Kawan-kawan semua penah tengok tak program yang disiarkan kat Astro Ria kalo tak salah aku, program Tangkap Muat. Pengacara untuk program tu...tak lain tak bukan Sarimah Ibrahim. Program yang akan mengubah penampilan seseorang...'makeover' le tu. Siapa yang jadik peserta dalam program ni akan diubahsuai imejnya dari segi cara pemakaian, makeup, rambut dan sebagainya. 'Makeover' utk setiap peserta tu akan dilakukan oleh 2 perunding iaitu Zulfazli n Rizalman Ibrahim.
Tak yah diperkenalkan lagi sape pompuan cute ni
1. Tu la Zulfazli - makeup artist
2. Rizalman Ibrahim bergambar ngan suami n anak Ita
Masa Rizalman g terjah umah Ita...dia cuma ada 4 helai baju....kebanyakannya t-shirt....hari selebihnya dia akan pakai baju suami dia. Ita sukakan warna hijau...masa diaorg g terjah umah dia, dia cukup sporting..langsung tak malu-malu....menerima segala kekurangan yang ada. Pastu Rizalman bawak Ita ke butik Hajaba...pilih baju n tudung pulak. Banyak baju yang tak sesuai ngan Ita disebabkan bentuk badannya yang kecil di atas dan besar di bahagian punggung....susah beb nak pilih baju...tapi akhirnya jumpa gak yang sesuai. Seterusnya tugas Zulfazli pulak bawak Ita ke Serenity Spa untuk mandi wap, pastu g makeup.
Memang betul-betul makeover....setelah dimakeup, diaorg bawak Ita balik umah. Si suami n anak-anak tergezut tgk wife/ibu diaorg dimakeover sedemikian rupa...memang cantik. 2 orang anak pompuan Ita diinterview....diaorang soooooo happy ngan perubahan ni, 'sebelum ni mak slalu suruh kami pilihkan baju utk dia...tapi bila dah dipilih...tak padan la...mahal la...asyik-asyik warna hijau aje, mak lebih pentingkan anak-anak dari diri seniri'....salah sorang anak Ita siap menangis lagik nengok perubahan mak dia....'saya happy sangat tengok mak saya cantik camni'. Aku yang tengok pun menitis airmata ngan kata anak-anaknya. Betapa besarnya kasih ibu....sanggup tak berhias diri demi untuk keperluan anak-anak...kita tak taukan sebenarnya apa masalah org...kita hanya melihat di tv.
Last skali kata-kata Ita untuk suaminya....."Ita nak tanya satu soalan untuk abang...soalan ni abang tak penahhhhh pun jawap setiap kali Ita tanya, Ita cantik tak bang????"....si suami mengangguk happy. Sedih aku......
Kawan-kawan kena tengok program Tangkap Muat ni makeover Ita secara detail...ni daku stori secara ringkas ja tapi cukup menyentuh perasaan aku...gambar Ita yang telah dimakeover tak dak la...kena tengok program ni baru tau.
5 comments:
terharu baca citer ni . Anak2 dia pun dah pandai menilai pengorbanan ibu nya kan .. Semua ibu2 saya rasa memang macam tu . Dulukan anak2 sebelum diri dia . Tapi masih ada jugak anak2 yg tak kenang jasa ibu . huhuu
to shikeen - memang sedih tengok program tangkap muat utk makeover Ita. Tak sangkakan dizaman yg serba maju dan canggih sekrg ni masih ada yg camni...kita sebagai ibu memang la lebih pentingkan pakaian anak2 dari pakaian diri sendiri tapi takla sampai mengorbankan keinginan membeli belah kita tu..tabik spring kat Ita
Yati dari aritu nak tengok cerita tangkap muat ni, sebab ada tengok promo dia sekali. Tapi tak tau dia tunjuk hari apa. Pulak tu, dok berebut tv ngan anak je, melepas nak tengok.
to yati..akak tengok pun sambil kelam kabut ngan bebudak bertiga tu...nak kena tgk skali lg rasanya..hehehe
Terima kasih untuk blog yang menarik
Post a Comment