CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, February 22, 2010

Selamat Bersuka Ria Kawan-KawanKu

Sepatutnya hari Jumaat lepas (19/2/2010), akak join member2 PA g family day kat Tanjung Bungah Beach Hotel, Penang.  Bila memula depa war2  nak buat family day kat Penang, akak rasa, akak le salah sorang yang tergedik2 yg mmg nak ikut serta, dah lama rasanya akak tak g Penang.  Boleh gak bawak bebudak bertigas tu naik feri, lepas tu boleh gak windowshop kat QueensBay Mall.  Tapi last minit akak terpaksa cancel..atas sebab...???
Kan sebelum ni akak ada tulis stori pasal abg ipar akak kena minor stroke, dan itu adalah salah satu sebab en. abah tak nak kemana2, en. abah risau kesihatan abg dia.  Memang kesihatan abang ipar akak sekrg ni pun masih tak stabil.  Esok (23/2) kena g checkup lagi.

En. abah pun nampak gayanya cam tak berminat nak pegi.  Bila akak suarakan pasal family day ni dia macam tak xcited aje...buat muka derkkk ja...cam akak lak yang terlebih sudah.....bila akak tanya, en. abah kata, ikut mama la, kalo mama nak p, abah ikut aje...nampak cam tak berminat kan...kan..kan..

Cuaca yang panas sekrg ni jugak menjadi salah satu sebab en. abah tak mo p.  Dia dah kasi alasan..tak yah le kemana2...panas sekrg ni, nak buat family day kat tepi pantai lagik...tak sesuai la ...tak pasal2 nanti bebudak bertigas tu demam pulak nanti...so kesimpulannya...

Cuti hujung minggu kali ni, byk masa dihabiskan ngan hantar Ami g tuisyen, meronda2 habiskan masa tunggu Ami keluar tuisyen, balik umah MIL jadik baby sitter utk si kecik Nadia ni, kebetulan MIL akak nak g makan kenduri, so akak dengan baik hatinya volunteer nak jaga anak sedara en. abah ni (mak si Nadia ni g keja), sambil meronda2 sekeliling umah MIL, akak terjumpa buah ni...fuhhh sedap ni kalo cicah garam belacan...boleh menitik ayaq liuq dibuatnya...fuhhh sungguhhhh terujaaaaa

Kepada kengkawan akak, minta maap bebyk pasai terpaksa cancel nak join family day disaat2 akhir..insyaallah kalo ada majlis keramaian yg lain, akak akan cuba sedaya upaya hadirkan diri, n minta maaf bebanyak jugak pd mak cik Timah n adik Syima (cousin akak) pasal tak dpt hadir majlis perkahwinan adik Syima, kebetulan time kenduri kawin adik Syima, abg ipar akak baru sangat masuk spital, masa byk dihabiskan berkampung kat spital.  Kalo akak dpt kebenaran dari adik Syima, akak akan letak gambar kawin dia dlm n3 akak datang.

Wednesday, February 17, 2010

Aku Yang Demam

Hari ni akak tak g keja, dapat MC, demam, sesema, sakit kepala n lenguh badan.  Dengan cuaca sekarang ni yg panas terik, berangin n berhabuk mudah dpt macam2 penyakit.  Anak2 akak pun makin sembuh dari batuk tinggal ckit aje lagi.  Semalam setelah 4 hari bercuti (cuti CNY), akak gagahkan diri naik tangga ofis...rasa cam nak merangka ja nak sampai tingkat 3 ofis akak tu.  Terpaksa g keja jugak semlm pasal nak settlekan byk dokumen, sebelom boss akak outstation ke JB.  Ikutkan hati akak, mau ja akak tido kat surau ofis.  Tapi pagi tadi akak memang tak daya nak bangun, just hantar msg kat member ofis inform akak MC hari ni.
 banyak lagik surat2 atas meja yg belum sempat masuk fail

Tengahari semlm waktu nak luar makan, puas akak n kengkawan meronda kawasan cari kedai mkn yg buka.  Semua kedai makan sekitar ofis akak TUTUP !!!!.  Sapa yang raya sebenarnya ni.  Sakit jiwa, dah la badan tak sihat, kepala pun sakit, kluar meronda carik kedai makan dalam cuaca yg panas terik, sakit hati beb.  Raya kita..sudah pastinya kita ambil cuti yg lama, ni..raya orang lain pun kita tumpang sama bercuti...sungguh mengharukan.  Orang yang beraya pun dah bukak kedai....ni org kita, kedai pun tak bukak2 lagik....lagi raya sakan org kita rupanya...gerammm akak.

Tima kacih kengkawan yang sudi membaca luahan hati orang yang kena sesema.

Tuesday, February 16, 2010

Tak Sempat Berpoya2

Apa itu strok/angin ahmar?
Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. 

Faktor risiko untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:

Apakah gejala strok/angin ahmar?

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
  • Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
  • Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
  • Sukar menelan 
**********************************************************************************
Info mengenai strok ni akak search kat http://www.myhealth.gov.my.  Banyak info2 mengenai berbagai jenis penyakit dan sebarang kemusykilan kita terjawab disini.  Apa yang menyebabkan akak tercari2 artikel mengenai penyakit strok/angin ahmar ni...???

Semuanya berpunca hari Jumaat lepas....akak baru je selesai masak utk mkn tghari, en. abah g solat Jumaat, biras akak call dengan suara yg sedih, bagitau husband dia (abg sulung en. abah, abg ipar akak le tu), hari khamis mlm ada mengadu sakit kepala n tak boleh nak sleep, tangan sebelah kiri rasa kebas.  So hari Jumaat walo dah dinasihat berkali jgn g keja, masih degil nak g keja ngan moto walopun kaki sebelah kiri pulak yg rasa lemah tak berdaya nak melangkah.  Balik keja ja, dia trus tdo keletihan, bangun tdo baru biras akak perasan yg mulut husband dia dah senget sebelah...tu yg cepat2 dia call akak n bagitau mende ni.

Akak tau abg ipar akak mmg tak penah buat checkup for darah tinggi n kencing manis..admitted kat ward pun tak penah seumo hidup (46 tahun pun).  Bila en. abah balik solat, akak bagitau apa yg berlaku n minta anak sedara en. abah cepat2 hantar ke PMC (Putra Medical Centre) sebelum mende yg lebih mudarat berlaku.  Kami pun lepas mkn tghari, bergegas ke sana.  Sampai di sana mmg betul, tangan n kaki kiri abg ipar akak rasa kebas n lemah, mulut senget ckit, nak bercakap pun susah.  Lama juga menunggu sementara Dr. nak check.

 tengah tunggu Dr....lama le jugak

Bila masuk jumpa Dr. aje, Dr. pun tergezut, kenapa tak cepat2 bawak ke sini.  Sebenarnya bukan tak nak bawak, tp abg en. abah yg tak nak ke hospital, puas dipujuk akhirnya baru setuju.  Setelah diperiksa, tekanan darah 240/180, kencing manis 17.5, semuanya bacaan tu tinggi melangit...memang merbahaya utk kesihatan...Dr. inform, kebas n lemah kaki dan tangan serta mulut senget tu adalah tanda2 minor stroke...dalam masa 24 jam boleh jadik bertambah serius kalo lambat dibawa ke hospital.  Akak yg masuk teman bersama en. abah pun jadik kecut perut mendengarnya.  Dr. nasihat soh berehat kat hospital sementara depa nak buat CT scan n check jantung.  Abg ipar akak memula tu bagai tak percaya ngan apa yg berlaku....dia menangis gak..kesian akak tengok, anak2 pun jadik tergezut bila tgk keadaan abah depa n mula menangis tapi bila dah lelama tu dia dah makin cool lepas MIL akak try tenangkan abg ipar akak tu.  
 anak akak si abg sudah semestinya bab interprem no. 1
dia yg lebih2 tdo sebelah ayong dia
Takutkan kengkawan, kalo kita lengah2 buat medical checkup.  Tak nak buat selalu pun takpe at least  setahun sekali, mesti buat.  Kalo terasa sakit kepala teramat sangat, cepat2 ke klinik berhampiran check tekanan darah sebelum mende pelik2 berlaku...risau akak, sekarang ni dizaman yg serba maju/moden n canggih ni, penyakit pun dah makin bertambah canggih..macam2 boleh jadik sekrg ni.  Peringatan ni bukan utk kengkawan saje..utk akak jugak...ermmm akak pun dah lama tak buat pap smear...kengkawan dah buat...????

Masa n3 ni ditulis, abg ipar akak dah kluar dr wad setelah 4 hari berada disana, dia yg minta kat Dr. nak kluar...memang bosan kalo lelama kita stay kat hospital.  Dr. bagi MC selama seminggu dan tarikh appointment seterusnya.  Pasal tu lah n3 akak kali ni bertajuk tak sempat nak berpoya2 sempena cuti CNY...hehehe...kami sekeluarga berpoya2 di PMC...memeriahkan suasana di tingkat 3 bilik no. 12, sampai nurse pun naik pening ngan keletah kami semua...maklumla kami punyai ahli keluarga yg ramai...bising dibuatnya.  Walopun masih mampu tersenyum, dalam hati en. abah...dia risau amat ngan kesihatan abgnya...dia tak nak kemana2 langsung...kami asik ulang alik ke PMC.

Saturday, February 13, 2010

N3 Malas Hari Khamis Lepas

Nak bangun tdo pagi tadi punyala malas...dengar bunyi alarm tpon pukul 5.30am, cepat2 akak matikan...golek kiri, golek kanan, tengok si kecik tdo ngan nyenyaknye...badan pun ok...tak panas...syukur alhamdullillah...Sejak sikecik demam baru2 ni, akak jadik phobia, asyik check suhu badan dia aje...kengkadang rasa kelakar ngan diri sendirik.

Malasnye akak nak bangun pagi.  Abg n siratu, memang tak kesekolah pagi tadi, kurang sihat..batuk n sesema.  Dengan rasa malas yg teramatnya akak bangun n trus mandi...siap ala kadar....badan rasa kureng ok...panas semacam, mata pun rasa panas berair, hidung tersumbat, batuk2.  Kena cepat2 makan ubat seblom sesema n batuk makin melarat.  Akak mintak tolong en. abah hantar anak2 ke umah mak akak pasal akak kena sampai ofis awal...ada hal penting kena settle seblom cuti raya cina.

Ok..bila bercakap mengenai Tahun Baru Cina...tahun ni adalah tahun Harimau....so akak dilahirkan dalam tahun harimau..hehehe....en. abah kata...patutla garang je awak ni...suara pun kuat mengaum kalo marahkan anak2.  So akak pun minta bantuan pak cik google..search serba ckit maklumat mengenai sifat manusia yg dilahirkan dlm tahun harimau ni...search punya search...terjumpala info ni....

Sifat positif :-
Berdikari, berani, yakin, dinamik, gigih, bertenaga, cerdas, sanggup berkorban, setia, mudah disayangi, baik hati, idealistik, serba boleh

Sifat negatif :-
Ada angin, cuai, gopoh, mementingkan diri, tidak sabar, suka mengikut gerak hati, terlalu yakin dengan pendapat diri, degil, terburu-buru, geram, suka bergaduh, ingkar

Paling serasi dengan manusia yg dilahirkan dlm tahun :-
Kuda, Anjing

Sederhana Serasi :-
Naga, Arnab, Harimau, Tikus, Kambing

Tidak Serasi :-
Lembu, Ular, Ayam, Kera, Khinzir

Hehehe...bila baca ni...baru akak teringat....en. abah dilahirkan dlm tahun Lembu....so tak serasi le agaknye akak n en. abah tu....(dlm tak serasi pun anak dah 3..kalo serasi..ntah2...10 org anak..kwanggg...kwanggg..kwanggg)
Kengkawan semua berpoya poya kemana sempena cuti CNY ni..????

Monday, February 8, 2010

Si Kecik Ku...1st Day

Pagi Khamis (4/2) lepas subuh, akak rasa badan sikecik sedikit panas, demam rupanya anak akak.  Dah hari Khamis pun so akak malas nak amiks cuti, lagipun ubat demam spare memang sentiasa ada kat umah.  Akak bagitau mak akak soh bagi sikecik makan ubat, sementara ptg balik keja akak nak bwk ke klinik.  Balik keja, badan sikecik masih panas+sesema, trus call en. abah inform nak bawak sikecik ke klinik, tapi dah pukul 6.30 ptg, byk klinik yg dah tutup, so we decide nak p sebelah mlm ja.  Sampai kat umah, akak 'jelum' si kecik satu badan n lap ngan towel lembab, memandangkan mak akak inform dia dah bagi mkn ubat sebelah ptg tu.

Lepas Maghrib, masih 'berjelum' trus akak bawak sikecik ke klinik.  Sikecik asik merengek, maybe tak selesa badan panas, akak dokong sambil pujuk2...tetiba akak terasa badan akak cam menggeletar...apsal ni..??? Rupanya sikecik dah 'tarik'...kelam kabut akak bawak masuk bilik Dr. Dr. dgn tenangnya bukak baju sikecik, lap badan sikecik ngan towel lembab n masukkan ubat kat montot...sekejap lepas tu badan sikecik dah tak kejang lagik...barulah terdengar dia menangis.  Syukur alhamdullillah. Akak memang jadi tak menentu, duduk salah berdiri pun salah, nak menangis pun dah tak boleh...akibat terlampau tergezut....akak tak penah tengok budak kecik 'tarik'...gelabah akak dibuatnya.

Tetiba akak rasa akak yang bersalah dalam hal ni, apsal le akak tak cepat2 masukkan ubat montot kat sikecik seblom bwk ke klinik. Akak ingatkan bila mak akak dah bagi mkn ubat ptg tu n akak dah lap ngan towel lembab, everything should be ok...rupanya salah tanggapan akak tu. Dr. tanya akak apsal bagi sikecik pakai baju dah tau dia demam.  Akak bagitau Dr. sampai kat klinik baru akak bagi sikecik pakai baju. Kat umah hanya pakai pampers aje.  Panas terlampau tinggi ni...tapi jgn bimbang dia dah ok.  Dia akan tdo sbb keletihan...kata Dr. bila budak kecik kena 'tarik' sama seperti kita p jogging...letih dan penat...semua otot2 badan sakit dibuatnya...kesian sangattt akak tengok dia. Dr. kata tak perlu ke hospital...makan ubat yg Dr. bagi...insyaallah lepas ni dia ok.  
Bawak balik umah, akak rasa tak sampai 1 jam lebih, dia dah terjaga...sambil tersenyum..sedih akak dibuatnya, trus bgn berjalan walopun masih terhuyung hayang, makan mee goreng yang mak akak bawak.  Lepas makan, macam2 yang dia cakap, tak terlayan le pulak. Dalam sejam lepas tu dia tdo semula..sedih aje bila tengok dia tengah tdo...akak berjanji akak akan pastikan mende camni tak berulang lg...insyaallah...n alhamdullillah...adik makin pulih.

Tuesday, February 2, 2010

Terkenang Semasa Dulu

Kengkawan masih simpan gambar time kengkawan sekolah dulu2. Macam akak, kebanyakan gambar time akak kecik n zaman sekolah rendah akak dulu banyak yg dah hancus musnah dek banjir besar tahun 2005 dulu....manyak gambar kenangan yg tak dpt diselamatkan, almaklumla..umah mak akak tiada berpenghuni time tu...depa p mengerjakan haji.  Sesetengah gambar yang dpt diselamatkan pun dah kureng kualitinya.

Kebetulan baru2 ni, akak dok godek2 kat fb, akak terjumpa ramai kengkawan masa akak sekolah rendah dulu, masing2 dah kawin dan punya anak dan dah berubah wajah pun.  Ada yang dulu tembam sekrg dah kurus, ada yg dulu tembam sekrg pun makin tembam, ada yg dulu kureng cute..tapi sekrg bertambahhh cute.  Sronok dpt jumpa kengkawan lama, dan akak amat2lah bernasib baik bila depa2 semua ni masih menyimpan gambar kenangan masa sekolah rendah dulu...meh kita tgk gambar kenangan mengusik jiwa akak...
kalo terror cuba carik 
  masa akak tadika (tahun 1980)
nama tadika tempat akak memula kenal ABC 'Tadika Cikgu Ainon'. 
time tu kiranya tadika nilah yang paling femes kat tempat akak.
  Cikgu Ainon (dah arwah pun) memang pandai mengajar...
pandai amik hati bebudak..blakang tadika akak ni ada satu lagi
tadika cina...slalu kami bergaduh ngan bebudak tadika sebelah
 
darjah 1 (1981)
korang nampak budak lelaki montel yang dok blakang cikgu tu...
dia la jiran sebelah umah akak dulu, namanya Kannan Kutti
ayah akak yg akan hantar kami berdua g skolah
dah memang kebetulan ofis ayah akak tak jauh dari sekolah
Cikgu yang tak pakai tudung tu, namanya Cikgu Azizah,
cikgu faveret akak ni, akak ngan kengkawan suka sangat tgk time 
cikgu ni berjala, penuh ngan lenggang lenggoknya.
Sekarang ni pun akak slalu gak jumpa cikgu ni pasal umah dia 
tak jauh dari umah akak
darjah 3 (1983)
si Kannan Kutti masih menjadi pelajar yang besarrrr punyeee kat dalam
kelas akak.  Cikgu Azizah masih ajar akak tapi dah lupa la subjek apa,
ermmm BM rasanya.  Cikgu Radzi (yg dok tgh) tu la cikgu kelas akak.
Serius orangnya, ajar akak subjek Maths.
Penah akak kena marah ngan dia, pasal tak siapkan homework
sedih sgt time tu..huhuhu...
Sekarang ni pun dia masih mengajar disekolah yg sama,
slalu gak akak jumpa time hantar ami g skolah
darjah 5 (1985)
Time ni dah ramai kengkawan yang dah mula pakai baju kurung ke skolah.
Cikgu Zainab Rani (baju biru), cikgu feveret akak time tu,
garang orgnya, best kalo dia ngajar, cepat faham.
Bila masuk sekolah menengah, masih berjumpa lagi ngan kengkawan
yang sama2 blajar sekolah rendah dulu, tapi bila habis tingkatan 5,
masing2 bawa haluan sendiri...ada yg keluar negara,
masuk U....trus lost contact...baru2 ni je berjumpa semula kat fb
errmmm gambar darjah 2, 4 n 6 masih belum ditemui...
masih dalam proses mengesan dan mencari