CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, May 13, 2010

Entry Macam-Macam

Tak terlambat kalo akak nak wish Happy Belated Birthday to anak menakan kesayangan akak, MOHD AQIF, yang menyambut hari lahirnya yang pertama pada 7 Mei 2010 lepas.  Sowwy Aqif, mak long lupa birthday  Aqiff, nanti mak long p umah Aqiff, mak long bagi hadiah wokey.  Doa mak long, semoga Aqif menjadi anak yang baik, ceria n sihat selalu disamping mummy n daddy.
Best....hari ni last day keja, esok n lusa cuti .  Boleh la berehat kat umah, setelah penat ulang alik g keja.  Tengahari tadi akak makan nasi bermenukan gulai ikan talang+nenas, sambal terung, 2 ekoq ikan bakaq n sambal belacan+buah kuinin....sedap lagi menyerakan, cuma nasi je lembik ckit. Dah kenyang-kenyang makan ni kalo layan zzzzzzz kan best.

Perkembangan ketumbit Ami, still macam tu, cuma akak perasan cam ada 'mata' kat hujungnya, nanah pun dah mula kluar ckit2, tapi esok akak plan nak ajak en. abah ke KMC, buat pembedahan kecik kat ketumbit Ami tu, biar keluar habis, lagipun dah seminggu Ami tak kesekolah, takkanla nak bersambung lagi sampai minggu depan, tak lama lagi dia dah nak exam pertengahan tahun.  Rupa-rupanya bukan Ami sowang yg dihinggap ketumbit ni, Angah pun sama, dah 3 hari MC, baru ja lepas kena kayap ni ketumbit laks, kesian Angah.

Tengah baca emel, tetiba ada member ofis send gambar ni.  Kalo betul-betulla diwujudkan tong sampah camni, tak tau la berapa ramai lagi baby yang disumbat dalam tong ni....bye...nanti senang kita stori mori lagik

16 comments:

Kancilbiru said...

montelnya aqif...comel sungguh...

Ibu Ayra said...

harap2 pembedahan kecik ami tu akan berjaya... sian dia...

ishhh, kalau la ada tong sampah mcm tu... tatau la...dunia la nih dah nak kiamat...mcm2 jadi...

MAMASYAZA said...

to niza@kancil biru,
Aqif memang montel, nak dukung pun tak larat sgt, tp dia suka sgt kalo nampak en. abah, mesti nak soh en. abah dukung, tapi blom tgk daddy Aqif lagi...punyala cuteee, lebih kurang Aqif gak la

MAMASYAZA said...

to rose,
harap2 la Ami nak buat pembedahan kecik tu, kesian sgt akak tengok dia, mlm2 nak sleep pun susah.
Risaukan dengan keadaan dunia sekarang yg akhir zaman

Ena said...

Happy belated birthday buat aqif..

ciannye.. kene la percepatkan tu kan!

PUTUBAMBU said...

lah..kesiannya...
dua2 beradik kena ketumbit...

dah bawa ke klinik takpelah..

tapi kan..kalau tak silap kita..kalau petua2 ni..sapu/usapkan bawang putih yg dipotong kat tempat ketumbit tu kan? jgn kena dlm mata udahlah..nanti pedih pulak..

yatie chomeyl said...

semoga Ami dpat lalui keskaitan ni dgn tabah.

CikLilyPutih said...

tong sampah bayi, hebat tuh. yan mane nak buang, kite boleh tolong amik bawak blk umah dan bela!

nza said...

hepi besdy aqif...comei..

Moga Ami bransur baik..lama gak ye..kesian ami....

kakyong said...

ohh.. dah kembali ke kotak komen asal...

sila amik tag contest..
http://kakyong72.blogspot.com/2010/05/di-tag-contest-senyuman-paling-menawan.html

sedapnya ikan talang masak nenas tu... sangat menyelerakan...

MAMASYAZA said...

to ena,
dah puas akak pujuk ajak ke klinik, tp tak nak gaks...tapi nampak bengkak ketumbit tu makin surut, tinggal nak pecah aje lg. hari ahad dah boleh kesekolah..alhamdullilah

MAMASYAZA said...

to putubambu,
akak pun dah terlupa petua tu, bila dah membengkak camtu baru teringat nak letak bwg putih tu, tapi alhamdullillah dah makin surutbengkak tu

MAMASYAZA said...

to akak nza,
lama gak la, seminggu tak g skolah, nak tunduk pun tak boleh, asik berbaring kat umah, tp alhamdullillah dah makin ok, dah surut bengkak tu. lepas ni byk le keja skolah yg kena buat

MAMASYAZA said...

to ciklilyputih,
memang pun, mak akak pun ckp camtu, dah kalo tak nak sgt, letak aje kat depan pintu umah dia...dia nak jaga..kesian budak2 kecik yg tak berdosa disiksa camtu

MAMASYAZA said...

to kak yong,
terpaksa kembali ke kotak komen asal, sbb lebih mudah camni.
gulai ikan talang sudah pastinya menyelerakan, tambah2 kalo ada ulam pucuk mengkudu n sambal belacan
tq akak atas tag contest tu...insyaallah su try join, su sebenarnya jarang join contest ni..hehehe

Yati said...

KakSu,
semoga Ami selamat menjalani pembedahan kecil tu.
Selain bawang putih, tulang ikan pun boleh untuk ketumbit. Bukan nak cocok tempat ketumbit tu, tapi letak kat situ dan selawat. Insya-Allah, bengkak ketumbit tu akan surut.

Post a Comment