CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 2, 2010

Adik Demam Lagi

Hari Rabu mlm (24/2) akak rasa badan adik cam panas aje, cepat2 akak bagi adik makan ubat.  Kebetulan en. abah tak ada, outstation kat Ipoh n KL. Esok pagi akak bangun tdo, badan adik still panas, so akak decide nak g keja dulu, balik nanti baru bawak g jumpa Dr.  Sebelah ptg, balik keja trus bawak adik ke klinik panel, kata Dr. adik memang demam (panas dalam katanya) so Dr. bagi ubat panas dalam, ubat demam n ubat batuk kahak.  Bila akak bagi sikecik makan ubat, lepas 4 - 6 jam, badan dia panas semula, sampai la ke hari Sabtu, still macam tu, makan ubat ok, lepas tu panas semula, tak kebah kata owang Kedah...risau akak dibuatnya, dah la sebelom ni adik penah kena 'tarik'..terus akak jadik phobia.

Dah 3 hari keadaan adik still macam tu so hari Ahad, akak ajak en. abah ke KMC jumpa Dr. Razif.  Bila Dr. Razif buat checkup, berat badan adik ok, aktif seperti biasa cuma ada sedikit kahak, demam memang ada ckit time tu 37.5, pastu Dr. decide nak check telinga adik, disitulah dapat jawapannya.  Kedua dua belah telinga adik di bahagian dalam terkena jangkitan.  Patutla kengkadang sebelah mlm, tengah tdo, adik cam resah, pusing sana pusing sini..rupanya ada yg tak kena.  Serba ckit maklumat tentang jangkitan telinga yg akak search kat myhealth.gov.my

Pengenalan
Jangkitan telinga adalah masalah kesihatan yang kerap dihidapi oleh kanak-kanak.
Ianya menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak. Mereka mungkin akan sentiasa menangis tanpa diketahui sebabnya. Kebanyakan kanak-kanak mendapat sekurang-kurangnya 1 jangkitan telinga sebelum berusia 2 tahun.

Ada 2 jenis jangkitan telinga:
  • Otitis media adalah jangkitan telinga yang berlaku apabila virus, bacteria atau kulat menyerang tiub eustachian (saluran yang menghubung sinus dibelakang hidung ke telinga tengah)
  • Otitis externa ialah jangkitan telinga yang berlaku di saluran telinga luar.

Bagaimanakah kita mengetahui kanak-kanak mendapat jangkitan telinga?
Kebiasaan kanak-kanak akan mendapat jangkitan telinga selepas mendapat selesema atau jangkitan di salur pernafasan.
Tanda-tanda biasa ialah:
  • Kesakitan dalam telinga
  • Resah dan mudah meradang
  • Tidur yang selalu terganggu
  • Selalu merentap dan menarik cuping telinga
  • Nanah keluar dari telinga
  • Kurang selera makan
  • Lelehan hidung
  • Selalu menangis sebelah malam semasa tidur
  • Kurang terangsang dengan bunyi yang perlahan
Bagaimanakah rawatan jangkitan telinga?
Dapatkan nasihat dan rawatan awal dari doktor jika terdapat tanda-tanda jangkitan telinga.
Jika jangkitan telah dikenalpasti, rawatannya adalah:
  • Ubat mencairkan kahak (samada secara topical or sistemik)
  • Ubat demam
  • Antibiotik diberi jika jangkitan disebabkan oleh bakteria
  • Ubat titis telinga jika nanah keluar dari telinga.
  • Gunakan teknik ‘ear weaking’ untuk mengeringkan nanah dalam telinga
Ubat yang Dr. bagi utk adik, ubat demam, ubat utk pecahkan kahak, ubat sesema, antibiotik n ubat titis telinga.  Akak ni bila anak2 demam tambah2 kalo sikecik tu akak mudah sangat risau.  Kejap2 check suhu badan adik, sampai mak akak pun dah tegur, jangan terlampau risau, setiap penyakit ada ubatnya...tapi ntahlah, akak ni mudah sgt gelabah, semua keja yg akak buat rasa cam tak kena ja selagi akak tak puas hati dengan kesihatan si kecik akak tu.  Nak berladang, nak memasak, nak bela binatang kat zoo pun dah tak mampu selagi sikecik tak betol2 sihat.

Hari ni, kesihatan adik dah makin ok, walopun tak sepenuhnya dan insyaallah dalam seminggu lagi akak akan bawak sikecik utk pemeriksaan selanjutnya...harap jangkitan ditelinganya makin pulih
Dear Adik, Mama sentiasa doakan adik cepat sembuh
dan terhindar dari sebarang penyakit yg merbahaya

16 comments:

mek da ©™ said...

ciannya adik..jgn lupa mkn obat ye cyg

♥cybermummy♥ said...

kesian kecik . shikeen pun macam tu jugak kalau anak2 sakit . Tak tentu arah dibuatnya . apa2 pun auntie doakan semoga kecik cepat sembuh .Amin

yatie chomeyl said...

sian aidk demam..cepat sembuh ye sayang

Yati said...

Cian adik. Makcik Yati doakan adik cepat2 sembuh, boleh main-main dengan kakak dan abang, dan mak takde la risau lagi. Amin. :)

Izan Ishak said...

salam mamasyaza...ttg jangkitan telinga tu anak izan yg ke-2 (naufal) pun pernah kena awal thn 2009. masa tu mmg dia demam tak kebah2.
last2 bila pi check dr mmg sah kena jangkitan telinga..

**alhamdulillah adik dah makin sembuh...cute je adik!

MAMASYAZA said...

to ida >-- memang akak sentiasa kasi dia mkn ubat ikut time, risau sgt kalo tetiba terasa badan dia cam panas

to shikeen >-- tq so much di atas doa2 tu..amin, sekrg pun keadaan adik dah makin ok walopun tak sepenuhnya...masih perlu dipantau

to aunti yatie chomeyl >-- tq so much

MAMASYAZA said...

to aunty yatie n aunty izan >-- terima kasih byk2 atas doa semua aunty2 sekalian, semoga sikecik cepat sembuh sepenuhnya.

to aunty izan >-- tu la, risau akak dibuatnya bila adik demam tak kebah2, mesti ada sesuatu yg tak kena. pasal tu la bwk jumpa paed, n mmg betul disahkan ada jangkitan kat telinga...kena mkn antibiotik...insyaallah suhu adik makin kurang

♥♥syahadah♥♥ said...

thanks for info kak..
bahaya jugak klu tk tahu..derang bukan ckp sakit kat mana mana..tahu2 nangis jek kan
harap adik cepat sembuh...nak kuat lah tu..tu demam...kan kan kan

MAMASYAZA said...

to hada >-- sikecik tu bukannya reti nak bagitau dia sakit kat mana, cuma sebelah mlm tgh tdo dia cam resah gelisah aje, pusing kiri, pusing kanan...rupa2nya something wrong somewhere...akhirnya dpt jugak jawapannya...telinga tak sihat rupenye.

ibu_umairah said...

demam musim la sekarang ini...!!kena banyak minum air....,or air bali

Syuhada Kamal said...

kesiannya adik...tak sihat lagi yer..hope cepat sembuh yer...sy paham perasaan akak...sebagai ibu ni kalu anak tak sihat kite mmg tak senang duduk...hope sumenya ok n kembali seperti sediakala...

nza said...

kesiannya...moga adik cpt2 sembuh...Abg farouk pn demam n diserang asma....risau la musim skrg byk wabak....

echa said...

cian....yer la akak sekarang cuaca panas sangat.apa2 pun auntie doakan adik cepat sembuh yer....rajin2 makan ubat.

MAMASYAZA said...

to ibu umairah >-- memang pun musim sekrg ni ramai bebudak yg demam, batuk n sesema, sudah semestinya kena minum byk air, panas sgt sekrg ni

to syuhada >-- alhamdullillah, adik semakin ok, hari ni hari terakhir dia kena habiskan antibiotik, nampak adik kembali cergas, syukur alhamdullillah

MAMASYAZA said...

to akak nza >-- farouk pun demam jugak ek akak, risaukan bila anak2 kurang sihat pasal sekrg ni byk sgt penyakit yg pelik2. semoga farouk cepat sembuh yer sayang...jgn lupa mkn ubat

to mama echa >-- cuaca panas, berdebu n kering menyebabkan byk penyakit mudah terkena pd anak2 kita, tp alhamdullillah kesihatan adik makin ok, dia pun dah makin bertambah lasak, berkat doa aunty2 semua...tq so much

LiNda said...

Su,

Harap jangkitan ditelinganya dah oke sekarang .

Memang perlukan kesabaran menjaga anak sakit .

Post a Comment