Apa itu strok/angin ahmar?
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Faktor risiko untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:
- Tekanan Darah Tinggi
- Kencing manis
- Paras kolesterol tinggi
- Merokok
- Berat badan yang berlebihan
- Cara hidup tidak aktif (sedentari)
- Tekanan/stress
- Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
- Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Apakah gejala strok/angin ahmar?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
- Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
- Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
- Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
- Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
- Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
- Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
- Sukar menelan
**********************************************************************************
Info mengenai strok ni akak search kat http://www.myhealth.gov.my. Banyak info2 mengenai berbagai jenis penyakit dan sebarang kemusykilan kita terjawab disini. Apa yang menyebabkan akak tercari2 artikel mengenai penyakit strok/angin ahmar ni...???
Semuanya berpunca hari Jumaat lepas....akak baru je selesai masak utk mkn tghari, en. abah g solat Jumaat, biras akak call dengan suara yg sedih, bagitau husband dia (abg sulung en. abah, abg ipar akak le tu), hari khamis mlm ada mengadu sakit kepala n tak boleh nak sleep, tangan sebelah kiri rasa kebas. So hari Jumaat walo dah dinasihat berkali jgn g keja, masih degil nak g keja ngan moto walopun kaki sebelah kiri pulak yg rasa lemah tak berdaya nak melangkah. Balik keja ja, dia trus tdo keletihan, bangun tdo baru biras akak perasan yg mulut husband dia dah senget sebelah...tu yg cepat2 dia call akak n bagitau mende ni.
Akak tau abg ipar akak mmg tak penah buat checkup for darah tinggi n kencing manis..admitted kat ward pun tak penah seumo hidup (46 tahun pun). Bila en. abah balik solat, akak bagitau apa yg berlaku n minta anak sedara en. abah cepat2 hantar ke PMC (Putra Medical Centre) sebelum mende yg lebih mudarat berlaku. Kami pun lepas mkn tghari, bergegas ke sana. Sampai di sana mmg betul, tangan n kaki kiri abg ipar akak rasa kebas n lemah, mulut senget ckit, nak bercakap pun susah. Lama juga menunggu sementara Dr. nak check.
Akak tau abg ipar akak mmg tak penah buat checkup for darah tinggi n kencing manis..admitted kat ward pun tak penah seumo hidup (46 tahun pun). Bila en. abah balik solat, akak bagitau apa yg berlaku n minta anak sedara en. abah cepat2 hantar ke PMC (Putra Medical Centre) sebelum mende yg lebih mudarat berlaku. Kami pun lepas mkn tghari, bergegas ke sana. Sampai di sana mmg betul, tangan n kaki kiri abg ipar akak rasa kebas n lemah, mulut senget ckit, nak bercakap pun susah. Lama juga menunggu sementara Dr. nak check.
tengah tunggu Dr....lama le jugak
anak akak si abg sudah semestinya bab interprem no. 1
dia yg lebih2 tdo sebelah ayong dia
Takutkan kengkawan, kalo kita lengah2 buat medical checkup. Tak nak buat selalu pun takpe at least setahun sekali, mesti buat. Kalo terasa sakit kepala teramat sangat, cepat2 ke klinik berhampiran check tekanan darah sebelum mende pelik2 berlaku...risau akak, sekarang ni dizaman yg serba maju/moden n canggih ni, penyakit pun dah makin bertambah canggih..macam2 boleh jadik sekrg ni. Peringatan ni bukan utk kengkawan saje..utk akak jugak...ermmm akak pun dah lama tak buat pap smear...kengkawan dah buat...????Masa n3 ni ditulis, abg ipar akak dah kluar dr wad setelah 4 hari berada disana, dia yg minta kat Dr. nak kluar...memang bosan kalo lelama kita stay kat hospital. Dr. bagi MC selama seminggu dan tarikh appointment seterusnya. Pasal tu lah n3 akak kali ni bertajuk tak sempat nak berpoya2 sempena cuti CNY...hehehe...kami sekeluarga berpoya2 di PMC...memeriahkan suasana di tingkat 3 bilik no. 12, sampai nurse pun naik pening ngan keletah kami semua...maklumla kami punyai ahli keluarga yg ramai...bising dibuatnya. Walopun masih mampu tersenyum, dalam hati en. abah...dia risau amat ngan kesihatan abgnya...dia tak nak kemana2 langsung...kami asik ulang alik ke PMC.
5 comments:
Shikeen doa kan semoga BIL su cepat sembuh . Kta yg masih sihat ni harus jaga kesihatan . sekarang macam penyakit yg ada . Tak kira muda atau tua kalau dah nak kena kan ...
Shikeen CNY ni pun tak gi mana2 dok umah siap kan tempahan je . huhuhu
ya Allah..nasib baik cepat akak..kalau dibiarkan tu, mmg boleh mudarat sbb diabetes dia ngn darah tinggi dia tinggi sangat tu..
moga BIL su cpt sembuh.....kalu ada darah tinggi mmg bahaya espclly kalu umo dh lebih 40thn......
Harapnya BIL su dah beransur sihat.
So, bersama2lah kita menjaga kesihatan .
memang menakutkan.. en ayah ni pun sgt malas ke spital.. soh buat check up pun malas... semoga BIL su cepat sembuh & ikut nasihat doktor...
Post a Comment