CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, January 31, 2010

Sayang En. Abah

Campur tolak darab bahagi, dah sebulan pun kita mengharungi liku2 hidup dalam tahun 2010, so dah masuk bulan Februari pun...sekejap aja masa berlalu.  Hari ni akak cuti jadik driver hantar abg n siratu pegi n balik dr sekolah..sebabnya..????....mama n ayah akak nak g pejabat imigresen, buat paspot nak g umrah. Sambil berladang, sambil masak kat kedai makan, sambil bela binatang kat zoo, akak sempat vacuum n mop lantai+mesin kain+lap perabot...maklumla tak dak bibik.

2 minggu lepas, en. abah ada merungut, hp samseng dia tu dah makin uzur berbanding ngan hp samseng akak.  Akak kata tak yah merungut,  alasan je tu sebenarnya nak tukar baru...walopun sebenarnya mmg betul hp en. abah tu dah uzur...hehehe.  Tengok la nanti kalo ada yg berkenan dihati, teringin gak la nak tukar hp baru...kata en. abah.  Rupanya betul, en. abah ajak kawan dia kat ofis g survey hp baru dan hp nilah yg dia bawak balik...
blackberry curve 8310

Bukan satu, tapi 2 hp...satu warna maroon n satu warna hitam.  Warna maroon tu sudah semestinya utk akak, pasal dia tau akak suka warna tu n satu lagi warna hitam...utk en. abah.  Tersengih2 gak la akak nengok hp tu...pucuk dicita ulam mendatang, bagi tak percaya en. abah nak belikan utk akak.   Takyah le dok tersengih kat situ, nak amik tpon ni...kata en. abah kat akak...pasal dia tengok akak cam shy2 cat nak amik tpon tu, malu konon...dalam hati terloncat2...tergedik2 dah akak ni.
Buat masa ni akak masih terkial2 nak guna tpon ni,  nak hantar sms pun tergagau2 carik huruf, maklumle keypad tu kecik sgt, dah la mata akak ni rabun..rasa cam tak sesuai lak tpon ni ngan akak.  Akak ni kengkadang tu ganaz gak, sambil drive pun boleh hantar sms,  dpt tpon cam gini rupanya...jgn mimpi nak hantar sms sambil drive....dok gagau cari huruf..sedar2 keta dah tercium montot keta depan...bahaya tu.

Walau berapa byk permasalahan sekalipun tentang cara2 penggunaan tipon baru ni...kena terima la..kan..owang dah hadiahkan utk kita...takleh merungut...kang nanti en. abah kecik ati laks....kesian dia...So tipon samseng akak tu dah bertukar tangan kepada si abang, memandangkan tipon samseng dia pun dah rosak.  Apapun, thank you so much en. abah..hadiahkan tipon kat akak...sayangggg sangatttt ...
en. abah punyerr
* Msg to En. Abah >--
Ermmm tipon u dah hadiahkan..so bila lak u plan nak tukar keta i tu.....????  U dah lupe ke...???? Tipon i tak minta u hadiahkan kat i .... tapi keta memang i mintak...hehehe....(kejam ke akak ni..???)

Friday, January 29, 2010

Cenderahati Untuk Kengkawan

Dah sebulan rasanya akak war2kan senarai TOP9 kengkawan yang rajin tinggalkan komen kat umah buruk akak untuk bulan Disember dan sebagai ucapan terima kasih yang tak terhingga kpd kwn2 yang rajin komen, yang membuatkan akak makin bersemangat nak memblog, akak akan hadiahkan satu cenderahati.  

Sejak akak beli cenderahati tu, akak memang belum berkesempatan nak balut n poskan utk semua kengkawan, cuma baru tengahari semlm, akak sempat bungkus 3 kotak cenderahati tu dan buatkan pos laju.  Kengkawan yang sempat akak hantar semalam adalah akak nza, shikeen@cybermummy n yaticrossstitch.  Lagi 6 kotak cenderahati tu, akan cuba akak pos lajukan dalam masa yang terdekat ni.  Masih dalam waitinglist are...Sumijelly, Niza@kancilbiru, Hada, Eida, Ujin n Yatie Chomeyl...tunggu ekk
kredit to Mekna..dia tolong snap gambar ni

Tapi yang bestnye..tengah akak dok taip n3 ni, akak nza hantar sms, cenderahati tu dah selamat sampai kat umah dia ptg tadi.  Alhamdullillah...cepat jugak ropenya.  Harap2 akak nza dan kengkawan yang lain, sudilah menerima cenderahati tu buat kenang-kenangan.  Insyaallah satu hari nanti, kita akan berjumpa jugakkan.

Wednesday, January 27, 2010

Majlis Doa Selamat

Kejadian Jumaat lepas - 22 Januari 2010 

Masa siratu n sitecik akak tu sambut birthday tahun lepas pada 19 n 20 November, akak tak ada buat birthday parti pun.  Just beli cake n bawak bebudak bertiga tu celebrate birthday kat Pizza Hut ja. Tapi dalam hati ada terniat nak buat kenduri kesyukuran/doa selamat utk anak2 akak beserta majlis bacaan yassin untuk arwah FIL yang dah genap setahun meninggal dunia pada 14 November ari tu.  Niat tu dari bulan November tahun lepas...terendam n terkubur, tapi alhamdulillah niat tu menjelma semula pada hari Jumaat yang lepas bila MIL ada suarakan hasrat hati nak buat majlis tu...akak pun apa lagi tumpang sekaki.

MIL akak decide nak soh biras akak yang masak, so Jumaat pagi akak n anak2 bertolak ke umah MIL memandangkan en. abah outstation. So proses masak memasak dijalankan oleh kami sekeluarga.  Ada tukang kopek kulit udang, ada yang potong daging, ada yang goreng kacang...semuanya ada tugas masing2..best memang meriah...akak tak sempat nak snap gambar utk dikongsi ngan kawan2 kemeriahan time memasak tu pasal tengah bizi giler jadi assistant chef.  Menu yang disediakan, kurma daging, kacang buncis goreng+udang, gulai ikan n sambal belacan. Selepas solat Jumaat, bermulala majllis doa selamat/bacaan yassin..sronok bila tgk ramai yg hadir.  Alhamdullillah semuanya berjalan lancar.
 cenderahati untuk yang hadir
mood adik yg kurengggg ok...tengah marah
cousin dia tak bagi dia susun dadih utk para tamu
majlis bacaan yassin bermula
 bab melaram sudah semestinya..jatuh kepada
my ratu...tak buat mende pun, melaram sakan
This is Afiqah Nadia 
(umo akak rasa dalam 7 or 8 bulan kot)
..anak Pak Su (adik en. abah)
Dia dah menjadi rebutan all her cousins..
badan dia boleh tahan gak boolatttnyee...

Friday, January 22, 2010

Update Abang n Siratu

Dah hampir sebulan abang n siratu bersekolah.  Si ratu buat masa ni alhamdullillah, tiada sebarang masalah dari segi pergaulan ngan kwn2/guru dan juga keja sekolahnya.  Sekarang ni pun dah pandai beratur beli makanan kat kantin, tapi akak masih soh dia bawak bekal ke sekolah.  Akak kengkadang tanya gak siratu, apa yg dia slalu beli kat kantin....katanya air sirap n nugget ja.

Selalunya setiap petang akak akan tanya, ada keja sekolah tak..???  So siratu akan xplain satu persatu keja sekolah yang cikgu bagi.  Macam kita dulu2 gak...setiap kali latihan yg cikgu bagi...bila kita dpt jwp ngan betul, tulisan yg cantik dan kemas, cikgu akan letak bintang kat buku latihan tu. She's sooo happpy bila dapat 3 stars sometimes 6 stars...so sekrg ni tengah dok pulun kumpul bintang kat buku pulakStarStarStar.  Kengkadang kalo kat buku latihan tu takdak stars...dia akan rasa sedih sgt...y mama, teacher doesn't give me stars????  Nak tergelak akak....hehehe

Abang memang dah sedia maklum dengan alam persekolahan ni...dah darjah 5 pun.  Sronok sangat bila dilantik menjadi ketua kelas.  So setiap pagi, dia akan pastikan mesti sampai sekolah lebih awal....nak ke bilik guru katanya, nak ambil buku kedatangan murid2.  
Sebelah petang pulak sekarang ni dah bermula latihan sukan. Sekarang ni tengah berlatih lompat tinggi yang tak berape tinggi dan lari 100m.  Sesi latihan bermula dari pukul 5.00pm - 6.30pm.  Selalunya lepas amik siratu n sikecik dari umah mak akak, trus akak g amik abg kat sekolah..kengkadang tu sempat la sikecik tu berlari2 kat padang sekolah sambil tengok abang berlatih.
Baru2 ni abang ada bagitau akak, dia terpilih wakil sekolah utk sukan hoki jadi penjaga gol.  Akak pun sengih2...sambil kata..jadilah tu..dah badan pun besar, tak kuat nak lari, pasal tu cikgu pilih jadik penjaga gol ja. 


jemput abang dari latihan sukan.
adik happy sgt dah lari2 kat padang sekolah

Wednesday, January 20, 2010

Cerita Ceritit

Dah dekat seminggu ropanya akak takdak n3.  Bukannya dah kekeringan idea, tapi memang tak sempat...dengan hal kat ofis pastu kat umah lagik. Ada kalanya, balik keja dah penat, nak kena tunggu anak2 zzzz baru dapat memblog...silap tunggu, maknya yang tdo dulu.  Kengkadang tu, hanya sempat buat sesi terjahan ja kat umah kengkawan.

Nak tau apa yg akak buat sepanjang 3 hari cuti baru2 ni. 3 hari tu adalah pd hari Jumaat n Sabtu yg sememangnya hari cuti bagi negeri Kedah sementara hari Ahad laks, Hari Keputeraan Sultan Kedah (stori minggu lepas la ni) 

Hari Jumaat  - Dimulakan dengan sesi sediakan bfast (cucuq lemak manis).  Pukul 11.00 pagi akak jadik driver hantar abg ke pusat  tuition. Lepas antar abg tuition, trus balik umah,sediakan mkn tengahari sementara nak jemput abg balik tuition pukul 1.00 nanti.  Menu simple hari tu...daging goreng +kentang n ikan bakar sumbat cabai.  Lepas Jumaat semua menu tu..selesai ada dlm perut masing2. Bila semua dah kenyang, trus...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz. Bangun tdo aje, dah petang pun, so mlmnya en. abah ajak window shop kat Alor Star Mall...katanya dia nak beli kasut. Sampai disana rupanya ada sale utk pemegang P-Card...best..best...akak sempat sambar 3 helai baju utk siadik n tali pinggang utk en. abah. Plan nak ke umah MIL terpaksa dicancel pasal kluar dr Mall tu pun dah dekat pukul 11.00pm.

Hari Sabtu - trus brunch (b'fast+lunch) lepas hantar abg g tuition pukul 11.00am tu. Sementara nak amik abg balik tuition pkul 1.00pm, akak ajak en. abah, pusing2 kat satu kawasan perumahan baru still under construction. Ada rumah contoh (semiD 2 tgt), trus singgah nak tengok interiornya.  Memang cantik sangattt...ruang tamu n master bedroom...luassssss.   Tingkat atasnya ada 3 bilik+1 bilik bacaan....tanye punya tanye...harganya RM268,000.00, tinggal 4 bijik aje lagi yg kosong. Teringin nak beli umah camni.  Setakat ni hanya mampu semiD setingkat aje..huhuhu....Selalu gak akak n en. abah, survey tapak projek taman perumahan..belum jumpa yg berkenan dihati...tapi kali ni..dah terbekenan la...cuma akak tak sempat nak snap gambar...terlampau leka tengok umah tu.

Hari Ahad - bangun pagi en. abah bagitau semlm dia mimpi kami sekeluarga dah pindah kerumah baru tu..hehehe...sampai terbawak2 dalam tido rupanya...dasyat gak tu. Seperti biasa buka kedai dobi, memasak, vacuum n mop lantai. Sebelah malamnya baru bergerak ke rumah MIL.  Dah 3 minggu sebenarnya tak balik sana, pasal en. abah asik ada hal ja.  Kebetulan BIL pun on the way nak ke umah MIL..so meriahlah suasana mlm tu.  Menu mlm tu siakap 3 rasa, sup tulang, tomyam sotong n kerabu pelam.  Sedapnya makan reramai camtu, lupa dunia...2 x gak akak tambah nasi...berselera betul makan malam tu. MIL ada plan nak buat kenduri baca yassin utk arwah FIL hari Jumaat nanti.  Cepat masa berlalu..dah setahun lebih pun FIL meninggal.

Jangan tergezut lak....akak tengah letak mask kat muka en. abah ptg tu.  Slalu gak akak buat facial kat muka dia....pasalnya...muka en. abah ni jenis yg berminyak...pastu pipi lak berlobang2..rasanya zaman muda2 dulu suka sgt kot picit jerawat..tu pasal jadik camtu...hehehe..jangan marahhhh haaa en. abah. Sementara nak tunggu mask kering..sempat lagik dia sleep..sabar jela

Saturday, January 16, 2010

Nilah Jadinya

Masa g KL ari tu,  en. abah ada beli satu khemah kecik.  Akak ada tanye utk apa dibelinya...katanya sesaja...kebetulan Ami join persatuan pengakap, kot2 boleh practice bercamping kat laman umah.  Nilah jadinya kalo dah beli....

depa dah tak mo tido dalam bilik...nak tdo dalam khemah laks...
sungguh haru

Friday, January 15, 2010

Wow Makin Boolattt

Dah 2 hari en. abah demam, tapi sebelah mlm aje...Sebelah siang sihat walafiat, kesana kemari, time mlm ja...badan pun mula panas, asik merungut sakit kepala.  Tugas si isteri cam biasa, trus ke dapo, cari ubat, ubat demam, sesema n batuk mmg sentiasa ada kat umah, takut berlaku kecemasan. Nak bagi makan ubat pun cucah..ingatkan budak kecik aja yg cucah mkn ubat, ropanya org dewasa pun susah nak mkn ubat.  Tak kira akak paksa gak en. abah mkn ubat..tu pun ubat demam, berjaya ditelan sebijik ja.  Ajak ke klinik pun tak nak.  Susah betol !!!!. Tapi bila akak balik keja ptg semlm, akak tengok en. abah dok terbaring kat depan tv, akak paksa gak, nak bwk en. abah ke klinik... 

Lepas maghrib, cari klinik dekat ngan umah. Time en. abah nak masuk jumpa doc. bebudak bertiga tu pun kelam kabut nak masuk sama...bukannya nak buat apa pun just nak timbang berat badan masing2. Nampaknya bebudak bertiga tu makin bertambah berat badan masing2. 

Bermula ngan si abang = 49kg..tergezut gak, last timbang baru 42kg, dah naik lagi 7kg, kalo bab makan memang bersemangat, semuanya masuk mulut tolak batu n kayu.  Bila si abang tgk berat badan dah makin naik, dia pun mula berazam nak turunkan berat badan, nak diet or nak posa...boleh caya ke tu..??? takpe kita tgk lepas ni.

Si ratu pulak nak timbang berat badan dia = 22kg (okla tu, maintain, tapi sekrg ni siratu pun dah nak ikut jejak langkah si abang, bersemangat kalo time makan, 2x tambah nasi, tapi memang nampak badan siratu makin bolllattt)

Here come, sikecik...memula tu dia trus duduk kat atas penimbang tu sambil tersengih2, datang si abg betulkan posisi si kecik, kena berdiri la dik...dia pun trus berdiri and this is his weight, = 15kg (2thn 1bulan).  Last akak timbang, rasanya baru 11kg.  Sebelum ni dia mmg nampak kurus, sekrg nampak sikit bollattt...alhamdullilah...makin bolllatt semua anak2 akak.

Wednesday, January 13, 2010

Kisah Hari Ni....

Pagi tadi, awal gak akak bangun, sediakan maggie goreng kat bebudak berdua tu utk bekal kesekolah, sambil panaskan ayam KFC semlm yg ada lagik 2 ketol..tak disentuh pun oleh bebudak tu. Beria2 nak g mkn KFC...nak itu nak ini..order nasi ayam, order nugget, order ayam goreng.  Dah kenyang mkn nasi ayam, mende lain dah tak mo sentuh, masa lapar tu sumer teringin nak makan, bila dah kenyang...camtula jadinya..takpe..boleh buat bekal kesekolah.

Dah settle semua, time nak masuk lam keta ja...sesi berebut tempat duduk depan pun bermula.  Siratu nak dok depan, si abg pun nak dok depan, maka berlakulah perang mulut, macam2 ayat power yg kluar dr mulut abg, maklumlakan dah makin besar, dah nak masuk 11 tahun nengok dunia...maka perbendaharaan kata pun makin banyak.  Bergoyang-goyang keta cumel akak bila 2 org makluk yg sorang tu beratnya 42kg dan sorang lagi beratnya 22kg...berebut tempat duduk dlm keta. Akibat sakit ati siratu menang dlm pertandingan merebut tempat duduk depan, maka si abg pun dengan bangganya mula mengutuk siratu....rambut penah ada kutula, ratu merajuk la...macam2lah...

Memula akak diam ja, kot2 sat lg akan stop, rupanya tidak, makin berpanjangan...akak pun mulala mengaum mengalahkan tarzan...akak warning, kalo lepas ni abg n ratu still dok bergaduh.... mama akan lari dari umah, biaq abang n ratu dok ngan abah ja....trus depa berdua diam n menangis....sesi airmata la pulakkk..."mama jangan la lari dari umah tinggai kami....kami janji tak buat lagik.."  Hehehe...berjaya gak sesi gempaq akak tu....trus tenang dan aman suasana dlm keta.  Lega rasanya.  Lepas hantar bebudak berdua tu kesekolah, akak truskan perjalanan ke tempat keja.  

Tak sampai separuh jalan, baru ja plan nak merempit tetiba jem pulak..panjang lak tu, mesti ada xcident kat depan...harap2 la tak dak yg tercedera.  Akak ni takleh tengok apa2 yg berkaitan ngan xcident..nanti ketaq lutut, tak leh lak nak drive. Kawasan tu memang slalu berlaku kemalangan...rupanya ada lori terbalik melintang jalan...patut la...lama gak akak tersangkut kat situ...sampai ofis..touch aja card...dah pukul 8.15am....hampehhhh

Monday, January 11, 2010

Tak Cukup Duit Lagi La.....

Satu malam tengah akak dok kusyuk iron baju sekolah bebudak berdua tu, tetiba akak dengar suara si Ami merungut-rungut dari dalam bilik dia..ntah apa2 yang dirungutkan tu...tak pasti lak akak tapi suara tu makin dekat ngan akak... 

"Alah mama...duit Ami baru ada RM150" (sambil dok kira duit sekolah yang dikumpul). 

Sejak Ami darjah 4 lagi, setiap minggu persekolahan, akak akan bagi RM10 kat Ami...so pepandaila dia nak budget duit tu utk belanja waktu rehat, aktiviti ko-k disebelah petangnya, nak beli pemadam ke, pensil ke, buku tulisan tambahan ke..terpulang la pada dia tapi selalunya duit tu tak penah habih, mesti ada balance..yang balance tula akan masuk tabung. 
Minggu berikutnya akak akan bagi lagi RM10, saje nak tengok pandai tak dia berjimat, tapi dalam masa yang sama akak akan warning dia jugak..duit yang mama bagi ni harus digunakan pada jalan yang betul, jgn cuba beli mende2 yg mengarut2 kat koperasi sekolah..ok..
alhamdullillah buat masa ni dia masih lagi mendengar segala warning akak tu.

Mama : Ami nak buat apa asyik dok kira duit tu???
Ami  :  Ami nak kumpul duit sekolah Ami banyak-banyak
Mama  : Ami nak buat apa...Ami plan nak beli apa2 ka..??
Ami  :  Yup, Ami plan nak beli keta kat mama
           Ami kesian kat mama, bawa keta kecik p keja 
Mama  :  Fuyooo...keta apa tu Ami nak beli kat mama..???
Ami  :  Keta Volvo S40
Mama  :  Lambat lagi la cik abang oiiii...kena kumpul duit tu sampai ke tua
             baru leh beli keta tu
Ami  :  Takpala...Ami kumpul la ckit2, janji mama boleh bawak keta tu

Tersentuh hati akak, bila dengar Ami cakap camtu....cepat2 akak peluk dia.  
Ami memang sowang anak yang boleh diharap, jaga adik2 kalo akak sibuk kat dapo..walopun , kengkadang tu lebih byk menyakat dari menjaga, dia jugak yg kdg2 bangun pagi kejutkan akak...5.30 pagi lak tu... Sikap dia pun sejibik cam akak, mudah menangis, tambah2 kalo tengok citer yg sedih2..jenis yang sentimentel ckit.  Tak sangka lak, ada niat dihati dia nak belikan akak keta tu...hehehe..  Ermmm dok tengah pkir...bila akak boleh dpt hadiah keta ni...bila tu Ami..????


Saturday, January 9, 2010

Mandi Manda @ Pantai Chenang

Lepas sesi tengok ikan, kita sambung sesi mandi manda lak.  Bab mandi manda ni, minta maap la yer..akak kurenggg minat....walopun sebenarnya niat nak mandi tu melonjak2 kat dlm hati ni, tapi memandangkan sesi menyalin pakaian, trus niat tu terendam kat dlm hati. Biar la anak2 akak ja yg berendam kat dlm air...aku tukang tgk jadi la.  Sampai ja kat sana, cepat2 depa salin pakaian, trus nak g mandi..tak sabaq2 btoi la

rasanya budak kecik ni dok tengok apa..???

tengah main ngan ombak...best...soo happy..

sesi berendam, membuang segala sisa daki yang ada...

meh kengkawan...berendam bersama

 
dalam proses nak buat sand castle

bizi dok cari kulit siput n anak ketam
 
nilah sand castlenye...hehehe...istana apakah itu..????

kalo terror...cuba teka...siapakah artis ini.....????
ramai tau artis kat Pantai Chenang hari tu...maklumla..
sambut new year, ada Adi Putra, Fauziah Gaos n Ikram
akak kalo bab bergambar ngan artis...kureng minat



budak tecik keletihan..sleep kat dlm bot
Tamat sudah sesi melancong untuk tahun 2009

Thursday, January 7, 2010

Semuanya Pada 7 Januari 2010

7 Januari 2010 genap umo boss akak 41 tahun.  Patut la pepagi tadi masuk ofis ngan wajah yang ceria, siap tegur semua staff....ropa2nya birthday dia.  Slalu akak sakat dia, kalo pepagi masuk ofis muka cam cuka, tak suka la akak nengok muka boss bermasam n bermuram durja camtu, tak handsome, nak buat keja pun tak dak mood.  Kena happy walo berjuta masalah yg melanda diri..tak gitu kengkawan.  Happy Birthday Prof., semoga panjang umo, dimurahkan rezeki n happy selalu...oppppss satu lagi..selamat bergaya ngan BMW merah yang baru dibeli....life begins at 40...makin bertambah usia boss akak, makin handsome dia..makin keciwi ngan keta barunya...hehehe..sowwy boss...jgn marah haaaaaa

Hari ni hujan tersangatla lebatnya pd sebelah petang....best..best...sejuk ckit alam Sintok ni...berkabus..rasa cam kat Cameron Highland lak..tapi yang sedihnya mai ofis pagi tadi, masuk pantry nak bfast, buka air kat sinki nak basuh tangan, tapi air yg keluar teramatla kecik+ckit...air tak dak rupanya hari ni, nasib baik akak dah masuk bilik termenung pepagi tadi kat umah, kalo harap nak termenung kat toilet ofis, jgn mimpi le hari ni...tahan2 ajala apa yang patut.  

Menu utk siratu bawak bekal kesekolah tadi adalah cucuq udang...akak kena gak buat sesuatu utk dia pasal akak tahu dia masih tak pandai lagi nak beratur kat kantin beli makanan. Nak soh abg tolong pantau pun, waktu rehat abg tak sama ngan siratu.  Siratu keluar awal 1 jam dr. abangnya.  Nasib baik la setiap kali abg rehat, dia akan p jengok2 kelas adik dia. Bermula tahun ni, akak kena sediakan menu simple utk siratu bawak bekal ke sekolah, dan antara menu yg slalu bermain dlm kepala hotak akak ni....sandwich, nasi goreng, nugget...apa lagi ha....????

Hari ni gak tpon akak n en. abah kena barred, semuanya gara2 lambat bayar bill...padan muka akak.  Sebenarnya bill tu akak dah bayar pun semlm tp kat pejabat pos aje.  Lambat agaknya depa nak proses, so pagi tadi kena barred la tipon akak tu, nasib baik dlm pukul 12.00 tghari, line dah ok...lega..kalo tidak mesti en. abah bising kat akak, gara2 suka sgt tangguh bayar bil. 

Hari ni gak, akak tertinggal botol susu sikecik kat umah.  Kelam kabut apa ntah pepagi tadi, sampai lupa segala.  Sampai kat umah mak akak, baru perasan botol susu sikecik tertinggal.  Selalunya ada botol spare kat umah mak akak, tapi kebetulan hari ni, botol spare missing in action, terpaksala mak akak guna botol susu siratu (jgn tak tahu, siratu masih lagi berbotol utk lepas gian time balik skolah n sebelah mlm b4 zzzzzzz).  Tapi sikecik dia mmg kenal sgt botol susu dia, dia tak nak minum botol susu siratu, katanya "ni nenen kakak, bukan adik nyerrrr".  Nasib baikla en. abah ada keja berdekatan ngan umah mak akak, so minta tolong dia hantarkan botol susu sikecik...Fuhh...semuanya berlaku pada 7 Januari 2010.

Wednesday, January 6, 2010

Jalan-Jalan Tengok Ikan

Dah banyak kali akak p Underwater World, tapi ntah...setiap kali p Langkawi, anak2 akak mesti gak nak masuk tengok ikan kat situ.  Last akak ke Langkawi, kalo tak silap akak, masa umo ratu 3 tahun kot.  So g Langkawi baru2 ni pun tempat yg sama gak, depa ajak akak p...layan jalah karenah bebudak tu.  
Memang ada penambahbaikan kat Underwater World tu.  Bagi Ami n Siratu, tengok ikan2 kat situ dah perkara biasa, dah byk kali pun kesana tapi bagi si kecik, satu mende baru bagi diri dia, this is the first time for him, aksi dia yang paling best, menjerit2 bila tengok ikan....fish, fishhhhh, fishhhh...baby fishhh, mama fishhhh....sampai pengunjung yg lain pun asyik gelak tengok gelagat dia. 

 berpozing sakan sikecik akak tu..time mood ok
kalo soh senyum ja..camnilah yg akan dia buat..
tersengih sampai tertutup mata

Tapi, bila dah lama dok meronda tengok binatang kat dlm tu, kaki dah lenguh, dah tak larat lagi nak berlari kesana kemari, mula la nak buat perangai, dah tak mo senyum bila en. abah soh dia berposing kat tepi aquarium ikan....macam2 mimik muka yg dia buat. 




angin kus kus dah mari...tak nak bergambar sama2

nampak cam manja peguin ni...
 
asyik masyuk

ni kerja en. abah, kalo boleh semua ikan, species kat
Underwater World tu dia nak snap

antara lukisan menarik yang dipamerkan kat sana
memang cantik...

Monday, January 4, 2010

Kepada Sesiapa Yang Berminat

Pada sesapa yang ada anak menakan, anak sedara, anak sepupu termasuk gak anak2 sendiri ...tolong war2kan ok..jom ramai2 pakat p Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010.  Masuk free ok, tak gaduh kena beratur beli tiket segala.  Yang penting ada cabutan bertuah...hehehe.  

Tak lama lagi keputusan SPM akan keluar, so bolehla p survey,  tengok course yang apa yg sesuai ngan jiwa dan kelayakan masing-masing.  Informasi tentang kemasukan tu amat penting.  Boleh tanya sebarang kemusykilan...semuanya untuk masa depan anak-anak kita.

Sunday, January 3, 2010

new year @ Dataran Lang

Hari Khamis lepas amik siratu dari Hari Orientasi Darjah 1, lebih kurang pukul 2.30 ptg, kami sekeluarga bertolak ke Kuala Perlis, nak ke Langkawi. Ni semua idea en. abah n member dia.  So kami pergi 2 family...saja jalan2, penutup cuti sekolah tahun 2009.  Kami amik bot pukul 4.30 ptg.  Owang...tok sah cakap la, punyala ramai.  Nasib baikla cuaca hari tu pun ok, alhamdullillah, kalo hujan mau beralun nanti kalo naik bot, tobat muntah hijo akak nanti. Sampai disana dlm pukul 5.15 ptg, trus cari keta sewa, dpt sebijik Unser, cukup untuk 2 family.  

sooo happy..dlm keta Unser

Sebelum decide nak kesana, en. abah dah call member dia yg kebetulan ada penginapan kat sana, so dapatla tempat ni De Baron Resort, hotel yang akan beroperasi pada 15/1/10 nanti, kalo tak booking awal2 tobat tak dak penginapan kat sana.  Ok gak hotel tu, hotel tak berbintang rasanya tapi selesa.  Swimming pool pun tak siap lagi, masih undercontruction tapi memang cantik, mengadap laut.  Akak recommend kalo kengkawan nak g langkawi, buleh stay kat situ.
 
 
memang selesa dan nyenyak tdo akak mlm tu 

Malam sambut tahun baru, kami decide nak p lepak kat Dataran Lang, nak tgk cam mana sambutan tahun baru kat Langkawi..hehehe mengalahkan budak2 gak akak ni kengkadang.  Mlm tu mmg ramai manusia, tua, muda, org putih, org hitam, org kelabu..semua ada, angin bertiup sepoi2 bahasa...memang sejuk sesangat tapi sanggup kami sekeluarga tunggu sampai detik 12.00 mlm. Patutnya kat Dataran tu dipasang skrin gergasi...boleh gak tgk sambutan tahun baru kat Dataran Merdeka, tapi apakan daya tak dak semua tu, langut la tgk replika sang helang yang kaku tu, sambil badan dah jadi separuh beku dek tiupan angin.

 
Masa memula sampai kat Dataran ni, sikecik baru ja sleep, bila bangun, dia tergezut tgk burung helang tu....tak henti2 dok sebut..."bird caq...bird caq = burung besar"Bila tepat jam 12 mlm, kami semua yg ada kat situ dok tertunggu2 kot ada percikan bunga api ka, apa ka...surpriseeeee!!!!...memang ada percikan bunga api tapi dari hotel yang berdekatan, boleh nampak la dari Dataran Lang tu...jadilakan dari tak dak langsung...hehehe...kata penduduk kat situ, lebih meriah sambutan tahun baru kat Pantai Chenang, meriah ngan pelancong asing,  nak buat apa tengok depa, baik tengok replika burung helang...tak sakit mata...hehehe....sambung lagi ok....

Saturday, January 2, 2010

Kengkawan Sekalian...Jangan Lupa Tinggalkan Alamat Ok

Ni stori 31 Disember 2009, akak tak sempat nak post...kelam kabut...backdated ok...

Akak baru balik dari sekolah si ratu. Hari ni (maksudnya on 31/12/2009) Hari Orientasi...ok ja si ratu..tiada masalah...lega rasanya. Akak nengok pelajar kelas lain pun ok gak...tak dak sorang pun yang menangis...bagus...bagus. Sementara si ratu kusyuk mewarna kat dalam kelas, akak g beli buku tulis utk abang n si ratu dan settlekan yuran sekolah si ratu. Fuhh.. lega, settle satu bab, cuma yuran abang akan dibayar hari Ahad nanti.

Setakat pukul 1.45 tengahari, 31 Disember 2009, nilah senarai 9 kengkawan akak yang rajin tinggalkan komen kat umah buruk akak. Perasan tak nama Syahadah keluar 2x. So akak kira satu jelah..tu yang jadik 9 orang semuanya.

So kepada nama yang tertera diskrin pc anda tu nanti..hehehe...sila tinggalkan alamat umah n no. tipon kengkawan semua kat emel akak ok....ada ckit cenderahati dari orang Kedah.     (mamasyaza74@yahoo.com) 

Akak tak leh nak kira sampai tengahmalam ni pasal akak nak p bertapa kat Gunung Jerai jap....hehehe..cari ilham utk tahun 2010.  Akak cuma boleh kira setakat tengahari ni ja....so jgn lupa tau..tinggalkan alamat umah n no. tipon skali. Nanti akak akan pos cenderahati tu.

akak kat kelas....Hari Orientasi

sedap gak mee goreng tu...licin akak makan...
sementara tunggu siratu