SELAMAT HARI GURU kuucapkan kepada :-
1. Guru-guru Sek. Ren. Keb. Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra tahun 1981 - 1986 yang mengajar aku iaitu Cikgu Azizah Ahmad, Cikgu Zainab Rani, Cikgu Jamaliah Din, Sir Anasamy dan Cikgu Othman - (Darjah 1 - 6). Tahun 1985 adalah tahun yang paling best pasal tahun tu aku menduduki Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (kalo sekarang UPSR la). Cikgu Zainab n Cikgu Jamaliah adalah antara guru yg top...bila diaorg mengajar, diaorg akan berusaha sampai murid-murid diaorg faham apa yg diajar...best sgt. Cikgu Jamaliah kadang-kadang aku terjumpa jugak pasal dia sambung blajar kat UUM. Aku lulus peperiksaan tu dengan keputusan 4A1B. Student yg berjaya dpt 5A + 4A1B, cikgu buat rombongan ke Singapore. Tu la kali pertama n terakhir aku ke S'pore.
2. Guru-guru Sek. Men. Jitra tahun 1987 - 1991 iaitu Cikgu Rohana, Cikgu Dalilah,
Cikgu Haniza (cikgu yg paling baik, relax, sporting), Cikgu Zanizah, Cikgu Rosmawati, Cikgu Khalid dan byk lagi (ni kira guru-guru yang ajar aku masa Tingkatan 1 - 5)
Semalam lepas sesi cantikkan laman umah, kitaorg sekeluarga balik ke rumah MIL. Chik Sham my SIL buat kenduri arwah (bacaan yassin) utk arwah my FIL + birthday anaknya Nur Darlina Amni Umairah (nanti aku akan stori pasal Nur Darlina). Selesai semua majlis tersebut, lepas maghrib kitaorg ke Yen Gallery....apa lagi...mencari hadiah sempena Hari Guru. Penat betul melayan karenah bebudak berdua tu...tgk itu cantik..tgk ini cantik...kira semuanya cantik2 belaka. Aku pun dah naik letih + pening kepala...mana ngan keletah si adik..tangan tak boleh diam, semua mende dia nak pegang (takut pecah beb..ada sesetengah tu brg2 kaca), aku bagi warning soh diaorg cepat2 pilih mana yg diaorg berkenan....pilih punya ni la hadiah yg bebudak berdua tu beli utk cikgu masing-masing.
Terima kasih CIKGU kerana berkorban masa dan tenaga mencurahkan ilmu kepada anak-anakku.
π ππππππ πππππ πππππππ ππππππππ ππππππ
π
ππππππ
-
πͺSebahagian kita mungkin menyangka bahawa rezeki hanyalah berkisar pada
harta, makanan, dan tempat tinggal.
πͺSetiap kali berdoa, yang diminta hanya pa...
5 days ago
11 comments:
mamasyaza ingat lagi ye nama guru2 sekolah..hehee..zieha dh lupa nama2guru2 zieha zaman sekolah dulu..yang ingat nama2 guru besar je..itupun ingat2 lupa hik3x
semua nak buat entry pasal cikgu..meh sama2 kita buat..hadapun dah buat gak..
to zieha...ingat sikit2 aje. cikgu yg baik dgn kita mestila kita ingat...hehehe..
to hada....dah nama pun hari guru kan...buat ajelah entry utk cikgu n cikgi
salam mamasyaza,
cikgu rohana tu dia mengajar english kan? cikgu rohana shariff...
yup nuroll....macam mana nuroll tau...penah sekolah kat jitra ka
garang x dia???
salam mamaSyaza..
wah banyk juga nama cikgu sek rendah yang mamasyaza masih ingati... kakyong kantoi la, ramai yg kakyong tak ingat, walaupun masih ingat muka2 cikgu... uwwwaaaa, camaner ni...
btw, anda di tag sila ambil di sini yer.. tag 3
http://kakyong72.blogspot.com/2009/05/sesi-menjawab-tag-part-2.html
to nuroll....tak la garang sgt..biasa je..cikgu la katakan
wah kagum ngan akak... igt lagi name2 cikgu sekolah...
yan tak igt dah.. tp muka tu bolehla kot igt skit2..
to yan...insyaallah buat masa ni masih ingat n kenal cikgu skolah dulu...diaorg may be dah tak ingat kita pasal ramai sgt murid2 diaorg....
alamak..sekian lama mencari..baru jumpa entri ni..saya pun salah sorang pelajar kat tajuddin 1980-1985 Darjah 6 Mawar..sume cikgu yg awak sebut, sume kenal..cuma SMJ jek sempat sampai form 2 1986-87 Ting 2K4..yg sempat ingat Cikgu Hamdan,Rahim..and pengetua petang Long ape tah namanya..
Post a Comment