasa rempitan keta cumel akak tu, akak balik umah terus, iron segala keperluan dia dulu, pasal flight dari AOR - KUL pukul 9.20 malam.  Masa yang makin pendek tu digunakan sepenuh, lepas iron baju, mandi, baru p amik bebudak bertigas tu kat umah mak akak.

Pukul 8.00pm tepat, kami bertolak dari umah ke airport, plan nak dinner dulu tapi hujan so decide makan ja kat cafe airport. Bebudak bertigas tu order nasi ayam. Pastu...
Tengah tunggu ketibaan nasi ayam, roti bakar n baked bean, ayaq sirap, nescafe panas, teh panas
Diluar sana, hujan turun dengan lebatnya, siap guruh berdentum dentam. Makanan sampai pun dah dekat pukul 8.45pm, cepat2 en. abah makan kang terlambat nak masuk balai berlepas.
Selesai makan, tetiba ada announcement, flight dari KUL ke AOR delayed, akibat cuaca yang tak mengizinkan....bab delayed ni yang lemah, jenoh menunggu
Budak bertigas ni dah mula rasa bosan, macam-macam depa nak, coklat la, ice cream la, terpaksa melayan tak mo bagi depa kaco, maka sesi makan ice cream pun bermula
1 jam berlalu, dah pukul 10.30pm, hujan masih lebat kat luar sana, airport pun dah makin sunyi, yang ada hanya penumpang flight MAS ja yg dok tercongok menunggu, ada yg dah terlelap pun kat kerusi.  Akak dan anak-anak pun dah bosan menunggu, tapi tak sampai ati lak nak balik tinggal en. abah sengsowang, akak nak drive pun was-was, hujan lebat sangat.  Troli ni la yang jadi mangsa budak bertigas tu bermain.  Pukul 11.00 pm, barulah flight berlepas....bye bye abahhh...jangan lupa beli mainan kat kakak n adik tau....menitik-nitik airmata siratu tu...kesian akak tengok, setiap kali en. abah outstation, setiap kali tu la dia akan menangis, tak leh berpisah langsung ngan en. abah.

Tuesday, June 1, 2010

Tak Sabarrrr.......

Pejam celik, pejam celik...cepatnya masa berlalu.  Dah masuk bulan Jun pun.  3 bulan lagi kita akan sambut Aidilfitri, 6 bulan lagi, kita akan meninggalkan tahun 2010.  Zaman muda remaja, sambil borak ngan kengkawan, selalu gak akak terfikir sempat ke tidak akak hidup hingga tahun 2010.  Syukur kepada Tuhan kerana masih memanjangkan umo akak, memberi akak peluang untuk melalui tahun 2010, menghirup udara yang sekarang ni makin kureng kesegarannya dan melihat anak-anak akak membesar bagi johan.

2 hari saja lagi Ami n Ratu bersekolah, lepas tu...yeeeehaaaaaa....yeabeda beduuu cuti sekolah pun bermula selama 2 minggu.  Dah macam-macam planning yang budak berdua tu buat, nak p KL Birdpark la, nak p ICity la, tapi tajuk utama kali ni, nak p umah Angah di Bandar Enstek, tak sabar nak main ngan Aqiff, tak sabar nak tengok Aqiff yang dah pandai berjalan.  So hari Jumaat nanti, kami semua akan bertolak ke sana, kita jumpa disana...disana...disana...  Eeerrmmm lupa nak tanya...cuti sekolah kali ni kengkawan nak berpoya-poya kemana laks...???