CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, November 18, 2009

PROJECT MEGA BLOGGER : CARE FOR KAK YONG (LAUNCHED)

Baru semalam akak teringat2 kat Kak Yong..dah lama menyepi tanpa kabar berita. Walopun akak tak penah jumpa ngan Kak Yong, cuma tgk gambar dia n anak-anak kat blog dia ja....tapi terasa rindu ngan kunjungan dan jugak komen dari Kak Yong.  Dah lama Kak Yong tak kluar ngan n3 terkini memandangkan laptop beliau rosak.  

Masa akak memula test berblog ni..Kak Yong antara rakan blog yg paling awal jadik follower akak.  Pastu, kami selalu gak berhubung melalui emel bila akak nak kaco dia, tanya dia pasal cara-cara nak tukar template le...dia banyak gak bagi tunjukajar.  Di sini disertakan semua maklumat pasal Kak Yong. Meh kawan-kawan kita sama-sama membantu Kak Yong setakat yang termampu.  Maklumat ni pun akak copy paste dari blog akak Siti Sifir Supernova


PENGENALAN
Kakyong72
  • adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
  • ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
  • bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
  • menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
  • Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
  • Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :


Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang

Sasaran Kutipan Total : RM 1300
Jumlah Terkumpul : RM 210
Baki Sasaran : RM 1070
Jumlah Penderma : 9 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi


Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:

  1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
  2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
  3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.

Sasaran :
  • Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
  • Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
  • Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :
  • Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
  • Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
  • Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah :
  • Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
  • Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
  • Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).


Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.

9 comments:

ieda said...

alhamdulillah kak .. kalau kita ikhlass .. insyaallah berjaya ..

kerana memang ramai diluar sana yg memerlukan bantuan kita ...

MAMASYAZA said...

to ieda - tak salah kalo kita reramai hulurkan bantuan walopun sedikit..lama-lama jadik bukit gakkan..

yatie chomeyl said...

yatie pun dh promote kat blog yatie pasal ni

♥♥syahadah♥♥ said...

kak..walaupun sedikit saya akan bantu..insyaallahh

Yati said...

Oooo, patut la kak yong dah lama hilang, laptop rosak rupanya.

nza said...

2lh..lama xdngar berita kakyong....

Precious said...

Diharap kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu Kak Yong.

MAMASYAZA said...

untuk semua - diharap kempen ni dpt membantu kak yong..kesian dia...

nza said...

insyallah..sama2 le kita mmbantu seikhlas mungkin....

Post a Comment