Cuti hujung minggu, akak tak kemana-mana, melepak diumah, layan anak-anak, mendobi, kemas umah, maklumla 5 hari akak tinggalkan umah, harapkan en. abah kemas umah sebelum dia berangkat ke Sepang, hampehhh, kain kat belakang umah yg akak sidai sebelum akak pegi pun, puas berkali-kali kena remind, baru angkat, kalo tidak reput la kain tu kat penyidai.
Sambil melayan anak-anak main, akak sempat ngadap FB, terjumpa id kawan lama , akak godek-godek gak gambar kat FB dia, memang betulla gambar dapat menceritakan segala-galanya, tak perlu nak diexplain panjang-panjang. Rupanya dia dah divorce ngan isteri dia, lama mana dah bercerai akak tak pasti, kawin lak tu ngan sowang janda anak 1, anak-anak dia ngan isteri dulu (3 org semuanya), dia ngan wife baru yg jaga. Oppsss sejak bila laks blog akak ni jadi blog gossiping ni. Bukan nak mengumpat pasal hal rumahtangga owang, cuma bila tengok gambar anak-anak dia, ngan mata yang bulat, senyuman yang manis, rasa kesiannn sangatttt, kesian pasal kecik-kecik lagi dah menjadi mangsa pergaduhan mak bapak, tak dapat nak merasa kasih sayang ibu sendiri, pelukan dan ciuman ibu tercinta, hidup dalam satu keluarga yang bahagia. Dengan wife baru, dia ada 2 owang anak. Sayang sangatkah wife baru dia tu, kat anak-anak dia yang 3 orang tu??? Macam-macam yang ada dalam kepala otak akak ni. Akak berharap sangat wife baru dia tu, dpt jaga anak-anak dan sayang bebudak tu cam anak dia seniri. Berharap sesangat dan berdoa semoga perkara macam ni tak berlaku dalam rumahtangga akak, biarlah kasih sayang kami kekal hingga ke akhir hayat, apa yang tak puas hati, kita bincang sama-sama...apsal lak ni tetiba ja terlebih emo....huhuhu
Oklah lupakan kisah ni, malam tadi ada reunion kengkawan sekolah rendah/menengah akak dulu kat DGCC, jumpa ramai kawan pun, melalui FB gaks. Bayangkanlah kali terakhir jumpa tahun 1991, ni dah 2010, dah 19 tahun berlalu...banyak yang dah berubah, dari gambar yang akak tengok dalam FB, ada yang dah montel, ada yang makin cun berseri-seri, ada yang kalo terjumpa, sah2 tak kenai...fuhh cepat masa berlalu. Menu yang diwar-warkan amatlah menarik BBQ Lamb, Beef Tenderloin, American salad (cammana tu ekkk??), macam2 lagilah, tapi mintak maaf bebanyak pada kawan2 semua, akak tak dapat nak hadirkan diri, pasal kebetulan my sis in law+anak2 baru sampai, so my MIL buat makan ckit utk semua, so selamat bereunion n selamat makan + selamat berkaraoke...mesti meriah gilerrrrrsss....nanti jangan lupa tepek gambaq lam FB tau.
Godek-godek lagi kat FB, jumpa pulak sowang member DSS yg sama-sama blajar kat Manjung dulu, memang dah lama pun dok cari dia, rupanya dah jadi nurse pun. Tergezut akak tengok bila dia masih simpan gambar ni. Gambar tahun 1993, gambar memula akak masuk manjung dulu. Gambar ni kami amik lepas habis buat jamuan perpisahan lepas habis sem....boleh teka mana satu akak..??? hehehe
Kemuliaan Bercucuk Tanam
-
Assalamualaikum salam hari Jumaat semua. Harini mama nak share tentang *Kemuliaan
Bercucuk Tanam*. Ini ialah schedule post.
Kemuliaan Bercucuk Tanam
عَ...
2 days ago
11 comments:
betul tu kak...habis gambar lama org dapat selongkaq...hehe
heheh..
memg syok kalau dapat jumpa kan.. ena pun dah lama tak jumpa kawan2 lama nie.. harap2 planning tu berjalan dengan lancar la..
tapi kalo tak dapat jumpa nal buat mcm mane.. yg dirangcang belum tentu menjadi kan!.. len kali leh cuba lagi.. :)
su,
amboi.. siap posing bagai minah2 jambu... ;)
mmg sronok bila jupa kwn2 lama zaman2 blajar...masing2 dh byk brubah....
to niza@kancilbiru,
selongkaq punya selongkaq, terjumpa gambaq seniri masa muda mudi dulu...hehehe...nak tergelak bila tengok
to kak yong,
minah jambu tahun 1993 tengah dok melaram, bila assignment makin byk, dah tak sempat nak melaram lagi dahhh
to ena,
akak jugak yg tak dpt jumpa kwn2 lama, takpalah lain kali buleh jumpa lagik, apapun tetap jumpa dlm fb
to akak nza,
memang byk yg berubah akak oiii...ada yg sesetengah tu sampai kita tgk gambar pun tak perasan, begitu byk perubahan
eh eh... jgn depa tempek gambar yg bukan2 sudah kan? mana 1 kak su?
betul kak sejak ieda tahu guna fb nieh FP punn dah x update .. lebih senang di FB .. blog punn dah sunyi sepi .. huhuhuh
kawan2 memang ramai jumpa .. nak buat reunion jerk x tahu biler heheheh
to are10,
insyaallah depa takkan tepek gambaq yg pelik2, errrrmmmm cuba teka yang mana satu akak...hehehe
Post a Comment