CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, May 1, 2010

Ronda-ronda, Jalan-jalan, Makan-makan

Semalam, cuti Hari Pekerja, selamat bercuti untuk semua.  Berpoya-poya kemana kengkawan semua?

Bangun pagi Sabtu, en. abah dah bagitau awal-awal, kita makan kat luar ja, kebetulan hari ni Ami tak ada tuisyen.  En. abah plan nak belikan Ami kayu n bola hoki, sebagai pembakar semangat n supaya dia serius lagi dalam sukan hoki.  En. abah dulu pun pemain hoki gaks, turun gak la sikit2 pd Ami.  Pusing punya pusing, akhirnya berjumpa ngan apa yg dicari...inilah dia idaman hati Ami
Hari ni, Ami ada perlawanan hoki antara sekolah.  Semoga Ami berjaya, jangan nervous ok. Sorry mama tak dapat nak tengok n bagi sokongan pada Ami, tapi doa mama akan sentiasa bersama-sama ngan Ami.  Insyaallah abah akan p tengok n bagi sokongan.

Letih berpusing mencari idaman hati Ami kami singgah makan di McD.  Dah lama sebenarnya akak tak makan kat McD ni, maklumla jauh dari umah.  Last akak makan rasanya, masa hantar mama n ayah akak kat airport Bayan Lepas.  Akak ingat lagi, flashback time kluar dating ngan en. abah, tak sah kalo tak singgah makan kat McD.  Tapi bila dah kawin, dah ada anak 3, jarang-jarang sekali dapat kluar makan kat McD sebabnya...anak-anak lebih suka makan kat KFC n Pizza Hut, so terpaksalah si ibu mengalah, ikut kehendak anak-anak.  So hari ni lepas gian dapat makan Sundae Strawberry.
 sedapnya adik dapat merasa MangoPeach Sundae
Ami jenis yang tak kisah.  Semuanya dia belasah. Kali ni akak order Quarter Pounder untuk dia
Siratu laks suka Nugget & Fries
Siibu sudah semestinya Double Cheese n Sundae Strawberry
En. abah, apa lagi kalo bukan Big Mac

Semua dah kenyang, kami bergerak pulak ke Popular Book Store.  Seperti biasa tempat ni memang menjadi tumpuan anak-anak akak.  Sebulan sekali, mesti singgah beli buku.  Akak masa muda belia dulu, hobi akak suka sangat kumpul novel cinta, tak kira la dalam BM or BI.  Tabiat mengumpul novel ni akak bawak sampai akak kawin, sebelum tdo mesti baca novel dulu, en. abah tak penah melarang hobi akak tu tapi satu hari tu dia penah kata, u suka baca buku khayalan, cerita angan-angan.  Sejak dari itu,akak dah kurangkan hobi akak tu..hehehe.  Sekarang ni kalo nanti tdo sekali sekala tu lepas gian gak baca novel. So hobi membaca buku ni akak terapkan pada anak-anak akak, alhamdullillah depa suka, pantang tengok buku, mesti nak beli.
Ni baru buku anak-anak, belom lagi buku si ibu n si abahnya.  Lain kalilah akak buat book review.  Maka berakhirlah seharian jalan-jalan, ronda-ronda, makan-makan sempena cuti hari pekerja. 

17 comments:

LiNda said...

Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kann...

Ikut minat Abahnya main hoki.
Ikut minat Mamanya baca buku .

Gud luck Ami !

nza said...

wah ami mewarisi bakat abah lah nie...bagus 3X...

♥cybermummy♥ said...

wahh ami pun suka main hoki .
suami ikeen pun suka gak main hoki. dulu waktu sekolah team dia menjadi juara sekolah menengah di s'pura empat tahun berturut-turut sehingga dijemput menyertai pasukan hoki national tapi parents hubby tak berapa suka so berkubur jelah semua tu. huhuhu buat ami teruskan minat tu . sebab satu minat yg sihat :)

MAMASYAZA said...

to linda,
yup begitulah hendaknya, Ami ada gak bakat main hoki cam en. abah. Tu yg en. abah terlebih xcited. G cari kayu n bola hoki utk si Ami, pembakar semangat la katakan

MAMASYAZA said...

to shikeen,
hari ni Ami ada perlawanan hoki antara sekolah, Su pulak yang terlebih berdebar2, Ami penjaga gol, harap2 dia tak nervous, semoga pasukan dia berjaya..insyaallah

Ena said...

uit! hoki? ena dulu pun aktif berhoki.. tak padan ngan kecik ena mase tu.. hehe

gd luck ye!..

ena pun bekpes menu Mc'D tadik.. tp delivery order je la..hehe

kakyong said...

wah kuat semangat main hoki ni... jaga2 gigi ya.. minarwan pakai gigi palsu sbb gigi dia byk patah kena bola hoki.. ;;)

mcD.. tngin nak g lagi.. bila la en ayah nak belanja lagi... ;)

Su.. mesti dah penuh lemari dgn koleksi buku2...

ieda said...

waaa kak anak akak pandai main hoki erk .. bagus sukan tuh .. insyallah semoga dia berjaya dlm ko-k jugak ..

ermmm layan anak2 baca buku sebelum tidur punn bagus kan kak .. tapi ieda x pernah sempat nak bacakan anak2 buku cerita sbb lom baca mereka dah terpukang titionnn huhuhu

MAMASYAZA said...

to ena,
akak pun tak percaya dia terpilih wakil sekolah utk sukan hoki tu, tapi itulah kenyataannya...jadik penjaga gol.
sedapkan b'fast kat McD

MAMASYAZA said...

to kak yong,
MIL Su ada stori kes en. abah masa main hoki dulu, sampai tak leh nak berjalan, urat bersimpul katanya, lebam ni usah dikira, merata tempat kena penangan bola n kayu hoki...ada bersukankan..
bab buku tu, memang byk, tapi bila saudara mara mai umah, jenis pinjam tak reti nak bagi balik, buat harta seniri, byk yg dah hilangggg...geram

MAMASYAZA said...

to ieda,
memang baca baca buku utk anak2 time depa nak sleep, tp anak2 akak depa baca seniri..hehehe...lagi senang, bawak masuk buku dlm bilik lg, pastu buku yg tgk depa, depa dah terbongkang

Nida said...

Wah.. terliurnya nampak hidangan tu semua... terutama ais krim tu.. sini takde KFC, McD halal :(

Nida said...

Nida dah add blog akak dalam bloglist Nida, pasti rajinlah Nida bertandang ke sini.. :)

Yati said...

Caya la Ami, jadi gol keeper ye, hoki. Bagus la kalau anak kita ada minat dalam apa saje yang dia orang suka.
Dulu masa sekolah ada juga Yati try hoki, tapi lagi banyak kena kayu hoki dari dapat bola. Hehhe..

MAMASYAZA said...

to nida,
tq so much dan add akak dlm bloglist nida, rajinlah singgah2 tau.
takpalah tengok gambar pun jadilah, nanti balik malaysia boleh makan semua tu..sabarrrr

Ibu Ayra said...

lamanya tak makan McD...huhuhu...

ct rahani said...

bagus la ami minat main hoki.. gud luck dear..

Post a Comment