CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, April 16, 2010

Singgah-Singgahlah Ke Sini - Segmen Jelajah Blog Ibu

Dalam beberapa minggu lepas, akak ada naik atas loteng (tempat simpan brg2 lama) nak cari sijil2 zaman akak blajar dolu2...bila nak guna baru kelam kabut nak mencari, tapi akak tahu semuanya akak simpan ditempat yg selamat.  Cari punya cari...akak terjumpa album lama masa akak blajar kat Manjung dulu.  Trus teringat kenangan lama.  Masa akak memuda dulu (macam la sekrg ni tua sgt), segala apa saja yg berlaku setiap hari, akak catatkan dlm diary.  Sayang sungguh kat diari tu, siap letak bawah bantal.  So setiap mlm sebelom tdo, mesti tercatat sesuatu dlm diary tu.  

Masa dah berlalu, rasanya owang zaman sekrg dah tak tulis diary lagi cam akak dolu2.  Sekrg ni segala kenangan, segala apa yang berlaku sepanjang kehidupan kita telah diabadikan dalam blog.  So sekrg ni segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kami sekeluarga, ada dalam blog ni. 
Memula akak start buat blog, hanya utk display barangan AVON (maklumla dealer AVON) untuk kengkawan kat ofis ja.  Depa tengok blog akak, depa boleh terus order brg2 AVON..tapi bila akak singgah umah kengkawan yg ada blog, rasa sronok lak baca kehidupan seharian depa.  So akak pun nak buat gaklah satu blog pasal kehidupan seharian akak sekeluarga, semuanya untuk tatapan anak-anak akak dan kawan-kawan tercinta maka terciptalah "contenghidup.blogspot.com".  Sedar2, dah hampir setahun lebih akak memblog, sronok sangat dapat ramai kawan, dapat berkongsi pelbagai pengalaman suka duka dan juga info2 yang menarik untuk panduan kita semua.
Kebetulan sekarang ni, akak nengok kat blog kengkawan, dah ramai pun sertai Segmen Jelajah Blog Ibu oleh En. Ben Ashaari dan dah ramai pun yang diterjah oleh En. Ben yang handsome tu.  Antara blog kengkawan akak yang dah diterjah ialah....blog Ibu Ayra, blog Kak Yong dan ramai lagi.  So akak pun teringin gak blog akak diterjah oleh En. Ben.  So kepada En. Ben yang dihormati, lepas geledah dapo umah kengkawan n dah makan kenyang2 tu, singgah2 le kat umah akak laks ekk.

4 comments:

nza said...

selamat dijelajah dan diterjah!!!

AYU said...

goog luck utk diterjah

Ena said...

Nanti en. ben tu akan datang jelajah kat umah akak nie.. :P

Azrul Hisham said...

salam ziarah dari blog ben :)

Post a Comment