Jumaat malam on the way nak ke Rumah Pizza
Sikecik : Abah, nanti singgah kedai tau, adik nak beli coklat.
Abah : Adik ada duit ka, nak beli coklat..?Sikecik : Errmmm, tapi adik tak dak duit la.
Abah : Dah kalo tak dak duit, adik nak beli dengan apa..???Sikecik : Adik beli dengan tangan la..
Heheheh....betul la tukan...nak beli dengan apa lagik kalo bukan dengan tangan
Hari Sabtu pagi
Hari untuk bangun sedikit lewat dari hari biasa. Nak kena hantar Ami g tuisyen pukul 11am. Ratu n sikecik awal-awal lagik bangun n terus ngadap tv. Akak lak seperti biasa, terus masuk bilik air, mandi. Hari cuti kami selalunya b'fast n lunch kat luar je. Lepas mandi akak sesaja la jengok kat luar dari tingkap bilik akak, tengok pemandangan luar, sekali akak tengok grill pintu depan terbuka luas. Sapa yang kluar umah pepagi ni..??
Tak puas hati, cepat2 akak p check. Keputusan hasil siasatan akak, rupanya, grill tu memang dah terbuka dari semlm, kunci umah masih melekat kat tombol pintu kayu. Maknanya kami sekeluarga tdo semlm ngan pintu tak berkunci. Macam serah diri kat pencuri, bagi pencuri masuk umah. Suspectnya, tidak syak lagi keja en. abah. Selalunya sebelum masuk tdo, dia akan merokok kat laman umah, baru 'feel' katanya, feel punya pasal sampai masuk umah tak kunci pintu. Nasib baikla tak ada apa yang berlaku. Kawasan perumahan akak tu selalu gak pencuri buat projek, tapi sekarang ni dah kurang sejak penduduk kat situ bersepakat nak jadi pak guard, buat giliran meronda bermula dari pukul 1am - 5.00am.
To en. abah - Tobat lepaih ni jangan dok buat dah mende camni.