CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label akak. Show all posts
Showing posts with label akak. Show all posts

Saturday, July 31, 2010

Bila Sakit Ati ke or Bila Hati Sakit

Petang ni, hati akak dah sakit+terguris+tension+kiciwa tahap gaban...hhuuuuwaaaaaa...!!!!

Maka...untuk melepaskan perasaan geram ni....akakkkkkkkkkkkkkkk

-  Tukar background umah akak. Tak pasti apsal akak pilih background tu,
pasal nampak ceria kot, nak bagi hati akak pun sedikit ceria

-   Akak goreng poppers ni, sedappp ada cheese n kentang,
akak makan sepuas hati, cicah sos

-   Akak minum air oren ni, sampai dah nak habis sebotol, legaaaa, sejuk ckit rasa
hati akak yang panas membara tadi

Friday, July 30, 2010

Menyampah....!!!!!

Perasaan hari ni -
kecik ati...!!!
meluat....!!!
menyampah...!!!
terasa diri tak dihargai....!!!!
sedih, menitik nitik airmata ni....!!!
merajuk...!!!
terguris hati ini....!!!!
sensitip...errmmm pasai nak dtg mendera merah ka..???

BILA....

pertanyaan dijawap dengan kata-kata yang berbisa

hampehhhh....btoiiiii


Pssssttt....psssttttt,
Tima kacih bebanyak pada kengkawan yang rasa kesian tengok muka sikecik akak.  Alhamdullillah, bijik a.k.a bisul a.k.a biji sawan kat idung sikecik tu dah pecah.  Nanah+darah memang byk yang keluar.  Bengkak kat muka sikecik dah makin susut, dah ada le ckit sebanyak bentuk muka dia semula.  Sekarang dia tengah tdo, telanjang bulat, tak mo pakai pampers.  Pagi tadi dia bagitau dia tak mo jadik 'cicakman', dia nak jadik 'cicakdik'.

Wednesday, July 28, 2010

Kotak Harimau Cunnnn

Petang semalam, kepala rasa berat, idung asik bocor je, kejap meleleh air idung, kejap tersumbat, badan rasa suam-suam kuku, maka terpaksala makan ubat untuk mengelak jangkitan merebak pada owang lain, tambah2 pada sikecik yang makin lasak n nakal tu. Ami pun sama, kejap kejap sok sek, sok sek, sesema katanya, badan pun rasa cam nak demam, cepat-cepat akak bagi makan ubat demam n sesema.

Sambil lepak kat umah ibu tercinta sementara dok tunggu sikecik tu bangun tdo, sempat gak la akak tengok rancangan kanak-kanak yang baru kat tv9, Kelas Fardhu Ain bersama Ustaz Zamri. Memang menarik rancangan tu, bukan saja untuk kanak-kanak juga utk org dewasa.  Rancangan tu bermula hari Isnin - Jumaat jam 6.30 petang.  Topik yang diajar semalam adalah pasal SOLAT, cara-cara yang betul nak angkat jari semasa membaca tahiyat, cara yang betul nak bagi salam setiap kali selesai solat.  Memang bagus rancangan tu, cara penyampaian Ustaz Zamri yang bersahaja pastu ada selingan lawak jenaka, memang menarik perhatian anak-anak yang menonton.  So ibu-ibu semua jangan lupa tengok rancangan ni ok ajak anak-anak sekali.

Haaaa...yang ditunggu dah tiba.  Akak ada kad bonuslink.  Rasa rugi la pulak bila point dah banyak tapi tak redeem.  So sebelum balik keja tu sempat le gak akak singgah kat bonuslink.com.my cari barang yang sesuai utk diredeem.  Sebelum ni banyak gak barang yang akak dah redeem, antaranya balang kuih, toaster n bantal.  Kebetulan point dah banyak, pastu dah lama tak redeem.  Akak berkenan dengan kotak cartoon ni, sesuai sgt le letak lam bilik untuk simpan barang-barang bebudak bertigas tu, nampak kemas dan teratur ckit bila diisi dalam kotak gitu.
masa baru sampai.  satu pujian utk bonuslink, reedem hari khamis, 
hari isnin dah sampai, tak perlu lama menunggu
taraaaaaa dah jadik pun kotaknya. si kecik pun apa lagi, 
terus mengaku kotak tu dia punya
adik yang punyeeee....adik yang punyeeeee
asik mengaku dia yang punyeee, pasal nak isi keta mainan cumell dia, sabarrrrr
kalo kengkawan perasan, gula-gula sugus pun ada lam tu
lepas ni semut pun boleh buat umah dlm kotak tu

Monday, July 12, 2010

Sejuknya Weiiii

Tima kasih banyak-banyak pada semua kengkawan yang wish happy anniversary untuk akak.  Buat masa ni no candlelite dinner, tak ada hadiah istimewa dan tak ada honeymoon utk kali yang ke 12..hehehe, pasalllllll...en. abah outstation lagik....huhuhu..

Hari ni, nak kata hujan turun lebat, tak jugak.  Cuaca kat luar punyala terang benderang, panas terik, matahari memancar ngan girangnya, memang sesuai sangat la kalo nak mendobi, sah-sah cepat ja kering kain yang dijemur, tapi akak yang dok kat ofis ni dah rasa macam duduk kat Kutub Utara, sejuk gedi dibuatnya, kena pakai stokin cam owang dok dalam pantang la pulak...tak gitu Yan....
Ni salah satu stokin kesayangan akak, memang spare satu kat ofis, utk melindungi kakiku dari kesejukan aircond.  Bila akak pakai ja stokin ni, member kat ofis mula la menyakat akak, pakai stokin cam pelangi la, cam kuih lapis la....sebenarnya depa tu dengkiiiiii, depa tak dak stokin secute stokin akak...hehehehe

Opppssss lupa nak stori pasal Cik Ti yang dulu sronok bermaharajalela kat ofis akak.  Baru2 ni staf penyenggaraan dah letakkan perangkap tikus + racun tikus kat belakang pintu bilik makan.  Seperti yang dijangka, sekor cik ti yang cumel dah terperangkap, ok la tu, tapi yang tak bestnya, ada lagi yg mati bwh peti ais, dalam kabinet, atas siling gara-gara racun tikus...tak sukaaaaaaaaaaaaaaa akak, busuknye bau mangkai tikusss!!!!!

Saturday, July 10, 2010

Rupanya Dah 12 Tahun Pun

Masih ingat lagi malam 10 Julai 1998, malam paling berdebar dalam hidup akak...hehehe..malam akad nikah akak n en. abah.  akad nikah tak buat kat masjid, buat kat umah, dikelilingi oleh semua sanak saudara.  meriah suasana.  37 dulang hantaran dari pihak akak, berbalas 27 dari pihak en. abah...manyakkk woooo, teringin nak tunjuk gambar, tapi maleh nak godek2 kat atas loteng nunnn, nantilah.

Rupanya dah 12 tahun pun berlalu, dah ada 3 owang anak pun.  Dari berat badan 39kg hingga sekarang dah mencecah 59kg, silap2 langkah terover makan, leh mencecah 60kg tu.  Cepat masa berlalu, kengkadang tu rasa cam tak percaya, fuhhh dah lama pun akak kawin ngan en. abah.  bermacam suka dan duka sepanjang 12 tahun perkahwinan kami.  Bohong la kalo akak kata kami tak penah bergaduh,  penah bergaduh sampai akak kemas kain baju nak lari dari umah, kononnya la, sebenarnya itu semua taktik nak soh en. abah pujuk...hehehe, bila kena pujuk...heheheh, semangat berkobar2 nak lari dari umah tadi tu terus cair...kwanggg kwanggg kwanggg...lawak mr. bean btoi.
Belom penah sehari dalam hidup akak, akak tak cium tangan en. abah sebelom akak g keja, tu dah rutin harian, kalo akak tak buat camtu, akak rasa cam ada sesuatu yg tak kena dalam hidup akak.  Biasa la kan kita ni cuma manusia biasa, tiada yang sempurna dan kita pun tak boleh nak memenuhi semua kehendak owang lain, ada salah fahamnya, tak semestinya dah 12 tahun kawin, kita dah betul2 mengenali hati budinya, ada gak kengkadang tu yang tak faham, tapi buat-buat le paham...hehehe....yang penting akak bahagia ngan en. abah, semoga perkahwinan kami, berkekalan hingga ke akhir hayat...aminnnn

Tuesday, June 29, 2010

Cerita Cowboy, Cerita Anak-Anak

Baru-baru ni akak ada terima kad jemputan dari AVON untuk memeriahkan Parti Jualan Avon yang akan diadakan di Equatorial Hotel, Penang pada 11 Julai nanti.  Ingatkan free, rupa-rupanya kena bayar yuran penyertaan sebanyak RM35 seowang.  Teringin jugak nak bawak anak-anak p, tapi tertulis kat kad jemputan tu 'kanak-kanak tak dibenarkan masuk'...pulak dahhh.  Tapi yang paling best sekali tentang pakaian utk hadir ke parti tersebut....kena pakai pakaian COWBOY..!!! Tak dapat dibayangkan kalo akak pakai ala-ala cowboy gitu, sah-sah en. abah tergolek-golek gelakkan akak.
Jadik, kesimpulannya, akak tak dapat le nak hadirkan diri ke majlis ni,
gara-gara pakaian COWBOY

Semalam lepas hantar ami p tuisyen, on the way nak keumah ibu tercinta, sambil drive akak terdengar perbualan antara siratu n sikecik, lebih kurang cam ginilah...

Adik  =  Kakak, kalo adik mati, kakak nak dok ngan sapa..??
Siratu  =  Kakak dok ngan adik la...
Adik =  Ler...kan adik mati, kakak nak dok ngan sapa ?(diulang sekali lagi)
Siratu =  Kalo adik mati, kakak dok ngan mama lahhh
Adik  =  Heeermmm....pandaiiiii punnnn

Sekarang ni sikecik akak, tengah sibuk mempraktikkan penggunaan perkataan "pandai pun".  Apa saja yang owang cakap ngan dia, mesti dijawab, "pandaiiii punnn"

Sunday, June 27, 2010

Risaunya Hati Ini

Hari ni akak dah start keja setelah 2 hari bercuti jaga sikecik.  Terima kasih banyak-banyak pada semua kawan-kawan blogger yang sentiasa mendoakan kesihatan anak akak, dan juga pada kawan-kawan yang melawat sikecik akak tu, memberi semangat pada akak dalam mengharungi semua ni.  Komen-komen yang kengkawan tinggalkan kat n3 akak tak sempat akak balas, mintak maap banyak-banyak, akak pun tak sempat nak singgah jalan-jalan umah kengkawan semua, hilang mood akak buat masa ni, tak ceria diri akak buat masa ni. 
Doc. nasihatkan akak supaya jangan terlalu risau, insyaallah makin usianya meningkat, bende camni takkan berulang lagi.

Kesihatan sikecik makin pulih, makin aktif, makin pandai bercakap, makin kuat menyakat siratu, tapi still akak bagi makan ubat.  Ptg semalam dia dah kejar siratu ngan pencakar daun, keliling umah, menjerit-jerit siratu. Berlari kesana kemari main bola, bersyukur sangat bila tengok dia makin sihat.

Pagi tadi nak g keja rasa berat hati sangat nak tinggalkan dia, dalam hati ni masih rasa risau, risau dengan apa yang dah berlaku. Sampai ofis nak buat keja pun tak dak mood, nak jawab telefon, nak cakap dengan boss pun tak ada mood, apsal akak jadi camni.  Dalam kepala otak ni asik fikirkan sikecik ja, harapkan diri ja ada kat ofis, tapi minda ni hanya ingatkan sikecik ja, kejap-kejap call ibu tercinta, bertanya pasal sikecik.  Rasa macam phobia sesangat, kengkadang tu rasa cam nak menangis ja, risaukan sikecik tu, berharap sangat perasaan macam ni hilang segera.  Sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat akak ni, akak ni jenis yang cepat lemah semangat.

*  To akak Nza, masa beby kecik2 dulu, banyak kali ke dia kena camtu

Wednesday, June 16, 2010

Teringin nak tukaq spec baru

Sejak kebelakangan ni, kepala akak selalu aje rasa sakit, berdenyut-denyut, mata pun kengkadang tu rasa berbinau-binau, belakang pulak rasa lenguh-lenguh, petanda apakah ini?  Dok pikir gak, adakah disebabkan selalu sangat ngadap pc, matapun jadi letih.  Akak nikan rabun jauh. Sowang kawan kat ofis ada suggest soh akak cuba Permata Hijrah, manalah tau, produk ni mampu mengurangkan kerabunan mata akak ni.  Nampaknya dapat gaji bulan ni, nak kena beli jugak produk ni, kita berikhtiar...semuanya dengan izin Tuhan.

Akak nak stori sikit sejarah cam mana memula akak boleh pakai spekmata.  Family sebelah mak akak memang semuanya pakai spec.,ayah n angah pun pakai spec jugak.  Akak mula pakai spec masa belajar kat Manjung, tu pun bila nak tengok bf nampak blurrr...heheheh, mesti something wrong somewhere kat mata akak ni.  Time cuti semester, balik umah, ajak ayahanda tercinta p check mata, power masa tu ckit aje, sebelah kanan 25, sebelah kiri 75, lebih kurang camtula, dah ingat2 lupa pun.

Zaman muda2 dulu, bila pakai spec nampak tak cun, macam owang tua, so kejap pakai kejap buka, makin lama makin rabun le jawabnya.  Sekarang power spec akak dah mencecah 250.  Sekarang ni tanpa spec, siapalah akak, insan yg hina ni, nak drive pun susah, nak cari jarum apatah lagi teraba-raba cam orang buta.  Pada firasat akak, akak kena g check mata semula, silap2 kepoweran spec. akak akan bertambah, kemungkinan besar salah satu sebab kenapa sekarang ni akak selalu sakit kepala.
Ni spec yang akak pakai sekarang ni, murah ja, tak berjenama ponggg

 Species Dior
sekali sekala, apa salahnya tukar selera, beli yang mahal ckit,
teringin la pulak nak tukar pada spec yang cantik cam gini 
tq to mr. google, tolong akak carikan species spec. yang cantik2
yang dibawah ni species Vesace
nak carik mana la duit nak beli spec. memahal cam gini

Sunday, June 13, 2010

Tudung tingkap baru + sambut bulan Rejab + demam bola

Kengkawan perasan tak, ada template design yang cantik2 kat blogger.com.  Akak pun tak ketinggalan nak tukar langsir baru, awat la diri ni mudah sangat terasa bosan ngan langsir yang sedia ada, tak dan nak raya lagi dah tukaq tudung tingkap baru (bahasa owang kedah utk langsir).  Tudung tingkap yang sebelum ni warna pink telah bertukar ke hijo, supaya lebih tenang mata yang rabun ni memandang. Kengkawan yang teringin nak tukar cat baru, boleh cuba, semua tersedia depan mata, nak buat 2 column, 3 column, 6 column, semuanya ada, senang ja.

Esok jangan lupa 1 Rejab, mesti ramai yang akan berpuasa nak sambut bulan Rejab yang mulia, selamat berpuasa ok.

Demam bola dah melanda diri en. abah. Lewat malam ja, akak tengok dia dah mula gelisah, bulu kaki dia dah jatuh kat kedai mamak Yasmin yang pasang skrin besaq, kat umah tak kickkk kalo tengok bola, tak kusyuk katanya. Pasai pa..???? pasai tak leh nak terlompat-lompat, terjerit-jerit, terkinja-kinja, bila pemain bola sepak yang dia minat jaringkan gol, memang hampeh...biarkan dia dengan demam bolanya, maleh akak nak layan, lebih baik akak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...jumpa lagi esok...byeeee

Dalam FB boleh jumpa kawan lama, boleh tau macam2 cerita

Cuti hujung minggu, akak tak kemana-mana, melepak diumah, layan anak-anak, mendobi, kemas umah, maklumla 5 hari akak tinggalkan umah, harapkan en. abah kemas umah sebelum dia berangkat ke Sepang, hampehhh, kain kat belakang umah yg akak sidai sebelum akak pegi pun, puas berkali-kali kena remind, baru angkat, kalo tidak reput la kain tu kat penyidai.

Sambil melayan anak-anak main, akak sempat ngadap FB, terjumpa id kawan lama , akak godek-godek gak gambar kat FB dia, memang betulla gambar dapat menceritakan segala-galanya, tak perlu nak diexplain panjang-panjang.  Rupanya dia dah divorce ngan isteri dia, lama mana dah bercerai akak tak pasti, kawin lak tu ngan sowang janda anak 1, anak-anak dia ngan isteri dulu (3 org semuanya), dia ngan wife baru yg jaga.  Oppsss sejak bila laks blog akak ni jadi blog gossiping ni.  Bukan nak mengumpat pasal hal rumahtangga owang, cuma bila tengok gambar anak-anak dia, ngan mata yang bulat, senyuman yang manis, rasa kesiannn sangatttt, kesian pasal kecik-kecik lagi dah menjadi mangsa pergaduhan mak bapak,  tak dapat nak merasa kasih sayang ibu sendiri, pelukan dan ciuman ibu tercinta, hidup dalam satu keluarga yang bahagia.  Dengan wife baru, dia ada 2 owang anak.  Sayang sangatkah wife baru dia tu, kat anak-anak dia yang 3 orang tu??? Macam-macam yang ada dalam kepala otak akak ni.  Akak berharap sangat wife baru dia tu, dpt jaga anak-anak dan sayang bebudak tu cam anak dia seniri.  Berharap sesangat dan berdoa semoga perkara macam ni tak berlaku dalam rumahtangga akak, biarlah kasih sayang kami kekal hingga ke akhir hayat, apa yang tak puas hati, kita bincang sama-sama...apsal lak ni tetiba ja terlebih emo....huhuhu

Oklah lupakan kisah ni, malam tadi ada reunion kengkawan sekolah rendah/menengah akak dulu kat DGCC, jumpa ramai kawan pun, melalui FB gaks. Bayangkanlah kali terakhir jumpa tahun 1991, ni dah 2010, dah 19 tahun berlalu...banyak yang dah berubah, dari gambar yang akak tengok dalam FB, ada yang dah montel, ada yang makin cun berseri-seri, ada yang kalo terjumpa, sah2 tak kenai...fuhh cepat masa berlalu. Menu yang diwar-warkan amatlah menarik BBQ Lamb, Beef Tenderloin, American salad (cammana tu ekkk??), macam2 lagilah, tapi mintak maaf bebanyak pada kawan2 semua, akak tak dapat nak hadirkan diri, pasal kebetulan my sis in law+anak2 baru sampai, so my MIL buat makan ckit utk semua, so selamat bereunion n selamat makan + selamat berkaraoke...mesti meriah gilerrrrrsss....nanti jangan lupa tepek gambaq lam FB tau.

Godek-godek lagi kat FB, jumpa pulak sowang member DSS yg sama-sama blajar kat Manjung dulu, memang dah lama pun dok cari dia, rupanya dah jadi nurse pun.  Tergezut akak tengok bila dia masih simpan gambar ni.  Gambar tahun 1993, gambar memula akak masuk manjung dulu.  Gambar ni kami amik lepas habis buat jamuan perpisahan lepas habis sem....boleh teka mana satu akak..??? hehehe

Thursday, June 10, 2010

Mai Singgah Makan Nasi Lemak Best sambil shopping

Petang Selasa lepas, ibunda tercinta ajak kami semua ke restoran nasi lemak best friend dia (aunty Anie) masa g buat haji dulu, Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang kat seksyen 7, Shah Alam.  Fuhhh sedap lagi menyelerakan.  Restoran yang dibuka 24jam, menu utama, nasi lemak....ada macam-macam species sambal disitu, sambal sotong, ikan bilis, kerang, ayam, belom lagi menu dagingnya, laksa pun ada, yang pastinya memang best...sedapppp.  Maap tak sempat nak snap menu2 tu, lapaq beb..lupa segala...lepas makan baru nak pozingggg.

 tercacak rambut Ami lepas makan nasi lemak best tu

Kengkawan yang menetap area Shah Alam, sudah semestinya penah sampai kat restoran tu,  Niza@kancilbiru mesti penah singgah makan kat sini, btoi dak Niza..???  Kalo yang belum penah singgah, akak nak promote ni, sudi2kanlah diri anda n family tercinta p makan kat situ, memang sedap, sedap dalam ertikata sebenar, sedap ikut selera akak yg suka makan pedas ni la, kalo owang lain..???? insyaallah...akan kata sedap gak...hehehe.  Opppss satu lagi...restoran ni dekat sangat le ngan ICity, lepas g ronda2 kat ICity boleh la singgah makan kat sini. 

Bila semua dah kenyang, kami bergerak ke Ikea. Jalan jem jugak ptg tu, so sampai Ikea pun dah pukul 8.15mlm, tak boleh nak meronda lama-lama,  pukul 10.00 mlm dah nak tutup, so akak sambar mana yg berkenan dihati, angah lak asik dok perli, jgn risau kakak, ada lori, boleh hantaq barang balik umah hang, hampeh toi, tau la kat tempat akak ni tak dak Ikea.  Banyak sebenarnya barang yang en. abah nak beli, memandangkan masa tak mengizinkan, nampaknya lepas ni kena g lagi.
yang akak sempat sambar kat ikea, anak-anak dah buat main masak2 pun
kat ruang tamu, macam nak p berkelah ja
 masih dok terfikir, awatla en. abah berkenan sgt ngan gelas kaca ni
dah start gantung tudung pun, puas hati, akhirnya dpt gak beli mende bulat ni

Friday, June 4, 2010

Dah selamat sampai pun

Pagi tadi dalam pukul 11.30 pagi, akak, anak2 n ayahanda+ ibunda tercinta bertolak nak ke umah Angah. Menu ibunda utk anak jantan dia yg sowang tu ialah...daging goreng kunyit/sambal daging n bihun goreng...fuhh sedappp beb...opsss lupa nak bagitau..durian pun bawakkkk. Memang happy nak p tengok anak menakan, si aqiff tu, tapi ada yang sedihnya...sedih sebab tinggal en. abah sengsorang kat umah...dia tak ikut kami sama coz hari ahad ni dia ada meeting, so tak buleh nak elak, dia kena attend meeting tu dulu, ahad mlm baru en. abah bertolak ke sini.

Tadi masa nak bertolak, Ratu cam biasa, menangis...sedih pasai tinggai abah sengsowang kat umah.  Memang akak pun terasa cam tu jugak, sebab selama ni pun kalo nak kemana-mana kami tak pernah berpisah, jarang sgt akak tinggalkan anak-anak mahupun en. abah kalo nak kemana-mana pun, mesti angkut semua, tapi kalo en. abah tinggalkan kami p outstation tu selalu sgt la....berbeza situasinya.  Dalam keta pun, akak ada sms en. abah bagitau akak rasa sedih tadi...rupanya dia pun sama....rasa sunyi bila dok umah sengsorang...hehehe taupun...sunyi semacam ja katanya bila anak bini tak dak kat umah.

Kami cuma singgah kat Tapah, beli donkin donuts n kat Sg. Buloh utk isi minyak.  5.15 ptg, kami sampai kat umah angah dengan selamatnya...alhamdullillah.  Malam ni kami nak p Icity..jenjalan tengok lampu...jom join....jumpa lagi...Selamat bercuti untuk semua...bye

Wednesday, June 2, 2010

Layan Ngantuk

Cuaca kat lembah permai hari ni mendung, sejukkk... seronok..!!!...berkabus. Masuk ofis ngan penuh semangat waja nak buat keja, hari nikan last day bekerja. Esok kami sekeluarga nak berangkat ke rumah Angah. Semlm akak dah buat sikit preparation, masukkan baju bebudak bertigas tu dalam bag, mendobi apa yg patut sebelum nak berangkat, kemas dapo, mop lantai. Bila semuanya dah settle rasa legaaaaa sangat, nanti balik kesini semula tak le letihkan, umah pun bersih aje.

Sekarang waktu rehat, sunyi sepi kat ofis ni, kengkawan semua kat surau, layan mata sementara menunggu pukul 2.00 ptg, akak pun dah mula rasa mengantuk, nak makan pun dah kenyang, pagi tadi menu breakfast akak seperti biasa nestum+susu n bihun goreng. So untuk hilangkan ngantuk meh kita layan lagu ni. Akak suka lagu ni, lagu ni jugak akak set as akak punye ringtone. Ringtone kengkawan laks lagu apa..???

Saturday, May 29, 2010

Jeruk Pelam Edisi Akak

Salam semua,
Hari Sabtu, macam biasa, akak tak kemana-mana pun, dok melepot kat umah, paling jauh pun hantar Ami g tuisyen, pastu balik.

2 batang pokok pelam kat belakang umah akak, dok tengah galak berbunga n berbuah. Akhirnya tercapai jugak hasrat en. abah nak tengok pokok pelam dia berbuah, pasai sebelum ni dia dah berhasrat kalo pokok tu tak berbuah gak, dia nak tebang ja.  Sayang kalo buah-buah pelam tu tak dibalut, sementara tunggu nak masak, nanti mudah binatang perosak singgah kat buah tu, maka cacatlah buah pelam akak nanti, silap-silap buruk tak sempat dimakan, cantik diluar rosak didalam.  

Petang tadi dengan kerjasama ayahanda tercinta n Ami, maka semua buah pelam tu dibalut ngan rapinya.  Ami ada soh akak snap gambaq dia atas pokok tengah balut buah pelam, akak malas nak layan, pasal mood malas menjelma, terjerit-jerit dia dari atas pokok mintak perhatian, akak buat derrkkk ja.  Ada jugak buah pelam muda yang luruh, sayang kalo dibiar camtu ja....so akak n ibunda tercinta buat jeruk pelam simple.  

Kupas kulit, potong buah pelam tu, basuh n toskan airnya biar kering + garam n gula = maka terciptalah jeruk pelam simple edisi akak n ibunda.
seminggu lagi baru sedap dimakan

Thursday, May 27, 2010

Bercuti dan Melepak

Assalamualaikum semua kengkawan,
Selamat bercuti untuk semua, plan nak p mana sepanjang cuti 3 hari ni ??  en. abah outstation, hari sabtu baru balik, so akak tak p mana la jawabnya, just lepak-lepak kat umah, jalankan rutin harian sambil hantar Ami p tuisyen.  

Bangun pagi tadi, anak-anak masih nyenyak tido, untuk breakfast, dah ada roti gardenia, sat lagi akak bakaq n letak peanutbutter+scramble egg, dah cukup untuk bebudak bertigas tu sementara nak tunggu makan tengahari.  Lunch hari ni, sudah semestinya dirumah ibu tercinta, memandangkan akak maleh nak masak, en. abah tak ada...alasan penyegan la tu.  

Pagi ni, sambil cakar-cakar daun kat laman umah, akak mendobi, kejap lagi bila bebudak tu dah bangun,akak nak vacuum umah.  En. abah merungut rambut akak banyak yg gugur, mencacatkan pemandangan lantai umah.  Dulu zaman dok belajar, boleh simpan rambut panjang, tapi sekarang bila dah beranak pinak, simpan panjang ckit aje, mulala gugur sang rambut ni...tak kasi chance langsung nak ayu cam dulu-dulu.  Nampaknya besok akak nak g potong rambut akak n ratu, sama-sama dah panjang.  Shampoo apa yang sesuai ekk utk atasi masalah keguguran rambut ?? Sekarang ni akak guna shampoo pantene ja, tapi masih gugur.  Kena tukar shampoo lain la tu cuma tak pasti shampoo jenama apa yg sesuai.

Melaut ntah kemana akak pagi-pagi ni, meh layan gambar sikecik akak tu.  Disnap semalam lepas akak solat maghrib, dia pun sibuk nak ikut bersolat.  
perasan tak, bentang sejadah pun terbalik, tak bagi ubah langsung...gerammm

Tuesday, May 25, 2010

Selamat Pagi Semua

Assalamualaikum n selamat pagi untuk semua kengkawan,
Perkara pertama yang akak buat bila sampai ofis pagi ni, tak lain tak bukan, masuk pantry check kesan tapak kaki cik "siti".  Masih ada lagi kat sesetengah tempat.  Petang semlm member akak masuk pantry nak buat kopi, tergezut gak la dia, bila dia tengok cik "siti" boleh masuk dalam tudung saji cumel kami....rupanya makanan yang ditutup pun dah tak selamat lagi dimakan.  Gangguan "cik siti" ni dah dilaporkan kat jabatan penyenggaraan, insyaallah hari ni depa mai letak gam tikus..harap-harap berkesan.

Ok..lupakan bab "cik siti".  Kengkawan breakfast apa pagi ni..?? Ni breakfast akak setiap pagi, nestum+susu...sedap...sehingga menjilat sudu.  Susu kotak tu akak rembat yang anak-anak akak punye.  Memang sentiasa ada kat umah, buat bekalan kesekolah.  Cuma akak tak sesuai nak minum full cream lagi, kena tukar ke low fat...hehehe
oklah, sambung buat keja dulu, jumpa lagi nanti....byeeee
Oppppps lupa nak stori, pagi tadi akak masuk bilik boss akak nak kemas surat-surat atas meja dia..tetiba akak terpandang mende alah ni...hehehe....senyum jangan tak senyum

Monday, May 24, 2010

Tikus Bermaharajalela

Dulu masa memula akak kena posting kat ofis sekarang ni, suasana kat sini aman damai, tanpa gangguan sitikus. Makanan kat pantry pun selamat kalo dibiarkan kat atas meja. Tapi semenjak ni, akak tak pasti kenapa, sang tikus makin berleluasa kat pantry ofis akak. Siap boleh main kejar mengejar...panjat tingkap, tengok kita dok makan, eeeeee dah la akak geli ngan tikus. So sebelum balik keja, kena kemas semua, jangan tinggal apa pun atas meja makan or dalam tong sampah, kalo tinggal alamatnya esok pagi...bersepah habis satu pantry ngan sisa2 buangan, tu belum lagi bab kesan tapak kaki dia kat pinggan mangkuk, sudu garfu n mug. Sakit jiwa akak tengok, tiap kali nak makan terpaksa basuh semua pinggan n sudu. Nak makan pun dah jadik was2, mana tau tak pasal-pasal je terkena jangkitan kencing tikus.

Hari ni member akak dah suruh makcik cleaner tu, bersihkan semua bahagian dalam pantry tu dan lepas ni kami nak letak racun tikus, tak boleh dibiarkan sikecil tikus tu berleluasa. Cuma yang akak risaunye takut sikecil tikus tu ajal kat merata2 tempat, silap-silap kat dalam bilik akak ke...sah2 akak tak masuk bilik tu selagi makluk tu tak dikeluarkan dari bilik akak..hehehe....

Sunday, May 23, 2010

I'm So Sorry

Alhamdullillah pagi ini dilalui dengan penuh keceriaan.  Hantar sikecik keumah ibunda tercinta.  Kedatangan disambut dengan senyum dan nasihat berguna dipagi hari oleh ibunda tercinta...."kakak (panggilan ibunda utk akak), jangan bawak keta laju-laju, awak tu dah banyak kali ayah jumpa merempit dijalanraya.  Sengih sumbing akak dipagi hari, memang betol kengkadang tu kaki ni terover-over tekan pedal minyak, nak mengejar masa supaya cepat sampai...hehehe.

Teruskan perjalanan, hantar Ami n Ratu ke sekolah, hari ni bermulala peperiksaan pertengahan tahun.  Dalam keta tadi sempat gak akak bagi ingatan....baca soalan dulu dengan betul, baru boleh jawap.  Berhati-hati masa mejawab tu, lepas dah jawab semak semula.  Sebenarnya akak yang berdebar-debar setiap kali anak-anak nak exam.  Dok kat ofis pun tak senang hati, asik terpkir2 kat depa. 

Sampai kat ofis, bersemangat waja on pc, nak check emel tetiba hfon berbunyik....en. abah yg call.  Amboi baru ja keluar umah tadi, apsal lak call ni..??

En. abah  >    Hello Zie
Akak   > yups...awat lak ni call, ada apa2 masalah ka..?
En. abah   >  Zie tak perasan ke masa iron seluaq abg tu..??
Akak   >  Awat pulak ngan seluaq tu..???
En. abah   >  Terkoyak kat depan....malu abang....staff bagitau..seluaq abg terkoyak
Akak  >  Errrmm memang tak perasan sgt...sesungguhnya tak perasan
En. abah  >  len kali tengok la betul-betul (ngan nada yg ckit marah)..tot..tot..tot (talian terputus)

Terasa teramatlah bersalahnya diri akak ni, terlepas pandang, tak perasan betul seluar tu terkoyak, terasa sungguh menyesal dihati ini tak tengok betul2.  Tak puas hati, akak hantar sms "sowwy, tak perasan yang seluar tu terkoyak"

Balasannya "takkan la tak dapat tengok AF final, Zie merajuk sampai camtu sekali".  Seriuss en. abah betul-betul tak suka tengok AF, so dengan anak-anak n isteri tercinta sekali di kempennya jgn tengok AF8.  So kebetulan en. abah tgh tengok citer kat tv2, akak soh dia tukar channel 104 sekejap aje, akak nak tahu sape pemenang AF8 semlm, sampai kesudah dia tak mo tukar channel, akak pun apa lagi mogok le kejap...tunjuk perasaan le kononnya tu...tapi apakan daya, mogokku tak dilayannya, terus akak tertido.  So, to my dear hubby, i'm so so so sorry.

Saturday, May 22, 2010

Cerita Hujung Minggu

** Berdesup desap akak bawak keta cumel akak tu kesana kemari. Hantar anak-anak ke sekolah, kluar makan tengahari ngan Mekna, g AVON amik order, semuanya ngan keta cumel akak tu, sampai terlupa driving lisence akak tu dah 10 hari expired.  Terlupa sungguh, sesungguhnya...kalo jadi apa2 tak ke haru. Kalo JPJ tahan akak, tak pasal2 ja akak kena saman, semuanya gara-gara terlupa nak renew driving lisence tu.  Peringatan utk diri seniri...lain kali renew for 3 years, baru la bertambah2 lupa akak ni.  Nasib baik member ofis kebetulan nak g post office, dia la yg tolong renewkan....tq so much kat Die.
**  story hari Khamis

En. abah dah selamat sampai ke umah mlm semlm.  Bebudak bertigas tu happy sgt bila abah depa dah balik, peluk cium sakan, macam tak jumpa bertahun, tu baru outstation 4 hari.  Lega ckit akak bila en. abah ada, bebudak bertigas tu tak le nakal sgt bila abah depa ada, kalo ngan akak ni, tak makan saman, silap-silap akak kena buli.  Ada buah tangan utk akak, hadiah Hari Ibu, walopun dah terlewat bagi, tq so much en. abah...ingat jugak u kat bini u ni...hehehe
 en. abah tau ja akak suka 'famous amos cookies n feqeqo qoche' tu

Hujung minggu akak tak kemana, en. abah masih letih travel, so kami sekeluarga melepak kat umah ja.  Hantar Ami g tuisyen, amik Ami balik tuisyen, makan, lepak depan tv, tdo depan tv.  Bangun tdo, rasa lapar la pulak, akak goreng cucur lemak manis, tak sempat nak snap gambar...semua dah masuk perut.  Dah kenyang, lepak lak kat luar umah, teman bebudak bertigas tu main.  MIL ada gak call tanya, tak balik kampung ke minggu ni?  Jawapannye tidak, en. abah keletihan, nak melepak kat umah je, minggu depan insyaallah kami balik, walopun sebenarnya bukan jauh sgt pun umah akak ngan umah MIL.
Dear aunties sekalian, jom teman adik main golf...nah amik bola ni

Wednesday, May 19, 2010

I Missed Him A Lot

Ptg semlm bawak berbudak bertigas tu g kedai alatulis, mata pensil habis la, pemadam kena potong ngan kwn sampai tinggal separuh la, gam pun dah habis, nak beli file le...kalo boleh semua depa nak beli, so akak bawak depa g pilih apa yg patut dibeli, beli cepat apa yang tak
cukup...cepatttt...cepattt..sebelum akak tutup offer, mood tengah ok ni....

Sebelah malamnya, tengah akak melayan perasaan sambil mesin kain, tetiba hphone berbunyi, rupanya hero kesayangan akak tpon (en. abah le tu) dia sekarang ni g outstation.

En. abah  > Hai, dok buat apa tu...???
Akak > kat dapoq ni, sambil kemas apa yg patut n tgh mesin kain....rasa sunyi la malam ni.
En. abah  > Sunyi..??? Awat...anak-anak p mana...???
Akak   >  Ada...depa dok tengok tv
En. abah  >  Dah tu awat sunyi pulakkk...???
Akak  >  Sunyi pasal tak dak org nak bergaduh/bertengkar/bertekak dan banyak lagi berrrrrrr...hehehe
En. abah  >  OOOO...ingatkan pasai apa la.
En. abah   >   Dont worry, nanti i balik la
(banyak lagi yang kami bualkan lepas tu, citer pasal dia g betulkan jam tangan dia yang biol, siap sempat bersoping jeans n tshirt lagik....jeles akak)

Akak jarang sangat berstori mori pasal en. abah, sebenarnya dia yang tak nak....malu katanya, citer pasal u n anak-anak sudah la.  Sekarang ni dia g outstation, seriuzzz..... i missed him a lot...http://www.emocutez.combukannya dia tak penah g outstation sebelum ni, tapi ntah kenapa kali ni akak rindu kat dia.  Kalo dia ada, selalunya sebelah malam, sambil lepak depan tv ngan kopi panas, dia akan citer kat akak, apa yg berlaku seharian kat ofis....dengar luahan perasaan dia, ketidakpuasan hati dia, macam-macam lagilah, nak release tension la tu. 

Balik umah rasa sunyi tanpa dia, walopun riuh rendah ngan suara anak2 tapi hati akak sunyi bila dia tak ada....huhuhu..apsal lak tetiba emosional ni....??????http://www.emocutez.com