Pagi tadi dengan mood yang happy dan wajah yang ceria, akak hantar 2 owang kanak-kanak sihat ke sekolah. Abang macam biasa, lepas bersalaman terus berlari ke kelas. Kelas Abang di tingkat 3, dengan beg yg sarat ngan buku-buku, dia memecut, kena sampai awal kat kelas katanya, Ketua Darjah kena p amik buku kedatangan murid-murid kat pejabat sekolah. Settle bab abang.
Siratu seperti biasa, kena hantar sampai dalam kelas, tiap-tiap pagi macam tu. Sampai kat kelas, letak bag kat tepi kerusi, baru ja akak nak pusing kluar dari kelas, seorang ayah pada murid yg satu kelas ngan siratu, datang pada akak bagitau siratu dah amik pencil kaler anak dia 3 batang. Katanya dia baru ja beli pencil kaler tu (yg 24btg), tengok-tengok dah hilang, kawan anak dia kata, siratu yang amik.
Akak terus pandang muka siratu n tanya, memang u amik kaler dia ka..?? Siratu dengan muka yang blurrr, terus menggeleng, dak...i tak amik pun kaler dia. Akak pun amik keputusan buka bag sekolah siratu n keluarkan kotak pensil n segala mak nenek yg ada dalam bag bagi si ayah tu tengok. Dia pun check satu persatu kaler siratu, memang confirm tak dak langsung pencil kaler anak dia. Dalam hati akak ni, geram sangat, terus tuduh camtu ja, tanya la elok-elok. Tapi akak ni tak mo la jadik cam perangai budak2, masih mampu tersenyum tp dalam hati dah mengutuk sakan.
Bila siayah tu tengok siratu cam sedih, dia kata jangan la takut, pakcik tanya ja. Iyela tu, cara tanya tu, macam nak makan owang. Siratu angguk-angguk sedih sambil bagitau, bukan dia yang amik. Kesian akak tengok. Siayah tu pun terus keluar. Akak pun ingatkan siratu, jgn sesekali amik or pinjam barang kengkawan, nanti tak pasal-pasal jadi kes camni lagi. Nasib baikla siratu lepas tu ok, tak sedih lagi. Akak kluar dari bilik darjah, akak tengok siayah tu masih berdiri terpacak kat luar kelas. Bila dia nampak akak, dia kata "minta maaf la pasal tadi". Akak dah maleh nak cakap apapun, just senyum kambing ja...penah tengok kambing senyum..???
Sepatutnya sebagai ibubapa, siasat la dulu pada anak seniri, betul ke kawan yang amik. Kengkadang biasala budak-budak, mudah lupa, ni tidak main tuduh ja. Suasana dipagi hari yang sepatutnya indah, dah sedikit tercalar ngan adegan camni.
Kemuliaan Bercucuk Tanam
-
Assalamualaikum salam hari Jumaat semua. Harini mama nak share tentang *Kemuliaan
Bercucuk Tanam*. Ini ialah schedule post.
Kemuliaan Bercucuk Tanam
عَ...
2 days ago
17 comments:
kesian siratu ,tak patut org tu buat mcm tu kat siratu dah lah siratu sensitif nasib dia tak meraung and mintak balik tak mo sekolah .Kita sebagai org tua tak payah lah nak tuduh anak org lain sebab biasalah bebudak selalu je ilang barang.
ikeen setengah tahun 10 kotak pensil kaler untuk budak2 empat org ni . kalau bab pensil menulis entah berapa kotak setengah tahun belum lagi pemadam dan pembaris. adehh!!
Alahai,kerana beberapa batang pensil jer pun nak kecoh. Ntah-ntah si anak tu letak kat mana-mana.Anak2 ni biasalah,bukan lupa,tp masih dlm proses mengenali hakmilik masing2.Kalo org dewasa cam kita ni,yerlah.Tahu yg mana kita punya dan yg mana bukan.Macam Ana ni,lagilah, hari ni bwk balik kwn punya baju+seluar sekolah kwn (kes tertukarlah ni slps mandi petang).kalau bwk balik yg sama saiz xpelah jgk.tapi dok tertukar dgn budak yg saiz besar.Mmg terlebih muatlah critanya. Yg peliknya sampai ke sudah,budak yg tertukar pakaian x tukar balik sbb ana dh kembalikan baju yg silap tu.Awal2 tu ana bising jgk.Tp skrg dh malas,kalu x sempat basuh,pakai jerlah baju biasa,anak2ku.Lantaklah cikgu ko nak kata per.Nak buat camna, anak omak kocik2.
Kesian si Ratu.
Baik kak Su ni.
Kalau kena kat Yati, kena 'basuh' cukup-cukup bapak orang tu. Hui, bukan main lagi tuduh anak kita yek. Yah, dush,dush...!
to shikeen,
Su pun cam tu, kalo setakat pensil anak2 hilang tu, tak penah tanya pun sapa yg amik. Pemadam ngan pembaris ni, tok sah cakapla..asik2 hilang, tak penah amik kisah sgt, dah tau perangai bebudak camtu. Tapi ada parents yg lebih mendengar cakap anak2 tanpa usul periksa, tu yg geram
to suhana,
akak ingat lagi kes Ami dulu, dituduh menumbuk sowang budak pompuan dlm kelas dia. Mak budak pompuan tu siap serang2 Ami lagi kat sekolah, soh mengaku. Sungguh sakit kepala kalo kena parents camtu. Akak tak kasi chance, akak p sekolah bagitau cikgu n bersemuka ngan mak budak pompuan tu, biar selesai cara elok. Kali ni siratu pulak
to yati,
memang le kalo ikutkan hati akan yg suam2 kuku ni, nak aja akak laser siayah tu, tapi banyak mata2 cute n cumel yg memandang, tak sampai hati lak nak buat mende yg pelik2, tahan ajelah, masih mampu tersenyum dan bercakap dengan cara yg baik, walopun sebenarnya bukan salah kita...sabar...sabarr....tapi kalo en. abah yg pegi, sah2 siayah tu dah kena laser
dh namanya budak, mana la mrk faham semua tu...sbg ibu bapa kita jgn lh emo n main serang jerrr....his, kesian siratu....
kalo kena camni memang kena cool..
mak ayah sah le melenting sgt.. lagipun hal budak2..
to akak nza,
tu la, sesetengah parents memang camtu, datang sekolah serbu budak2, marah, Su tengok pun naik takut, hanya kes ckit2 diperbesarkan. Bagi Su setakat hilang pensil, pemadam, pembaris..perkara biasa semua tu, dah nama pun budak darjah 1
to kak yong,
memang pun, tak patut nak melenting...relax n cool, nama pun budak-budak..layan aje karenah depa, cuma tak boleh percaya 100%, kena siasat dulu
ciannya siratu. xpasal2 kena tuduh dgn parents camtu.
izan pun kadang2 geram jgk bila ada kawan2 muhaimin yg suka suki nak gunting pencil box dia. nasib baik xkena sbb izan xhantar muhaimin pi skolah...
Kadang2 sebab perkara kecil yang disebabkan oleh anak2... mak bapak boleh jadi perang dingin...
eee geram baca entry ni...memang geram kan mamasyaza kalau kene camni...eeeee kenapa tak sindir je si ayah tu..cakap jer..lain kali nak tuduh2 tu cek betul2 kan kan...kan
sian siratu ..takpe..syukur...berani kerana benar tuuu
amboiii...sedap mulut je dia menuduh yek..!
yg anak tu takpe le..kecik lagi..
yg si bapak tu..check le dulu..jgn main tuduh2 je...
setuju ngan Suhana...ntah2 dia letak merata-rata..pehtu pencil color tu tak cukup..dia tuduh le org lain ambik.. kot2 dia takut ayah/mak dia marah dia nanti..
<---- x pernah tgk kambing senyum ..hik3x
betul tu.. tak le la main terjah cnggitu kan!.. kesian kat siratu..
bebudak memg cepa lupa lgi pulak kalau barang tu banyak.. mungkin terselit2 kat celah mane tak abis cari.. tak boleh la nak tuding cari kat budak2 lain..
huh..sian siratu ye...ala kaler pensil 3 btg ..kecoh ler pacik wei...tp yelah layan jelah perangai orang...huhu
Post a Comment