CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, July 31, 2010

Bila Sakit Ati ke or Bila Hati Sakit

Petang ni, hati akak dah sakit+terguris+tension+kiciwa tahap gaban...hhuuuuwaaaaaa...!!!!

Maka...untuk melepaskan perasaan geram ni....akakkkkkkkkkkkkkkk

-  Tukar background umah akak. Tak pasti apsal akak pilih background tu,
pasal nampak ceria kot, nak bagi hati akak pun sedikit ceria

-   Akak goreng poppers ni, sedappp ada cheese n kentang,
akak makan sepuas hati, cicah sos

-   Akak minum air oren ni, sampai dah nak habis sebotol, legaaaa, sejuk ckit rasa
hati akak yang panas membara tadi

Friday, July 30, 2010

Menyampah....!!!!!

Perasaan hari ni -
kecik ati...!!!
meluat....!!!
menyampah...!!!
terasa diri tak dihargai....!!!!
sedih, menitik nitik airmata ni....!!!
merajuk...!!!
terguris hati ini....!!!!
sensitip...errmmm pasai nak dtg mendera merah ka..???

BILA....

pertanyaan dijawap dengan kata-kata yang berbisa

hampehhhh....btoiiiii


Pssssttt....psssttttt,
Tima kacih bebanyak pada kengkawan yang rasa kesian tengok muka sikecik akak.  Alhamdullillah, bijik a.k.a bisul a.k.a biji sawan kat idung sikecik tu dah pecah.  Nanah+darah memang byk yang keluar.  Bengkak kat muka sikecik dah makin susut, dah ada le ckit sebanyak bentuk muka dia semula.  Sekarang dia tengah tdo, telanjang bulat, tak mo pakai pampers.  Pagi tadi dia bagitau dia tak mo jadik 'cicakman', dia nak jadik 'cicakdik'.

Buleh Sakit Lagikkkk

Stori ari Khamis ok...

Idung sikecik dihinggap sebijik cam jerawat, nak kata jerawat pun tidak, nak kata bisul, rasanya bisul bukan camtu, kecik aje tapi ada cam nanah didalamnya, betul-betul kat batang idung.  Akak dah bawak g klinik, kata Dr. masalah kulit biasa je, dapat cream sapu.  Petang semlm akak balik keja, akak tengok bijik tu dah merah macam nak pecah, idung adik pun dah sedikit bengkak.

Semalam, tengah akak sibuk2 mengemas dapo, dengar sikecik meraung, mesti Ami or siratu dah menyakat dia.  Rupanya sikecik yang kaco siratu buat keja skolah.  Geram asik kena kaco/buli ngan adik, siratu dah tolak sikecik ni, tersembam kat lantai, berbekas le corak tikar buluh tu kat dahi sikecik, maka sudah pecahlah itu bijik, keluar darah. 
Sebelum sempat akak g keja pagi tadi, sikecik dah bangun, nangis-nangis nak ikut akak g keja, time tu baru akak perasan, idung n mata sikecik bengkak.  Sikecik tak bagi akak g keja, asik nak berdokong, dah le akak ni masih lenguh-lenguh badan gara sesema, tp alhamdullillah dah makin kurang sesema akak.   Dah dekat pukul 9, masih kat umah berdokong sikecik tu, kejap ajak teman makan nasi lemak, kejap ajak teman main basikal kat luar, takkan nak masuk ofis lambat, nak buat cam ofis seniri kotkan, malu le gaks, maka akak call member ofis, bagitau, akak mintak cuti ari ni Tak sampai hati bila tengok mata n idung sikecik yang bengkak semacam tu.  Nak bawak g kliniklah kejap lagi
 

Wednesday, July 28, 2010

Kotak Harimau Cunnnn

Petang semalam, kepala rasa berat, idung asik bocor je, kejap meleleh air idung, kejap tersumbat, badan rasa suam-suam kuku, maka terpaksala makan ubat untuk mengelak jangkitan merebak pada owang lain, tambah2 pada sikecik yang makin lasak n nakal tu. Ami pun sama, kejap kejap sok sek, sok sek, sesema katanya, badan pun rasa cam nak demam, cepat-cepat akak bagi makan ubat demam n sesema.

Sambil lepak kat umah ibu tercinta sementara dok tunggu sikecik tu bangun tdo, sempat gak la akak tengok rancangan kanak-kanak yang baru kat tv9, Kelas Fardhu Ain bersama Ustaz Zamri. Memang menarik rancangan tu, bukan saja untuk kanak-kanak juga utk org dewasa.  Rancangan tu bermula hari Isnin - Jumaat jam 6.30 petang.  Topik yang diajar semalam adalah pasal SOLAT, cara-cara yang betul nak angkat jari semasa membaca tahiyat, cara yang betul nak bagi salam setiap kali selesai solat.  Memang bagus rancangan tu, cara penyampaian Ustaz Zamri yang bersahaja pastu ada selingan lawak jenaka, memang menarik perhatian anak-anak yang menonton.  So ibu-ibu semua jangan lupa tengok rancangan ni ok ajak anak-anak sekali.

Haaaa...yang ditunggu dah tiba.  Akak ada kad bonuslink.  Rasa rugi la pulak bila point dah banyak tapi tak redeem.  So sebelum balik keja tu sempat le gak akak singgah kat bonuslink.com.my cari barang yang sesuai utk diredeem.  Sebelum ni banyak gak barang yang akak dah redeem, antaranya balang kuih, toaster n bantal.  Kebetulan point dah banyak, pastu dah lama tak redeem.  Akak berkenan dengan kotak cartoon ni, sesuai sgt le letak lam bilik untuk simpan barang-barang bebudak bertigas tu, nampak kemas dan teratur ckit bila diisi dalam kotak gitu.
masa baru sampai.  satu pujian utk bonuslink, reedem hari khamis, 
hari isnin dah sampai, tak perlu lama menunggu
taraaaaaa dah jadik pun kotaknya. si kecik pun apa lagi, 
terus mengaku kotak tu dia punya
adik yang punyeeee....adik yang punyeeeee
asik mengaku dia yang punyeee, pasal nak isi keta mainan cumell dia, sabarrrrr
kalo kengkawan perasan, gula-gula sugus pun ada lam tu
lepas ni semut pun boleh buat umah dlm kotak tu

Sunday, July 25, 2010

Mintak maaf okkkk

Salam semua kengkawan, lama rasanya umah akak ni bersawang, tak sempat nak buat n3 tiap-tiap hari, mood asik kelaut, cuma sempat blogwalk umah kengkawan ja.
petang semalam jiran akak bagi lauk kenduri, kenduri umah mil dia.  so semalam akak panaskan lauk kenduri tu jalah utk dinner, menunya - gulai daging, rendang daging (sedap rendang daging ni), ayam goreng n acar buah. akak cuma goreng telur+mayonis ja untuk sikecik.  bertambah juga sikecik makan semalam, gara-gara telur+mayonis tu, memang sedap.

Akak nak stori apa yang terjadi kat dapo, masa sesi akak tengah panaskan lauk kenduri tu.
Sambil panaskan lauk, sambil akak ajar siratu buat latihan matematik.  Ami pun sibuk buat keja sekolah kat ruang tamu, si kecik akak tu sibuk ngan mainan golfnya kat depan.  Tetiba ja sikecik akak meluru kedapo ngan set golf mainan, maka singgahlah set golf tu kat belakang siratu.  Apa lagi meraung le siratu sambil cuba nak pukul sikecik.  Riuh rendah le jugak semlm kat dapo ngan raungan siratu, n suara sikecik terjerit-jerit nak pukul kakak dia.  Puas akak pujuk siratu, tak yah layan sangat adik tu, adik tu kecik lagi, tak faham bahasa pun kalo kita marahkan dia.  Kebetulan en. abah pun balik, pelik gak le dia dengar bising-bising kat dapo.  Akak pun xplain kat en. abah apa yang berlaku.

Sikecik macam biasa, dengan rasa tak bersalah, bagitau kat en. abah, dia yang pukul kakak.  En. abah cuba bagitau kat sikecik, tak boleh pukul kakak camtu, kesiannn dia, nanti kakak cry, cepat p mintak maaf kat kakak. Siratu masih terisak-isak kat depan tv. Lama le jugak sikecik akak tu dok tenung kakak dia, rasa kesian kot bila tengok kakak asik dok nangis, cepat-cepat dia pegi kat siratu - "kakak, mintak maaf okkkkk, mintak maaf okkkkkk".  Siratu tak layan pun, merajuk lagi le tu.  Sikecik akak tu bila dah banyak kali mintak maaf tapi owang tak layan....dia pulak yang meraunggg....haruuuuuu

Sambil baca n3 ni sambil layan gambar hari khamis lepas ok.  En. abah memang sibuk sekarang ni, maka, masa untuk anak-anak pun makin terbatas.  So ni janji en. abah, nak bawak bebudak bertigas tu makan Pizza, tempat kegemaran siratu.
pizza ni..ermmm lupa namanya, sedap le jugak cuma kurenggg cheese
tak sah kalo tak order Hawaiian Tuna with extra cheese
buah hati pengarang jantung akak
tengok le perangai budak baju merah tu, sesaja je angkat sudu tinggi2 camtu,
gara-gara nak bagi mushroom soup tu sejuk.....memang nakalll
okkk bye...jumpa lagi

Friday, July 23, 2010

Budak Bertuah

Tengah melepak atas katil ngan sikecik semalam, peluk2 nak bagi dia tido, sementara tu, akak sembang-sembang le ngan dia.  Akak bagitau dia, sekarang ni dia dah besar, lepas ni dia dah tak boleh pakai pampers lagik, budak lelaki besar cam dia, tak pakai pampers dah.  Sebelah siang, memang dia dah jarang pakai pampers, sebelah malam, tak berani gak nak biarkan tak pakai pampers, kang banjir lak bilik akak. Cepat ja dia menjawab, a'ah btoi mama, tak leh pakai pampers lagi, kena pakai panties.  Tergezut akak, dia boleh jawab camtu.  Akak cepat2 betulkan, bukannya pakai panties, pakai spender la...hehehe.  Bertuah punya budakkkk
Akak rasa, ramai diantara anak kecik kita yang ada bantal busyuk or selimut busyuk.  Sikecik akak pun tak ketinggalan semua tu, dia ada selimut busyuk n sekor teady bear orange buat teman tdo memalam.  Tanpa selimut busyuk n teadybear ni, sah2 le dia tak leh nak tdo, musti carik sampai jumpa 2 mendealah ni, barulah dpt tido nyenyak.

Baru-baru ni, si teadybear tu, tertinggal kat umah ibu tercinta, sedar ketiadaan teady bear tu pun dah lewat, dekat pukul 11.15 malam.  Puas akak pusing semua bilik cari teady bear tu, at last baru teringat, si orange tu ada kat umah ibu tercinta.  Si kecik akak ni pun apa lagi, asik merengek+menangis, nak jugak si orange.  Puas akak pujuk, esok kita g amik la teady bear tu, pujukan tak meninggalkan kesan langsung, tak makan saman, sikecik nak gak teady bear tu.  Nak tak nak, pukul 11.30 malam, terpaksala akak angkut budak bertigas tu, g umah ibu tercinta semata-mata nak amik siorange, sakitnya ati akak.  Kebetulan malam tu, en. abah outstation.  Sikecik akak tu, bila dah jumpa siorange, siap cium tak lepas, terus tak sabar nak balik umah, nak tdo...memang budak bertuahhhh, sungguh2 dia menguji kesabaran akak...hehehe

Monday, July 19, 2010

N3 Rojak

Pagi tadi, sampai ja kat ofis, tetiba teringin sangat nak minum tembikai laici.  Ajak kengkawan kat ofis g cafe dengan kadar segera semata-mata nak minum air tembikai laci.  Pepagi lagi dah Bila dah minum...fuhhh sejuk tekak sampai ke perut...best...best...satu kepuasan bila dapat habiskan air tembikai...buah laici belum makan lagi tau...hehehe

Semalam en. abah merajuk, gara-gara akak tak layan luahan perasaan dia.  Dah menjadi kebiasaan en. abah, kalo akak memasak kat dapo, dia jadik tukang sibuk n tukang teman.  Sambil temankan akak tu, dia akan stori mori apa yang berlaku seharian kat ofis, release tension le kononnya tu.  Kebetulan masa sesi luahan perasaan tu, akak tengah kusyuk siang ikan, tak dengar sgt apa yg dia cakap, minda masih tertumpu kat ikan, lupa makhluk disekeliling, maka en. abah pun nakkan kepastian, dia tanya akak, u dengaq dak apa yg i cakap..???  Akak pun jawab, dengar ckit2 je...hehehe, patutla i tanya u diam...gggrrrr. Dah arrr...maleh lagi i nak stori kat u, terus en. abah ke ruang tamu tengok tv.  Alahaiii merajuk la pulak laki akak tu, tetiba lak sensitip.  Nak pujuk pun akak tengah sibuk memasak kat dapo.  Lepas masak menu yang simple gila...sambal telur pecah n masak kicap ikan, akak buatkan kopi panas utk en. abah n said sowwy ....terus dia tersenyum, dah sejukk agaknya, dah tak marah lagik la tu.....Pink flower....sumpahhh lain kali akak tak buat lagik camtu, kesiannn dia.

Hari ni 20 Julai, genap usia sikecik akak tu 2 thn 8 bulan.  Semalam dia tdo awal, letih main bola agaknya petang semalam dengan siAmi.  Sekarang ni dia makin lasak, berat badan pun dah mencecah 15kg.  Nak mandi pun dah tak bagi sapa2 teman, nak mandi seniri.  Nak tdo malam lagilah dasat, diangkutnya semua mainan keta kecik, main atas katil, tension ja en. abah tengok, nak larang nanti meraung pulak, so biarkan dia main sampai tertido, lepas tu terpaksala kemaskan semula mainan tu...sapa yang kena buat semua tu...??? akakkkk jugakkk yg kena buattt.

Sejuknya kat ofis akak hari ni...boleh beku kalo lagi lama kat sini.... Sambil buat n3 sambil dengar lagu Bila Cinta ost Lagenda Budak Setan..best...jiwang sat...oklah bye..nak kena panas mentari sat...jumpa lagiiii