CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 7, 2010

Kisah Hari Jumaat n Sabtu

Jumaat malam on the way nak ke Rumah Pizza

Sikecik  :  Abah, nanti singgah kedai tau, adik nak beli coklat.
Abah  :  Adik ada duit ka, nak beli coklat..?
Sikecik  :  Errmmm, tapi adik tak dak duit la.
Abah  :  Dah kalo tak dak duit, adik nak beli dengan apa..???
Sikecik   :  Adik beli dengan tangan la..

Heheheh....betul la tukan...nak beli dengan apa lagik kalo bukan dengan tangan

Hari Sabtu  pagi

Hari untuk bangun sedikit lewat dari hari biasa.  Nak kena hantar Ami g tuisyen pukul 11am.  Ratu n sikecik awal-awal lagik bangun n terus ngadap tv.  Akak lak seperti biasa, terus masuk bilik air, mandi.  Hari cuti kami selalunya b'fast n lunch kat luar je.  Lepas mandi akak sesaja la jengok kat luar dari tingkap bilik akak, tengok pemandangan luar, sekali akak tengok grill pintu depan terbuka luas.  Sapa yang kluar umah pepagi ni..?? 

Tak puas hati, cepat2 akak p check.  Keputusan hasil siasatan akak, rupanya, grill tu memang dah terbuka dari semlm, kunci umah masih melekat kat tombol pintu kayu.  Maknanya kami sekeluarga tdo semlm ngan pintu tak berkunci.  Macam serah diri kat pencuri, bagi pencuri masuk umah.  Suspectnya, tidak syak lagi keja en. abah.  Selalunya sebelum masuk tdo, dia akan merokok kat laman umah, baru 'feel' katanya, feel punya pasal sampai masuk umah tak kunci pintu.  Nasib baikla tak ada apa yang berlaku.  Kawasan perumahan akak tu selalu gak pencuri buat projek, tapi sekarang ni dah kurang sejak penduduk kat situ bersepakat nak jadi pak guard, buat giliran meronda bermula dari pukul 1am - 5.00am. 
To en. abah - Tobat lepaih ni jangan dok buat dah mende camni.

Ada Menu Baru Kat Situ

Khamis petang en. abah balik keje awal.  Jarang dia balik keje awal.  Tapi kesian balik ngan muka letih.  Selalunya kalo akak tengok muka monyok semacam je, akak jarang tegur, akak buat derkkk ja.  Anak-anak pun akak soh main kat luar, tak yah bising-bising dalam umah.

Sebenarnya, dia plan nak bawak berbudak bertigas tu kluar makan.  Rasanya kengkawan semua dah tau sangat faveret bebudak tu, mana lagi kalo bukan "Rumah Pizza"  Nak tepek gambar pun bosankan, pasal asik makan mende yang sama je. Tapi layan jalah gambar bebudak ni.  N3 tanpa gambar pun bosan gaks...ahaakkksss
2 org budak ni tengah dok ngendap laks
Ami bukan main berselera lagi, akak paksa dia habiskan pizza tu
bbbruuppp....kenyangggg

Sambil belek menu, akak terpandang satu pamplet promosi sepanjang bulan Ramadhan kat Pizza Hut.  Ada menu baru utk customer yang nak g berbuka posa kat Pizza Hut nanti. Ada Nasi Kurma Ayam, Pizza Ayam Sinar Harapan n minuman Ramadhan Fizz.  So bulan posa nanti, kalo teringin nak ubah selera, boleh singgah Rumah Pizza, cuba menu baru.
klik kat gambar kalo nak tgk lebih jelas
sumber gambar - tq to pakcik google

Wednesday, August 4, 2010

LUCKY DRAW @ CERITA CERITI IBU AYRA

Akak kenal Rose secara kebetulan melalui dunia blog ni jugak.  Rupa-rupanya umah family rose dekat ngan umah family akak - taman bersebelahan ja.  Ayah Rose lak, cikgu di sekolah dimana akak penah belajar dulu, cuma akak tak berapa kenal sangat dengan Cikgu Rusli cuma penah tengok muka ja.  Akak belum pernah berjumpa dengan Rose, cuma tengok gambar kat blog aje tapi insyaallah satu hari nanti kami akan berjumpa jugak. 
Dah banyak hari Rose ajak akak join Lucky Draw@Cerita Ceriti Ibu Ayra ni dan dah banyak hari pun nak buat n3 pasal Lucky Draw ni, cuma baru hari ni berkesempatan nak merealisasikannya...sowwy Rose, terlambat ckit nak kluar n3 ni, nasib baiklah duedatenya on 8 Ogos 2010 (11.59 mlm)..hehehe.
Syarat- syaratnya :-
1.  Jadi follower Ibu Ayra sepanjang Lucky Draw ini berlangsung - dah lama pun Rose kan..kan..kann

2.  Letakkan Cerita Ceriti Ibu Ayra dalam bloglist anda (sepanjang Lucky Draw ini berlangsung)
done (dah lama pun letak)

3.  Buat n3 special pasal Lucky Draw ni n tag kwn-kwn untuk join Lucky Draw ni
-   akak dah buat pun n3nya n dijemput semua kengkawan yang baca blog akak join Lucky Draw ni

4.  Letakkan banner Lucky Draw@Cerita Ceriti Ibu Ayra di sidebar n link terus - done

5.  Tinggalkan id follower/url n3 ini dan emel dikotak komen - done

Rose, akak dah join Lucky Draw ni

Giveaway Hari Raya Kak Yong(dot)Com

Akak ni rasanya baru 2 kali join contest, tapi tak penah join GA.  Bukan tak teringin nak join tapi asik tangguh-tangguh nak buat, last2 dah sampai duedate pun.  Teringin nak join Contest Tagline Kak Yong tapi akak ni kalo nak buat2 ayat yg unik n menarik memang tak reti, pasal tu la tak join.  Sowwy ekk Kak Yong.  Tapi kali ni bila Kak Yong buat GA Hari Raya, akak tak kira, akak nak join gak, pasal tu kena cepat2 buat n3 ni sebelum terlupa/terlepas duedatenye.  Meh tengok syarat-syaratnya.

1.   Terbuka kepada kwn blogger yang rajin beramah mesra di blog Kak Yong sepanjang tahun 2010, minima pernah beri komen di 5 n3, sebelum tarikh n3 GA ini
-   sudah semestinya akak rajin beramah mesra di blog Kak Yong, sronok tengok perkembangan anak-anak Kak Yong yang makin membulat..gerammm

2.  Jadi follower utk blog Ummie Cake House - dah jadi pun

3.  Masukkan blog kakyong(dot)com ke bloglist anda - dah lama pun ada

4.  Tepek banner di sidebar blog & linkback ke n3 GA ini - done

5.  Tinggalkan dikotak komen - nickname blogger/id follower/emel n  url blog - done

ok Kak Yong,  Su dah join

Tuesday, August 3, 2010

Semuanya Kena Awal

Tabiat baru sikecik sekarang ni, time akak bersiap-siap nak g keja, time tu la dia akan terjaga.
Kalo terjaga mood ok takpe la jugak, ini tidak, mesti mula meraung, nak ikut mama p keja.
Tak payah hantar abang n kakak p sekolah, soh tok ayah yg hantar, mama tunggu adik kat umah, jangan p keja...huhuuuu
Perangai yang sungguh mencelarukan suasana dipagi hari, dan sesungguhnya ia menguji tahap kesabaran akaks.

Maka sesi memujuk pun bermula,  "mama kena p work dulu, nak cari duit, nak beli icecream kat adik, nak beli sugus kaler orange n pink kat adik, bila duit banyak, baru boleh bawak adik jalan-jalan, mandi kolam ngan pelampung...bla..bla..bla...." tak sampai ati bila tengok sikecik menangis dipagi hari..sedih sangat tapi, bila setiap pujukan dibalas ngan raungan yang makin menjadi-jadi...maka....
tugas memujuk pun bertukar tangan pada ayah tercinta.
Akak dengan selamber rocknya pekakkan telinga ngan raungan sikecik tu, start keta, hantar Ami n Ratu kesekolah.
Sebolehnya tak mo depa berdua sampai lambat kesekolah, nanti kena tulis nama ngan pengawas, kena denda lak ngan cikgu, terus mood nak belajar gone with the wind.

Akak pun camtu gak, tak leh le selalu sangat masuk ofis lambat, kedatangan asik merah menyala, tak pasal ja nanti kena masuk ngadap boss besaqqqq, dah la boss besaqqq handsome, terkedu lak nanti nak berkata-kata...hehehe
Tambahan lak sekarang ni dah bermula sistem berpalang.  Nak masuk parking pun dah ada palang.  Nak open palang tu, kena toucd card pulak, jem jugak pagi hari kat situ, dah amik masa beratur.
Tujuan adanya sistem parking berpalang ni, adalah untuk mengelakkan keta student guna tempat parking staf.  Sejak diberi kebenaran student bawa keta masuk kawasan kampus, depa ni main belasah ja, tempat parking staf pun depa dah guna, so staf dah kureng tempat parking.  Bila adanya sistem ni, memang sah2 la student tak boleh masuk tempat parking staf, lapang le ckit.

Makanya lepas ni, memang kena bangun lebih awal, kena kluar dari umah awal, kena ignore raungan manja sikecik, kena hantar bebudak berdua ke sekolah awal, kena sampai ofis awal n kena touch card awal...hehehe
suasana pagi tadi, hari pertama sesi parking berpalang

Monday, August 2, 2010

Tahniah Ami

Ami selalu merungut, kebanyakkan n3 akak, banyak berkisar kisah2 sikecik n siratu, mana kisah pasal dia...??? kecikkkk ati dia...kesiannnn.  Dah la letak nama mamasyaza, mama tu bukannya mama ratu sorang, mama adik gaks, mama Ami gaks...tak adil la letak "mamasyaza" saja...ooohhhh sunggguhhhh mengharukan.  Dah timbul konflik ketidakadilan rupanya. Masa memula nak buat blog, tak tau nak letak nama apa, pikiaq punya pikiaq, maka timbullah nama mamasyaza, tanpa pkir panjang terus guna nama tu.  Rupanya ada yg kecik ati.

Dear Ami, mama mintak maaf banyak-banyak, tak berniat mama nak membezakan kasih sayang antara anak2 mama.  Semua anak-anak mama, mama sayang, sama rata, sowwy ok.  Mama tau, ami mesti baca blog mama ni, jangan kecik ati lagik lepas ni. Mama sayangggg Ami.

Oklah, berbalik semula pada tajuk asalnya.  Baru-baru ni Gempak Astro dah singgah kat tempat akak, buat promosi channel-channel menarik kat astro sambil adakan pertandingan n permainan untuk kanak-kanak yang hadir.  Ami beria ajak akak kesana pasal nak sertai pertandingan mencipta domino, menggunakan kreativiti sendiri.  Siap carik cover kaset la, buku cerita siratu n bola golf en. abah pun dikebasnya gara-gara nak merealisasikan ciptaan dia...hehehe.  Ciptaan dia yang simple tu akhirnya berjaya menarik perhatian crew astro n terpilih antara top 3.  Walopun tak jadi juara, dapat no. 2 pun jadilahhhhh.....tahniah Ami
sesi terima hadiah, dapat tshirt n bag Disney Channel
ciptaan yang simple, tapi menarik perhatian