CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label ucapan. Show all posts
Showing posts with label ucapan. Show all posts

Sunday, May 17, 2009

SELAMAT HARI GURU

SELAMAT HARI GURU kuucapkan kepada :-

1. Guru-guru Sek. Ren. Keb. Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra tahun 1981 - 1986 yang mengajar aku iaitu Cikgu Azizah Ahmad, Cikgu Zainab Rani, Cikgu Jamaliah Din, Sir Anasamy dan Cikgu Othman - (Darjah 1 - 6). Tahun 1985 adalah tahun yang paling best pasal tahun tu aku menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (kalo sekarang UPSR la). Cikgu Zainab n Cikgu Jamaliah adalah antara guru yg top...bila diaorg mengajar, diaorg akan berusaha sampai murid-murid diaorg faham apa yg diajar...best sgt. Cikgu Jamaliah kadang-kadang aku terjumpa jugak pasal dia sambung blajar kat UUM. Aku lulus peperiksaan tu dengan keputusan 4A1B. Student yg berjaya dpt 5A + 4A1B, cikgu buat rombongan ke Singapore. Tu la kali pertama n terakhir aku ke S'pore.

2. Guru-guru Sek. Men. Jitra tahun 1987 - 1991 iaitu Cikgu Rohana, Cikgu Dalilah,
Cikgu Haniza (cikgu yg paling baik, relax, sporting), Cikgu Zanizah, Cikgu Rosmawati, Cikgu Khalid dan byk lagi (ni kira guru-guru yang ajar aku masa Tingkatan 1 - 5)

Semalam lepas sesi cantikkan laman umah, kitaorg sekeluarga balik ke rumah MIL. Chik Sham my SIL buat kenduri arwah (bacaan yassin) utk arwah my FIL + birthday anaknya Nur Darlina Amni Umairah (nanti aku akan stori pasal Nur Darlina). Selesai semua majlis tersebut, lepas maghrib kitaorg ke Yen Gallery....apa lagi...mencari hadiah sempena Hari Guru. Penat betul melayan karenah bebudak berdua tu...tgk itu cantik..tgk ini cantik...kira semuanya cantik2 belaka. Aku pun dah naik letih + pening kepala...mana ngan keletah si adik..tangan tak boleh diam, semua mende dia nak pegang (takut pecah beb..ada sesetengah tu brg2 kaca), aku bagi warning soh diaorg cepat2 pilih mana yg diaorg berkenan....pilih punya ni la hadiah yg bebudak berdua tu beli utk cikgu masing-masing.

Terima kasih CIKGU kerana berkorban masa dan tenaga mencurahkan ilmu kepada anak-anakku.