Selamat berhujung minggu utk semua kengkawan, mesti bestkan dapat melepak kat umah, akak keja hari ni. Tima kacih pada kengkawan yang rajin singgah jengok kat umah akak ni, mintak maap bebanyak le, buat masa ni semangat utk tulis n3 masih ditahap yang kurang memberangsangkan walopun ada mende nak distori mori, cuma sempat singgah umah kengkawan n tinggalkan komen ja. Ni citer backdated ok....
Hari Khamis akak apply cuti, sebabnya..??? Mama n ayah akak nak g umah Angah, nak p tengok Aqiff, rindu le tu. Sebelum ni Aqiff stay kat umah tok ma & tok pa (mak n ayah Angah Nora) kat Subang. Selang 2, 3 hari barulah Angah&Angah Nora boleh p tengok Aqiff, sekarang Angah dah amik Aqiff stay ngan depa, so lepas ni angah nora dah tak perlu sedih2 lagi bila nak tinggalkan Aqiff kat Subang. Kebetulan baru-baru ni Aqiff demam (tapi dah baik pun), tok umi n tok ayah nak p tengok aqiff le pulak, asik layan anak2 akak ja, cucu yang jauh pun kena jengok2 la jugakkannn...baru adil lagi saksama
Tugas akak bila tok ayah tak dak, apa lagi jadik driver, hantar n amik bebudak berdua tu balik sekolah. Sikecik akak tu happy sangat bila akak tak g keja, dah jadik terlebih manja n terlebih ngada2. Asik mintak akak snap gambar dia ja...layan jalah...tak layan nanti sedih laks, meraung le jawabnya.
Bila dah cuti ni, akak plan nak mendobi curtain, dobi awal-awal, senang, nanti bulan posa tak yah kelam kabut sangat nak panjat tangga nak turunkan curtain...terlebih rajin la pulakkk....posa pun belum habis ganti, dah pikiaq pasai nak raya...hehehe...overrr akak ni.
Akak sempat gak singgah Butik Avon, amik barang-barang yang customer order. Untuk raya tahun ni, Avon ada keluarkan koleksi bekas hidangan Seri Anggun yang cantik. Alhamdullillah ramai gak kengkawn yang order koleksi kali ni, memang cantik, berkotak-kotak set tupperware ni kat umah akak, sampai en. abah dah merungut, ni umah ke...kedaiii..????...jawab jgn tak jawab
Sesi Pendaftaran PUO Abg Fadli Dalam Bidang Kejuruteraan
-
ππ tb [ Sabtu :20 June 2026]
Alhamdulillah.. Tercapai impian Abg Fadli untuk melanjutkan pelajaran dalam
bidang Kejuruteraan... "Diploma Kejuruteraan ...
2 months ago









