Hari Sabtu, siratu dah mula merungut kepalanya rasa sakit. Akak dah agak ni mesti kes berpanas kat skolah ari Khamis lepas. Sebelah petangnya, siratu dah mula muntah2, badan pun dah makin panas. Akak cepat2 bagi dia makan ubat. Memang betul siratu demam tapi dia nak gak g makan Pizza Hut, teringin nak makan Spagetti Meatball katanya...layan jelahhh.
Kalo masih demam, akak tak bagi siratu kesekolah tapi apakan daya, pagi Ahad tu, awal2 lagi dia dah bangun, nak kesekolah walopun badan masih panas. Minggu lepas akak ada terima surat dari cikgu kelas siratu bagitau siratu dapat naik ke kelas yang lebih baik selepas dia jalani ujian LINUS. Ujian untuk semua murid Tahun Satu selepas 2 bulan bersekolah, bagi menguji tahap penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira. Happy sangat siratu dapat bertukar ke kelas yang lebih baik, sebab tu bersemangat sangat nak kesekolah.
So hari ni, akak cuti, risau gak nak biarkan siratu kesekolah dalam keadaan tak sihat walopun ada si abang. Sebelum ke sekolah pagi tadi, akak dah bagi siratu makan ubat. Pukul 9.45 pagi, waktu rehat siratu, akak dah siap tunggu dia kat kantin. Rupa-rupanya dia dok berdiri dibelakang tiang kantin, sambil menangis, nak muntah katanya, nak makan pun tak berselera. Lepas rehat akak terus g jumpa cikgu kelas barunya minta kebenaran nak bawa siratu balik. Harap-harap dalam masa 2,3 hari lagi siratu sembuh dari demamnya...aminn
8 comments:
Auntie doakan semoga syaza cepat sembuh. Amin
Dan tahniah sebab dapat naik kelas yang lebih baik. Take care K
kesiannyaaaa.....moga cpt sembuh.
alahai..ciannya Ratu...smoga cepat sembuh yer..
Semuga Ratu cepat sembuh hendaknya dengan kehadiran spageti meatballs!!!!! yummies!!!
get well soon ratu...
tq to aunty shikeen/aunty nza n aunty suhana, atas doa2 dari kalian semua. insyaallah 2,3 hari lagi sembuhla siratu tu. nasib baik la bab makan ubat dia tak ada masalah. baru semlm dia ada selera nak makan, kalo tidak asik minum susu ja. lega habis sepinggan nasi ayam dia makan
to aunty Nuroll
siratu perangai dia mmg camtu, demam aja mesti merengek kat en. abah...tak dak selera nak mkn, kalo mkn spaggetti kat pizza, mesti sedapkan....manja
demam nak pandai ni... ;)
rajin2 makan ubat...
Post a Comment