CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label hadiah kwn. Show all posts
Showing posts with label hadiah kwn. Show all posts

Friday, January 29, 2010

Cenderahati Untuk Kengkawan

Dah sebulan rasanya akak war2kan senarai TOP9 kengkawan yang rajin tinggalkan komen kat umah buruk akak untuk bulan Disember dan sebagai ucapan terima kasih yang tak terhingga kpd kwn2 yang rajin komen, yang membuatkan akak makin bersemangat nak memblog, akak akan hadiahkan satu cenderahati.  

Sejak akak beli cenderahati tu, akak memang belum berkesempatan nak balut n poskan utk semua kengkawan, cuma baru tengahari semlm, akak sempat bungkus 3 kotak cenderahati tu dan buatkan pos laju.  Kengkawan yang sempat akak hantar semalam adalah akak nza, shikeen@cybermummy n yaticrossstitch.  Lagi 6 kotak cenderahati tu, akan cuba akak pos lajukan dalam masa yang terdekat ni.  Masih dalam waitinglist are...Sumijelly, Niza@kancilbiru, Hada, Eida, Ujin n Yatie Chomeyl...tunggu ekk
kredit to Mekna..dia tolong snap gambar ni

Tapi yang bestnye..tengah akak dok taip n3 ni, akak nza hantar sms, cenderahati tu dah selamat sampai kat umah dia ptg tadi.  Alhamdullillah...cepat jugak ropenya.  Harap2 akak nza dan kengkawan yang lain, sudilah menerima cenderahati tu buat kenang-kenangan.  Insyaallah satu hari nanti, kita akan berjumpa jugakkan.

Thursday, December 3, 2009

Tengkiu so much....sumi

N3 ni sebenarnya dah banyak hari ditulis cuma tak sempat nak post atas alasan card reader rosak jadi tak leh nak load gambar...sakit jiwa...terpaksa lak pinjam kamera si abah. Dalam hati dah pasang niat, nak cuba tulis n3 tiap2 hari...tak tercapai jugak hajat tu. 

30/11, akak mc, kureng sihat + badan rasa lemah + sakit kepala berdenyut-denyut.  Kekadang tu rasa tergedik gedik nak mintak mc lebih kat doc. tapi dia bagi 1 hari ja....kot dia tgk sakit kepala akak belom sampai tahap brutal kot.  Ikut hati maleh nak g keja, memandangkan hujung tahun, keja pun tak la byk sgt + student lak cuti semester + member kat ofis pun ramai amiks cuti bawa anak2 makan hangin.  Tapi apakan daya kena gak masuk ofis....sesampai pagi tadi...tengok atas meja..mak aihhh berlonggok-longgok surat cinta yang belum direkod dan dilihat oleh boss tercinta...dan dalam bebyk surat cinta tu...ada satu sampul surat berwarna coklat besar yang menarik perhatian akak.  Akak capai sampul surat tu dulu. Haaaa dah sampai pun cenderahati dari SUMI.

Cam mana akak buleh dapat cenderahati ni??? Sebenarnya akak berjaya menjadi pengomen tertinggi bagi bulan November. Memang selalunya bila akak singgah umah kawan2 n baca setiap n3 depa, insyaallah akak akan tinggalkan komen/apa yg tersirat dihati akak...bukannya pasal nak berebut jadi pengomen tertinggi semata-mata nak dpt hadiah, semuanya dari hati yang ikhlas....ikhlas tapi jauh...hehehe.  Bagi akak, rasa sronok tau bila ada kwn2 lain yg singgah umah kita n baca apa yg kita tulis n tinggalkan komen...rasa berbesar hati sangat... Meh kita terjah apa hadiah misterinya...

Anak2 akak bukan main happy bila akak bawak balik cenderahati ni...si abang berebut ngan siratu nak pen...nasib baik ada 2 batang...fuhhh selamat...notebook tu akak tak kasi kat depa...itu akak nak guna...kalender lak akak letak kat meja komputer diumah.  Tengkiu so much SUMI..

Wednesday, September 16, 2009

LaGi KaD RaYa

Ada lagi kad raya yang daku terima dari kawan-kawan...
terima kasih byk2 atas ingatan kalian.....
 
dari ros (ibu ayra)

 
dari iedaimmi

 
dari akak nza

 
dari pn. eina

 
dari cybermummy s'pore

 
dari zieha (ibu firas)

 
dari akak lili

Tuesday, September 15, 2009

KaD RaYa DaRi KaWaN2 - DaLaM PrOsEs MeNePeK

Sronok tak terhingga bila ramai kawan-kawan blogger yang ingatkan kita, selalu tinggalkan nasihat dan kata-kata semangat kat kotak komen yang cumel....n hantar kad ucapan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk kita....terima kasih banyak-banyak kepada kawan-kawan sekalian atas ingatan korang semua kat daku ni Thank You

Lagi 4 hari kita nak raya...menghitung hari laks haku ni mengalahkan anak-anak....dah tergedik-gedik nak pakai baju raya sebenarnya.  Di kesempatan ini daku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF, ZAHIR & BATIN...seandainya komen-komenku, di kotak komen kwn2 sekalian.. ada yang mengguris hati dan perasaan/terasa hati ka/berkecil hati ka.. daku minta maaf byk-byk...tak berniat daku hendak menyakitkan hati kwn2ku sekalian.

Kepada kwn2 yang nak balik kampung tu, berhati-hati di jalanraya...drive carefully...

Ni adalah antara kad raya pemberian kwn2...akan ditambah kad raya ni dari semasa ke semasa
dari mamasyafi
 
dari kak yong

dari hada aka yuda
 
dari yatistitch

dari mamaD
 
dari kak sal 
  
dari dik eus

 
dari kak is (payarumput)

Thursday, September 10, 2009

Tq So MuCh ZiEha

Entri ni sepatutnya dah lama daku buat...tapi memandangkan tak sempat nak snap gambar so n3 ni jadi tertangguh.

TQ so much to zieha (my firas) atas hadiah kenangan tu. Zieha ni orang Kuantan, ibu kepada Ahmad Firas yang handsome, cute n montel.
Sronok tengok gelagat Firas. Usia Firas sekarang 1 thn 11 bulan...lebih kurang umo Hamiz Sanim ja

gambar Firas dlm contest My Cute Lil Prince @ Princess

Ceritanya begini.....
Zieha dah join contest My Cute Lil Prince @ Princess anjuran mama_aqish dan
antara ramai2 peserta contest ni...Firas dah tersenarai dalam top 5 dan daku
adalah antara salah seorg yang mengundi Firas pasal Firaskan handsome.
Sebagai penghargaan kepada para pengundi Firas dan juga kebetulan 12 Ogos adalah birthday ibu Firas, maka beliau pun nak kasi la hadiah untuk seorang pengundi yang bertuah.

Pengundi bertuah tu adalah daku...yeaaayy...yeayyy..tak sangka mak cik..
Bagai tak percaya aje...sebabnya ibu firas teringin nak tengok wajahku yg
cute lagi berseri-seri tu (perasaan haku ja tu) pasal setiap kali ibu firas baca
blog daku, jarang ada gambar diriku..kebanyakkannya gambar anak-anak.
Daku pemalu sebenarnya nak letak gambar seniri...sang suami lagi la dah siap
warning jangan letak bebanyak gambar dia.
Disebabkan ibu firas nak tengok muka aku...daku pun terus email pada ibu firas gambar daku bersama sang suami n anak-anak.

Dan hadiah kenangan tersebut adalah berupa fridge magnet made in korea lagi...cute sangat...anak-anakku pun suka..berebut-rebut nak pegang mende alah tu pasal lembut dan bertambah lagila himpunan fridge magnet kami.