CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, May 29, 2009

BLOGGER FRIENDSHIP AWARD

Semlm lebih kurang pkul 2 pagi...hujan lebat+guruh+kilat. Bahang panas sejak 2 minggu yang lalu berkurangan disebabkan hujan lebat selebat lebatnya..fuhhh berapa kali lebat daaaaaa. Aku n Mr. Hus tak tdo lagi coz dok jaga kakak yg demam...panas sgt badannya...risau aku dibuatnya...tiada pilihan...terpaksa masukan ubat kot montot...baru kakak dpt tido nyenyak. Adik n abang dah ok cuma batuk ja lg.

Sepatutnya hari ni we all sekeluarga nak ke Juru, Penang ada kenduri kawin jiran sebelah umah Mohd Syah Rizal n pasangannya Nor Azlina tapi disebabkan anak2 semuanya kureng sihat..Mr. Hus saja yg pegi dgn jiran2 lain.
SELAMAT PENGANTIN BARU...SYAH N SELAMAT MELAYARI KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA.

Kebetulan adik sleep sempat le aku buat lawatan kerumah kawan2, tinggalkan komen n cuba buat n3.
Aku terima Blogger Friendship Award ni dari U-jin pada 23 Mei 2009...sorry U-jin lambat laks nak buat tag dari anda....maklumlah asyik tertangguh je. Akan kucuba langsaikan gak tag dari Dik Eus n Kak Yong maybe lambat sikit kot....mintak maap byk2 yer. Seperti biasa ada syarat-syaratnya :-

1. Copy award n letakkan di blog anda (dlm proses menepek dlm blog) 2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kpd anda

Pemberi award ini adalah U-jin yang sgt2 sukakan drama Korea 'Winter Sonata'...kawan2 yg lain suka tak tgk citer ni...best gilerrr citer ni tau. Ibu kepada 3 anak pompuan yg cute Sabrina, Sofea n Yasmeen yang suka memasak..mesti masakkan aunty U-jin kita ni best.

3. Setiap blogger mesti menyatakan beberapa fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

a. Mama to Mohd Hizami, Syamimi Syaza n Hamiz Sanim
b. PA di UUM
c. Suka window shopping....kalo ikutkan hati ada sale ja mesti tak lepaskan
peluang...disebabkan Mr. Hus bukan jenis kaki shopping terpaksa la ku ikut rentaknya
d. Peminat buku cerita Danielle Steel n Harry Potter, sanggup ku habiskan masaku berjam2 dok lepak kat Popular Book Store
e. Suka sangat dengar radio tambah2...Sinar FM di pagi hari..
mendengar celoteh Kak Engku, SY n K

The Blogger Friendship Award akan kuberikan kepada :-
1. Hot Mummy
2. Ummi Hanani
3. Mamadanish78
4. Ibu Ayra
5. Ibu Umairah Qarirah
6. Syahadah

Kalo dah penah buat...tak perlah just ignore...kalo tak penah buat tag ni
buat le...boleh mengenali kawan2 dgn lebih dekat...tak gitu...

Thursday, May 28, 2009

ADIK N ABG DEMAM

Tq so much to mamatiara, kakyong n ieda coz bertanya kabar nape lama takda n3. Bukannya sesaja tak nak buat malah hujung jariku ini tergedik2 nak menyentuh papan keyboard nak buat n3 tapi apakan daya adik n abang demam sesema. Yang merisaukan tu si adik...pasal lepas mkn ubat ja, suhu badan menurun...dalam 4,5 jam kemudian suhu badan naik semula. Kalo dah terlampau panas sangat aku masukkan ja ubat ikut montot. Risau aku dibuatnya takut jadi macam hari tu....phobia aku kalo adik kena tahan kat wad sekali lagi.

Aku bawa adik ke KMC, Dr. Razif cakap jgn bimbang..kali ni adik demam biasa ja...sesema n batuk. Cuaca sekarang yg tak menentu menyebabkan ramai kanak2 kena sesema n batuk. Macam biasa Dr. bagi ubat demam, sesema, batuk n antibiotik. Dr. cakap jgn risau tapi aku sebagai ibu bila anak aku masih demam...aku risau gilerrrrr. Ya Allah Ya Tuhanku...pindahkanlah sakit semua anak-anakku itu kepadaku. Biar aku ja yang menanggung sakit2 tu bukan anak-anakku. Amin.

Abang pun sama demam n batuk...kesian dia mana dengan nak mid year exam lagi. Aku cuti hari Selasa n Rabu nak pantau kesihatan anak2ku. Lepas habis exam setiap hari pukul 12 cikgu benarkan Ami balik. Aku akan pegi amik Ami kat sekolah. Kesian aku tgk dia....dengan mata yg kuyu tapi masih bersemangat untuk menduduki mid year exam tu.

Masa n3 ini ditulis...kakak pulak yg demam n batuk2. Adik n abang pun masih belum sihat sepenuhnya. Adik sesema dah berkurangan cuma masih batuk sama cam Abang. Insyaallah dalam 2,3 hari lagi kot baru sihat sepenuhnya. Doa2kanlah...amin..

Saturday, May 23, 2009

MENJAWAB TAG & AWARD

Minta maaf byk2 Kak Yong sebab lewat nak jawab tag dari Kak Yong...bukannya susah pun nak jawab tag ni tapi asyik dok tertangguh2 ja...sorry ekk...jangan marah haaa....nanti hilang laks seri mukamu itu. Kak Yong ni aku kenal dari MBP...dok godek2 terjumpalah blog "CATATAN IBU"...best sgt baca kisah seharian Kak Yong n anak2...terus jadik follower. Tag ni adalah berkenaan Photo Profile blogger 1. Terangkan maksud gambar itu
Gambar ni diambil di Pizza Hut, Alor Setar. Menyambut birthday Ami yang ke 10 tahun
pada 30 Mac 2009. Kebetulan baju yg bebudak berdua ni pakai adalah hadiah dari aku sempena birthday Ami....tapi faham2 aje la...kalo beli kat Ami sorang tak patut sgt... nanti kakak akan tarik muncung panjang jadi supaya adil dan saksama beli la utk kakak sekali.

2. Kenapa pilih gambar itu ?

Saja suka pilih gambar ni...tiada maksud tertentu. Inilah gambar terkini anak2ku. Dah
besar pun anak2ku

3. Tag ini akan ku sumbangkan kepada....jeng..jeng...jeng....
  • Ati
  • Dik Eus
  • Syahadah
  • Mamadanish
  • Nuroll
  • Yati
  • Mamatiara
AWARD LAGI DARI KAK YONG
Award ni aku terima dari Kak Yong gaks....terima kasih byk2 kakakku...teringat jugak dikau akan diriku yang jauh di Sintok ni....sayanggggg akaks...

Syarat-syarat untuk penerima award ini adalah :-
1. Letakkan logo award ini diblog anda (seperti biasa telah ku tampalkan di blogku)
2. Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat
mesra
3. Pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui 'backlink" dengan blog yang anda
anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda
4. Informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan
komen di blog mereka

Award ini kuberikan kepada semua followers ku...terima kasih byk2 kerana rajin membaca setiap entryku yg tidak seberapa ini (maklumlah masih baru dlm dunia blogging ni) dan
rajin meninggalkan komen dikotak komenku (tinggalkanlah lagi komen2 anda tu)....kuulangi lagi...TERIMA KASIH BYK2. Dijemput untuk mengambil award ini dan tepeklah di blog kalian.

Friday, May 22, 2009

MACAM-MACAM HAL

Cuti sekolah makin hampir...tinggal seminggu ja lagi...tapi....seblom bebudak menikmati cuti skolah diaorg...diaorg kena hadapi satu lagi perkara...peperiksaan pertengahan tahun. Aku seperti biasa la..dekat2 nak exam ni..mulut mula la pot pet pot pet..."Ami cepat baca buku, cepat buat latihan, ulangkaji...exam dah dekat ni...jgn asyik ngadap tv tgk Ben 10 ja"....dan dah menjadi kebiasaan la jugak, aku akan dengaq jawapan suci murni Ami..."Relax la mama..Ami dok baca buku la ni". Jawapan "Relax la mama" tu yg kdg2 buat aku sakit jiwa. Tapi aku rasa bebudak lelaki mmg cam tu kot....amik semua perkara nampak cam mudah walopun diaorg nak exam jika dibandingkan dgn bebudak pompuan. Aku tgk anak jiran umah aku (pompuan), darjah 4 sama ngan Ami gak...rajin ja baca buku. Ami bukannya dia tak baca buku/buat latihan tapi mcm tak serius...tak tumpukan perhatian sgt pd buku walaupun setiap mlm mmg peraturan kat umah, Ami diberikan selama 1 jam utk study+buat homework dan sebagainya. Kalo lebih dari 1 jam tu bukan blajar sgt pun..dah lebih kpd main. Bila aku start pot pet pot pet...Mr. Hus mula la..."sudah la tu mama...dia baru darjah 4, jgn la kelam kabut sgt". Kongsila pengalaman kawan2 dgn aku ni...memang betul ka bebudak lelaki ni selalu amiks mudah pasal pelajaran diaorg????? Ada tips tak nak kasi bebudak lelaki ni rajin blajar.

Bila cuti sekolah ni faham2 aja la...jemputan kawin pun punya la banyak. Cuti sekolah kali ni Kak Long, anak my BIL akan melangsungkan perkahwinan pada 9 Jun 2009. Akad nikah akan
diadakan pada 4 Jun 2009. Kak Long anak sedara Mr. Hus yg sulung..manja sangat ngan Mr. Hus....kenduri besar2an la kali ni.. Semlm kitaorg sekeluarga berkumpul di rumah my BIL pasal ada mesyuarat pakatan nak discuss menu apa yg akan dimasak utk kenduri nanti. Antara menu yang dicadangkan :-
1. Nasi tomato/nasi minyak

2. Gulai daging
3. Masak kicap daging
4. Ayam masak merah

5. Acar timun

6. Pencuci mulut - buah kurma


6 Jun 2009 nanti sepupu aku...SHIMA...kira dia ni paling rapat dgn aku dan kami berkongsi tarikh lahir yg sama 7 November...seven eleven (7-11) akan melangsungkan pertunangan dgn kekasih hati. Aku mesti balik
kampung tgk sepupu aku bertunang. Meriahla cuti sekolah kali ni....oppppss terlupa....ari tu aku tak sempat nak tepek gambar NUR DARLINA AMNI UMAIRAH sambut b/day....Ni antara gambar2nya...

Wednesday, May 20, 2009

NUR DARLINA AMNI UMAIRAH n ABDUL RAHMAN

Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga sambut birthday Nur Darlina Amni Umairah yang pertama. Nama pendeknya Amni. Amni ni anak my SIL yg kedua. 1st baby my SIL (baby boy - Aliff Omar) meninggal masa 7 months dlm perut ibunya pasal bleeding (uri dibwh). Puas le jugak berikhtiar/berusaha untuk pregnant semula. Lepas sethn barulah my SIL pregnantkan si Amni.

Bila stori pasal ni...teringat pengalaman diri seniri. Bila Ami dan mencecah usia 2 thn, aku+Mr. Hus planning nak dpt 2nd baby....tak mo jarak terlalu lama. Masa melahirkan Ami umoku...errmmm 25 thn. So aku pun stop mkn pil dlm 2 bulan n surpriseeeee aku pregnant....alhamdullillah..syukur.

Dah 3 bulan pregnant...tetiba aja perut rasa tak selesa, rasa sakit cam senggugut nak period...biar betul..akukan pregnant. Tapi itulah kenyataannya...ada kesan darah..tak la byk sangat tp memang ada tanda darah. Aku pkir maybe aku terlalu lasak kat ofis, ofis aku pulak 2 tingkat, asyik naik turun tangga ja aku ni...tak reti dok diam. For confirmation, aku p check kat KMC....setelah discan+diselongkar...Dr. mengesahkan baby ok cuma aku tak dibenarkan terlalu lasak...kena byk berehat. Dr. bagi aku vitamin + ubat yg sewaktu dgn ibu2 mengandung n the bleeding stop. Bulan2 seterusnya aku sihat mcm biasa...aku masa pregnant memang tak penah mengalami alahan yg teruk....sihat macam biasa...bab mkn...fuhhh tok sah ckp la...asyik mkn ja...tolak batu n kayu ja. Tapi kali ni aku pregnant berat aku tak la naik mendadak sgt...sikit2 ja.

Bila dah masuk 7 bulan pregnant..aku turun tanda (darah) sekali lagi n dah rasa tanda2 sakit nak bersalin. Aku ingat lagi waktu tu pukul 2.00 petang, aku kat ofis...kelam kabut member ofis soh balik umah..takut aku bersalin kat ofis. Kebetulan bulan puasa...lagi 2 minggu nak raya. Aku melahirkan Ami dulu pun usia kandungan baru 7 bulan...so kali ni pun aku rasa sama gak. Member ofis terus hantar aku balik umah mak aku. Tahun 2001 Mr. Hus masih keja di Kelantan...masa tu dgn private sector..memang kebetulan dia ontheway balik Kedah. Sempat la sampai kat umah.

Lepas waktu berbuka...rasa sakit nak bersalin makin kerap..terus aku dibawa ke KMC. Aku terus dimasukkan ke labour room n bila nurse kat situ nak cari denyutan jantung baby dia mcm curious...puan...tak ada la denyutan jantung baby....biar betul...puas si nurse mencari2 ...tak apalah nanti saya panggilkan Dr. Aku pun waktu tu mmg dah rasa cam baby nak kluar sgt2...(aku ni jenis yg senang sgt bersalin) kebetulan Dr. pun sampai n dgn sekali teran aja baby terus keluar ....tapi keadaan senyap sunyi....tak ada suara tangisan baby...kalo jarum jatuh sekalipun mesti berbunyi....apa dah jadi pada baby aku...??????

Dr. potong tali pusat n letak baby atas aku....baby aku dah tak bergerak...dah meninggal...tak dpt digambarkan dgn kata2 betapa sedihnya aku+Mr. Hus. Dr. mengesahkan baby aku meninggal akibat terbelit tali pusat dilehernya. Sedihkan...seminggu sebelum aku bersalin....aku buat checkup seperti biasa...scan...Dr. mengesahkan baby aku sihat...tak sangka la pulak boleh terbelit tali pusat. 7 bulan aku membawanya kesana kemari...merasai pergerakkannya menendang perut aku...tapi Tuhan lebih sayangkan dia...."sabarla Su....ada yg menunggu disana nanti"...itula kata2 penyejuk hati yg aku terima dari ibuku n kwn2 tersayang.

Lepas sahur...jenazah "ABDUL RAHMAN" dikebumikan. Aku cuma dpt menatap wajahnya masa dilabour room sahaja...lepas tu jenazah dibawa pulang ke rumah ibuku utk urusan seterusnya. Tak puas rasanya menatap wajah anakku itu...terkilan sgtttt tak dapat memeluknya dgn sepuas hati...tak dpt menatap wajahnya lama2....sedih sgtttttt...wajahnya seakan wajah Ami masa baby. Menitis airmata aku bila buat entri ni....Lepas dikebumikan, Mr. Hus call (aku masih di hospital) bagitau semua urusan dah selesai....sedihhhhnya...aku tanya Mr. Hus...y u tak snap gambar dia simpan...i tak puas nak tatap wajah dia. Biar betul..penahka org snap gambar org yg dah meninggal...

2 minggu jugaklah aku tak boleh nak lelapkan mata. Setiap kali aku cuba pejamkan mata..setiap kali itu la gambaran wajah Abdul Rahman menjelma....aku akan menangis. Mak n ayah aku jadik risau takut aku kena gila meroyan. Insyaallah aku masih lagik ok..cuma perasaan rindu+perasaan sedih/terkilan semuanya bercampur aduk dalam diri aku. Bayangkanlah dalam pantang tanpa baby...segalanya terasa sunyi...tak ada gelak ketawa happy menyambut org baru.

Dah 8 tahun berlalu. Kalo Abdul Rahman ada...dia dah pun bersekolah, Darjah 2. Terasa macam peristiwa ni baru semlm berlaku....Kalo tidak aku mesti kelam kabut pepagi nak hantar Ami, Abdul Rahman n kakak ke sekolah. Kebetulan anak jiranku berkongsi sama tarikh lahir dengan Abdul Rahman (27 November 2001). Kalo aku ternampak anak jiranku berbasikal setiap petang ngan kawan2nya...aku selalu terpkir...kalo la Abdul Rahman ada.............semuanya itu hanya kalau....

Tuesday, May 19, 2009

BENTUK GENERASI MELALUI PEMAKANAN

Petikan rencana ini ku ambil dari akhbar Utusan Malaysia hari ni - Selasa 19 Mei 2009
oleh Penceramah bebas, Ustazah Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood. Kepada sesiapa yg belum membaca rencana ini...ini ada sedikit petikan dari rencana tersebut.

Gejala sosial khususnya di kalangan remaja hari ini semakin membimbangkan. Penyalahgunaan dadah, arak, mat rempit antara gejala buruk yg menyelubungi golongan tersebut khususnya remaja Melayu. Selain kurangnya pendidikan dari segi kerohanian, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa masalah-masalah ini sedikit sebyk ada kaitan dgn mknan yg diambil setiap hari. Mknan yg tidak mengikut sunah Nabi merupakan salah satu drp sebab mengapa berlakunya gejala sosial.

Dlm setiap keluarga Islam, pastikan mknan yg diambil oleh anak2 dan ahli keluarga lain adalah halal & bersih. Pastikan juga rezeki yg diperolehi itu halal agar anak2 tidak diberi mkn mknan yg diperoleh drp hasil rasuah, riba dan sebgnya.

"Sebg ibu walau sesibuk manapun, cari ruang utk memasak bagi keluarga. Jangan cari alasan utk tidak memasak. Jika tidak mempunyai byk masa, masak makanan yg ringkas pun sudah memadai. Walaupun tidak dpt menyediakan mknan bg setiap sajian, jika dpt satu sajian pun sudah mencukupi"
- aduhhhh.....bila terbaca ayat2 di atas....rasa cam bersalah lak aku ni. Aku cuma memasak time coti aja...time bekerja slalu masak nasi + beli lauk kat kedai ja...cam mana tu..???? Kalo rasa diri ni tak penat sgt barulah daku memasak disebelah mlm

"Masak dengan penuh kasih syg + ikhlas disertai dengan doa dan zikir agar jiwa anak2 yg memakan mknan tersebut menjadi lembut dan sentiasa mengingati Allah"
- sudah semestinya daku memasak utk anak2 n hubby dengan penuh kasih syg + ikhlas + doa cuma aku tak memasak setiap hari

"Cari masa utk mkn bersama kerana mkn bersama ahli keluarga ada keberkatannya. Cara ini juga dpt merapatkan hubungan ibu dgn anak2 hingga bila2"
- kami sekeluarga sudah semestinya makan bersama setiap mlm...walopun lauk beli kat kedai...

"Ibu yg tidak memasak mknan utk anak2 akan kehilangan nikmat kasih anak pada ibu"
- sedih la dgn kata2 ni....aku masih memasak mknan utk anak2 ku walaupun bukannya setiap hari. berharap n berdoa semoga daku tidak kehilangan nikmat kasih anak terhadap diriku

"Senjata seorg ibu ialah doa utk anak2. Apabila anak2 ditimpa masalah dan kesusahan, berdoa dan bernazar utk anak2. Nazar yg mampu kita buat ialah seperti berpuasa, bersedekah, kenduri, khatam alquran dan sebagainya"
- aku penah bernazar utk berpuasa selama 3 hari...sekiranya si adik betul2 sembuh dari demam panasnya ari tu dan alhamdulillah..daku telah melakukannya

Dear kawan2..adakah korang juga seperti diriku...hanya memasak apabila time coti/bila punya kerajinan/bila punya kelapangan/bila rasa diri ini tak penat/letih dgn tugas2 dipejabat atau pun memang korang hari2 memasak utk family korang.

Monday, May 18, 2009

AWARD DARI ATI

Award ni aku terima dari Suharti Shuib. Macam mana aku boleh kenal dgn Ati ni ???? Begini ceritanya...aku ni masih baru dlm dunia blogging ni. Kebetulan satu malam tu dok godek2 blog org lain...membaca mana yg menarik...terjumpa la dengan blog Ati. Tertarik dgn gambar anak Ati yg sulung tu....Nur Dina...bergaya macam model n tertarik dengan kisah2 kehidupannya di Germany. So aku jadik follower Ati. Rupa2nya Ati pun penah blajar kat ITM, Manjung, Perak....sama cam aku cuma berbeza tahun. Tak salah aku Ati masuk tahun 97. Aku masuk tahun 93....ni kira geng Manjung le ni. Apapun terima kasih byk2 Ati for this award. Nak amiks award ni ada syarat2nya gaks.

Syarat-syaratnya :-
1. The winner can put the logo on his/her awesome blog (aku dah tepek pun)
2. Link the person you received the award from (aku dah link kat atas nun)
3. Nominate at least 7 others blogs (aku letak lebih tak pakan..kan..kan...)
4. Put links on those blogs on yours (telah ku buat)
5. Leave a message on the blogs of those you've nominated (takpe aku try yg ni)

Penerima award ini adalah :-
1. Kak Yong (kakyong72@blogspot.com)
2. Yan (mayaqarmyla@blogspot.com)
3. Rusna (mekna@blogspot.com)
4. Dik Eus (kunyitvshalia.blogspot.com)
5. Hada (syahadah79@blogspot.com)
6. Mamatiara (tiaracuppies@blogspot.com)
7. U-jin(cumeen.blogspot.com)
8. Yati (homemakers-puteri.blogspot.com)

Dear kwn2...terimalah award ni dariku...dan tepeklah kat blog korang. Pada sesiapa yang dah terima award cam ni...nak buat macam manakan...terima la lagikkk sekali...hehehe...