Salam semua kengkawan, lama rasanya umah akak ni bersawang, tak sempat nak buat n3 tiap-tiap hari, mood asik kelaut, cuma sempat blogwalk umah kengkawan ja.
petang semalam jiran akak bagi lauk kenduri, kenduri umah mil dia. so semalam akak panaskan lauk kenduri tu jalah utk dinner, menunya - gulai daging, rendang daging (sedap rendang daging ni), ayam goreng n acar buah. akak cuma goreng telur+mayonis ja untuk sikecik. bertambah juga sikecik makan semalam, gara-gara telur+mayonis tu, memang sedap.
Akak nak stori apa yang terjadi kat dapo, masa sesi akak tengah panaskan lauk kenduri tu.
Sambil panaskan lauk, sambil akak ajar siratu buat latihan matematik. Ami pun sibuk buat keja sekolah kat ruang tamu, si kecik akak tu sibuk ngan mainan golfnya kat depan. Tetiba ja sikecik akak meluru kedapo ngan set golf mainan, maka singgahlah set golf tu kat belakang siratu. Apa lagi meraung le siratu sambil cuba nak pukul sikecik. Riuh rendah le jugak semlm kat dapo ngan raungan siratu, n suara sikecik terjerit-jerit nak pukul kakak dia. Puas akak pujuk siratu, tak yah layan sangat adik tu, adik tu kecik lagi, tak faham bahasa pun kalo kita marahkan dia. Kebetulan en. abah pun balik, pelik gak le dia dengar bising-bising kat dapo. Akak pun xplain kat en. abah apa yang berlaku.
Sikecik macam biasa, dengan rasa tak bersalah, bagitau kat en. abah, dia yang pukul kakak. En. abah cuba bagitau kat sikecik, tak boleh pukul kakak camtu, kesiannn dia, nanti kakak cry, cepat p mintak maaf kat kakak. Siratu masih terisak-isak kat depan tv. Lama le jugak sikecik akak tu dok tenung kakak dia, rasa kesian kot bila tengok kakak asik dok nangis, cepat-cepat dia pegi kat siratu -
"kakak, mintak maaf okkkkk, mintak maaf okkkkkk". Siratu tak layan pun, merajuk lagi le tu. Sikecik akak tu bila dah banyak kali mintak maaf tapi owang tak layan....dia pulak yang meraunggg....haruuuuuu
Sambil baca n3 ni sambil layan gambar hari khamis lepas ok. En. abah memang sibuk sekarang ni, maka, masa untuk anak-anak pun makin terbatas. So ni janji en. abah, nak bawak bebudak bertigas tu makan Pizza, tempat kegemaran siratu.
pizza ni..ermmm lupa namanya, sedap le jugak cuma kurenggg cheese
tak sah kalo tak order Hawaiian Tuna with extra cheese
buah hati pengarang jantung akak
tengok le perangai budak baju merah tu, sesaja je angkat sudu tinggi2 camtu,
gara-gara nak bagi mushroom soup tu sejuk.....memang nakalll
okkk bye...jumpa lagi