CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 29, 2010

Cerita Cowboy, Cerita Anak-Anak

Baru-baru ni akak ada terima kad jemputan dari AVON untuk memeriahkan Parti Jualan Avon yang akan diadakan di Equatorial Hotel, Penang pada 11 Julai nanti.  Ingatkan free, rupa-rupanya kena bayar yuran penyertaan sebanyak RM35 seowang.  Teringin jugak nak bawak anak-anak p, tapi tertulis kat kad jemputan tu 'kanak-kanak tak dibenarkan masuk'...pulak dahhh.  Tapi yang paling best sekali tentang pakaian utk hadir ke parti tersebut....kena pakai pakaian COWBOY..!!! Tak dapat dibayangkan kalo akak pakai ala-ala cowboy gitu, sah-sah en. abah tergolek-golek gelakkan akak.
Jadik, kesimpulannya, akak tak dapat le nak hadirkan diri ke majlis ni,
gara-gara pakaian COWBOY

Semalam lepas hantar ami p tuisyen, on the way nak keumah ibu tercinta, sambil drive akak terdengar perbualan antara siratu n sikecik, lebih kurang cam ginilah...

Adik  =  Kakak, kalo adik mati, kakak nak dok ngan sapa..??
Siratu  =  Kakak dok ngan adik la...
Adik =  Ler...kan adik mati, kakak nak dok ngan sapa ?(diulang sekali lagi)
Siratu =  Kalo adik mati, kakak dok ngan mama lahhh
Adik  =  Heeermmm....pandaiiiii punnnn

Sekarang ni sikecik akak, tengah sibuk mempraktikkan penggunaan perkataan "pandai pun".  Apa saja yang owang cakap ngan dia, mesti dijawab, "pandaiiii punnn"

Monday, June 28, 2010

Nombor Telefon Tuhan

Sampai  kat umah lepas habis kem solat bestari Sabtu lepas.

mama = kakak belajaq apa kat kem solat tadi ?

siratu = ustaz ajaq cara-cara nak amik ayaq semayang, pastu ustaz bagi nombor telefon Tuhan

mama = no telefon Tuhan..???

siratu = yaaa..nombor telefon Tuhan (sambil cepat-cepat mengangguk), ustaz kata cuba telefon nombor ni - 24434, tula nombor telefon Tuhan, nanti akak nak call nombor tu, buleh cakap ngan Tuhan

mama =  herrrmmmm - 2 rakaat solat subuh, 4 rakaat solat zohor, 4 rakaat solat asar, 3 rakaat solat maghrib n 4 rakaat solat isyak, betul la tu, nombor telefon Tuhan.  Tapi sampaila kehari ni akak belum cuba lagi call nombor 24434 tu.

Sunday, June 27, 2010

Risaunya Hati Ini

Hari ni akak dah start keja setelah 2 hari bercuti jaga sikecik.  Terima kasih banyak-banyak pada semua kawan-kawan blogger yang sentiasa mendoakan kesihatan anak akak, dan juga pada kawan-kawan yang melawat sikecik akak tu, memberi semangat pada akak dalam mengharungi semua ni.  Komen-komen yang kengkawan tinggalkan kat n3 akak tak sempat akak balas, mintak maap banyak-banyak, akak pun tak sempat nak singgah jalan-jalan umah kengkawan semua, hilang mood akak buat masa ni, tak ceria diri akak buat masa ni. 
Doc. nasihatkan akak supaya jangan terlalu risau, insyaallah makin usianya meningkat, bende camni takkan berulang lagi.

Kesihatan sikecik makin pulih, makin aktif, makin pandai bercakap, makin kuat menyakat siratu, tapi still akak bagi makan ubat.  Ptg semalam dia dah kejar siratu ngan pencakar daun, keliling umah, menjerit-jerit siratu. Berlari kesana kemari main bola, bersyukur sangat bila tengok dia makin sihat.

Pagi tadi nak g keja rasa berat hati sangat nak tinggalkan dia, dalam hati ni masih rasa risau, risau dengan apa yang dah berlaku. Sampai ofis nak buat keja pun tak dak mood, nak jawab telefon, nak cakap dengan boss pun tak ada mood, apsal akak jadi camni.  Dalam kepala otak ni asik fikirkan sikecik ja, harapkan diri ja ada kat ofis, tapi minda ni hanya ingatkan sikecik ja, kejap-kejap call ibu tercinta, bertanya pasal sikecik.  Rasa macam phobia sesangat, kengkadang tu rasa cam nak menangis ja, risaukan sikecik tu, berharap sangat perasaan macam ni hilang segera.  Sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat akak ni, akak ni jenis yang cepat lemah semangat.

*  To akak Nza, masa beby kecik2 dulu, banyak kali ke dia kena camtu

Thursday, June 24, 2010

Hero Kecik Kena Masuk Wad

Sekarang musim demam agaknya.  Baru-baru ni anak sedara en. abah manyak yg demam.  So giliran adik lak yg demam, mudah sungguh sikecik akak tu demam.  Hari Selasa pagi, time nak bawak adik ke umah ibu tercinta baru perasan badan adik panas, tapi tetap hantar ke umah ibu tercinta memandang ubat demam spare baru je amik kat klinik, tak guna lagi.  Berat hati jugak nak ke ofis kalo adik demam, adikkan ada sejarah 'tarik' kalo demam terlampau panas.  Keje kat ofis banyak, nanti boss bising kalo asik cuti, dah la baru2 ni p umah angah dah apply cuti 4 hari.

Tengahari on the way balik lunch, siratu call, soh balik cepat, sikecik dah 'tarik' lagi, mesti terlampau panas demamnya, berlegar legar dalam fikiran, dah bagitau ayahanda, kalo badan adik panas sgt, sumbat dulu ubat montot.  Bawak keta ni usah cakap la, merempit ja, kalo boleh terbang dah lama akak terbang, dalam hati sentiasa berdoa semoga tak dak yg buruk berlaku pada sikecik, risau sesangat.

adik tengah makan bihun, malam memula kat wad, Ami pun ada, 
sanggup temankan adik, tak sampai hati nak tinggalkan adik
tq so much Ami

Terus ke hospital, masuk emergency room, nampak ibu tercinta tengah dok menangis, lagilah gabra.  Rupanya adik dah ok setelah didrip, tapi masih dalam keadaan lemah, syukur alhamdullillah.  Doc kata tak perlu risau, demam adik terlampau panas, kena sentiasa berjaga2 kalo adik demam, nasihat Doc. tak perlu bagi ubat demam syrup, kalo suhu badan adik terlampau tinggi, masukkan ubat montot dulu.  Ujian darah adik semuanya ok, tak ada penyakit lain selain demam.  
 
Sikecik ditahan kat wad selama 2 hari untuk pemantauan, boleh dikatakan kebanyakan kanak2 yang masuk wad semuanya demam+tarik. alhamdullillah keadaan sikecik akak semakin pulih.  Nampaknya lepas ni kalo adik demam, akak memang tak boleh p ofis, kena sentiasa pantau keadaan dia, bukan tak percaya pada parents sendiri, tapi kena amik langkah berjaga2 sebelum perkara buruk berlaku. 

MIL akak bagitau, en. abah masa kecik2 dulu pun kalo demam mesti 'tarik', ada sejarah rupanya, sejarah tu dah berulang pada sikecik akak, sedangkan ami n ratu kecik2 dulu demam gak, langkah berjaga2 yang sama jugak diambil kat depa berdua tapi tak penah sampai kena 'tarik', dalam hati mula mengerti, inilah ujian untuk akak.

Sunday, June 20, 2010

Kad Utk Abah+Ubat Tdo Utk Adik

Semalamkan hari bapa, selamat hari bapa untuk semua bapa diseluruh dunia.  Sama gak seperti menyambut hari ibu, siratulah yang so excited buat kad ucapan untuk en. abah, Ami buat derrrkkk ja, langsung tak amik port, dia sakit kepala.  Kebetulan en. abah balik lambat, ada group presentation, siratu awal2 lagi dah bagitau, abah balik lambat pun dia tetap nak tunggu semata-mata nak bagi kad ucapan yang direka khas utk abah tersayang. En. abah sampai umah pun dah dekat pukul 12 mlm, sebelum melangkah masuk umah lagi, siratu dah bagi kad kat en. abah, happy sangat akak tengok kemesraan antara anak n abah...syukur kepada tuhan, semoga kebahagian itu milik akak sekeluarga selamanya...oppss sowwy terlupa nak snap gambar kad ciptaan ratu tu.

Semalam jugak sikecik genap 2 thn 7 bulan, perangai dia sekarang ni betul-betul menguji kesabaran akak, kalo ikutkan hati.....hheeeee dah lama akak cubit-cubit dia...gerammmm, pasalnye...
baru-baru ni dia  dah pukul siratu ngan rotan sampai berdarah kat mulut. Time tu akak ada kat dalam bilik, tengah kemas tempat tido, apa lagi menangisla siratu, sikecik ni dengan rasa tak bersalahnya, dengan penuh jujurnya mengaku memang dia yang pukul siratu...sabar jalahhhh.

Sekarang ni, sebelah malam, susah sangat dia nak tdo awal, semuanya gara-gara 'MISI YAYA' kat channel 611, masalahnya rancangan ni start lewat sgt, pukul 12 mlm.  Sikecik akak ni memang sanggup menunggu setiap malam semata-mata nak tengok kisah si Yaya, budak umo 8 tahun yang bijak n nakal, best tengok gelagat budak ni. mak bapak n nenek budak yaya ni keja doktor, biasalah harapan setiap ibu bapa nak tengok anak2 ikut jejak langkah depa, tapi si yaya ni ada misimya tersendiri, memang best citer ni kalo dibandingkan dengan citer adi dah abah.

Selalunya lepas MISI YAYA, mesti ada citer ni, Shaun The Sheep...bersambung lagi sampai pukul 1pagi.  Geram akak, kalo dia tak dapat tengok 2 citer ni, sah2 dia menangis, sabarrrr laaa lagiiiiii...
So sekarang ni akak dalam usaha nak cari CD Shaun The Sheep buat ubat tdo budak ni...

Saturday, June 19, 2010

Buat Renungan : Ego Suami & Isteri


Akak terima emel ni dari sowang kawan kat ofis untuk renungan kita bersama....maaf panjang ckit, tapi jangan jemu membacanya.

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.
Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.
Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”
Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

Wednesday, June 16, 2010

Teringin nak tukaq spec baru

Sejak kebelakangan ni, kepala akak selalu aje rasa sakit, berdenyut-denyut, mata pun kengkadang tu rasa berbinau-binau, belakang pulak rasa lenguh-lenguh, petanda apakah ini?  Dok pikir gak, adakah disebabkan selalu sangat ngadap pc, matapun jadi letih.  Akak nikan rabun jauh. Sowang kawan kat ofis ada suggest soh akak cuba Permata Hijrah, manalah tau, produk ni mampu mengurangkan kerabunan mata akak ni.  Nampaknya dapat gaji bulan ni, nak kena beli jugak produk ni, kita berikhtiar...semuanya dengan izin Tuhan.

Akak nak stori sikit sejarah cam mana memula akak boleh pakai spekmata.  Family sebelah mak akak memang semuanya pakai spec.,ayah n angah pun pakai spec jugak.  Akak mula pakai spec masa belajar kat Manjung, tu pun bila nak tengok bf nampak blurrr...heheheh, mesti something wrong somewhere kat mata akak ni.  Time cuti semester, balik umah, ajak ayahanda tercinta p check mata, power masa tu ckit aje, sebelah kanan 25, sebelah kiri 75, lebih kurang camtula, dah ingat2 lupa pun.

Zaman muda2 dulu, bila pakai spec nampak tak cun, macam owang tua, so kejap pakai kejap buka, makin lama makin rabun le jawabnya.  Sekarang power spec akak dah mencecah 250.  Sekarang ni tanpa spec, siapalah akak, insan yg hina ni, nak drive pun susah, nak cari jarum apatah lagi teraba-raba cam orang buta.  Pada firasat akak, akak kena g check mata semula, silap2 kepoweran spec. akak akan bertambah, kemungkinan besar salah satu sebab kenapa sekarang ni akak selalu sakit kepala.
Ni spec yang akak pakai sekarang ni, murah ja, tak berjenama ponggg

 Species Dior
sekali sekala, apa salahnya tukar selera, beli yang mahal ckit,
teringin la pulak nak tukar pada spec yang cantik cam gini 
tq to mr. google, tolong akak carikan species spec. yang cantik2
yang dibawah ni species Vesace
nak carik mana la duit nak beli spec. memahal cam gini

Tuesday, June 15, 2010

Aksi melepak tunggu flight

Ptg semalam, masih sibuk dan pening kepala ngan hal ofis, en. abah call, bagitau dia kena g outstation lagi, siap bagi arahan, jangan lupa iron kemeja lengan panjang 1, kemeja lengan pendek 2, n tshirt 2.  Memandangkan akak tak dak bibik, after ofis hour, dengan kuasa rempitan keta cumel akak tu, akak balik umah terus, iron segala keperluan dia dulu, pasal flight dari AOR - KUL pukul 9.20 malam.  Masa yang makin pendek tu digunakan sepenuh, lepas iron baju, mandi, baru p amik bebudak bertigas tu kat umah mak akak.

Pukul 8.00pm tepat, kami bertolak dari umah ke airport, plan nak dinner dulu tapi hujan so decide makan ja kat cafe airport. Bebudak bertigas tu order nasi ayam. Pastu...
Tengah tunggu ketibaan nasi ayam, roti bakar n baked bean, ayaq sirap, nescafe panas, teh panas
Diluar sana, hujan turun dengan lebatnya, siap guruh berdentum dentam. Makanan sampai pun dah dekat pukul 8.45pm, cepat2 en. abah makan kang terlambat nak masuk balai berlepas.
Selesai makan, tetiba ada announcement, flight dari KUL ke AOR delayed, akibat cuaca yang tak mengizinkan....bab delayed ni yang lemah, jenoh menunggu
Budak bertigas ni dah mula rasa bosan, macam-macam depa nak, coklat la, ice cream la, terpaksa melayan tak mo bagi depa kaco, maka sesi makan ice cream pun bermula
1 jam berlalu, dah pukul 10.30pm, hujan masih lebat kat luar sana, airport pun dah makin sunyi, yang ada hanya penumpang flight MAS ja yg dok tercongok menunggu, ada yg dah terlelap pun kat kerusi.  Akak dan anak-anak pun dah bosan menunggu, tapi tak sampai ati lak nak balik tinggal en. abah sengsowang, akak nak drive pun was-was, hujan lebat sangat.  Troli ni la yang jadi mangsa budak bertigas tu bermain.  Pukul 11.00 pm, barulah flight berlepas....bye bye abahhh...jangan lupa beli mainan kat kakak n adik tau....menitik-nitik airmata siratu tu...kesian akak tengok, setiap kali en. abah outstation, setiap kali tu la dia akan menangis, tak leh berpisah langsung ngan en. abah.

Sunday, June 13, 2010

Tudung tingkap baru + sambut bulan Rejab + demam bola

Kengkawan perasan tak, ada template design yang cantik2 kat blogger.com.  Akak pun tak ketinggalan nak tukar langsir baru, awat la diri ni mudah sangat terasa bosan ngan langsir yang sedia ada, tak dan nak raya lagi dah tukaq tudung tingkap baru (bahasa owang kedah utk langsir).  Tudung tingkap yang sebelum ni warna pink telah bertukar ke hijo, supaya lebih tenang mata yang rabun ni memandang. Kengkawan yang teringin nak tukar cat baru, boleh cuba, semua tersedia depan mata, nak buat 2 column, 3 column, 6 column, semuanya ada, senang ja.

Esok jangan lupa 1 Rejab, mesti ramai yang akan berpuasa nak sambut bulan Rejab yang mulia, selamat berpuasa ok.

Demam bola dah melanda diri en. abah. Lewat malam ja, akak tengok dia dah mula gelisah, bulu kaki dia dah jatuh kat kedai mamak Yasmin yang pasang skrin besaq, kat umah tak kickkk kalo tengok bola, tak kusyuk katanya. Pasai pa..???? pasai tak leh nak terlompat-lompat, terjerit-jerit, terkinja-kinja, bila pemain bola sepak yang dia minat jaringkan gol, memang hampeh...biarkan dia dengan demam bolanya, maleh akak nak layan, lebih baik akak zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...jumpa lagi esok...byeeee

Dalam FB boleh jumpa kawan lama, boleh tau macam2 cerita

Cuti hujung minggu, akak tak kemana-mana, melepak diumah, layan anak-anak, mendobi, kemas umah, maklumla 5 hari akak tinggalkan umah, harapkan en. abah kemas umah sebelum dia berangkat ke Sepang, hampehhh, kain kat belakang umah yg akak sidai sebelum akak pegi pun, puas berkali-kali kena remind, baru angkat, kalo tidak reput la kain tu kat penyidai.

Sambil melayan anak-anak main, akak sempat ngadap FB, terjumpa id kawan lama , akak godek-godek gak gambar kat FB dia, memang betulla gambar dapat menceritakan segala-galanya, tak perlu nak diexplain panjang-panjang.  Rupanya dia dah divorce ngan isteri dia, lama mana dah bercerai akak tak pasti, kawin lak tu ngan sowang janda anak 1, anak-anak dia ngan isteri dulu (3 org semuanya), dia ngan wife baru yg jaga.  Oppsss sejak bila laks blog akak ni jadi blog gossiping ni.  Bukan nak mengumpat pasal hal rumahtangga owang, cuma bila tengok gambar anak-anak dia, ngan mata yang bulat, senyuman yang manis, rasa kesiannn sangatttt, kesian pasal kecik-kecik lagi dah menjadi mangsa pergaduhan mak bapak,  tak dapat nak merasa kasih sayang ibu sendiri, pelukan dan ciuman ibu tercinta, hidup dalam satu keluarga yang bahagia.  Dengan wife baru, dia ada 2 owang anak.  Sayang sangatkah wife baru dia tu, kat anak-anak dia yang 3 orang tu??? Macam-macam yang ada dalam kepala otak akak ni.  Akak berharap sangat wife baru dia tu, dpt jaga anak-anak dan sayang bebudak tu cam anak dia seniri.  Berharap sesangat dan berdoa semoga perkara macam ni tak berlaku dalam rumahtangga akak, biarlah kasih sayang kami kekal hingga ke akhir hayat, apa yang tak puas hati, kita bincang sama-sama...apsal lak ni tetiba ja terlebih emo....huhuhu

Oklah lupakan kisah ni, malam tadi ada reunion kengkawan sekolah rendah/menengah akak dulu kat DGCC, jumpa ramai kawan pun, melalui FB gaks. Bayangkanlah kali terakhir jumpa tahun 1991, ni dah 2010, dah 19 tahun berlalu...banyak yang dah berubah, dari gambar yang akak tengok dalam FB, ada yang dah montel, ada yang makin cun berseri-seri, ada yang kalo terjumpa, sah2 tak kenai...fuhh cepat masa berlalu. Menu yang diwar-warkan amatlah menarik BBQ Lamb, Beef Tenderloin, American salad (cammana tu ekkk??), macam2 lagilah, tapi mintak maaf bebanyak pada kawan2 semua, akak tak dapat nak hadirkan diri, pasal kebetulan my sis in law+anak2 baru sampai, so my MIL buat makan ckit utk semua, so selamat bereunion n selamat makan + selamat berkaraoke...mesti meriah gilerrrrrsss....nanti jangan lupa tepek gambaq lam FB tau.

Godek-godek lagi kat FB, jumpa pulak sowang member DSS yg sama-sama blajar kat Manjung dulu, memang dah lama pun dok cari dia, rupanya dah jadi nurse pun.  Tergezut akak tengok bila dia masih simpan gambar ni.  Gambar tahun 1993, gambar memula akak masuk manjung dulu.  Gambar ni kami amik lepas habis buat jamuan perpisahan lepas habis sem....boleh teka mana satu akak..??? hehehe

Thursday, June 10, 2010

Bye, Bye, Aqiff

Hari Rabu, 12.30 tghari, akak sekeluarga bertolak dari umah angah balik ke sini.  Plan asal nak balik hari Selasa, rasa tak puas dok umah angah, tu yg lajak hingga hari Rabu.  Kengkawan kat ofis pulak  call bagitau, boss asik dok cari bila PA dia lama sgt bercuti, niat nak tambah cuti terpaksa dilupakan.

Berapa timba ayaq mata tak pastila pulak akak ni, bila ibunda tercinta asyik cryinggg...sedih la tu nak berpisah ngan anak jantan dia yang sowang tu.
Bila balik sini, rindu laks ngan gelagat Aqiff...so cuteee..geram sangat bila dapat peluk dia...tangan ngan pipi dia dah jadi mangsa gigitan gigi jongos akak ni, tapi yg paling akak best, time dia baru bangun tdoq...so real, so cute, ngan rambut lembut dia...gerammmm...puas ku gigit dia...biaq p la mak pak dia nak marah pun, akak kira hapa...janji puas hati..hehehe.
 aqiff dah macam anak jepun

Pukul 6.30 ptg, kami semua dah selamat sampai, syukur alhamdullillah, angah soh stay lama lagi kat umah dia, maklumla hari2 dapat merasa masakan ibu tercinta, sronok n meriah dapat berkumpul sama-sama, bising satu umah cam kat pasar malam ja...apapun happy sangat. Ok aqiff lepas ni kita ajak paklong p Hatyai..jalan-jalan kat sana pulak

Mai Singgah Makan Nasi Lemak Best sambil shopping

Petang Selasa lepas, ibunda tercinta ajak kami semua ke restoran nasi lemak best friend dia (aunty Anie) masa g buat haji dulu, Restoran Nasi Lemak Cinta Sayang kat seksyen 7, Shah Alam.  Fuhhh sedap lagi menyelerakan.  Restoran yang dibuka 24jam, menu utama, nasi lemak....ada macam-macam species sambal disitu, sambal sotong, ikan bilis, kerang, ayam, belom lagi menu dagingnya, laksa pun ada, yang pastinya memang best...sedapppp.  Maap tak sempat nak snap menu2 tu, lapaq beb..lupa segala...lepas makan baru nak pozingggg.

 tercacak rambut Ami lepas makan nasi lemak best tu

Kengkawan yang menetap area Shah Alam, sudah semestinya penah sampai kat restoran tu,  Niza@kancilbiru mesti penah singgah makan kat sini, btoi dak Niza..???  Kalo yang belum penah singgah, akak nak promote ni, sudi2kanlah diri anda n family tercinta p makan kat situ, memang sedap, sedap dalam ertikata sebenar, sedap ikut selera akak yg suka makan pedas ni la, kalo owang lain..???? insyaallah...akan kata sedap gak...hehehe.  Opppss satu lagi...restoran ni dekat sangat le ngan ICity, lepas g ronda2 kat ICity boleh la singgah makan kat sini. 

Bila semua dah kenyang, kami bergerak ke Ikea. Jalan jem jugak ptg tu, so sampai Ikea pun dah pukul 8.15mlm, tak boleh nak meronda lama-lama,  pukul 10.00 mlm dah nak tutup, so akak sambar mana yg berkenan dihati, angah lak asik dok perli, jgn risau kakak, ada lori, boleh hantaq barang balik umah hang, hampeh toi, tau la kat tempat akak ni tak dak Ikea.  Banyak sebenarnya barang yang en. abah nak beli, memandangkan masa tak mengizinkan, nampaknya lepas ni kena g lagi.
yang akak sempat sambar kat ikea, anak-anak dah buat main masak2 pun
kat ruang tamu, macam nak p berkelah ja
 masih dok terfikir, awatla en. abah berkenan sgt ngan gelas kaca ni
dah start gantung tudung pun, puas hati, akhirnya dpt gak beli mende bulat ni

Sunday, June 6, 2010

Tengok pokok lampu yang cantik

Hari ni dah masuk hari yang ketiga akak n anak-anak kat umah Angah.  Happy dapat layan si Aqiff yang makin laju  berjalan+berlari, happy jugak dapat makan masakan ibu tercinta yang best2 walopun simple, macam la hari2 akak tak penah rasa masakan mak akak tapi kali ni lagi best n kawwww pasal setiap hari ada saja menu yg best2.  Ada sambal belacan, gulai ikan n kacang bendi, ada asam pedas ikan ngan timun, boleh rasa bubur durian cicah ngan roti gardenia...fuhhhh sedappp, ayah aku pun sanggup bakar ikan..cicah ngan air asam...nampaknya cuti kali ni badan akak yang bulat ni bertambah membulat le, tak kose akak nak berdiet bila menjamah masakan ibu...lupa segala.

Jumaat malam, Angah ajak akak n anak2 ke Icity (Bandar Lampu Digital) kat seksyen 7, shah alam, pucuk dicita ulam mendatang, anak2 akak terlompat2 nak ke sana, nak p tengok lampu. Dari Bandar Enstek nak ke Icity jauh le gak, kebetulan malam tu jem, ramai manusia lain yg nak kesana, bosan jugak anak2 akak bila lelama kat dalam keta, sikecik tu siap ajak balik, tapi bila dah nampak pokok lampu warna warni tu, trus rasa bosan tu hilang, tergedik gedik nak kluar dari keta nak p tengok lampu tu


Rata-rata akak tengok bebudak pompuan malam tu, byk pakai telinga rabbit ni, siap dihiasi lampu lip lap lagi, apalagi siratu pun sama, nak gak telinga rabbit ni, rm8 beb, nasib baik ada sowang ja anak pompuan, kalo ada 3...fuuuhh jenoh membeli
Memang cantik sangat pokok lampu warna warni tu, sungguh menarik, kalo ada camera yg lebih canggih, sudah semestinya lagi cantik le gambar yg diamik.  Akak rasa mesti kengkawan yg dok kat shah alam dah sampai kat tempat ni...cantikkan

Friday, June 4, 2010

Dah selamat sampai pun

Pagi tadi dalam pukul 11.30 pagi, akak, anak2 n ayahanda+ ibunda tercinta bertolak nak ke umah Angah. Menu ibunda utk anak jantan dia yg sowang tu ialah...daging goreng kunyit/sambal daging n bihun goreng...fuhh sedappp beb...opsss lupa nak bagitau..durian pun bawakkkk. Memang happy nak p tengok anak menakan, si aqiff tu, tapi ada yang sedihnya...sedih sebab tinggal en. abah sengsorang kat umah...dia tak ikut kami sama coz hari ahad ni dia ada meeting, so tak buleh nak elak, dia kena attend meeting tu dulu, ahad mlm baru en. abah bertolak ke sini.

Tadi masa nak bertolak, Ratu cam biasa, menangis...sedih pasai tinggai abah sengsowang kat umah.  Memang akak pun terasa cam tu jugak, sebab selama ni pun kalo nak kemana-mana kami tak pernah berpisah, jarang sgt akak tinggalkan anak-anak mahupun en. abah kalo nak kemana-mana pun, mesti angkut semua, tapi kalo en. abah tinggalkan kami p outstation tu selalu sgt la....berbeza situasinya.  Dalam keta pun, akak ada sms en. abah bagitau akak rasa sedih tadi...rupanya dia pun sama....rasa sunyi bila dok umah sengsorang...hehehe taupun...sunyi semacam ja katanya bila anak bini tak dak kat umah.

Kami cuma singgah kat Tapah, beli donkin donuts n kat Sg. Buloh utk isi minyak.  5.15 ptg, kami sampai kat umah angah dengan selamatnya...alhamdullillah.  Malam ni kami nak p Icity..jenjalan tengok lampu...jom join....jumpa lagi...Selamat bercuti untuk semua...bye

Wednesday, June 2, 2010

Layan Ngantuk

Cuaca kat lembah permai hari ni mendung, sejukkk... seronok..!!!...berkabus. Masuk ofis ngan penuh semangat waja nak buat keja, hari nikan last day bekerja. Esok kami sekeluarga nak berangkat ke rumah Angah. Semlm akak dah buat sikit preparation, masukkan baju bebudak bertigas tu dalam bag, mendobi apa yg patut sebelum nak berangkat, kemas dapo, mop lantai. Bila semuanya dah settle rasa legaaaaa sangat, nanti balik kesini semula tak le letihkan, umah pun bersih aje.

Sekarang waktu rehat, sunyi sepi kat ofis ni, kengkawan semua kat surau, layan mata sementara menunggu pukul 2.00 ptg, akak pun dah mula rasa mengantuk, nak makan pun dah kenyang, pagi tadi menu breakfast akak seperti biasa nestum+susu n bihun goreng. So untuk hilangkan ngantuk meh kita layan lagu ni. Akak suka lagu ni, lagu ni jugak akak set as akak punye ringtone. Ringtone kengkawan laks lagu apa..???

Kempen Beli Susu Murah

Sabtu petang, en. abah baru balik dari outstation, punyalah happy bebudak bertigas tu, macam-macam plan yang depa buat, nak ajak abah g tesco beli mainan la, nak ajak kluaq makan la....kesian sgt, macam ketandusan kasih sayang seorang abah le pulak nampaknya.  Kesian tengok mata bulat anak-anaknya, si abah pun berjanji nak bawak depa p tengok pesta belon panas kat Alor Star.

Ahad pepagi lagi, bebudak bertigas tu dah bangun, xcited sangat nak g tengok belon panas.  Perangai bebudak memang camtu, tak boleh berjanji, asik ingat ja dalam kepala otak tu.  So en. abah pun dah mula buat perancangan, memula kita p tesco dulu ok, kita nak  beli susu n pampers adik, kesian adik susu n pampers dah nak habis, so Ratu pun setuju ja.

Ni nak stori mori pasal susu, akak sangatla jeles baca n3 CikLilyPutih pasal event Dutch Lady kat Pavillion tu, Hari Susu Sedunia, kempen minum susu.  Kalo akak dok sana, sudah semestinya akak tak lepas peluang bawak bebudak bertigas g kempen tu, sebab anak-anak akak memang peminat setia susu Dutch Lady 1,2,3 n 4,5,6.  Kebetulan susu tepung tu sale kat Tesco, 1kg cuma rm17.90 ja, borong sakan la akak hari tu.  Tak boleh g Pavillion, g tesco beli susu pun jadilahkan, kiranya menyokong gak la kempen minum susu tu.  So kempen minum susu dah bertukar jadi kempen beli susu murah.
Lepas beli barang dapo, perut pun mula rasa lapar, kami singgah makan dulu, maka terpandanglah mende alah ni, akak ajak en. abah singgah sat, apa yang murahnya tu, sampai 80%.
Memang banyak yang sale pun, kasut, handbag, baju, comforter, bantal, barangan dapo, tapi nampak semua barang-barang tu macam dah lama, errmmm nama pun jualan gudangkan, so banyak benda yg tak menarik perhatian akak untuk membeli, so akak jalan-jalan, pusing-pusing cuci mata, tapi sempat gak sambar 2 helai alas kaki n tali pinggang utk Ami, tu ja yg berkenan pun.

Seperti yang dijanjikan, sebelah petangnya barulah en. abah bawak bebudak tu g tengok pesta belon panas, tempat kejadian tak jauh dari umah MIL akak, Taman Jubli namanya,  depa p ngan moto ja, tak dak la gambar kenangan kat sana, soh Ami amik gambar guna hset dia, asik masyuk pnya pasal tengok belon panas tu, dia langsung tak snap gambar, hampehhhh....yang ada cuma belon....hehehe
 

Tuesday, June 1, 2010

Tak Sabarrrr.......

Pejam celik, pejam celik...cepatnya masa berlalu.  Dah masuk bulan Jun pun.  3 bulan lagi kita akan sambut Aidilfitri, 6 bulan lagi, kita akan meninggalkan tahun 2010.  Zaman muda remaja, sambil borak ngan kengkawan, selalu gak akak terfikir sempat ke tidak akak hidup hingga tahun 2010.  Syukur kepada Tuhan kerana masih memanjangkan umo akak, memberi akak peluang untuk melalui tahun 2010, menghirup udara yang sekarang ni makin kureng kesegarannya dan melihat anak-anak akak membesar bagi johan.

2 hari saja lagi Ami n Ratu bersekolah, lepas tu...yeeeehaaaaaa....yeabeda beduuu cuti sekolah pun bermula selama 2 minggu.  Dah macam-macam planning yang budak berdua tu buat, nak p KL Birdpark la, nak p ICity la, tapi tajuk utama kali ni, nak p umah Angah di Bandar Enstek, tak sabar nak main ngan Aqiff, tak sabar nak tengok Aqiff yang dah pandai berjalan.  So hari Jumaat nanti, kami semua akan bertolak ke sana, kita jumpa disana...disana...disana...  Eeerrmmm lupa nak tanya...cuti sekolah kali ni kengkawan nak berpoya-poya kemana laks...???