CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, January 29, 2010

Cenderahati Untuk Kengkawan

Dah sebulan rasanya akak war2kan senarai TOP9 kengkawan yang rajin tinggalkan komen kat umah buruk akak untuk bulan Disember dan sebagai ucapan terima kasih yang tak terhingga kpd kwn2 yang rajin komen, yang membuatkan akak makin bersemangat nak memblog, akak akan hadiahkan satu cenderahati.  

Sejak akak beli cenderahati tu, akak memang belum berkesempatan nak balut n poskan utk semua kengkawan, cuma baru tengahari semlm, akak sempat bungkus 3 kotak cenderahati tu dan buatkan pos laju.  Kengkawan yang sempat akak hantar semalam adalah akak nza, shikeen@cybermummy n yaticrossstitch.  Lagi 6 kotak cenderahati tu, akan cuba akak pos lajukan dalam masa yang terdekat ni.  Masih dalam waitinglist are...Sumijelly, Niza@kancilbiru, Hada, Eida, Ujin n Yatie Chomeyl...tunggu ekk
kredit to Mekna..dia tolong snap gambar ni

Tapi yang bestnye..tengah akak dok taip n3 ni, akak nza hantar sms, cenderahati tu dah selamat sampai kat umah dia ptg tadi.  Alhamdullillah...cepat jugak ropenya.  Harap2 akak nza dan kengkawan yang lain, sudilah menerima cenderahati tu buat kenang-kenangan.  Insyaallah satu hari nanti, kita akan berjumpa jugakkan.

Wednesday, January 27, 2010

Majlis Doa Selamat

Kejadian Jumaat lepas - 22 Januari 2010 

Masa siratu n sitecik akak tu sambut birthday tahun lepas pada 19 n 20 November, akak tak ada buat birthday parti pun.  Just beli cake n bawak bebudak bertiga tu celebrate birthday kat Pizza Hut ja. Tapi dalam hati ada terniat nak buat kenduri kesyukuran/doa selamat utk anak2 akak beserta majlis bacaan yassin untuk arwah FIL yang dah genap setahun meninggal dunia pada 14 November ari tu.  Niat tu dari bulan November tahun lepas...terendam n terkubur, tapi alhamdulillah niat tu menjelma semula pada hari Jumaat yang lepas bila MIL ada suarakan hasrat hati nak buat majlis tu...akak pun apa lagi tumpang sekaki.

MIL akak decide nak soh biras akak yang masak, so Jumaat pagi akak n anak2 bertolak ke umah MIL memandangkan en. abah outstation. So proses masak memasak dijalankan oleh kami sekeluarga.  Ada tukang kopek kulit udang, ada yang potong daging, ada yang goreng kacang...semuanya ada tugas masing2..best memang meriah...akak tak sempat nak snap gambar utk dikongsi ngan kawan2 kemeriahan time memasak tu pasal tengah bizi giler jadi assistant chef.  Menu yang disediakan, kurma daging, kacang buncis goreng+udang, gulai ikan n sambal belacan. Selepas solat Jumaat, bermulala majllis doa selamat/bacaan yassin..sronok bila tgk ramai yg hadir.  Alhamdullillah semuanya berjalan lancar.
 cenderahati untuk yang hadir
mood adik yg kurengggg ok...tengah marah
cousin dia tak bagi dia susun dadih utk para tamu
majlis bacaan yassin bermula
 bab melaram sudah semestinya..jatuh kepada
my ratu...tak buat mende pun, melaram sakan
This is Afiqah Nadia 
(umo akak rasa dalam 7 or 8 bulan kot)
..anak Pak Su (adik en. abah)
Dia dah menjadi rebutan all her cousins..
badan dia boleh tahan gak boolatttnyee...

Friday, January 22, 2010

Update Abang n Siratu

Dah hampir sebulan abang n siratu bersekolah.  Si ratu buat masa ni alhamdullillah, tiada sebarang masalah dari segi pergaulan ngan kwn2/guru dan juga keja sekolahnya.  Sekarang ni pun dah pandai beratur beli makanan kat kantin, tapi akak masih soh dia bawak bekal ke sekolah.  Akak kengkadang tanya gak siratu, apa yg dia slalu beli kat kantin....katanya air sirap n nugget ja.

Selalunya setiap petang akak akan tanya, ada keja sekolah tak..???  So siratu akan xplain satu persatu keja sekolah yang cikgu bagi.  Macam kita dulu2 gak...setiap kali latihan yg cikgu bagi...bila kita dpt jwp ngan betul, tulisan yg cantik dan kemas, cikgu akan letak bintang kat buku latihan tu. She's sooo happpy bila dapat 3 stars sometimes 6 stars...so sekrg ni tengah dok pulun kumpul bintang kat buku pulakStarStarStar.  Kengkadang kalo kat buku latihan tu takdak stars...dia akan rasa sedih sgt...y mama, teacher doesn't give me stars????  Nak tergelak akak....hehehe

Abang memang dah sedia maklum dengan alam persekolahan ni...dah darjah 5 pun.  Sronok sangat bila dilantik menjadi ketua kelas.  So setiap pagi, dia akan pastikan mesti sampai sekolah lebih awal....nak ke bilik guru katanya, nak ambil buku kedatangan murid2.  
Sebelah petang pulak sekarang ni dah bermula latihan sukan. Sekarang ni tengah berlatih lompat tinggi yang tak berape tinggi dan lari 100m.  Sesi latihan bermula dari pukul 5.00pm - 6.30pm.  Selalunya lepas amik siratu n sikecik dari umah mak akak, trus akak g amik abg kat sekolah..kengkadang tu sempat la sikecik tu berlari2 kat padang sekolah sambil tengok abang berlatih.
Baru2 ni abang ada bagitau akak, dia terpilih wakil sekolah utk sukan hoki jadi penjaga gol.  Akak pun sengih2...sambil kata..jadilah tu..dah badan pun besar, tak kuat nak lari, pasal tu cikgu pilih jadik penjaga gol ja. 


jemput abang dari latihan sukan.
adik happy sgt dah lari2 kat padang sekolah

Wednesday, January 20, 2010

Cerita Ceritit

Dah dekat seminggu ropanya akak takdak n3.  Bukannya dah kekeringan idea, tapi memang tak sempat...dengan hal kat ofis pastu kat umah lagik. Ada kalanya, balik keja dah penat, nak kena tunggu anak2 zzzz baru dapat memblog...silap tunggu, maknya yang tdo dulu.  Kengkadang tu, hanya sempat buat sesi terjahan ja kat umah kengkawan.

Nak tau apa yg akak buat sepanjang 3 hari cuti baru2 ni. 3 hari tu adalah pd hari Jumaat n Sabtu yg sememangnya hari cuti bagi negeri Kedah sementara hari Ahad laks, Hari Keputeraan Sultan Kedah (stori minggu lepas la ni) 

Hari Jumaat  - Dimulakan dengan sesi sediakan bfast (cucuq lemak manis).  Pukul 11.00 pagi akak jadik driver hantar abg ke pusat  tuition. Lepas antar abg tuition, trus balik umah,sediakan mkn tengahari sementara nak jemput abg balik tuition pukul 1.00 nanti.  Menu simple hari tu...daging goreng +kentang n ikan bakar sumbat cabai.  Lepas Jumaat semua menu tu..selesai ada dlm perut masing2. Bila semua dah kenyang, trus...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Bangun tdo aje, dah petang pun, so mlmnya en. abah ajak window shop kat Alor Star Mall...katanya dia nak beli kasut. Sampai disana rupanya ada sale utk pemegang P-Card...best..best...akak sempat sambar 3 helai baju utk siadik n tali pinggang utk en. abah. Plan nak ke umah MIL terpaksa dicancel pasal kluar dr Mall tu pun dah dekat pukul 11.00pm.

Hari Sabtu - trus brunch (b'fast+lunch) lepas hantar abg g tuition pukul 11.00am tu. Sementara nak amik abg balik tuition pkul 1.00pm, akak ajak en. abah, pusing2 kat satu kawasan perumahan baru still under construction. Ada rumah contoh (semiD 2 tgt), trus singgah nak tengok interiornya.  Memang cantik sangattt...ruang tamu n master bedroom...luassssss.   Tingkat atasnya ada 3 bilik+1 bilik bacaan....tanye punya tanye...harganya RM268,000.00, tinggal 4 bijik aje lagi yg kosong. Teringin nak beli umah camni.  Setakat ni hanya mampu semiD setingkat aje..huhuhu....Selalu gak akak n en. abah, survey tapak projek taman perumahan..belum jumpa yg berkenan dihati...tapi kali ni..dah terbekenan la...cuma akak tak sempat nak snap gambar...terlampau leka tengok umah tu.

Hari Ahad - bangun pagi en. abah bagitau semlm dia mimpi kami sekeluarga dah pindah kerumah baru tu..hehehe...sampai terbawak2 dalam tido rupanya...dasyat gak tu. Seperti biasa buka kedai dobi, memasak, vacuum n mop lantai. Sebelah malamnya baru bergerak ke rumah MIL.  Dah 3 minggu sebenarnya tak balik sana, pasal en. abah asik ada hal ja.  Kebetulan BIL pun on the way nak ke umah MIL..so meriahlah suasana mlm tu.  Menu mlm tu siakap 3 rasa, sup tulang, tomyam sotong n kerabu pelam.  Sedapnya makan reramai camtu, lupa dunia...2 x gak akak tambah nasi...berselera betul makan malam tu. MIL ada plan nak buat kenduri baca yassin utk arwah FIL hari Jumaat nanti.  Cepat masa berlalu..dah setahun lebih pun FIL meninggal.

Jangan tergezut lak....akak tengah letak mask kat muka en. abah ptg tu.  Slalu gak akak buat facial kat muka dia....pasalnya...muka en. abah ni jenis yg berminyak...pastu pipi lak berlobang2..rasanya zaman muda2 dulu suka sgt kot picit jerawat..tu pasal jadik camtu...hehehe..jangan marahhhh haaa en. abah. Sementara nak tunggu mask kering..sempat lagik dia sleep..sabar jela

Saturday, January 16, 2010

Nilah Jadinya

Masa g KL ari tu,  en. abah ada beli satu khemah kecik.  Akak ada tanye utk apa dibelinya...katanya sesaja...kebetulan Ami join persatuan pengakap, kot2 boleh practice bercamping kat laman umah.  Nilah jadinya kalo dah beli....

depa dah tak mo tido dalam bilik...nak tdo dalam khemah laks...
sungguh haru

Friday, January 15, 2010

Wow Makin Boolattt

Dah 2 hari en. abah demam, tapi sebelah mlm aje...Sebelah siang sihat walafiat, kesana kemari, time mlm ja...badan pun mula panas, asik merungut sakit kepala.  Tugas si isteri cam biasa, trus ke dapo, cari ubat, ubat demam, sesema n batuk mmg sentiasa ada kat umah, takut berlaku kecemasan. Nak bagi makan ubat pun cucah..ingatkan budak kecik aja yg cucah mkn ubat, ropanya org dewasa pun susah nak mkn ubat.  Tak kira akak paksa gak en. abah mkn ubat..tu pun ubat demam, berjaya ditelan sebijik ja.  Ajak ke klinik pun tak nak.  Susah betol !!!!. Tapi bila akak balik keja ptg semlm, akak tengok en. abah dok terbaring kat depan tv, akak paksa gak, nak bwk en. abah ke klinik... 

Lepas maghrib, cari klinik dekat ngan umah. Time en. abah nak masuk jumpa doc. bebudak bertiga tu pun kelam kabut nak masuk sama...bukannya nak buat apa pun just nak timbang berat badan masing2. Nampaknya bebudak bertiga tu makin bertambah berat badan masing2. 

Bermula ngan si abang = 49kg..tergezut gak, last timbang baru 42kg, dah naik lagi 7kg, kalo bab makan memang bersemangat, semuanya masuk mulut tolak batu n kayu.  Bila si abang tgk berat badan dah makin naik, dia pun mula berazam nak turunkan berat badan, nak diet or nak posa...boleh caya ke tu..??? takpe kita tgk lepas ni.

Si ratu pulak nak timbang berat badan dia = 22kg (okla tu, maintain, tapi sekrg ni siratu pun dah nak ikut jejak langkah si abang, bersemangat kalo time makan, 2x tambah nasi, tapi memang nampak badan siratu makin bolllattt)

Here come, sikecik...memula tu dia trus duduk kat atas penimbang tu sambil tersengih2, datang si abg betulkan posisi si kecik, kena berdiri la dik...dia pun trus berdiri and this is his weight, = 15kg (2thn 1bulan).  Last akak timbang, rasanya baru 11kg.  Sebelum ni dia mmg nampak kurus, sekrg nampak sikit bollattt...alhamdullilah...makin bolllatt semua anak2 akak.

Wednesday, January 13, 2010

Kisah Hari Ni....

Pagi tadi, awal gak akak bangun, sediakan maggie goreng kat bebudak berdua tu utk bekal kesekolah, sambil panaskan ayam KFC semlm yg ada lagik 2 ketol..tak disentuh pun oleh bebudak tu. Beria2 nak g mkn KFC...nak itu nak ini..order nasi ayam, order nugget, order ayam goreng.  Dah kenyang mkn nasi ayam, mende lain dah tak mo sentuh, masa lapar tu sumer teringin nak makan, bila dah kenyang...camtula jadinya..takpe..boleh buat bekal kesekolah.

Dah settle semua, time nak masuk lam keta ja...sesi berebut tempat duduk depan pun bermula.  Siratu nak dok depan, si abg pun nak dok depan, maka berlakulah perang mulut, macam2 ayat power yg kluar dr mulut abg, maklumlakan dah makin besar, dah nak masuk 11 tahun nengok dunia...maka perbendaharaan kata pun makin banyak.  Bergoyang-goyang keta cumel akak bila 2 org makluk yg sorang tu beratnya 42kg dan sorang lagi beratnya 22kg...berebut tempat duduk dlm keta. Akibat sakit ati siratu menang dlm pertandingan merebut tempat duduk depan, maka si abg pun dengan bangganya mula mengutuk siratu....rambut penah ada kutula, ratu merajuk la...macam2lah...

Memula akak diam ja, kot2 sat lg akan stop, rupanya tidak, makin berpanjangan...akak pun mulala mengaum mengalahkan tarzan...akak warning, kalo lepas ni abg n ratu still dok bergaduh.... mama akan lari dari umah, biaq abang n ratu dok ngan abah ja....trus depa berdua diam n menangis....sesi airmata la pulakkk..."mama jangan la lari dari umah tinggai kami....kami janji tak buat lagik.."  Hehehe...berjaya gak sesi gempaq akak tu....trus tenang dan aman suasana dlm keta.  Lega rasanya.  Lepas hantar bebudak berdua tu kesekolah, akak truskan perjalanan ke tempat keja.  

Tak sampai separuh jalan, baru ja plan nak merempit tetiba jem pulak..panjang lak tu, mesti ada xcident kat depan...harap2 la tak dak yg tercedera.  Akak ni takleh tengok apa2 yg berkaitan ngan xcident..nanti ketaq lutut, tak leh lak nak drive. Kawasan tu memang slalu berlaku kemalangan...rupanya ada lori terbalik melintang jalan...patut la...lama gak akak tersangkut kat situ...sampai ofis..touch aja card...dah pukul 8.15am....hampehhhh