CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, June 18, 2009

AKSI HAMIZ SANIM

Hamiz Sanim dah sihat walafiat sejak dimasukkan ke KMC bulan April yg lalu..cuma kekadang tu ada le demam n sesema skit2. Perkara biasa rasanya tu. umo adik sekarang dah 1 thn 7 bulan. Layan le gambar dia. Kurus aje...last aku g timbang berat dia sebulan yg lalu - 10kg...tak le byk sgt peningkatan. Sekrg ni aku berikan dia Scott Emulsion perisa Oren...berselera betul kalo tgk dia mkn nasi...cuma yg susahnye nak suap seniri..byk yg jatuh kebwh dri yg masuk ke dlm mulut.

Sekarang ni dia dah pandai menyebut byk perkataan jika dibandingkan dulu..berat mulut sikit anakku ini. Masa umonya 10 bulan dia dah boleh berjln. Kata org tua2 kalo budak kecik cepat berjln, lambat bercakap begitulah sebaliknya. Rasanya betul kot....adik lambat bercakap.


Gambar 1 - Mr. Hus yg amiks gambar ni. Adik baru sudah mandi, tersengih
sementara nak pakaikan pampers
Gambar 2 - Adik tgh berpozing kat luar umah..almaklumla sekrgkan cuaca
panas...kdg2 ada hari yg dia tak nak langsung pakai baju,
pampers aje pakaian rasmi dia
Gambar 3 - Tengah tersengih tunjuk gigi le tu
Gambar 4 - Ni gambar adik ngan Ayong (my BIL). Adik cukup rapat ngan my
BIL, kebetulan ari tu kenduri kawin Kak Long, dimana saja ada
Ayong disitulah ada adik..haru btoi

Tuesday, June 16, 2009

PIL PERANCANG

Aku mendpt fakta mengenai pil perancangan keluarga ni dalam surat kabar Utusan Malaysia 15/6/09. Antara fakta2nya ialah :-

1. Pil perancang keluarga ini digalakkan hanya utk wanita yg berkahwin. Usia 35 thn
ke bwh.
Telah mempunyai anak serta sudah menjalani pemeriksaan doktor.
2. Waktu yg sesuai utk mengambil pil bagi merancang keluarga adalah pd hari kelima haid
3. Pil perancangan mengandungi dua hormon seks tiruan estrogen dan progestogen
(sejenis
progesteron tiruan) yg menghentikan pusingan haid bulanan normal
4. Sekiranya digunakan dgn tepat dan berkekalan, pil ini mampu mencegah kehamilan
sehingga 99.5 peratus keberkesanan
5. Antara pil perancang yang dijual - Nordette, Jasmine, Marvelon, Minulet, Mercilon
6. Kebaikan Pil Perancang Bg Wanita
- boleh mencegah penyakit kanser ovari
- membantu menambah zat besi dlm tubuh
- menghalang ketumbuhan cysts dlm ovari
- menghalang masalah radang pelviks
- membantu mengurangkan osteoporosis
7. Wanita yg tidak dibenarkan makan pil pencegah hamil
- disahkan mengandung
- menghidap penyakit hati, barah buah dada, sakit jantung, darah tinggi, migrain
- menghidap kencing manis

Tak keterlaluan kot rasanya kalo aku stori pasal kisah pil perancang ni. Lepas melahirkan Ami, terus aku mengambil pil perancang sehingga kini. Aku ni jenis yg penakut nak pakai IUD or apa saja alat lain utk cegah kehamilan, jadi aku amiks keputusan mkn pil hingga Ami berusia 2 thn. Aku plan nak pregnant tu yg aku stop mkn pil selama 2 bulan...terus aku pregnant kat Abdul Rahman. Malangnya Abdul Rahman meninggal. Aku continue mkn pil hingga aku decide nak pregnant lagik. Kali ni aku stop mkn pil selama 8 bulan baru aku pregnant kat kakak.
Aku penah mkn pil perancang jenis Minulet...setiap kali aku makan pil ni bila bangun pagi je mulala aku rasa pening n nak muntah2....bukan nak muntah2 memang dah muntah pun...sakit jiwa dibuatnya kalo setiap pagi cam tu sampai sakit perut aku menahan muntah. Tak sesuai agaknya pil tu ngan badan aku. So aku tukar Marvelon. So far so good. Tak da langsung sebarang masalah...cuma aku terpikir sampai bila la aku ni nak telan pil ni...aku ni kira dah sampai tahap bosan gilerr nak telan pil cam ni....kalo ikutkan hati aku...maleh aje nak telan pil ni lagik...tapi bila pkir...tak telan pil ni jawabnye bulan depan pregnant le aku (aku pulak jenis yang mudah 'lekat') ...hehehe...bukannye tak nak ramai anak...tapi biarlah si adik ni besar sikit (adik baru 1 thn 6 bulan) baru nak pregnant lagik...kalo ada rezeki lekan.

Apa pendapat kawan2 ku sekalian....yang makan pil cam aku..korang penah tak sampai tahap bosan giler cam aku ni??????

Saturday, June 13, 2009

KESIAN KAK LONG

****Sorry kawan2...tak sempat nak singgah umah kwn2 n tinggalkan komen dalam 2,3 hari ni pasal letih penangan kenduri kak long...masih terasa sengal2 badan...ni ada cerita terkini..harap tak boring membacanya****

11 Jun 2009 Kenduri sebelah pihak lelaki pulak. Pihak lelaki janji nak dtg amiks Kak Long dlm pukul 12.30 tghari. Family pihak pompuan dah get ready dlm pukul 12.00 tghari...tunggu punya tunggu pihak lelaki dtg dah lewat, dlm pukul 1.30 tghari. Berbual apa yg patut n bersalaman dengan semua tetamu yg ada, kitaorg semua pun bertolak ke rumah pengantin lelaki.


Sampai disana, kitaorg semua disambut dengan penuh suasana meriah siap dgn persembahan silat lagik...n terus dibawa ke meja pengantin utk mkn. Makan dgn penuh seleranya...maklumlah menu yg disediakan pun sodap2 (lapar sebenarnye tu). Cuaca punyalah panas giler....Hamiz Sanim berpeluh macam mandi...tapi mkn tetap mkn. Selesai mkn kitaorg semua dijemput masuk ke rumah pengantin lelaki.

Kak Iti (kakak iparku) tugasnya hari tu jadik tukang jaga handbag kaklong. Handbag kaklong (handbag baru laks tu hadiah hantaran) dimasukkan dlm paper bag besar berserta dgn kasut + bag makeup n dilindung ngan seluar jins kaklong dan 1 bag pakaian. Dah selesai makan n dijemput ke rumah pengantin lelaki, Kak Iti terus ke bilik pengantin n simpan paperbag berisi handbag tu kedlm almari. Rupanya almari tu tak de kunci...Kak Iti pun bagitau Wan (husband kaklong) almari tu tak leh nak kunci...tapi Wan cakap tak pa nanti dia kunci. So settle la tugas Kak Iti.

Berbual n beramah mesra apa yg patut dgn keluarga pihak lelaki, dlm pukul 3.00 ptg kitaorg semua pun nak beransur pulang. Sedih tgk Kak Long, iyelakan macam kita dulu2 le kena tinggal n membiasakan diri dirumah pihak lelaki ...mestila risau..mcm manala penerimaan keluarga pihak lelaki terhadap diri kita...harap2 mereka dpt menerima kaklong dengan seadanya.

Sejam jugakla perjalanan dari rumah pengantin lelaki balik ke rumah my BIL. Sampai ja kat umah my BIL...semua org menarik nafas lega....fuhhhh dah settle kenduri kaklong....boleh relax n rehatkan badan...lenguh2 seluruh badan dibuatnya. Baru ja kitaorg nak masuk dlm umah, tpon Mr. Hus berbunyi....rupanya Kak Long yg call siap menangis lagik...bertanya mana handbagnya. Biar betul..katanya dlm paperbag tu cuma ada kasut n seluar jins ja...handbag + bag makeup...tak dak. Kelam kabut Mr. Hus call Kak Iti (kebetulan Kak Iti dah balik terus ke rumah my MIL coz ptg tu jugak dia nak balik KL). Kak Iti beria2 bagitau..mmg paperbag tu dia dah letak dlm almari cuma tak berkunci ja almari tu.

Rupanya keluarga pengantin lelaki disana dah kelam kabut bila Kak Long bagitau handbag dia dah hilang....mak pengantin lelaki pun dah tak sedap hati, trus g check handbag dia laks....ropanya handbag mak pengantin lelaki pun hilang gak..duit dlm tu ada rm450. Hari yg sepatutnya semua sedara mara bergembira telah bertukar jadik sedih...ropanya dlm ramai2 tetamu yg dtg ke majlis tu ada pencuri yg mengambil kesempatan. Bukan semua tetamu yg hadir tu kita kenal.

Kesian Kak Long, hilangla handbag baru dia+RM700+IC, lesen memandu macam2 la yg ada kat dlm handbag tu. Selalunya macam tu la, bila ada majlis kenduri kawin...si pencuri mmg dah mengatur strategik baik punya utk jlnkan kegiatan diaorg ni. Harap Kak Long bersabar dan redha dgn apa yg berlaku.

Wednesday, June 10, 2009

GAMBAR KAK LONG


Kenduri Kak Long dah selesai...masih terasa sengal2 badanku ini ke hulu ke hilir.....mendokong Hamiz Sanim...mana dengan cuaca sekrg yang panas. Si kecik tu yang asyik merengek....merengek bukannya demam tapi merengek pasal tgk ramai sgt org....rimas agaknya. Esok 11 Jun 2009, kenduri di pihak lelaki pulak. Nasib baik la area Alor Setar gak...kalo jauh rasanya tak dpt la aku ikut serta...maleh nak berdokong ngan anak kecik.

Ku tepek gambar Kak Long utk tatapan kawan2. Nanti akan ku tepek gambar anak2ku pulak.

Friday, June 5, 2009

APALAHHHH NAK JADI NGAN AKU

Hari Khamis (4/6/09) aku apply cuti pasal Kak Long akan melangsungkan majlis akad nikah pada hari tu. Pagi Khamis tu aku bangun pagi kemas apa yg patut kat umah seblom ke rumah my BIL. Majlis akad nikah ada diadakan selepas Asar so tak la kelam kabut sangat. Aku iron baju kami semua untuk ke majlis tersebut. Aku dah iron baju kurung aku caler hijau nak sangkut kat tepi almari baju...sangkut tudung siap2 kat baju tu takut terlupa nanti. Pastu terus berkemas baju abg, kakak n adik...sbb mesti stay kat umah BIL sampai mlm...baju bebudak tu kena bwk lebih sikit...kang kotor la, nak mandi la...nak salin baju lain la..macam2 hal kerenah budak2 ni yang tak terduga nanti....so kena get ready awal2.

Dah settle semua...masukkkan brg2 dlm bonet...we all pun bertolak ke rumah my BIL. Sampai disana jiran2 tengah sibuk menyediakan menu utk ptg tu...mee bandung+karipap n puding2. Kak Long pun tengah sibuk nak g makeup. Aku pun keluarkan semua brg2 dari bonet n tetiba opssssss baju kurung aku...mana pegi kainnya......pulak dah...huuuuwaaahhhhh!!!!!....aku telupa bawak kain...aku bawa baju n tudung aje....kelam kabut aku inform Mr. Hus....tapi korang tau apa jawapannya....tu la lain kali check dulu...tak kuasalah nak balik amiks...bukannya dekat....huwaaaaahhhhhhh!!!! takkan aku nak pakai baju n tudung tanpa kain.....gila tu....apalah nak jadik ngan aku ni...macam mana la boleh terlepas pandang.

Frust la jugak pada mulanya...pastu Kak Teh (adik Kak Long)...bukan main lagi dia ni kalo bab memujuk....takpalah Mak Tam (panggilan utk diriku disebelah family Mr. Hus) baju Kak Longkan padan ngan Mak Tam...Mak Tamkan sama size ja ngan Kak Long....pinjam la baju Kak Long dulu...meh sini tgk dlm almari mana yg Mak Tam berkenan....nasib baik le ada anak sedara yg pandai memujuk..kalo diharap bapa sedaranya (Mr. Hus)..hampehhhh. Takpalah tunggu Kak Long balik dari makeup..nanti Mak Tam amiks.

Dalam pukul 3.30 ptg...Kak Long pun balik dari makeup...bukan main cantik lagi...berubah (makeover). Dia pun asyik ketawakan aku...macam manala Mak Tam boleh lupa bawak kain...dia pun pinjamkan aku baju kurungnya. Hilangla kesedihan aku. Thank u so much Kak Long. Pukul 4.15 ptg kitaorg beramai2 ke masjid berhampiran untuk majlis akad nikah Kak Long n pasangannya Rezuan Mohd Zulkifli.

Terasa sedih gakla dihati ni...Kak Long antara anak sedara yang rapat ngan aku n Mr. Hus. Setiap hari Jumaat n Sabtu kami sekeluarga + keluarga my BIL akan berkumpul di rumah my MIL....memasak bersama2, bergurau senda, berstori mori...lepas ni bila Kak Long dah kawin n menetap di rumah ibu mertuanya...jarang2 la pulak kami akan dapat berjumpa....tambah2 Hamiz Sanim, dia mmg rapat sangat ngan Kak Long. KAK LONG WE ALL WILL MISS U SO MUCH...Mak Tam & Pak Tam doakan Kak Long berbahagia hingga ke anak cucu....Amin. (akan ku tepek nanti gambar majlis akad nikah Kak Long)

Tuesday, June 2, 2009

PENULIS NOTA MELETOP & PENGOMEL TERHEBAT

Jutaan tima kacih yg tak terhingga kuucapkan kepada adik Yan (Ummiabbiqis) kerana memberikan Award Penulis Nota Meletop. Award ni aku terima pada 23 Mei 2009 lagi. Dah lama pun cuma aku tak sempat nak menstori pasal award ni. Aku bukannya Penulis Nota Meletop No. 1 pun...cuma ranking ke 12 ja.....tak pe janji dptkan...tak gitu dik Yan. Apapun tima kacih byk2 kerana sudi memberikan award ni kepadaku. Satu lagik award yang aku terima baru2 ni adalah Pengomel Hebat Catatan Ibu dari sapa lagik kalo bukan akak kite Kak Yong...best tau kalo baca blog Kak Yong...berbagai maklumat ade....kalo kita bertanya apa2 yg kita tak tau kat blog Kak Yong ni...insyaallah akan ada jawapannya....tima kacih byk2 Kak Yong. Award ni aku kongsi ngan adik Yan (Ummiabbiqis)

Monday, June 1, 2009

AKU N MR. BISUL

Sakit jiwa aku dibuatnya...merana seluruh badan. Mana taknya...semenjak aku kena demam campak bulan Februari yang lalu (semuanya kena demam campak kecuali Mr. Hus)...tetiba sekrg ni badan aku asyik dinaiki Mr. Bisul ja.....tak salah aku bulan April ja dah 2 kali aku kena bisul kat lengan...sakitnyerrrr bukan main lagik...berdenyut2. Baru 2 minggu lepas aku jadik bisul kat tepi mata...nak drive pun susah..ngan mata bengkak sebelah....aku g klinik amiks ubat. Mr. Dr. bagi antibiotik n ubat tahan sakit...settle satu bab.
Sekarang ni yang paling aku tak tahan dan yg menyebabkan jiwa aku bertambah2lah sakitnyerrr...si Mr. Bisul tu dah naik kat montot...adushhhhh....siksanya jiwa dan raga...nak duduk susah..nak bangun pun susah...nak drive pun susah....nak buat keja kat ofis pun susah...semuanya susahlah kiranya....menyenget2 aku berjln...kwn2 kat ofis asyik ketawakan aku ja....kelakar la konon tgk aku jln camtu....bila la Mr. Bisul ni nak pecah......??

Ami lak bukan main lagi menyakat aku...tu la mama...mama asyik dok atas bantal kot....penah dengar tak kata org2 tua dolu2....kalo kita slalu duduk atas bantal..... Mr. Bisul mudah menyinggah di montot....iye le tu...tak dak keja aihhhh aku nak dok atas bantal.....

Apa yang aku tahu sekarang ni...montot aku sakit dihinggap Mr. Bisul....sakit bukan main lagik...berdenyut2...tolongggggggg........huuuuuuuuwaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!