CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 29, 2010

Cerita Cowboy, Cerita Anak-Anak

Baru-baru ni akak ada terima kad jemputan dari AVON untuk memeriahkan Parti Jualan Avon yang akan diadakan di Equatorial Hotel, Penang pada 11 Julai nanti.  Ingatkan free, rupa-rupanya kena bayar yuran penyertaan sebanyak RM35 seowang.  Teringin jugak nak bawak anak-anak p, tapi tertulis kat kad jemputan tu 'kanak-kanak tak dibenarkan masuk'...pulak dahhh.  Tapi yang paling best sekali tentang pakaian utk hadir ke parti tersebut....kena pakai pakaian COWBOY..!!! Tak dapat dibayangkan kalo akak pakai ala-ala cowboy gitu, sah-sah en. abah tergolek-golek gelakkan akak.
Jadik, kesimpulannya, akak tak dapat le nak hadirkan diri ke majlis ni,
gara-gara pakaian COWBOY

Semalam lepas hantar ami p tuisyen, on the way nak keumah ibu tercinta, sambil drive akak terdengar perbualan antara siratu n sikecik, lebih kurang cam ginilah...

Adik  =  Kakak, kalo adik mati, kakak nak dok ngan sapa..??
Siratu  =  Kakak dok ngan adik la...
Adik =  Ler...kan adik mati, kakak nak dok ngan sapa ?(diulang sekali lagi)
Siratu =  Kalo adik mati, kakak dok ngan mama lahhh
Adik  =  Heeermmm....pandaiiiii punnnn

Sekarang ni sikecik akak, tengah sibuk mempraktikkan penggunaan perkataan "pandai pun".  Apa saja yang owang cakap ngan dia, mesti dijawab, "pandaiiii punnn"

Monday, June 28, 2010

Nombor Telefon Tuhan

Sampai  kat umah lepas habis kem solat bestari Sabtu lepas.

mama = kakak belajaq apa kat kem solat tadi ?

siratu = ustaz ajaq cara-cara nak amik ayaq semayang, pastu ustaz bagi nombor telefon Tuhan

mama = no telefon Tuhan..???

siratu = yaaa..nombor telefon Tuhan (sambil cepat-cepat mengangguk), ustaz kata cuba telefon nombor ni - 24434, tula nombor telefon Tuhan, nanti akak nak call nombor tu, buleh cakap ngan Tuhan

mama =  herrrmmmm - 2 rakaat solat subuh, 4 rakaat solat zohor, 4 rakaat solat asar, 3 rakaat solat maghrib n 4 rakaat solat isyak, betul la tu, nombor telefon Tuhan.  Tapi sampaila kehari ni akak belum cuba lagi call nombor 24434 tu.

Sunday, June 27, 2010

Risaunya Hati Ini

Hari ni akak dah start keja setelah 2 hari bercuti jaga sikecik.  Terima kasih banyak-banyak pada semua kawan-kawan blogger yang sentiasa mendoakan kesihatan anak akak, dan juga pada kawan-kawan yang melawat sikecik akak tu, memberi semangat pada akak dalam mengharungi semua ni.  Komen-komen yang kengkawan tinggalkan kat n3 akak tak sempat akak balas, mintak maap banyak-banyak, akak pun tak sempat nak singgah jalan-jalan umah kengkawan semua, hilang mood akak buat masa ni, tak ceria diri akak buat masa ni. 
Doc. nasihatkan akak supaya jangan terlalu risau, insyaallah makin usianya meningkat, bende camni takkan berulang lagi.

Kesihatan sikecik makin pulih, makin aktif, makin pandai bercakap, makin kuat menyakat siratu, tapi still akak bagi makan ubat.  Ptg semalam dia dah kejar siratu ngan pencakar daun, keliling umah, menjerit-jerit siratu. Berlari kesana kemari main bola, bersyukur sangat bila tengok dia makin sihat.

Pagi tadi nak g keja rasa berat hati sangat nak tinggalkan dia, dalam hati ni masih rasa risau, risau dengan apa yang dah berlaku. Sampai ofis nak buat keja pun tak dak mood, nak jawab telefon, nak cakap dengan boss pun tak ada mood, apsal akak jadi camni.  Dalam kepala otak ni asik fikirkan sikecik ja, harapkan diri ja ada kat ofis, tapi minda ni hanya ingatkan sikecik ja, kejap-kejap call ibu tercinta, bertanya pasal sikecik.  Rasa macam phobia sesangat, kengkadang tu rasa cam nak menangis ja, risaukan sikecik tu, berharap sangat perasaan macam ni hilang segera.  Sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat akak ni, akak ni jenis yang cepat lemah semangat.

*  To akak Nza, masa beby kecik2 dulu, banyak kali ke dia kena camtu

Thursday, June 24, 2010

Hero Kecik Kena Masuk Wad

Sekarang musim demam agaknya.  Baru-baru ni anak sedara en. abah manyak yg demam.  So giliran adik lak yg demam, mudah sungguh sikecik akak tu demam.  Hari Selasa pagi, time nak bawak adik ke umah ibu tercinta baru perasan badan adik panas, tapi tetap hantar ke umah ibu tercinta memandang ubat demam spare baru je amik kat klinik, tak guna lagi.  Berat hati jugak nak ke ofis kalo adik demam, adikkan ada sejarah 'tarik' kalo demam terlampau panas.  Keje kat ofis banyak, nanti boss bising kalo asik cuti, dah la baru2 ni p umah angah dah apply cuti 4 hari.

Tengahari on the way balik lunch, siratu call, soh balik cepat, sikecik dah 'tarik' lagi, mesti terlampau panas demamnya, berlegar legar dalam fikiran, dah bagitau ayahanda, kalo badan adik panas sgt, sumbat dulu ubat montot.  Bawak keta ni usah cakap la, merempit ja, kalo boleh terbang dah lama akak terbang, dalam hati sentiasa berdoa semoga tak dak yg buruk berlaku pada sikecik, risau sesangat.

adik tengah makan bihun, malam memula kat wad, Ami pun ada, 
sanggup temankan adik, tak sampai hati nak tinggalkan adik
tq so much Ami

Terus ke hospital, masuk emergency room, nampak ibu tercinta tengah dok menangis, lagilah gabra.  Rupanya adik dah ok setelah didrip, tapi masih dalam keadaan lemah, syukur alhamdullillah.  Doc kata tak perlu risau, demam adik terlampau panas, kena sentiasa berjaga2 kalo adik demam, nasihat Doc. tak perlu bagi ubat demam syrup, kalo suhu badan adik terlampau tinggi, masukkan ubat montot dulu.  Ujian darah adik semuanya ok, tak ada penyakit lain selain demam.  
 
Sikecik ditahan kat wad selama 2 hari untuk pemantauan, boleh dikatakan kebanyakan kanak2 yang masuk wad semuanya demam+tarik. alhamdullillah keadaan sikecik akak semakin pulih.  Nampaknya lepas ni kalo adik demam, akak memang tak boleh p ofis, kena sentiasa pantau keadaan dia, bukan tak percaya pada parents sendiri, tapi kena amik langkah berjaga2 sebelum perkara buruk berlaku. 

MIL akak bagitau, en. abah masa kecik2 dulu pun kalo demam mesti 'tarik', ada sejarah rupanya, sejarah tu dah berulang pada sikecik akak, sedangkan ami n ratu kecik2 dulu demam gak, langkah berjaga2 yang sama jugak diambil kat depa berdua tapi tak penah sampai kena 'tarik', dalam hati mula mengerti, inilah ujian untuk akak.

Sunday, June 20, 2010

Kad Utk Abah+Ubat Tdo Utk Adik

Semalamkan hari bapa, selamat hari bapa untuk semua bapa diseluruh dunia.  Sama gak seperti menyambut hari ibu, siratulah yang so excited buat kad ucapan untuk en. abah, Ami buat derrrkkk ja, langsung tak amik port, dia sakit kepala.  Kebetulan en. abah balik lambat, ada group presentation, siratu awal2 lagi dah bagitau, abah balik lambat pun dia tetap nak tunggu semata-mata nak bagi kad ucapan yang direka khas utk abah tersayang. En. abah sampai umah pun dah dekat pukul 12 mlm, sebelum melangkah masuk umah lagi, siratu dah bagi kad kat en. abah, happy sangat akak tengok kemesraan antara anak n abah...syukur kepada tuhan, semoga kebahagian itu milik akak sekeluarga selamanya...oppss sowwy terlupa nak snap gambar kad ciptaan ratu tu.

Semalam jugak sikecik genap 2 thn 7 bulan, perangai dia sekarang ni betul-betul menguji kesabaran akak, kalo ikutkan hati.....hheeeee dah lama akak cubit-cubit dia...gerammmm, pasalnye...
baru-baru ni dia  dah pukul siratu ngan rotan sampai berdarah kat mulut. Time tu akak ada kat dalam bilik, tengah kemas tempat tido, apa lagi menangisla siratu, sikecik ni dengan rasa tak bersalahnya, dengan penuh jujurnya mengaku memang dia yang pukul siratu...sabar jalahhhh.

Sekarang ni, sebelah malam, susah sangat dia nak tdo awal, semuanya gara-gara 'MISI YAYA' kat channel 611, masalahnya rancangan ni start lewat sgt, pukul 12 mlm.  Sikecik akak ni memang sanggup menunggu setiap malam semata-mata nak tengok kisah si Yaya, budak umo 8 tahun yang bijak n nakal, best tengok gelagat budak ni. mak bapak n nenek budak yaya ni keja doktor, biasalah harapan setiap ibu bapa nak tengok anak2 ikut jejak langkah depa, tapi si yaya ni ada misimya tersendiri, memang best citer ni kalo dibandingkan dengan citer adi dah abah.

Selalunya lepas MISI YAYA, mesti ada citer ni, Shaun The Sheep...bersambung lagi sampai pukul 1pagi.  Geram akak, kalo dia tak dapat tengok 2 citer ni, sah2 dia menangis, sabarrrr laaa lagiiiiii...
So sekarang ni akak dalam usaha nak cari CD Shaun The Sheep buat ubat tdo budak ni...

Saturday, June 19, 2010

Buat Renungan : Ego Suami & Isteri


Akak terima emel ni dari sowang kawan kat ofis untuk renungan kita bersama....maaf panjang ckit, tapi jangan jemu membacanya.

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Wednesday, June 16, 2010

Teringin nak tukaq spec baru

Sejak kebelakangan ni, kepala akak selalu aje rasa sakit, berdenyut-denyut, mata pun kengkadang tu rasa berbinau-binau, belakang pulak rasa lenguh-lenguh, petanda apakah ini?  Dok pikir gak, adakah disebabkan selalu sangat ngadap pc, matapun jadi letih.  Akak nikan rabun jauh. Sowang kawan kat ofis ada suggest soh akak cuba Permata Hijrah, manalah tau, produk ni mampu mengurangkan kerabunan mata akak ni.  Nampaknya dapat gaji bulan ni, nak kena beli jugak produk ni, kita berikhtiar...semuanya dengan izin Tuhan.

Akak nak stori sikit sejarah cam mana memula akak boleh pakai spekmata.  Family sebelah mak akak memang semuanya pakai spec.,ayah n angah pun pakai spec jugak.  Akak mula pakai spec masa belajar kat Manjung, tu pun bila nak tengok bf nampak blurrr...heheheh, mesti something wrong somewhere kat mata akak ni.  Time cuti semester, balik umah, ajak ayahanda tercinta p check mata, power masa tu ckit aje, sebelah kanan 25, sebelah kiri 75, lebih kurang camtula, dah ingat2 lupa pun.

Zaman muda2 dulu, bila pakai spec nampak tak cun, macam owang tua, so kejap pakai kejap buka, makin lama makin rabun le jawabnya.  Sekarang power spec akak dah mencecah 250.  Sekarang ni tanpa spec, siapalah akak, insan yg hina ni, nak drive pun susah, nak cari jarum apatah lagi teraba-raba cam orang buta.  Pada firasat akak, akak kena g check mata semula, silap2 kepoweran spec. akak akan bertambah, kemungkinan besar salah satu sebab kenapa sekarang ni akak selalu sakit kepala.
Ni spec yang akak pakai sekarang ni, murah ja, tak berjenama ponggg

 Species Dior
sekali sekala, apa salahnya tukar selera, beli yang mahal ckit,
teringin la pulak nak tukar pada spec yang cantik cam gini 
tq to mr. google, tolong akak carikan species spec. yang cantik2
yang dibawah ni species Vesace
nak carik mana la duit nak beli spec. memahal cam gini