CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, November 21, 2009

Cian Akak...

Nila satu2nya jalan terdekat akak (merujuk kepada diri tuan empunya blog ni) pegi dan balik keja hari2.  Jalan kampung...tak perlu redah kesesakan traffic light dan segala macam karenah di pagi hari. Tapi sejak 1 minggu yg lalu jalan ni dah ditutup akibat banjir...akak dah tau...kalo hujan tak berenti, pagi ptg, siang mlm...akak memang dah tak leh ikut jalan ni...terpaksala ikut jalan jauh...kena redah simpang 3 yg memang kelam kabut gila, dengan sikap geng2 tentera yg bawak keta pepagi cam ribut..potong sana potong sini..memang samseng btoi depa ni, kena lalui 3 traffic light yg jarak antara satu sama lain....amatlah dekat...sakit jiwa, terpaksa bersaing dipagi hari ngan budak poli, budak ilp, budak ipda yang nak masuk kuliah...memang menguji kesabaran...apakan daya, buat masa ni jalan terdekat ditutup.  

Kalo ikut jalan kampung ni...best aje..sejuk mata memandang, tak yah nak kelam kabut..memang jalan ni tak banyak sangat keta yang lalu lalang...jalan kampung la katakan..memang best...ngan kebun getah di kiri kanan jalan, dusun buah-buahan orang kampung kat situ, sawah padi, lembu, kambing n ayam kengkadang melintas jalan...jalan ni jugak le akak penah langgar ayam sape ntah.  Harap-harap 2,3 hari ni jalan tu akan dibuka semula...itupun kalo cuaca ok, kalo tidak...terpaksa la ikut jalan jauh...poning akak dibuetnyo...cian akak...


Happy Birthday Kakak N Adik

19/11/2009, birthday ratuku...dah genap 6 tahun pun dia.  Pepagi lagi lepas dia mandi, akak (merujuk kepada diriku le) dah nyanyikan lagu happy birthday utk dia...bukan main happy lagi...pastu siratu dah kejutkan si abah...remind abah jgn lupa belikan kek b/day yg ada gambaq cinderella....Si abah....akak nengok muka cam blurrrr aja....maybe tgh dok bayang cam mana le kek gambar cinderella tu...??? maklumla owang lelaki kureng arif dalam bab beli kek ni...si abah kalo bab beli sponge cake perisa oren n pandan aje yg terror pun.

Sebelah ptg, si abah call dari ofis, bagitau mlm nanti kita celebrate b/day siratu kat Pizza Hut...beli kek sekali katanya. Akak...no problem, setuju aje.
Pukul 8.00 mlm, bertolak dari umah ke kedai kek...macam2 ada...ada kek gambar ben10, hello kitty, barbie....rambang mata dibuatnya.  Tentunya pilihan siratu, kek gambar barbie...tapi si abah nampaknya tak bropa berkenan...abah soh pilih kek yg cumel.  So inilah pilihannya 

Kebetulan 20/11 pulak birthday si kecik yang ke 2 tahun...so celebrate sekali..senang citer...Bulan November....kami sekeluarga sambut 3 birthday, birthday akak, siratu n sikecik.  Akak sebenarnya memang plan setiap kali nak preggy..mesti bersalin dalam bulan 3 atau bulan 11.  Bulan 3 lak, birthday si abah n Ami...


 Happy Birthday to Syamimi Syaza n Hamiz Sanim
Selamat meniup lilin dah menjamu selera di Pizza Hut


Wednesday, November 18, 2009

PROJECT MEGA BLOGGER : CARE FOR KAK YONG (LAUNCHED)

Baru semalam akak teringat2 kat Kak Yong..dah lama menyepi tanpa kabar berita. Walopun akak tak penah jumpa ngan Kak Yong, cuma tgk gambar dia n anak-anak kat blog dia ja....tapi terasa rindu ngan kunjungan dan jugak komen dari Kak Yong.  Dah lama Kak Yong tak kluar ngan n3 terkini memandangkan laptop beliau rosak.  

Masa akak memula test berblog ni..Kak Yong antara rakan blog yg paling awal jadik follower akak.  Pastu, kami selalu gak berhubung melalui emel bila akak nak kaco dia, tanya dia pasal cara-cara nak tukar template le...dia banyak gak bagi tunjukajar.  Di sini disertakan semua maklumat pasal Kak Yong. Meh kawan-kawan kita sama-sama membantu Kak Yong setakat yang termampu.  Maklumat ni pun akak copy paste dari blog akak Siti Sifir Supernova


PENGENALAN
Kakyong72
  • adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
  • ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
  • bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
  • menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
  • Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
  • Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :


Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang

Sasaran Kutipan Total : RM 1300
Jumlah Terkumpul : RM 210
Baki Sasaran : RM 1070
Jumlah Penderma : 9 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi


Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:

  1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
  2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
  3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.

Sasaran :
  • Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
  • Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
  • Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :
  • Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
  • Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
  • Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah :
  • Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
  • Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
  • Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).


Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.

Tuesday, November 17, 2009

Tag Dari Sumijelly n Mamaaerish

TAG DARI SUMI  
Tq to Sumi, tersenarai gak nama akak dalam tag Sumi ekk...takpa akak try jawab soalan tagnye....jom kengkawan, sesapa yang blom singgah umah Sumi....silakan....

1.    Adakah anda rasa anda HOT ???
-  Memang terasa sangat keHOTan tu, pasal tengah drive nak p keja, Mr. Hus hantar sms guna tipon Ami, "u tak bayaq bil telefon ke??? h/phone i kena barred ni...akak pun try la tipon akak....aikkkk tipon akak pun kena barred gak...siot...Akak amiks sim kad dlm tipon keta Mr. Hus...akak try...ehhhh boleh lak...nampaknya tipon Mr. Hus n tipon akak aje yg kena barred...sungguh mengharukan.  Rupanya ada masalah teknikal ckit....lega dah settle pun

2.  Upload gambar kegemaran anda....

3.  Tak ada soalan pun....kena stori pasal gambar tu kot
-   Akak suka gambar ni....gambar senyuman 3 orang anak akak ...buah hati pengarang jantung akak..yang menceriakan hari-hari akak ngan hilai tawa..tu belum lagi sesi bergaduh ngalahkan Ultraman...tanpa anak-anak siapalah akak

4.  Bila kali terakhir makan Pizza ??
-  Rasanya sebulan yang lalu kot...order ja.  Kebetulan mlm tu hujan, maleh nak masak, Mr. Hus kata, kita makan Pizza jalah mlm ni, tertunggu bebudak bertiga tu...awatla mama tak masak lagi...rupanya apalagi Pizza Delivery (Hawaian Tuna, Prawn Olio n Spaggeti Meat Ball)

5.  Lagu terakhir yang anda dengar ??
-  Pagi tadi kat dalam keta tengah drive masuk hutan Sintok, ermmm tapi lupa la apa tajuknya...sowwyy

6.  Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini???
-  Sambil makan Keropok Sira Mas Madu, lecturer kat ofis sedekah, pasal dia baru balik dari Kelantan

7.  Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ??
-  Su....panggilan kat ofis, Ayong...panggilan kat umah n sedara mara

8.  Tag lagi 6 orang 
2.  TIADA
6.  Akak Nza 

9.  Siapakan orang no. 1 pada anda?
-  Shikeen - rakan blog dari Singapore, tak penah jumpa, hanya dalam blog, tapi rasa mesra ngan dia.  Selalu juga jadik org pertama yang akan komen kat blog akak n rakan blog pertama yg ucap happy birthday...tq so much Shikeen....opsss satu lagi anak pompuan kami punya nama yang sama....Syaza

10.  Kata sesuatu mengenai orang no. 5
-  Lyana - baru ja kenal kat blog...orang Kedah gak ni....rajin memasak...tima kacih byk2 pasal sudi jadi rakan blog akak

11.  Bagaimana pula orang no. 4
-  Mamaaerish - Eb...mama to aerishadania yang cute n boolattt....baru gak kenal kat blog...seorang Graphics Designer kat Shah Alam.....tq coz slalu tulis "mamasyaza (my idol)"

12.  Pesanan kepada orang no. 6
-  Akak Nza - seorang guru n punya anak-anak yang pandai belaka...Naurah yang slalu sangat dapat hadiah..best...best....Akak Nza....tahun depan anak kita sama-sama masuk darjah 1...(Farouk n Syamimi) cam manalah ngan depa berdua tu....penuh ngan sikap manja 

Fuhh lega rasanya bila dapat siapkan tag ni.....kawan-kawan yang ditag..sila jawab tag ni...ok...dah lama rasanya tak kena tag...hehehe 

TAG DARI MAMAAERISH
Tq Eb...nama akak tersenarai gak dalam tag Eb...ok akak try jawab....

Tag mengenai 8 perkara "SAYA SEDANG"...
Dear Eb...errmmm boleh tak akak sesuka hati tukarkan jadi "AKAK SEDANG"...bolehkan??? boleh laaa ek..ekk...

1.  AKAK SEDANG buat claim kat boss...kena buat cepat-cepat dia dah nak g Brussels, 2 minggu beb....raya haji pun kat sana....."kucing tak dak...tikus apa lagi...berlari-larian la"
2.  AKAK SEDANG menikmati keropok dari Kelantan sambil tengok gambar MPV Perodua yang baru...apa kenamanya PERODUA ALZA...rasanya la...kengkawan dah tengok ke..??
3.  AKAK SEDANG berkira-kira nak balik umah mak...amiks anak-anak
4.  AKAK SEDANG berfikir....menu apa yang nak dimasak mlm ni...kat freeze ada lagi ayam, daging n ikan
5.  AKAK SEDANG sambil menyambil jadik chef kat cafe world fb...tengah dok masak......tripple berry cheesecake
6.  AKAK SEDANG cuba ngan sedaya upaya menyiapkan tag ni, sementara nak tunggu touch card pukul 5.00 petang
7.  AKAK SEDANG ronda-ronda umah rakan blogger yang lain sambil cuba tinggalkan komen...harap kengkawan tak rasa busan ngan komen-komen akak...akak komen dari hati yang cukup ikhlas....sayangggg korang semua
8.  AKAK SEDANG berfikir-fikir...tobat akak ngantuk gila drive on the way nak balik umah, maklumlah jauh gak perjalanan akak tu, dekat2 45 minit..walopun tak la sesesak cam kat KL nun....Kengkawan penah sampai kat Lembah Sintok yang permai....sesapa penah ke sini tau le cam mana.. 

Meh semua kawan2 yang singgah blog akak...dijemput utk amiks tag ni...jangan malu-malu k...

Monday, November 16, 2009

Stori Hari Sabtu

Sebelah pagi diumah  
14/11/2009 - genap setahun FIL meninggal dunia. Ibu mertuaku sekarang ada di Bukit Beruntung, kebetulan akak ipar buat majlis baca yasin kat sana. Memula tu ingat nak join skali ke Bukit Beruntung, tapi blom cuti sekolah, lagipun report kad Ami blom dapat lagik...terkubur dulu keinginan aku nak kesana.

Matahari bersinar dengan cerianya pagi tu, cam biasa sesi mendobi pun bermula..sambil tu trus masak untuk lunch...menunya simple sangat, sotong goreng kunyit, buncis goreng + udang n ayam goreng berempah.  Tengah syok dok masak..tetiba elektrik lak tak dak...hampehhh...dah la nasi tak masak lagi..terpaksa masak cara manual.  Terbantut semua sesi mendobi. Lepas makan, sesi lepak depan tv sambil tgk citer Ghost Rider (Ami kata, citer tengkorak berapi naik moto besaq)...cuaca mendung diluar sana...ngantuk beb...best ni kalo dpt penjamkan mata barang sejam dua...lama tu.

Baru ja nak pejam mata, teringat pulak sponge kek oren kat dapo tu ada lagi, susu cair pun ada, buah2an koktail pun ada lagi....ku campur aduk semua...jadilah cam ni...tak tau nak letak nama apa...biarkan sejuk dalam peti ais...pastu bolehlah dihidangkan...janji anak2 boleh makan......memang best....sedapppp...naik lif tekan seniri nampaknya aku ni...hehehe

Sebelah petang di Tesco 
Dah boring dok melepak kat umah...Mr. Hus ajak kluar g Tesco...beli ckit2 barang keperluan dapo yang dah makin kureng.  Cuaca mendung ja petang tu.  Meronda kat dalam Tesco, beli pampers, susu, telor, sabun...bla..bla..bla. Satu troli utk isi brg, satu lagi utk isi mende hidup....bahaya kalo dibiarkan...kang nanti terlepas pandang, asyik pilih brg..hilang pulak anak2 aku...so utk memudahkan keja, kita kurung dlm troli!!!..habih citer...selamat...Tak banyak sgt mende yang sale...so beli apa yang patut ja.
Keluar ja dari Tesco, dah malam pun ngan hujan punya la lebat gilesss...singgah makan dulu...pastu trus balik umah.  Tamat sudah kisah ari Sabtu

Friday, November 13, 2009

Konvo Ratu Kesayangan

(11/11) aku cuti...nak g majlis konvo ratu kesayangan.  Dah banyak hari telinga aku ni asyik dengar lagu 'Twinkle Twinkle Little Star'...ada aksi angkat tangan...goyang-goyang...layan jalah...tak layan nanti merajuk pulak.  Cuma aku bagitau kat ratu "akak kena senyum manyak2 masa nyanyi lagu tu...baru nampak cute".  Flashback masa memula akak masuk tadika...umo 5 tahun aku dah hantar dia g tadika...memandangkan dia nak sangat.  First day kat tadika...dia tak bagi aku tunggu dia....malu katanya kalo parents tunggu anak2 kat tadika..."mama p la balik, tak yah tunggu akak, akak malu kat kawan2 kalo mama tunggu"...wahhhh itu sudah baik...aku pun trus blah balik umah. Pepagi akak mesti jadi org no. 1 yang akan sampai kat tadika....messstiiii..takde alasan...so pepagi memang aku akan pastikan dialah org no. 1 tu...penat weiiii...owang lain pepagi berbau harum perfume...tapi aku,  ketiak dah berpeluh...bergegas nak hantar 3 makhluk, sorang ke tadika, sorang ke sekolah dan sorang lagi keumah mak aku....amat mencabarrrrr mindaa di pagi hari....janji anak2 puas hati n dpt ke sekolah ngan riang dan gembira.

Ok..sambung balik pasal konvo. Hari yang dinanti dah tiba....kakak bangun, tak yah dikejut berkali2 cam biasa, aku soh dia mandi n trus pakai baju sementara aku nak hantar abg kesekolah n adik kerumah ibuku. Sesampai di umah, akak dah settle semuanya...dok tunggu kat depan pintu.  Aku bagitau, pukul 8.30pg kita p Dewan ok. Tak sabaq2 btoi la.  Sampai kat sana, cikgu dah siap menunggu, nak touchup apa yg patut.  Lepas perasmian, maka bermula acara persembahan dan penyampaian sijil/hadiah utk semua pelajar tadika.

akak kat luar dewan ngan kwn2, tengah tunggu giliran untuk buat persembahan

OK....tiba giliran akak buat persembahan lagu Twinkle Twinkle Little Star
memang nampak dia enjoy!!! oklah tu..penuh ngan senyuman

akak ngan cikgu Zai...cikgu kesayangan..memang baik cikgu ni...
ok kakak, lepas ni akak dah nak masuk darjah 1, dah tak boleh slalu merajuk tau.

Tuesday, November 10, 2009

Hadiah Ala-Ala English Style

Masa ku ke majlis kat Holiday Villa hari Sabtu lepas, ahli yang hadir ari tu dihadiahkan ngan 'jewellery box'....walopun cumel aje tapi cantik beb...ala-ala english style gitu...haku suka..Kebetulan ku sekarang ni tengah gedik dok kumpul barangan ala-ala english style....so makin meriah dan bertambah la koleksi haku.  Kalo kat tempat aku ni susah gak nak cari kedai2 yang menjual barangan hiasan jenis english style ni...kalo ada pun boleh dibilang ngan jari..ku penah jumpa 2 kedai kat Alor Setar tapi tak byk sgt pilihannya...

Jadi utk tambahkan koleksi yang seciput tu, slalu ku soh Mr. Hus tolong belikan kalo sesekali dia ke KL miting. Dia mesti merungut "u ni...i p miting la...bukannya nak p membeli belah barangan u...nanti bila free, u ikut i skali....u pilih mana yg berkenan dihati u..kang nanti i beli u tak berkenan laks..cucah"...Eleeehhh...minta tolong beli pun maleh...takpe..takpe...tapi walopun merungut..mesti dia belikan gak utkku....

ni le jewellery box mentuk love tu...cantikkan...ku dah letak cincin haku kat situ. Tak manyak himpunan cincin ku memandangkan jari2 ku dulu yg cumel  dah bertukar mentuk menjadik bertambah montel...sebenarnya budget yg ciput...pasal tu tak mampu nak beli cincin manyak2...salahkan jari lak...


Kotak ni lak dihadiahkan pada ahli yang dengan sukarelanya...mengorbankan masa dan tenaga menggubah bunga time konvo aritu.  Dihadiahkan utk ahli yang kadang2 n jaraangggg2 g gubah bunga....almaklumlakan...kalo boss ada kat ofis..susah nak berlamaan gubah bunga...kang nanti tpon asik berbunyi...u dok kat mana ni??? bla..bla...bla..

Untuk ahli yang rapat2, kerap2, hari2...pagi petang selama 3 hari dok bersila, sat pusing kiri sat pusing kanan..lenguh pasai terlampau kusyuk dok gubah bunga...hampa nak tau depa dapat apa...??? Dapat handbag!!!! Sembonia kalo tak salah aku. Tengkiu so much to presiden persatuan setiausaha uum.  Errrmmm kawan2 rasa kotak ni sesuai utk isi apa????? Ke nak dibiarkan kosong sebagai hiasan aja....tapi member kat ofis kasi idea....buleh isi bra gakkan dlm ni...???...amacam....????