Kejadian 3 minggu yg lalu.....
Dalam seciput entry aku yang penah aku buat...belum ada lagik stori pasal kakak...anak perempuan tunggal aku yang suka sgt merajuk. Tak boleh salah sikit aje..tarik le muncung. Tahun depan kakak akan masuk Darjah 1. Macam manala keadaan dia nanti yang jenis kaki merajuk ni.
remote mesti tak lekang dari tangan
Hobi si kakak ni tak lain tak bukan...ngadap channel 611 sambil pegang remote astro. Remote tu takkan lepas dr. tgn dia..kehulu kehilir dgn remote tu la...nasib baik la nak mandi tak dibawaknya remote tu skali. Semua ni pasal kes berebut remote tu ngan abang la. Abg nak tgk channel 615. Kdg2 pening kepala dibuatnya.
Dek kerana asyik berebut, rampas merampas maka si kecil remote tu pun dah mogok...terus tak berfungsi. Apa lagi...Mr. Hus pun mulala bising. "Tula, kan abah dah pesan...abg n kakak tak boleh nak berebut benda alah tu...nanti jatuh cepat rosak". Si kakak yg dah memang kaki merajuk apa lagi...tarik muncung berdepa-depa la. Si abah pun amik bateri baru tukar (maybe bateri lama weak) tapi masih jugak tak berfungsi. "Ha....remote dah rosak...senang la hatikan...tak payah lagi nak berebut n bergaduh.
2,3 hari jugakla penghuni kat dlm rumah tu, kalo nak tgk Astro terpaksa tekan butang kat decoder...kelakar btoi. Dah tak tahan sgt dok tertonggek-tonggek tekan butang decoder...Mr. Hus dah bwk remote tu p repair.
Check punya check..rupanya remote cute tu tak rosak pun. Yang menjadi masalah hanyalah bateri. Bateri baru yg Mr. Hus letak kat remote tu pun sebenarnya dah biol. Tak sangka ekkk bateri yg baru dibeli pun boleh rosak. Bateri pun boleh expired ka...??? Malu le Mr. Hus...coz disangkanya remote yg rosak...hehehehe...kesian my hubby.
Kemuliaan Bercucuk Tanam
-
Assalamualaikum salam hari Jumaat semua. Harini mama nak share tentang *Kemuliaan
Bercucuk Tanam*. Ini ialah schedule post.
Kemuliaan Bercucuk Tanam
عَ...
2 days ago
2 comments:
Hahahah.. memang malu ek.. hehehe.. :)
Kat rumah ni ada TV tak pernah bukak.. bukak pun cuma bebudak tengok CD atau Playstation..
Dulu klu berebut TV / channel.. conclusion yg paling mudah.. "Tutup TV.. sorang pun jangan tengok"..
Now.. memang tak de sapa minat nak tengok..
to kak is...best la kalo diaorg tak bergaduh n berebut nak tgk tv. kena buat cam tu la lepas ni.
Post a Comment