Selagi tak habis bulan Syawal selagi tula kita semua akan dihidangkan dengan juadah yang best2 setiap kali jamuan hari raya. Masih tak habis2 lagi stori pasal open house tapi kali ni Majlis Jamuan Hari Raya taman perumahan aku...rasanya ni last kot jamuan hari raya utk tahun ni...perut dah dihidangkan ngan juadah yg lazat2 so lepas ni masa untuk berdiet...aku dah gemok sangattt rasanya sekrg ni...bahaya utk kesihatan.
Boleh dikatakan setiap tahun persatuan kawasan perumahan aku akan adakan jamuan hari raya, kali ni majlis jamuan tu diadakan betul2 depan umah aku...best...best meriah sangat...siap dengan lagu raya lagi berkumandang...satu taman boleh dengaq. Menu yang ditempah utk kali ni - nasi daging, mee rebus n satay. Sesiapa yang bermurah hati nak bawak makanan masing2 sebagai juadah tambahan pun amatlah dialu-alukan. Ada yg bawak kuih raya, ketupat, buah-buahan, serunding...kira macam-macam ada......
Masa yang ada nilah digunakan sepenuhnya utk bertanya kabar, bebual mesra, berkenalan antara satu sama lain dengan jiran yang baru berpindah mahupun yang dah lama menetap disini. Maklumla semua penghuni kawasan perumahan aku ni bekerja...kluar pepagi buta...balik pun dah malam buta...tak sempat nak bertegur sapa...melainkan kalo ada masa terluang...tu pun sekadar 'hai.....buat apa tu, baru balik keja ka'...hanya soalan lazim. Kalo sesaja tersesat kat kawasan perumahan aku ni sebelah siang...memang sunyi sepi....tak dak makhluk langsung....kecuali yang bercuti...sebab tulah pencuri suka sangat bermaharajalela kat sini. Alhamdullillah sejak adanya rukun tetangga, kaum lelaki bergilir-gilir berjaga (sebelah siang tak bolehla...semua org keja) dari pukul 1 pg hingga 5.30 pg...kejadian rumah dimasuki pencuri dah tak dengaq lagi ...setakat nilahkan...lepas2 ni...wallahhuallam
Oklah kita layan gambaq....zasssssss
kaum hawa taman perumahan aku sedang sibuk dok
cedok lauk...makan jangan tak makan
sedap btoi nasi daging yang ditempah...
tq to Mak Ngah Kpg. Sanglang
Masa ni jugalah digunakan utk bersalam salaman
dan bermaaf maafan...maklumla...ada sesetengah tu
malam jamuan tulah baru dapat berjumpa dengan jiran yg lain
disebabkan masing2 ada agendanya tersendiri
Satay ayam pun ada...mai...mai...dok panaih lagi...
Sedikit ucapan disampaikan oleh setiausaha persatuan
asyik nak berdukung aje kejanya...
tergezut tengok orang ramai kot
meriah sungguh suasana malam tu
terima kasih kepada semua yang hadir
memang puas hati...semua makanan habihhhhhhh...licinnn

















