CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 30, 2009

SELAMAT HARI PEKERJA



SELAMAT HARI PEKERJA !!!!!

Kepada semua member yang makan gaji cam aku ni dan juga kepada yang membaca dan mengintai blog aku yang tak seberapanya ni.

Jadikanlah diri anda semua seorang pekerja yang berusaha, berdaya maju, amanah dan bertanggungjawab dalam apa jua bidang yang anda ceburi...cuma jangan ada perasaan hasad dengki....tak baik utk kesihatan...boleh cepat tua n cepat mati kalo ada perasaan tu...hehehe

Cuti hari pekerja ni aku tak kemana-mana...just stay at home...lepak ngan anak-anak, mengemas rumah n buka 'kedai dobi'. Kebetulan Mr. Hus tak ada...ke Sukan Badan-Badan Berkanun di Pulau Langkawi...kesunyian le aku...tak de teman boleh diajak bergaduh..bertengkar....rindu gilerrrrrr uuuuu.

REMOTE CUTE

Kejadian 3 minggu yg lalu.....

Dalam seciput entry aku yang penah aku buat...belum ada lagik stori pasal kakak...anak perempuan tunggal aku yang suka sgt merajuk. Tak boleh salah sikit aje..tarik le muncung. Tahun depan kakak akan masuk Darjah 1. Macam manala keadaan dia nanti yang jenis kaki merajuk ni.




remote mesti tak lekang dari tangan









Hobi si kakak ni tak lain tak bukan...ngadap channel 611 sambil pegang remote astro. Remote tu takkan lepas dr. tgn dia..kehulu kehilir dgn remote tu la...nasib baik la nak mandi tak dibawaknya remote tu skali. Semua ni pasal kes berebut remote tu ngan abang la. Abg nak tgk channel 615. Kdg2 pening kepala dibuatnya.

Dek kerana asyik berebut, rampas merampas maka si kecil remote tu pun dah mogok...terus tak berfungsi. Apa lagi...Mr. Hus pun mulala bising. "Tula, kan abah dah pesan...abg n kakak tak boleh nak berebut benda alah tu...nanti jatuh cepat rosak". Si kakak yg dah memang kaki merajuk apa lagi...tarik muncung berdepa-depa la. Si abah pun amik bateri baru tukar (maybe bateri lama weak) tapi masih jugak tak berfungsi. "Ha....remote dah rosak...senang la hatikan...tak payah lagi nak berebut n bergaduh.

2,3 hari jugakla penghuni kat dlm rumah tu, kalo nak tgk Astro terpaksa tekan butang kat decoder...kelakar btoi. Dah tak tahan sgt dok tertonggek-tonggek tekan butang decoder...Mr. Hus dah bwk remote tu p repair.

Check punya check..rupanya remote cute tu tak rosak pun. Yang menjadi masalah hanyalah bateri. Bateri baru yg Mr. Hus letak kat remote tu pun sebenarnya dah biol. Tak sangka ekkk bateri yg baru dibeli pun boleh rosak. Bateri pun boleh expired ka...??? Malu le Mr. Hus...coz disangkanya remote yg rosak...hehehehe...kesian my hubby.

Sunday, April 26, 2009

BIL LETRIK & KISAH ANAK

Mr. Hus dah balik dari KL. Lega hati aku. Kalo tidak perasaan hati ni rasa takut ja..takut sesuatu yg buruk berlaku lagi kat si kecik tu. Nasib baiklah si kecik tu semakin pulih lagipun ada mama n ayah aku yg byk membantu masa ketiadaan Mr. Hus. Si kecik tu apa lagi happy sgt bila dah dpt tgk muka abah dia. Dah byk hari tak dpt tgk muka si abah...mesti si kecik tu dok pikiaq...p mana la abah aku ni...

Pagi tadi sebelum pegi keja...aku singgah dulu kat Pejabat TNB bayar bil letrik. Bil letrik aku yg bulan lepas hilang ntah kemana...rasanya ditiup angin setelah pekerja tnb tu amiks bacaan meter umah aku n selit bil kat tepi peti surat tu (agaknye la). Aku minta juga anak2 aku kakak n abg tolong carikan bil tu kot2 la terjatuh dlm longkang ka...ditiup angin ke rumah sebelah ka...tp tak dak gak. So aku pun dok berkira2 nanti sampai bil letrik bulan ni akan ku bayaq sekaligus la.

Rupa-rupanya..bulan ni sampai le bil letrik yg baru beserta dgn 'surat kuning', surat amaran mengatakan letrik umah aku akan dipotong pada 28/4 sekiranya aku tak jelaskan bil yg tertunggak tu. Mr. Hus soh aku cepat2 p bayaq....buat malu kat org ja nanti kalo TNB mai potong letrik umah kita. Hehehe...aku gelak ja la. Nak buat macam mana lagi.

Tahniah jugak diucapkan pada si abang (Ami) kerana berjaya mendapat tempat pertama bagi pelajar Tahun 4 dalam pertandingan melukis dan mewarna sempena kempen anti dadah yg diadakan disekolahnya baru2 ni. Happy bukan main Ami bila aku balik dari keja ptg semlm...cepat2 bagitau aku yg dia dpt no. 1. Dah 2 kali dia dpt no 1 dlm pertandingan melukis dan mewarna. Ami ni aku tgk sebijik punyai minat yg sama macam si abah. Suka melukis n mewarna. Si abah masa kecik2 dulu pun selalu juga menang dalam pertandingan macam tu.
Minat si abah turun pulak kepada anak-anak. Abah kalo bab melukis sekejap aje dah jadi lukisan tu...senang ja aku tgk dia melukis. Kalo aku...harap lukis org lidi boleh la.

Kakak pun aku tgk sekrg ni punyai minat yg sama. Penah sekali ada pertandingan mewarna di tadika perpaduan...akak dpt no. 1 gak. Terkebil-kebil bila namanya disebut...bagai tak percaya yang dia dapat no. 1. "Tempat pertama dimenangi oleh SYAMIMI SYAZA". Tersengih-sengih si akak naik atas pentas amiks hadiah.

Semoga anak-anakku berjaya didalam apa jua bidang yang diminati. Mama sentiasa mendoakan kejayaan kalian.

Friday, April 24, 2009

SI KECIL MAKIN SIHAT

Terima kasih kepada kawan2 yg membaca blog ini/meninggalkan komen (to kakyong) dan mendoakan kesihatan si kecilku.
Semenjak keluar dari KMC tahap kesihatan si kecil makin pulih. Cuma aku ni ja yg phobia semacam bila tgk si kecil tu terbaring...rasa takut sgt kalo tetiba ja terjadi lg sawan tarik tu.
Kebetulan sekrg ni Mr. Hus tak ada...ke KL (meeting) perasaan takut tu makin bertambah. Nasib baiklah my parents dtg umah setiap mlm temankan aku n anak2. Terima kasih byk2 mama n ayah.

Walaupun dah boleh keluar dari KMC, aku masih lagi meneruskan rawatan nebuliser n menyedut kahak. Banyaknya kahak yg keluar kata staf kat physio dept. Akak boleh datang lagi hari Ahad ni. Tapi kena buat nebuliser dulu baru boleh sedut kahak. Jangan lupa ya akak...baby kena puasa 2 jam sebelum proses sedut kahak. So hari Ahad nanti aku kena ke KMC lagi untuk habiskan sesi rawatan si kecik.




Nilah Dr. yang merawat adik
Dr. Abdul Razif Abdul Razak
Terima kasih byk2 kepada Dr. n all the nurses yang merawat adik

Wednesday, April 22, 2009

DOAKANLAH HAMIZ SANIM CEPAT SEMBUH

Dah lama tak tulis entry...tak sempat....

16/4/2009 - 6.30 ptg
On the way amik Ami balik dari latihan bola baling, hubby call bagitau dia kena p KL malam ni jugak pasal ada meeting hari Jumaat di MARDI, Serdang. Hubby nak p dgn kereta....so aku ni...apa lagi dah alang2 esok tu cuti...aku pun cakap...nak ikut.....hubby said ok jom la teman...bawak semua anak-anak dah kebetulan esok tu jumaat n sabtu (public holiday in Kedah).

10.00 mlm
Kami sekeluarga bertolak dari rumah ke KL. Singgah 2 kali .... kat Tapah n Sungai Besi. Bebudak bertiga tu sleep kat dlm keta. Pukul 5.00 pagi..kami sampai di IOI Palm Garden Resort. Kira dekat la dgn tempat my hubby nak meeting esok.

17/4/2009 - 4.00 ptg
My hubby ada meeting kat MARDI, Serdang...we all ikut sekali. My hubby p meeting we all pusing2 kawasan MARDI tu...cantik gak...byk pokok -pokok. Cuaca panas sgt petang tu. Settle ja meeting dia...we all singgah Alamanda sekejap pastu balik semula ke hotel...lepak2.





Tunggu abah kat MARDI. Sempat lg berposing







18/4/2009 - 1.00 tghari

Kami sekeluarga bertolak balik ke Kedah. Biasa la dlm perjalanan cuaca panas terik. Kami singgah di Sungai Perak utk makan n kat Gurun. Sampai di rumah dlm pukul 7.30 ptg.
Aku apa lg...kemas rumah...mesin kain n suruh bebudak tu mandi. Lepas ja diaorg mandi...aku rasa badan abang n hamiz sanim (si kecil) panas. Ehhh nak demam la ni.
Aku pun bagi bebudak berdua tu makan ubat. Letak cool fever. Dlm pukul 9.00 mlm, Hamiz Sanim tertdo. Pukul 10.30 mlm si kecik tu jaga...main-main dgn brgan mainannya. aku pun tak kisah la.

11.30 mlm
Aku baru ja nak on pc..nak tulis entry...tetiba aku tgk si kecik tu terbaring mengiring kat atas tikar di ruang tamu. Aku tanya Ami...adik tdo ka??? Taklah dia tak tdoq pun... So Ami pun p check si adik tu. Mama mai tgk adik..awat dia lembik cam ni. Aku pun kelam kabut p tgk....aikk awat anak aku ni...aku angkat dia...dia dah tak tgk aku...tp pandangannya telus...air liur dah meleleh leleh...Ya Allah...anak aku kena sawan tarik. My hubby keluar minum dgn kwn. Aku pun apa lagi...ambik kain lembab lap badan dia....dia pun muntah...tp masih lembik.....tuhan saja yg tahu kelam kabutnya aku. Rasa jantung aku mcm dah nak pecah....Aku call hubby soh dia balik.....Dia balik terus bwk ke hospital yg terdekat.
On the way to hospital, si kecik tu....dah tak berbunyi...senyap...aku tepuk2 belakang dia...ya allah jgnlah sesuatu yg buruk berlaku kat anak aku....

Sampai di hospital....Dr. check suhu pastu terus letak gas kat mulut. Barulah si kecik tu menangis...alhamdullillah....Dr. ckp suhu badan terlampau panas. Pastu Dr. x-ray. Keputusan x-ray...terlalu byk kahak kat paru2...terjadinya jangkitan kuman. Si kecik kena dimasukkan ke wad.

2.00 pagi
Si kecik terus di tolak masuk ke wad n tambah air (dicucuk kat tgn). Suhu badannya pun menurun n berpeluh-peluh. Tp keesokan paginya suhu badan naik semula. Bila makan ubat suhu badan menurun....dah lama naik semula.

19/4/2009
Aku masih di hospital. Keadaan suhu badan sikecik masih sama. Kejap naik kejap turun.

20/4/2009
Aku minta pda Dr. nak pindahkan si kecik ke KMC. Dr. di hospital buat surat rujukan n tghari kami berdua keluar dari hospital n terus bawa si kecik ke KMC. Dr. yg merawat Dr. Razif...bagitau benda yg sama. Si kecik byk kahak sbb tak pandai nak buang sendiri. Kena tahan di wad. Kat KMC sikecik...terpaksa dibuat 'nebuliser' setiap 6 jam sekali untuk mencairkan kahak. Lepas tu ke bilik terapi untuk disedut kahak. Proses menyedut kahak tu hanya dpt dilakukan sekali saja memandangkan sikecik tu ada ulser kat mulut..byk la jugak ulser tu. Dr. Razif bagitau..bila antibody badan kita menurun..kita senang dijangkiti penyakit lain. So kahak adik tak boleh disedut melalui mulut takut jangkitan ulser tu merebak ke bahagian lain. cuma disedut melalui hidung saja. Sedih sgt bila dia disedut...menangis tak henti-henti

21/4/2009
Masih di KMC n diberi rawatan yg sama. Sambil tu my MIL amik juga air penawar. Rawatan cara kampung.

22/4/2009
Suhu badan adik dah makin stabil...36.2. Sampai ke ptg pun suhu adik macam tu...n Dr. benarkan adik keluar dari wad. Tapi masih perlu ke KMC utk buat nebuliser n sedut kahak. Tp aku masih lagi phobia takut adik diserang sawan tarik lg. Pukul 8.00 mlm adik keluar dari KMC. Cuma keadaan adik masih lemah.

Kawan-kawan yg membaca or terbaca blog ini...doakanlah semoga adik cepat sembuh n tak kena sawan tarik lg. Akan bersambung lg.

Tuesday, April 14, 2009

DESIGN TERKINI

Dah tengok design baru kotak rokok..???
Sesapa yg hubbynyerrr kuat merokok...tau le. Ni salah satu gambar kat kotak rokok design baru tu.

Byk lagi gambar2 lain yg mengerikan. Takut nak scan gambar tu. Cuma gambar ni le yang jadi bahan cerita kat umah.

Kebetulan satu mlm tu...kitaorg sedang asyik masyuk dok tgk tv..tetiba si kakak bertanya padaku sambil memegang kotak rokok ngeri tu la...

Mama...pasai apa tengkok org tu berlubang ??? (leher..org Kedah cakap tengkok)

Ntah..mama pun tak tau. Cuba tanya abah...sambil mata aku meleret pandang si abah yg concentrate gilarrrr tgk tv....yg si abah tu buat2 tak dengaqqq..

Abang pulak menyampuk...alahhhhh...tu pasal org tu byk sgt hisap rokok...

Si kakak masih nak tahu kejadian sebenar...kesian dia macam mana dia nak makan nasi..??? Nasi nak masuk kot mana...???

Aku pulak menambah....kalo dia nak makan nasi ...senang ja..sumbat ja kat tengkok yg berlubang tu.

Kakak dengan nada yg sedih...kesian kat diakan mama...kalo dia tak boleh telan nasi tu n terlekat cam mana pulak..??? Fuhhh byk btoi persoalan.....

Aku dengan selamber rocknya menjawab....lagi senang...amik ja batang mop...jolok kot lubang tengkok dia tu...(ganas gilerrr jawapann) barula nasi boleh turun sampai ke perut. Terkebil kebil si kakak...dah tak tau nak cakap apa lagi.

Barulah si abah bersuara setelah sekian lama membisu seribu bahasa. Dia tau semua bahasa kiasan tu ditujukan utk dia...konon buat2 tak paham. Tak palah nanti abah slow2 stop smoking....(sambil tersengih cam kerang busyukkkk)

Tau pun rokok tu merbahaya utk kesihatan...bukan saja utk kesihatan diri perokok tu..tp juga org yg terdekat dengan perokok...sapa lagilah org yg terdekat dgn si perokok kalo bukan family sendiri.

To my dear hubby...please....stop smoking...



Sunday, April 12, 2009

HAPPY SECRETARIES DAY

Selamat meraikan Minggu Setiausaha utk semua PA diseluruh Malaysia...especially semua PA di Lembah Sintok yang indah ni dan juga para PA yang sudi intai blog aku ni.

Istimewa utk kwn2 yang masih lg ingatkan aku terutama ex-student ITM, Manjung, Perak tahun 1993 - 1996 (SS10) - Ryn (my best friend), Haslina Harun, Nor, Along Ara, Angah Syashu (adik Syarifah Kirana), Kak Adik Suraya...fuhhhh byk lg ooooo kalo nak disebutkan nama. Ini kira yg paling rapat giler...paling closed gilerrrr...byk sungguh kenangan dgn diaorg ni. Rindu sgt kat diaorg. Susah nak jumpa sbb masing2 dah berkeluarga...aku ni nun jauh di utara...diaorg kat KL nun. Walaupun jauh tp dekat dihati.