CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA



SELAMAT HARI PEKERJA !!!!!

Kepada semua member yang makan gaji cam aku ni dan juga kepada yang membaca dan mengintai blog aku yang tak seberapanya ni.

Jadikanlah diri anda semua seorang pekerja yang berusaha, berdaya maju, amanah dan bertanggungjawab dalam apa jua bidang yang anda ceburi...cuma jangan ada perasaan hasad dengki....tak baik utk kesihatan...boleh cepat tua n cepat mati kalo ada perasaan tu...hehehe

Cuti hari pekerja ni aku tak kemana-mana...just stay at home...lepak ngan anak-anak, mengemas rumah n buka 'kedai dobi'. Kebetulan Mr. Hus tak ada...ke Sukan Badan-Badan Berkanun di Pulau Langkawi...kesunyian le aku...tak de teman boleh diajak bergaduh..bertengkar....rindu gilerrrrrr uuuuu.

REMOTE CUTE

Kejadian 3 minggu yg lalu.....

Dalam seciput entry aku yang penah aku buat...belum ada lagik stori pasal kakak...anak perempuan tunggal aku yang suka sgt merajuk. Tak boleh salah sikit aje..tarik le muncung. Tahun depan kakak akan masuk Darjah 1. Macam manala keadaan dia nanti yang jenis kaki merajuk ni.




remote mesti tak lekang dari tangan









Hobi si kakak ni tak lain tak bukan...ngadap channel 611 sambil pegang remote astro. Remote tu takkan lepas dr. tgn dia..kehulu kehilir dgn remote tu la...nasib baik la nak mandi tak dibawaknya remote tu skali. Semua ni pasal kes berebut remote tu ngan abang la. Abg nak tgk channel 615. Kdg2 pening kepala dibuatnya.

Dek kerana asyik berebut, rampas merampas maka si kecil remote tu pun dah mogok...terus tak berfungsi. Apa lagi...Mr. Hus pun mulala bising. "Tula, kan abah dah pesan...abg n kakak tak boleh nak berebut benda alah tu...nanti jatuh cepat rosak". Si kakak yg dah memang kaki merajuk apa lagi...tarik muncung berdepa-depa la. Si abah pun amik bateri baru tukar (maybe bateri lama weak) tapi masih jugak tak berfungsi. "Ha....remote dah rosak...senang la hatikan...tak payah lagi nak berebut n bergaduh.

2,3 hari jugakla penghuni kat dlm rumah tu, kalo nak tgk Astro terpaksa tekan butang kat decoder...kelakar btoi. Dah tak tahan sgt dok tertonggek-tonggek tekan butang decoder...Mr. Hus dah bwk remote tu p repair.

Check punya check..rupanya remote cute tu tak rosak pun. Yang menjadi masalah hanyalah bateri. Bateri baru yg Mr. Hus letak kat remote tu pun sebenarnya dah biol. Tak sangka ekkk bateri yg baru dibeli pun boleh rosak. Bateri pun boleh expired ka...??? Malu le Mr. Hus...coz disangkanya remote yg rosak...hehehehe...kesian my hubby.

Sunday, April 26, 2009

BIL LETRIK & KISAH ANAK

Mr. Hus dah balik dari KL. Lega hati aku. Kalo tidak perasaan hati ni rasa takut ja..takut sesuatu yg buruk berlaku lagi kat si kecik tu. Nasib baiklah si kecik tu semakin pulih lagipun ada mama n ayah aku yg byk membantu masa ketiadaan Mr. Hus. Si kecik tu apa lagi happy sgt bila dah dpt tgk muka abah dia. Dah byk hari tak dpt tgk muka si abah...mesti si kecik tu dok pikiaq...p mana la abah aku ni...

Pagi tadi sebelum pegi keja...aku singgah dulu kat Pejabat TNB bayar bil letrik. Bil letrik aku yg bulan lepas hilang ntah kemana...rasanya ditiup angin setelah pekerja tnb tu amiks bacaan meter umah aku n selit bil kat tepi peti surat tu (agaknye la). Aku minta juga anak2 aku kakak n abg tolong carikan bil tu kot2 la terjatuh dlm longkang ka...ditiup angin ke rumah sebelah ka...tp tak dak gak. So aku pun dok berkira2 nanti sampai bil letrik bulan ni akan ku bayaq sekaligus la.

Rupa-rupanya..bulan ni sampai le bil letrik yg baru beserta dgn 'surat kuning', surat amaran mengatakan letrik umah aku akan dipotong pada 28/4 sekiranya aku tak jelaskan bil yg tertunggak tu. Mr. Hus soh aku cepat2 p bayaq....buat malu kat org ja nanti kalo TNB mai potong letrik umah kita. Hehehe...aku gelak ja la. Nak buat macam mana lagi.

Tahniah jugak diucapkan pada si abang (Ami) kerana berjaya mendapat tempat pertama bagi pelajar Tahun 4 dalam pertandingan melukis dan mewarna sempena kempen anti dadah yg diadakan disekolahnya baru2 ni. Happy bukan main Ami bila aku balik dari keja ptg semlm...cepat2 bagitau aku yg dia dpt no. 1. Dah 2 kali dia dpt no 1 dlm pertandingan melukis dan mewarna. Ami ni aku tgk sebijik punyai minat yg sama macam si abah. Suka melukis n mewarna. Si abah masa kecik2 dulu pun selalu juga menang dalam pertandingan macam tu.
Minat si abah turun pulak kepada anak-anak. Abah kalo bab melukis sekejap aje dah jadi lukisan tu...senang ja aku tgk dia melukis. Kalo aku...harap lukis org lidi boleh la.

Kakak pun aku tgk sekrg ni punyai minat yg sama. Penah sekali ada pertandingan mewarna di tadika perpaduan...akak dpt no. 1 gak. Terkebil-kebil bila namanya disebut...bagai tak percaya yang dia dapat no. 1. "Tempat pertama dimenangi oleh SYAMIMI SYAZA". Tersengih-sengih si akak naik atas pentas amiks hadiah.

Semoga anak-anakku berjaya didalam apa jua bidang yang diminati. Mama sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

Friday, April 24, 2009

SI KECIL MAKIN SIHAT

Terima kasih kepada kawan2 yg membaca blog ini/meninggalkan komen (to kakyong) dan mendoakan kesihatan si kecilku.
Semenjak keluar dari KMC tahap kesihatan si kecil makin pulih. Cuma aku ni ja yg phobia semacam bila tgk si kecil tu terbaring...rasa takut sgt kalo tetiba ja terjadi lg sawan tarik tu.
Kebetulan sekrg ni Mr. Hus tak ada...ke KL (meeting) perasaan takut tu makin bertambah. Nasib baiklah my parents dtg umah setiap mlm temankan aku n anak2. Terima kasih byk2 mama n ayah.

Walaupun dah boleh keluar dari KMC, aku masih lagi meneruskan rawatan nebuliser n menyedut kahak. Banyaknya kahak yg keluar kata staf kat physio dept. Akak boleh datang lagi hari Ahad ni. Tapi kena buat nebuliser dulu baru boleh sedut kahak. Jangan lupa ya akak...baby kena puasa 2 jam sebelum proses sedut kahak. So hari Ahad nanti aku kena ke KMC lagi untuk habiskan sesi rawatan si kecik.




Nilah Dr. yang merawat adik
Dr. Abdul Razif Abdul Razak
Terima kasih byk2 kepada Dr. n all the nurses yang merawat adik

Wednesday, April 22, 2009

DOAKANLAH HAMIZ SANIM CEPAT SEMBUH

Dah lama tak tulis entry...tak sempat....

16/4/2009 - 6.30 ptg
On the way amik Ami balik dari latihan bola baling, hubby call bagitau dia kena p KL malam ni jugak pasal ada meeting hari Jumaat di MARDI, Serdang. Hubby nak p dgn kereta....so aku ni...apa lagi dah alang2 esok tu cuti...aku pun cakap...nak ikut.....hubby said ok jom la teman...bawak semua anak-anak dah kebetulan esok tu jumaat n sabtu (public holiday in Kedah).

10.00 mlm
Kami sekeluarga bertolak dari rumah ke KL. Singgah 2 kali .... kat Tapah n Sungai Besi. Bebudak bertiga tu sleep kat dlm keta. Pukul 5.00 pagi..kami sampai di IOI Palm Garden Resort. Kira dekat la dgn tempat my hubby nak meeting esok.

17/4/2009 - 4.00 ptg
My hubby ada meeting kat MARDI, Serdang...we all ikut sekali. My hubby p meeting we all pusing2 kawasan MARDI tu...cantik gak...byk pokok -pokok. Cuaca panas sgt petang tu. Settle ja meeting dia...we all singgah Alamanda sekejap pastu balik semula ke hotel...lepak2.





Tunggu abah kat MARDI. Sempat lg berposing







18/4/2009 - 1.00 tghari

Kami sekeluarga bertolak balik ke Kedah. Biasa la dlm perjalanan cuaca panas terik. Kami singgah di Sungai Perak utk makan n kat Gurun. Sampai di rumah dlm pukul 7.30 ptg.
Aku apa lg...kemas rumah...mesin kain n suruh bebudak tu mandi. Lepas ja diaorg mandi...aku rasa badan abang n hamiz sanim (si kecil) panas. Ehhh nak demam la ni.
Aku pun bagi bebudak berdua tu makan ubat. Letak cool fever. Dlm pukul 9.00 mlm, Hamiz Sanim tertdo. Pukul 10.30 mlm si kecik tu jaga...main-main dgn brgan mainannya. aku pun tak kisah la.

11.30 mlm
Aku baru ja nak on pc..nak tulis entry...tetiba aku tgk si kecik tu terbaring mengiring kat atas tikar di ruang tamu. Aku tanya Ami...adik tdo ka??? Taklah dia tak tdoq pun... So Ami pun p check si adik tu. Mama mai tgk adik..awat dia lembik cam ni. Aku pun kelam kabut p tgk....aikk awat anak aku ni...aku angkat dia...dia dah tak tgk aku...tp pandangannya telus...air liur dah meleleh leleh...Ya Allah...anak aku kena sawan tarik. My hubby keluar minum dgn kwn. Aku pun apa lagi...ambik kain lembab lap badan dia....dia pun muntah...tp masih lembik.....tuhan saja yg tahu kelam kabutnya aku. Rasa jantung aku mcm dah nak pecah....Aku call hubby soh dia balik.....Dia balik terus bwk ke hospital yg terdekat.
On the way to hospital, si kecik tu....dah tak berbunyi...senyap...aku tepuk2 belakang dia...ya allah jgnlah sesuatu yg buruk berlaku kat anak aku....

Sampai di hospital....Dr. check suhu pastu terus letak gas kat mulut. Barulah si kecik tu menangis...alhamdullillah....Dr. ckp suhu badan terlampau panas. Pastu Dr. x-ray. Keputusan x-ray...terlalu byk kahak kat paru2...terjadinya jangkitan kuman. Si kecik kena dimasukkan ke wad.

2.00 pagi
Si kecik terus di tolak masuk ke wad n tambah air (dicucuk kat tgn). Suhu badannya pun menurun n berpeluh-peluh. Tp keesokan paginya suhu badan naik semula. Bila makan ubat suhu badan menurun....dah lama naik semula.

19/4/2009
Aku masih di hospital. Keadaan suhu badan sikecik masih sama. Kejap naik kejap turun.

20/4/2009
Aku minta pda Dr. nak pindahkan si kecik ke KMC. Dr. di hospital buat surat rujukan n tghari kami berdua keluar dari hospital n terus bawa si kecik ke KMC. Dr. yg merawat Dr. Razif...bagitau benda yg sama. Si kecik byk kahak sbb tak pandai nak buang sendiri. Kena tahan di wad. Kat KMC sikecik...terpaksa dibuat 'nebuliser' setiap 6 jam sekali untuk mencairkan kahak. Lepas tu ke bilik terapi untuk disedut kahak. Proses menyedut kahak tu hanya dpt dilakukan sekali saja memandangkan sikecik tu ada ulser kat mulut..byk la jugak ulser tu. Dr. Razif bagitau..bila antibody badan kita menurun..kita senang dijangkiti penyakit lain. So kahak adik tak boleh disedut melalui mulut takut jangkitan ulser tu merebak ke bahagian lain. cuma disedut melalui hidung saja. Sedih sgt bila dia disedut...menangis tak henti-henti

21/4/2009
Masih di KMC n diberi rawatan yg sama. Sambil tu my MIL amik juga air penawar. Rawatan cara kampung.

22/4/2009
Suhu badan adik dah makin stabil...36.2. Sampai ke ptg pun suhu adik macam tu...n Dr. benarkan adik keluar dari wad. Tapi masih perlu ke KMC utk buat nebuliser n sedut kahak. Tp aku masih lagi phobia takut adik diserang sawan tarik lg. Pukul 8.00 mlm adik keluar dari KMC. Cuma keadaan adik masih lemah.

Kawan-kawan yg membaca or terbaca blog ini...doakanlah semoga adik cepat sembuh n tak kena sawan tarik lg. Akan bersambung lg.

Tuesday, April 14, 2009

DESIGN TERKINI

Dah tengok design baru kotak rokok..???
Sesapa yg hubbynyerrr kuat merokok...tau le. Ni salah satu gambar kat kotak rokok design baru tu.

Byk lagi gambar2 lain yg mengerikan. Takut nak scan gambar tu. Cuma gambar ni le yang jadi bahan cerita kat umah.

Kebetulan satu mlm tu...kitaorg sedang asyik masyuk dok tgk tv..tetiba si kakak bertanya padaku sambil memegang kotak rokok ngeri tu la...

Mama...pasai apa tengkok org tu berlubang ??? (leher..org Kedah cakap tengkok)

Ntah..mama pun tak tau. Cuba tanya abah...sambil mata aku meleret pandang si abah yg concentrate gilarrrr tgk tv....yg si abah tu buat2 tak dengaqqq..

Abang pulak menyampuk...alahhhhh...tu pasal org tu byk sgt hisap rokok...

Si kakak masih nak tahu kejadian sebenar...kesian dia macam mana dia nak makan nasi..??? Nasi nak masuk kot mana...???

Aku pulak menambah....kalo dia nak makan nasi ...senang ja..sumbat ja kat tengkok yg berlubang tu.

Kakak dengan nada yg sedih...kesian kat diakan mama...kalo dia tak boleh telan nasi tu n terlekat cam mana pulak..??? Fuhhh byk btoi persoalan.....

Aku dengan selamber rocknya menjawab....lagi senang...amik ja batang mop...jolok kot lubang tengkok dia tu...(ganas gilerrr jawapann) barula nasi boleh turun sampai ke perut. Terkebil kebil si kakak...dah tak tau nak cakap apa lagi.

Barulah si abah bersuara setelah sekian lama membisu seribu bahasa. Dia tau semua bahasa kiasan tu ditujukan utk dia...konon buat2 tak paham. Tak palah nanti abah slow2 stop smoking....(sambil tersengih cam kerang busyukkkk)

Tau pun rokok tu merbahaya utk kesihatan...bukan saja utk kesihatan diri perokok tu..tp juga org yg terdekat dengan perokok...sapa lagilah org yg terdekat dgn si perokok kalo bukan family sendiri.

To my dear hubby...please....stop smoking...



Sunday, April 12, 2009

HAPPY SECRETARIES DAY

Selamat meraikan Minggu Setiausaha utk semua PA diseluruh Malaysia...especially semua PA di Lembah Sintok yang indah ni dan juga para PA yang sudi intai blog aku ni.

Istimewa utk kwn2 yang masih lg ingatkan aku terutama ex-student ITM, Manjung, Perak tahun 1993 - 1996 (SS10) - Ryn (my best friend), Haslina Harun, Nor, Along Ara, Angah Syashu (adik Syarifah Kirana), Kak Adik Suraya...fuhhhh byk lg ooooo kalo nak disebutkan nama. Ini kira yg paling rapat giler...paling closed gilerrrr...byk sungguh kenangan dgn diaorg ni. Rindu sgt kat diaorg. Susah nak jumpa sbb masing2 dah berkeluarga...aku ni nun jauh di utara...diaorg kat KL nun. Walaupun jauh tp dekat dihati.

ASIOKIS CAFE

Hari Sabtu baru-baru ni...dah bosan memerap kat umah...lepas mkn..mkn lagi..dah makan tdo pulak. Bertambah bulat la makhluk2 kat dlm umah tu. Jom la kita kluaq said my hubby. Nak p mana???.. P ja la mana2 pun. Apa lg kanak2 tu bukan main girang lg bila sebut nak g jln2.

Nasib baik la ptg tu tak hujan, boleh la bawak budak2 tu makan kat Asiokis Cafe. Sedap gak makanan kat situ. Tempat kegemaran anak2 aku le tu.






Kakak order Banana Split














Abah order Chicken Black Pepper+Rice














Mama n kakak share makan Hot Plate Yee Mee










Abang order Fish & Chips share ngan
si kecil Adik
Kenyang akhirnya.....they live happily ever after.....brrruuuuupppppp.....opppsssssss
...

Friday, April 10, 2009

KAIN UNTUK KENDURI KAWIN KAK LONG

Cerita Hari Jumaat - 10/4/09

Cuaca kat tempat aku sekrg ni tak menentu. Kdg2 sepanjang hari hujan. Tapi semenjak 2 hari ni....cuaca sebelah pagi..panas terik cuma hujan disebelah ptg. Amboiii cam pengkaji cuaca la pulak aku ni. Takkan nak tukar profesion dari PA ke pengkaji cuaca laks kot...hehehe.

Cuti hujung minggu...memandangkan cuaca disebelah pagi ok aku pun apa lg..ambil kesempatan yg ada utk buka 'kedai dobi'. Settlekan semua kain baju yg tertangguh tak berbasuh seblm ni pasal hujan. Lega rsnya bila tgk byk yg dah clear.

Sebelah mlm...balik umah MIL. Sampai disana rupanya abg iparku yg sulung (Abg S) + family pun ada kat sana. Slalunya mcm tu la...hujung minggu kitaorg berkumpul kat umah MIL....mkn2. Abg S bagitau...dia dah belikan kain ela utk semua adik+adik ipar+anak buah pompuan . Kak Long (anak abg S) yg sulung akan melangsungkan perkahwinan pd 9 Jun 2009 nanti. Excited la tu first time nak buat kenduri kawin. Cucu sulung my MIL le tu. Pasai terlampau xcited tula ...dia belikan kain utk buat baju kurung. Lepas ni boria la kami.

















Kain ni aku nak buat baju apa yg sesuai...errrmmmm baju kurung...baju kebaya(boleh lagik ka nak pakai kebaya)....baju kurung Pahang...masih dlm dilema...????
Warna tema...COKLAT. Baju ni lepas melaram kenduri Kak Long nanti..boleh melaram g keja laks. Corak kain ni seakan batik. Boleh pakai hari Khamis. Setiap Khamiskan ke kena pakai baju batik.
Ok le tu...

Wednesday, April 8, 2009

BUAH HATI KECILKU...HAMIZ

'Mama...buah...!!!! Macam tu la Hamiz Sanim setiap pagi kalo bgn tdo. Sikecil yg amattttttlah sukakan apa saja jenis buah. Tp yg jadi favoritenya...buah jambu merah n betik. Maybe pasal masa aku pregnantkan dia....hubby slalu beli buah kot.

Hamiz Sanim anakku yg bongsu. Baru 1 thn 4 bulan. Tp lasaknya..tuhan saja yg tahu. Antara 3 anak aku...rsnya dia yg paling lasak. Betul2 lasak. Pantang tgk semua mainan yg ada...kejap lg habis bersepah dibuatnya. Tu belum kira lg pinggan mangkuk yg kat dlm kabinet. Rajin sungguh dia mengemas pinggan mangkuk aku. Letih aku dibuatnya.
Dilahirkan pada 20 November 2008 dengan berat 2.85kg. Kira paling besarrr le tu dlm sejarah kelahiran anak2 aku. Dia yg paling besar, dia yang paling lasak. Dlm usia 10 bulan dah boleh jln...org tua2 kata...kalo cepat jln ni...lambat bercakap. Btoi ke idak tu tak tau le. Tak byk lg perkataan yg keluar dr mulut dia. Buat masa ni cuma mama, abah, abang, akak, buah, cicak, tom tok bak, lompat, cepat tapi dlm byk2 perkataan tu...satu perkataan ni ja yg membuatkan we all the whole family tergezuuttttt badak........AAAAAWUUDDDD!!!!.....
stand for QHAUD...pelajar Akademik Fantasia tu la... Perkataan tu pulak yg dia cepat dpt. Maybe pasal abg n kakak dia slalu dok sebut.

Sekrg Hamiz dah ada basikal baru.....oren lagikkk....Pejam celik pejam celik.....anak aku dah makin membesar....rs cam baru semlm ja aku melahirkannya. Mehhhh kwn2 kecil...tgk beskal Hamiz Sanim

Sunday, April 5, 2009

KERENAH SI AMI

Kejadian ni berlaku ptg semlm....lepas amik bebudak tu dr umah mak aku...terus balik ke rumah.

On the way balik

Mama : Balik umah nanti ami tolong basuh keta kancil mama sat. Dah kotoq sgt la asyik kena hujan

Ami : Ok no problem....nanti Ami buat. Mmg kotoq btoi la keta mama tu

Sampai kat umah...settlekan bag skolah masing2 ditpt yg sepatutnya...si ami pun dgn penuh semangat juangnya amik baldi n car cleaner terus basuh keta aku yg cun tu.

Sambil dia dok basuh keta...aku tanya dia...Ami...bila pulak cikgu nak adakan ujian bulanan.
Ami : Ntah la mama lambat lg kot...cikgu tak habaq apa2 pun lg
Bukan apa just nak tau...kalo dah dekat ujian boleh ulangkaji extra sikit dr biasa walopun sekadar ujian. Aku tau anak aku yg hero ni jenis yg perlu disuruh. Tak suruh tak bergerak la dia.

Semlm...adik aku yg keja di KLIA tu dtg umah makan mlm ngan parents aku. Mlm ni dia dah nak balik Nilai. Dia sampai Kedah hari Jumaat pagi. Lebih kurang pukul 11.45 mlm baru diaorg beransur balik rumah. Tak kisah la tu.

Pagi td terlewat bgn lak..ntah nape tak dengar langsung bunyi alarm. Sedar2 dah 6.30am. Apalg tergezut gilerrr aku mana dgn baju sekolah bebudak tak iron lagik. Semlm letih sgt...tak daya aku nak iron baju...mata pun dah tak leh nak bukak
Aku kejutkan abg n kakak mandi. Aku iron baju n terus settlekan diri aku seniri. Tgh aku dok kelam kabut panaskan enjin keta...aku ternampak si ami ni kelam kabut bawak masuk beg skolah dr ruang tamu ke bilik.

Ehhhh...Ami awat bwk beg skolah masuk dlm bilik???? Tau apa jawapannya....Hari ni ada ujian la mama. Ya Allah...!!! ptg semlm aku dah tanya. Ptg semlm dia ckp cikgu tak inform lg...mcm mana pagi ni ckp ada ujian laks...Sakitnya hati aku tak dpt digambarkan. Rasa mcm anak aku tipu aku.

Semua dah masuk dlm keta...aku pun apa lg start la ngan tazkirah dipagi hari. Pot Pet Pot Pet....sakit hati aku. Walopun sekadar ujian bulanan....ckp la yg betul...inform aku....nape mesti berdalih2 bila aku tanya. Aku tau y dia buat cam tu. Dia malas la tu nak buat latihan. Dah kebetulan family aku dtg semlm....dia excited nak main game dgn Angah dia....terlupa segala. GERAMNYAAAAA AKUUUUUUU!!!!!

Aku beleter lagik....baguslah berdalih2 ngan mama. Segan nak belajaq (ckp org kedah). Nanti org lain blajaq pandai2.....boleh beli keta besaq ....awak tu bwk la keta kancil ni pasal awak malas blajar. Dia diam aja. Sepatah apa pun tak menjwb. Dia mmg mcm tu jarang leteran aku dijwp. Just diam aja. Sambung lg....dengaq la nasihat mama ni...bukan utk mama tp utk kebaikan ami jugak satu hari nanti.

Sampai disekolah....dia cium tgn aku...aku cakap jawab soalan ujian tu baik2. baca betul2 baru jwp soalan tu.

Ami : Ok mama. Jgn lupa bagitau tok ayah (my father) ami balik sekolah pukul 1.15 pm. (Ayahku yg dtg menjemput setiap kali balik sekolah). Petang ami ada latihan bola baling.

Ler .....kesitulak peginya.....sabarlah...ngan karenah anak2.

Thursday, April 2, 2009

cont - BIRTHDAY AMI



Tak habis lg rupanya stori pasal b/day AMI. 30/3 bday dia. Aku tak tahu apa aku nak beli sebg hadiah utk dia. Kebetulan pulak ada konvo kat UUM start from 28/3 - 30/3. Settle ja keja. Tghari tu aku ajak ofismate pegi tinjau apa yg menarik kat tapak ekspo. Nampaknya tak berapa meriah kali ni konvo kat UUM. Tak ramai sgt gerai yg menjual pelbagai jenis brg.

Pusing punya pusing...sampai dah berpeluh ketiak2 aku pun terjumpa sebuah gerai yg menjual tshirt UPIN & IPIN...siap boleh tulis nama lg di belakang tshirt tu. Tulis nama (free). Tshirt tu nampak cantik/berkualiti. So aku pun pilihla 2 helai satu utk ami n satu utk kakak. Nak belikan satu utk si adik tak de saiz pulak utk budak berusia 1 thn 3 bulan. Settle satu masalah pasal hadiah ami tu.

Ptg aku balik dari keja cam biasa teman bebudak tu main kat luar...then about 7.15pm, my hubby pun balik. 'Jom siap..kita p celebrate b/day Ami kat Restoran Berpusing, Menara Alor Setar.

Aiks awal tu aku dah telefon dia dari ofis. Hubby ckp tak yah lg la celebrate b/day ami. Tunggu hujung minggu la kita celebrate...hari bekerja n hari sekolah rs cam kelam kabut....mana dgn homework diaorg la...nanti balik lambat diaorg ngantuk nak tdo la. Aku pun setuju...tunggu hujung minggu. Tetiba berubah laks. Hubby ckp kalo dok tangguh2 nak celebrata tu nanti dah tak best.

So around 9.00pm kitaorg dah sampai kat Menara Alor Setar tp bila tgk keadaan sekeliling yg suram semcm ja...dgn ramai budak2 muda dok lepak kat bwh tu...rs cam tak berapa best. So terus kitaorg buat keputusan pindah tempat ke Pizza Hut.

Kesimpulannya...perancangan nak celebrate b/day kat Menara dah bertukar ke Pizza Hut. Tak kisah la kat mana2 pun janji celebrate. Perangai bebudak la katakan...dah berjanji tu kalo tak ditepati..asyik menagih janji tu la. Tak sampai hati lak nak hampakan diaorg.