Alhamdullillah, sebelom ke KL ari tu, akak dah terima surat pengesahan masuk Darjah 1 si ratu. Lama gak akak dok tertunggu2 surat pengesahan tu pasal akak dah tanya kwn2 yg lain, kebanyakkan dah terima surat pengesahan tu...akak takut borang masuk sekolah si ratu tercicir ke apa ke. Bila dah dapat lega rasanya. So 31 Disember nanti, si ratu dikehendaki untuk mengikuti Program Orientasi Murid-Murid Tahun 1. Harap2 dia ok. Apa yang perlu dibawa masa hari tersebut :-
1. 3 keping gambar siratu bersaiz paspot - kena g kedai gambar secepat mungkin...
2. 1 salinan kad kesihatan anak - tengah dok kosek2 kat mana akak simpan kad ni...
3. 1 salinan penyata gaji terakhir ibubapa...(utk apa tu ekkk sampai slip gaji pun nak tengok)
Ni untuk siratu aje, blom masuk lagi buku tulis n yuran sekolah abang. Semua ni akak blom settle lagi. Insyaallah 31/12 nanti akak akan beli terus buku tulis utk abg n siratu serentak cuma yuran sekolah abang aja yg akak perlu jelaskan hari pertama persekolahan nanti. Lagi tak settle mende alah ni, lagi tak senang duduk. Abang dok kalut tanya, bila akak nak beli buku tulis dia..katanya nak balut cantik2..semangat tahun baru le tu...bila dah sekolah 2,3 bulan nanti, buku pun jadi lembek...tu le yang buat akak slalu berleter...bila bebudak ni tak pandai nak jaga buku.
Hari ni, akak nak g makan kenduri umah biras akak jap, adik dia kawin pastu plan nak bawak bebudak ni mandi air terjun kat Lata Bayu...beramai2 dengan cousin depa yg lain...dekat aja dari umah biras akak. Mesti bestkan..berendam sampai kembang...sejukkkkkk...kat tempat akak sekarang ni cuaca panas terik, sakit kepala dibuatnya. Ok...sampai jumpa lagi, selamat bercuti...







































