CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, November 23, 2009

Alhamdullillah....

Alhamdullillah...berjaya jugak akhirnya "Project Care For Kak Yong".  Mesti Kak Yong akan tergezut badak n very very happy gilesss + terharu, bila Kak Pijah and the geng yg setuju nak hadir....muncul kat umah Kak Yong ngan hadiah misteri tu.  Projek ni betul-betul berjaya dalam masa yang singkat aja.  Kalo la umah akak dekat...nak aja akak ikut serta g umah Kak Yong...tapi apakan daya jauh beb...jangan lupa tau Kak Pijah, kirim salam sayang untuk Kak Yong dari mamasyaza..hope she still remember my name...hehehe....Tabik untuk Kak Pijah coz MISI ni berjalan ngan sungguh lancar.

Opppssss satu lagi...sampai kat umah mak pagi tadi hantar bebudak bertigas tu, tengok keta daddy Aqiff dah ada kat depan umah...rupanya depa sampai pukul 4 pagi tadi dari KL...riuh rendah le umah mak akak time cuti sekolah ni....tambah2 Angah balik beraya kat sini. Baru ada 4 orang cucu tapi riuhnya dah macam kat pasar mlm...tunggang langgang umah dibuatnya..haru...haru....
Meh kengkawang...layan gambar Aqiff  tengah mandi...pozzinggggg seksissss sekali.....

Sunday, November 22, 2009

Gerammmmnyaa Akak

Beberapa minggu ni, akak nengok sang suami cam tension ngan keja kat ofis.  Biasa la nama pun keja...kejap menimbun..kejap kureng...normal la tu, tapi yang bertambah tension n bengang tahap gaban kalo kita keja penat bagai nak rak, banyak tugasan diberikan kepada kita...pukul 2,3 pagi masih bertungkus lumus nak siapkan satu2 landskap, last2, time nak naik pangkat...owang lain yang dicalonkan.  Bukannye kita kebulur sangat mengejar pangkat tu...tapi boss2 yang kat atas tu patut tengok la...patut pandai menilai mana baik mana yang buruk.  Ada mata simpan dalam poket seluaq kot??? Pastu ada akal fikiran simpan kat mana laks??? Tolong jawap sat. 

Ni akak dah nak naik hangin ni..!!! Akak pun pelik ngan keja gomen ni.....bab bodek membodek ni....fuhhh bukan main terror.  Sama la cam staf kat ofis akak gaks. Sapa yang kaki bodek, pandai mengipas opppss silap pandai mengaircond, mengampu..slalu dok kat atas...yang tak pandai bodek ni...tercorot le kat bawah.  Akak laki bini, bab bodek membodek ni memang tak ada dalam kamus hidup...busannn beb...Tonjolkan diri kita yg sebenar...tak perlu nak membodek hanya kerana nak dapat markah prestasi bagus, nak cepat naik pangkat....ciiiitttt pppppoooodahhhhh.  Akak teramat menci manusia hipokrit camtu.  Bukan sekali dua mende camni kena kat sang suamiku...dah banyak kali akak dok dengar luahan perasaan dia.  Akak kesian sangat...tapi apa akak boleh buat...semua tu urusan orang atasan kat jabatan dia.  Akak hanya mampu soh dia banyak2 bersabar.  Kalo ikutkan geram akak ni, mahu aja akak g tepok-tepok kepala manusia yang hipokrit ni...tahniah sebab berjaya jadi jin bertopengkan manusia...tahniah juga sebab berjaya masukkan pasir dalam periuk nasik owang lain.  Tunggu beb...akan ada nanti balasan tuhan untuk awak....menganiaya orang lain untuk kepentingan diri awak.  Jangan lupa beb...doa orang yang teraniaya itu dimakbulkan Tuhan.  Meh sini akak nak doa, kita tengok apa akan jadik lepas ni. Ingat....dunia ni bulat...tak semestinya awak akan sentiasa di atas....

Sorry la kengkawan, teremo lak akak hari ni...fuhhh...lega rasanya bila dapat meluahkan segala apa yang terendam kat dalam hati ni...sakit dada akak dibuatnya.  Sekali sekala nak jadi gunung berapi la pulakkkk...asyik baik terlampau, owang mudah amiks kesempatan, pijak lak kepala kita. 
Oklah, berbalik semula pada sang suamiku. Nak buat2 lupa segala masalah tu dia banyak melukis...dia memang pandai melukis.  Disebabkan bizi ngan keja ...dia dah jarang melukis..cuma dalam seminggu dua ni akak nengok dia byk sangat habiskan masa sebelah malam ngan melukis. Slalunye lepas makan malam, tengok tv sekejap, anak2 pun dah masuk tdo...dia akan start melukis...ni antara lukisan2 dia yg akak sempat snap...byk lagik sebenarnya kat atas loteng....ni kira yang terkini..

 
 

Saturday, November 21, 2009

Cian Akak...

Nila satu2nya jalan terdekat akak (merujuk kepada diri tuan empunya blog ni) pegi dan balik keja hari2.  Jalan kampung...tak perlu redah kesesakan traffic light dan segala macam karenah di pagi hari. Tapi sejak 1 minggu yg lalu jalan ni dah ditutup akibat banjir...akak dah tau...kalo hujan tak berenti, pagi ptg, siang mlm...akak memang dah tak leh ikut jalan ni...terpaksala ikut jalan jauh...kena redah simpang 3 yg memang kelam kabut gila, dengan sikap geng2 tentera yg bawak keta pepagi cam ribut..potong sana potong sini..memang samseng btoi depa ni, kena lalui 3 traffic light yg jarak antara satu sama lain....amatlah dekat...sakit jiwa, terpaksa bersaing dipagi hari ngan budak poli, budak ilp, budak ipda yang nak masuk kuliah...memang menguji kesabaran...apakan daya, buat masa ni jalan terdekat ditutup.  

Kalo ikut jalan kampung ni...best aje..sejuk mata memandang, tak yah nak kelam kabut..memang jalan ni tak banyak sangat keta yang lalu lalang...jalan kampung la katakan..memang best...ngan kebun getah di kiri kanan jalan, dusun buah-buahan orang kampung kat situ, sawah padi, lembu, kambing n ayam kengkadang melintas jalan...jalan ni jugak le akak penah langgar ayam sape ntah.  Harap-harap 2,3 hari ni jalan tu akan dibuka semula...itupun kalo cuaca ok, kalo tidak...terpaksa la ikut jalan jauh...poning akak dibuetnyo...cian akak...


Happy Birthday Kakak N Adik

19/11/2009, birthday ratuku...dah genap 6 tahun pun dia.  Pepagi lagi lepas dia mandi, akak (merujuk kepada diriku le) dah nyanyikan lagu happy birthday utk dia...bukan main happy lagi...pastu siratu dah kejutkan si abah...remind abah jgn lupa belikan kek b/day yg ada gambaq cinderella....Si abah....akak nengok muka cam blurrrr aja....maybe tgh dok bayang cam mana le kek gambar cinderella tu...??? maklumla owang lelaki kureng arif dalam bab beli kek ni...si abah kalo bab beli sponge cake perisa oren n pandan aje yg terror pun.

Sebelah ptg, si abah call dari ofis, bagitau mlm nanti kita celebrate b/day siratu kat Pizza Hut...beli kek sekali katanya. Akak...no problem, setuju aje.
Pukul 8.00 mlm, bertolak dari umah ke kedai kek...macam2 ada...ada kek gambar ben10, hello kitty, barbie....rambang mata dibuatnya.  Tentunya pilihan siratu, kek gambar barbie...tapi si abah nampaknya tak bropa berkenan...abah soh pilih kek yg cumel.  So inilah pilihannya 

Kebetulan 20/11 pulak birthday si kecik yang ke 2 tahun...so celebrate sekali..senang citer...Bulan November....kami sekeluarga sambut 3 birthday, birthday akak, siratu n sikecik.  Akak sebenarnya memang plan setiap kali nak preggy..mesti bersalin dalam bulan 3 atau bulan 11.  Bulan 3 lak, birthday si abah n Ami...


 Happy Birthday to Syamimi Syaza n Hamiz Sanim
Selamat meniup lilin dah menjamu selera di Pizza Hut


Wednesday, November 18, 2009

PROJECT MEGA BLOGGER : CARE FOR KAK YONG (LAUNCHED)

Baru semalam akak teringat2 kat Kak Yong..dah lama menyepi tanpa kabar berita. Walopun akak tak penah jumpa ngan Kak Yong, cuma tgk gambar dia n anak-anak kat blog dia ja....tapi terasa rindu ngan kunjungan dan jugak komen dari Kak Yong.  Dah lama Kak Yong tak kluar ngan n3 terkini memandangkan laptop beliau rosak.  

Masa akak memula test berblog ni..Kak Yong antara rakan blog yg paling awal jadik follower akak.  Pastu, kami selalu gak berhubung melalui emel bila akak nak kaco dia, tanya dia pasal cara-cara nak tukar template le...dia banyak gak bagi tunjukajar.  Di sini disertakan semua maklumat pasal Kak Yong. Meh kawan-kawan kita sama-sama membantu Kak Yong setakat yang termampu.  Maklumat ni pun akak copy paste dari blog akak Siti Sifir Supernova


PENGENALAN
Kakyong72
  • adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/
  • ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh
  • bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.
  • menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe
  • Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.
  • Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru. Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??
  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :


Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang

Sasaran Kutipan Total : RM 1300
Jumlah Terkumpul : RM 210
Baki Sasaran : RM 1070
Jumlah Penderma : 9 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi


Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:

  1. Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
  2. SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
  3. Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.

Sasaran :
  • Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
  • Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
  • Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :
  • Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
  • Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
  • Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah :
  • Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
  • Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
  • Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).


Penutup
Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.

Tuesday, November 17, 2009

Tag Dari Sumijelly n Mamaaerish

TAG DARI SUMI  
Tq to Sumi, tersenarai gak nama akak dalam tag Sumi ekk...takpa akak try jawab soalan tagnye....jom kengkawan, sesapa yang blom singgah umah Sumi....silakan....

1.    Adakah anda rasa anda HOT ???
-  Memang terasa sangat keHOTan tu, pasal tengah drive nak p keja, Mr. Hus hantar sms guna tipon Ami, "u tak bayaq bil telefon ke??? h/phone i kena barred ni...akak pun try la tipon akak....aikkkk tipon akak pun kena barred gak...siot...Akak amiks sim kad dlm tipon keta Mr. Hus...akak try...ehhhh boleh lak...nampaknya tipon Mr. Hus n tipon akak aje yg kena barred...sungguh mengharukan.  Rupanya ada masalah teknikal ckit....lega dah settle pun

2.  Upload gambar kegemaran anda....

3.  Tak ada soalan pun....kena stori pasal gambar tu kot
-   Akak suka gambar ni....gambar senyuman 3 orang anak akak ...buah hati pengarang jantung akak..yang menceriakan hari-hari akak ngan hilai tawa..tu belum lagi sesi bergaduh ngalahkan Ultraman...tanpa anak-anak siapalah akak

4.  Bila kali terakhir makan Pizza ??
-  Rasanya sebulan yang lalu kot...order ja.  Kebetulan mlm tu hujan, maleh nak masak, Mr. Hus kata, kita makan Pizza jalah mlm ni, tertunggu bebudak bertiga tu...awatla mama tak masak lagi...rupanya apalagi Pizza Delivery (Hawaian Tuna, Prawn Olio n Spaggeti Meat Ball)

5.  Lagu terakhir yang anda dengar ??
-  Pagi tadi kat dalam keta tengah drive masuk hutan Sintok, ermmm tapi lupa la apa tajuknya...sowwyy

6.  Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ini???
-  Sambil makan Keropok Sira Mas Madu, lecturer kat ofis sedekah, pasal dia baru balik dari Kelantan

7.  Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ??
-  Su....panggilan kat ofis, Ayong...panggilan kat umah n sedara mara

8.  Tag lagi 6 orang 
2.  TIADA
6.  Akak Nza 

9.  Siapakan orang no. 1 pada anda?
-  Shikeen - rakan blog dari Singapore, tak penah jumpa, hanya dalam blog, tapi rasa mesra ngan dia.  Selalu juga jadik org pertama yang akan komen kat blog akak n rakan blog pertama yg ucap happy birthday...tq so much Shikeen....opsss satu lagi anak pompuan kami punya nama yang sama....Syaza

10.  Kata sesuatu mengenai orang no. 5
-  Lyana - baru ja kenal kat blog...orang Kedah gak ni....rajin memasak...tima kacih byk2 pasal sudi jadi rakan blog akak

11.  Bagaimana pula orang no. 4
-  Mamaaerish - Eb...mama to aerishadania yang cute n boolattt....baru gak kenal kat blog...seorang Graphics Designer kat Shah Alam.....tq coz slalu tulis "mamasyaza (my idol)"

12.  Pesanan kepada orang no. 6
-  Akak Nza - seorang guru n punya anak-anak yang pandai belaka...Naurah yang slalu sangat dapat hadiah..best...best....Akak Nza....tahun depan anak kita sama-sama masuk darjah 1...(Farouk n Syamimi) cam manalah ngan depa berdua tu....penuh ngan sikap manja 

Fuhh lega rasanya bila dapat siapkan tag ni.....kawan-kawan yang ditag..sila jawab tag ni...ok...dah lama rasanya tak kena tag...hehehe 

TAG DARI MAMAAERISH
Tq Eb...nama akak tersenarai gak dalam tag Eb...ok akak try jawab....

Tag mengenai 8 perkara "SAYA SEDANG"...
Dear Eb...errmmm boleh tak akak sesuka hati tukarkan jadi "AKAK SEDANG"...bolehkan??? boleh laaa ek..ekk...

1.  AKAK SEDANG buat claim kat boss...kena buat cepat-cepat dia dah nak g Brussels, 2 minggu beb....raya haji pun kat sana....."kucing tak dak...tikus apa lagi...berlari-larian la"
2.  AKAK SEDANG menikmati keropok dari Kelantan sambil tengok gambar MPV Perodua yang baru...apa kenamanya PERODUA ALZA...rasanya la...kengkawan dah tengok ke..??
3.  AKAK SEDANG berkira-kira nak balik umah mak...amiks anak-anak
4.  AKAK SEDANG berfikir....menu apa yang nak dimasak mlm ni...kat freeze ada lagi ayam, daging n ikan
5.  AKAK SEDANG sambil menyambil jadik chef kat cafe world fb...tengah dok masak......tripple berry cheesecake
6.  AKAK SEDANG cuba ngan sedaya upaya menyiapkan tag ni, sementara nak tunggu touch card pukul 5.00 petang
7.  AKAK SEDANG ronda-ronda umah rakan blogger yang lain sambil cuba tinggalkan komen...harap kengkawan tak rasa busan ngan komen-komen akak...akak komen dari hati yang cukup ikhlas....sayangggg korang semua
8.  AKAK SEDANG berfikir-fikir...tobat akak ngantuk gila drive on the way nak balik umah, maklumlah jauh gak perjalanan akak tu, dekat2 45 minit..walopun tak la sesesak cam kat KL nun....Kengkawan penah sampai kat Lembah Sintok yang permai....sesapa penah ke sini tau le cam mana.. 

Meh semua kawan2 yang singgah blog akak...dijemput utk amiks tag ni...jangan malu-malu k...

Monday, November 16, 2009

Stori Hari Sabtu

Sebelah pagi diumah  
14/11/2009 - genap setahun FIL meninggal dunia. Ibu mertuaku sekarang ada di Bukit Beruntung, kebetulan akak ipar buat majlis baca yasin kat sana. Memula tu ingat nak join skali ke Bukit Beruntung, tapi blom cuti sekolah, lagipun report kad Ami blom dapat lagik...terkubur dulu keinginan aku nak kesana.

Matahari bersinar dengan cerianya pagi tu, cam biasa sesi mendobi pun bermula..sambil tu trus masak untuk lunch...menunya simple sangat, sotong goreng kunyit, buncis goreng + udang n ayam goreng berempah.  Tengah syok dok masak..tetiba elektrik lak tak dak...hampehhh...dah la nasi tak masak lagi..terpaksa masak cara manual.  Terbantut semua sesi mendobi. Lepas makan, sesi lepak depan tv sambil tgk citer Ghost Rider (Ami kata, citer tengkorak berapi naik moto besaq)...cuaca mendung diluar sana...ngantuk beb...best ni kalo dpt penjamkan mata barang sejam dua...lama tu.

Baru ja nak pejam mata, teringat pulak sponge kek oren kat dapo tu ada lagi, susu cair pun ada, buah2an koktail pun ada lagi....ku campur aduk semua...jadilah cam ni...tak tau nak letak nama apa...biarkan sejuk dalam peti ais...pastu bolehlah dihidangkan...janji anak2 boleh makan......memang best....sedapppp...naik lif tekan seniri nampaknya aku ni...hehehe

Sebelah petang di Tesco 
Dah boring dok melepak kat umah...Mr. Hus ajak kluar g Tesco...beli ckit2 barang keperluan dapo yang dah makin kureng.  Cuaca mendung ja petang tu.  Meronda kat dalam Tesco, beli pampers, susu, telor, sabun...bla..bla..bla. Satu troli utk isi brg, satu lagi utk isi mende hidup....bahaya kalo dibiarkan...kang nanti terlepas pandang, asyik pilih brg..hilang pulak anak2 aku...so utk memudahkan keja, kita kurung dlm troli!!!..habih citer...selamat...Tak banyak sgt mende yang sale...so beli apa yang patut ja.
Keluar ja dari Tesco, dah malam pun ngan hujan punya la lebat gilesss...singgah makan dulu...pastu trus balik umah.  Tamat sudah kisah ari Sabtu