Aku ni tak penah masuk pun sebarang contest yang dibuat oleh rakan2 blogger....tapi kali ni sesaja la pulak nak mencuba contest yang dianjurkan oleh mamaD. Cam best ja contest ni yang diberi nama Contest RUMAHKU SYURGAKU. Contest dimana kita perlu pamerkan sudut yang paling BURUK dalam umah kita. Selalunya kita share ngan rakan2 blogger gambar family, gambar g jalan2, gambar makan2..kiranya gambar yg cantik2 belaka tapi kali ni kita share laks gambar sudut yang paling buruk kat umah kita.Syarat-syarat untuk menyertai contest ni mudah aje :-1. Mesti dah jadik follower mamaD - http://mamadanish78.blogspot.com - dah lama jadik pun2. Makesure dlm bloglist korang ada link mamadanish78 pastu upload banner contest kat sidebar blog anda - done3. Pastu join le contest ni yang dinamakan Contest RUMAHKU SYURGAKU - doneKaedahnya :-1. Buat satu n3 dlm blog masing2...snapkan suduk yang paling BURUK !!!!2. Sertakan dlm n3 - nama korang (betul or samaran pun tak kisah) n area tempat tinggal anda3. Siapa yang buat sudut itu jadi seburuk itu (anda ke, hubby anda ke, anak2 anda ke)4. Apa cerita disebalik sudut paling BURUK itu - mesti rumah seniri tau..jangan tipuuuuu5. Pastikan hanya satu gambar utk satu penyertaan6. Dalam n3 ini pastikan anda link ke mamaD7. Bila siap tinggalkan komen ke mamaD8. Tarikh tutup penyertaan 15 Julai 2009 - tinggal 1 hari ja lagik ni...cepat...cepatSUDUT PALING BURUK DIRUMAHKU
Nama : MamasyazaTempat Tinggal : Bandar Darulaman, Darulaman Golf & Country ClubNilah gambar sudut paling buruk kat umah aku. Sebenarnya ni bilik no. 2...kiranya bilik pakaian le ni. Kat dalam bilik ni ada 4 buah almari baju. 1 almari baju abah, 1 almari baju mama, almari kartun abg n kakak. Bilik ni aku dah renovate buat loteng. Cadangan asal loteng tu utk dijadikan bilik bacaan or bilik Ami, tapi memandangkan budget ciput nak buat stor jadi loteng tu dah jadik stor sementara. Bawah tangga loteng tu la sasaran baju bebudak bertiga tu yg belum dibasuh. Aku dah sediakan bakul utk isi baju yg blom dibasuh...tapi biasala kan perangai bebudak ni...baju yg dah dipakai main campak je kat tepi bakul tu sementara nak masuk mesin...tak masukkan dlm bakul tu pun...tu sebab jadi bersepah cam tu. Aku dah kemas pun, kejap lagi bersepah semula...so biarkan ajela. Pejam mata...buat2 tak nampak