Ini adalah kali kedua aku kena tag. Kali ni dengan Hot Mummy. Tag pasal anak-anak. As adalah ibu kepada Nur Afifi Batrisha berumur 3 tahun. TQ so much As...ingat gak As kat akak ni. Maaf, lambat nak menjawab tag ni tapi takpe lambat pun tetap berjawab..kan..kan..
1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?
- Sudah ada 3 orang anak, 2 lelaki n 1 pompuan
2. Bila perancangan anda untuk menambah anak? planning??
- soklan ni yg susah utk dijawab. Umoku sekrg dah nak masuk 35 tahun. Mr. Hus ada gaks kasi hint...sudah la mama..cukup la anak kita 3 orang....lega rasanya bila Mr. Hus keluarkan statement cam tu...hehehe
3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?
- Mohd Hizami - kekuatanku
- Syamimi Syaza - keharumanku
- Hamiz Sanim - yang tampan & cerdik
4. Siapakah yang memberikan nama anak anda ?
- Atas perbincangan bersama yang penting ada abjad H or S
5. Dari mana tercetus idea memberikan nama anak anda ?
- Cari dalam buku Pilihan Nama-Nama Dalam Islam
6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata...apakah nama yang akan anda beri?
- Kalo la dikurniakan baby boy teringin nak letak nama Mohd Haiqal or Syabil Syakirin
- Kalo baby girl teringin nak letak nama Humairah
7. Berapa perancangan anak yang anda mahu & nyatakan berapa girl & berapa boy?
- Cukup la apa yg ada sekarang
8. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang...nyatakan . berapa jarak beza umur anak anda ?
- Bezanya antara 4 - 5 tahun
9. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang....anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer ?
- Udah le kot...tak nak pikir dah pasal pregnant2 ni bagi yang muda2 udah le
10. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?
- Mohd Hizami - sensitif n mudah terasa (mudah menitiskan airmata kalo ada sesuatu perkara yang menyentuh perasaannya)
- Syamimi Syaza - kuat merajuk/kalo nak sesuatu mende tu mesti disegerakan cam aku la tu...kalo dihati teringin nak beli sesuatu...asyik dok teringat mende alah tu ja...kena segerakan pembelian tersebut...baru jiwa rasa tenteram, aman dan damai
- Hamiz Sanim - mudah tersenyum, cam mak dia la tu....tak rugikan kita senyum pada org lain, senyumkan satu sedekah
11. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua
- Tgk ja kat mana2 dlm blog ku..mesti ada gambar bebudak bertiga tu
Dear As, akak dah berjaya siapkan tag dari anda
Kemuliaan Bercucuk Tanam
-
Assalamualaikum salam hari Jumaat semua. Harini mama nak share tentang *Kemuliaan
Bercucuk Tanam*. Ini ialah schedule post.
Kemuliaan Bercucuk Tanam
عَ...
2 days ago
8 comments:
aikk... dah stop ke ? nak rehat ekh...
to linda...cukup le kot aunty lin oiiii...rasa nak concentrate jaga bebudak bertiga tu...abg thn depan dah darjah 5...tak lama lagi upsr..kena bagi perhatian lebih utk diaorg....tak gitu
hahaaha...
dah ada niat nak tutup kilang yeee...
jom jd follower bunga
bunga perlukan nasihat dr mamasyaza la...
tula..klu 3 ,,sah2 cukup sit belakang kereta tukan...samalah kita..tp mcm nak 4 pulak..ekekeke
jarak jauh jugak yer 4-5 tahun..
to hada n kak yong - yup betul tu..3 rasanya dah cukup...tapi kakak tu dia slalu merungut dia tak dak kwn. abg dah ada adik lelaki tp dia tak dak adik pompuan. sibuk dok suruh daku pregnant lagik boleh dpt baby girl...dia ada kwn nak main little pony n barbie doll
cayaler mamasyaza, atlast berjaya siapkan tag ni...takper wlpun lambat yg penting siapkan....yerler mamasyaza bagiler kawan kt kakak tu..sian kakak main doll sesorang.
to hotmummy - dah malas rasanya daku nak pregnant lagik...bila nak kurus ni....setiap kali pregnant aja badan makin montel..bahaya tu...nak jaga badan la pulak...nak jadi cam aunty linda kita yg manis tu...cute aje walopun anak dah 3
Post a Comment