Tengah melepak atas katil ngan sikecik semalam, peluk2 nak bagi dia tido, sementara tu, akak sembang-sembang le ngan dia. Akak bagitau dia, sekarang ni dia dah besar, lepas ni dia dah tak boleh pakai pampers lagik, budak lelaki besar cam dia, tak pakai pampers dah. Sebelah siang, memang dia dah jarang pakai pampers, sebelah malam, tak berani gak nak biarkan tak pakai pampers, kang banjir lak bilik akak. Cepat ja dia menjawab, a'ah btoi mama, tak leh pakai pampers lagi, kena pakai panties. Tergezut akak, dia boleh jawab camtu. Akak cepat2 betulkan, bukannya pakai panties, pakai spender la...hehehe. Bertuah punya budakkkk
Akak rasa, ramai diantara anak kecik kita yang ada bantal busyuk or selimut busyuk. Sikecik akak pun tak ketinggalan semua tu, dia ada selimut busyuk n sekor teady bear orange buat teman tdo memalam. Tanpa selimut busyuk n teadybear ni, sah2 le dia tak leh nak tdo, musti carik sampai jumpa 2 mendealah ni, barulah dpt tido nyenyak.
Baru-baru ni, si teadybear tu, tertinggal kat umah ibu tercinta, sedar ketiadaan teady bear tu pun dah lewat, dekat pukul 11.15 malam. Puas akak pusing semua bilik cari teady bear tu, at last baru teringat, si orange tu ada kat umah ibu tercinta. Si kecik akak ni pun apa lagi, asik merengek+menangis, nak jugak si orange. Puas akak pujuk, esok kita g amik la teady bear tu, pujukan tak meninggalkan kesan langsung, tak makan saman, sikecik nak gak teady bear tu. Nak tak nak, pukul 11.30 malam, terpaksala akak angkut budak bertigas tu, g umah ibu tercinta semata-mata nak amik siorange, sakitnya ati akak. Kebetulan malam tu, en. abah outstation. Sikecik akak tu, bila dah jumpa siorange, siap cium tak lepas, terus tak sabar nak balik umah, nak tdo...memang budak bertuahhhh, sungguh2 dia menguji kesabaran akak...hehehe
Kemuliaan Bercucuk Tanam
-
Assalamualaikum salam hari Jumaat semua. Harini mama nak share tentang *Kemuliaan
Bercucuk Tanam*. Ini ialah schedule post.
Kemuliaan Bercucuk Tanam
عَ...
2 days ago
18 comments:
saperlar tak sayang anak.. tapi ader kan.. kanns
to en_me,
ibu mana le yang tak sayangkan anakkan, walopun kengkadang tu cukup menguji kesabaran, yang tak sayang tu ada sebabnya, bukannya dia tak sayang, tpi keadaan memaksa ketepikan perasaan tu. sedihkan bila tengok baby kena tinggal
si orange tu dah jadi best fren dia...dia pun tau rindu gak kot...takper kak layan jer...dah besaq esok tak dak dah bantai busuk...ekekeke..
tu dia, jenoh jgkla mlm2 kena pi ambik pulak teddy bear tu. tp nak buat mcm mana, nanti meragam x boleh tidoq, lg susah.
hahahaha... umah ibu kak su tak jauh eh... sebla tak jauh... klu jauh.. cemane??? tak ke lg haru.. semata kerana si orange.. heheh
kekadang kita memang tak sampai hati biarkan anak kita tak nak makan bagai...dah tengah malam pun sanggup carik barang busyuk dia kan...moga2 anak2 kita akan ingatkan kita bila dah besar nanti...
su,
mak aiii, sabor & rela melayan kerenah anak.. kalo kakyong ntah lah, lagipun x de kenderaan.. mau tak mau memang kena bertegas bgtau amik esok... ;)
hehehe memacam ye kak sue..dulu anak bujang lin ada la 'kain' dia utk tido..tp boleh tuka2, means boleh cuci la..bila adik dia dah ada, dia ajar pulak nak tido, amik kain!hahaha skrg tak de dah..tp kalau nak balik melaka ke, lin bagi jugak la..bg mood, tido dlm keta... :)
kelakar jerr adiknya..pndai sungguh..
mmg kebykkn anak2 ada bntal n bear bucuk ttp anak2 kak nza xdelh yg ada khazanah tu...ttp anak2 buah mmg siap ada dgn selimut sklali..kelakar tgk. naik flight pn angkut..hu..
to dinas,
memang jenohhh+gerammmm+sakit ati, pasai mlm2 buat terpaksa drive semata2 nak amik teadybear tu, nasib baik la dekat
to niza@kancilbiru,
mmg siorange tu dah jadi teman tdoq dia, kalo tak dak siorange tu, gelisah ja time nak sleep. Dah besaq esok tak dak dah bantai busyuk....boleh dipercayaika tu..??? siratu tu dah darjah 1 pun masih ada bantai busyuk..dah la nak basuh tak bagi..sakit jiwa bila tercium bantai busyuk dia tu
to yan,
pasal tak jauh tula terpaksa g amik. kalo jauh tak kuasa akak nak melayan lagi, baik tdo, tapi cam mana nak tdo kalo asik dengar merengek nak teadybear je
to zaidah,
yup betul, tak sampai ati tengok dia dok nangis, pagi tadi akak nak g keja pun dia menangis, 2 hari cuti, nak kena tinggal mulala merengek, nak ikut mama g keja...kesiannn
to kak yong,
buat masa ni masih boleh bersabar, cuma kengkadang tu, geram sangattt mula la nak jadik tarzan, harimau, buaya..baru depa takut ckit
to nik,
tu la pelik bebudak ni. bukannya kita ajar pun tdo bertemankan bantai, selimut n teadybear busyuk, diaorg sendiri yg memandai tdo ada teman...hehehe..layan jelah, janji depa happy
to akak nza,
samala cam anak2 su, nak g holiday pun angkut, kang takleh tdo lak nanti..sungguh mengharukan
alahai..
irfan pun sama.. mesti nak bantal busuk dier.. tapi setakat ni tak la sampai kena p amik kalau tertinggal bantal.. sbb dier boleh diberi bantal lain masa nak tido janji dier leh gentel2.. ahahahha..
adoyaiii.....
Erisha pun sama akak.ke hulu ke hilir di bawanye..g taska pun dia bawak.kadang2 malu ngan cikgu2 kat situ...kang kalu x bagi nangis plak.
Post a Comment