CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 29, 2010

Adik Dapat Ubat Baru

Hari Rabu petang, akak balik keja, akak tengok adik cam kureng sihat, dalam hati dok berkata, baru ja baik demam, nak demam lagi ka sikecik ku ini.  Sekarang ni ramai sangat bebudak mahupun mak/bapak budak yang demam tak kebah, lambat nak sembuh, cuaca yang tak menentu agaknya, penyebab semua ni.
On the way nak amik abang balik latihan hoki, sikecik muntah dalam keta, badan pun trus panas, akak singgah umah mak akak nak basuh muntak sikecik n cepat2 akak bagi makan ubat.  Malamnya tak nyenyak tdo akak dok pantau dia.  Tak puas hati, hari Khamis (hari ni la) akak cuti, bawak sikecik ke KMC.  Bulan April aje, akak rasa dah 4 hari akak cuti.  Macam tak cukup ja cuti 30 hari setahun yang akak dapat...hehehe

Dr. Razif buat checkup, seperti biasa telinga ada sedikit merah dan bengkak, tulah salah satu punca demam adik tak kebah.  Adik dapat ubat baru, ubat demam, sesema, antibiotik n ubat titik dalam telinga.  Moga adik cepat sembuh.

Wednesday, April 28, 2010

Manisnya Kurma Ajwa

Minggu ni, akak dah pasang niat, akak nak ganti balik posa akak yang tahun lepas, DIRECT dari hari Ahad sampai ari Khamis ni. Bersemangat sungguh akak, pasal banyak lagi posa yang belum akak ganti, ni dah nak masuk bulan Mei pun...tak lama lagi kita akan sambut bulan Ramadhan...kena ganti cepat-cepat....sebelum mood M melanda diri.

So hari Ahad akak memang berjaya posa, jadi 4 more days to go. Hari Isnin pagi, akak bangun tdo, dada rasa sakit, perut rasa sakit, rasa sebu semacam, badan rasa sengal2, tak daya akak nak posa. Mama akak kata, kalo dah tak daya tu jgn siksa badan, so hari Isnin tak jadik nak posa. Hari Selasa, ada majlis jamuan perpisahan staf ofis akak yg nak pencen, member ofis dah warning awai2, jgn posa...hehehe. Hari Rabu..hari ni la tu, dari malam lagi dah tekad, memang nak posa. Bangun pagi tadi, akak remind diri akak 'aku posa hari ni'.

Macam biasa, 7.10 pagi, akak kluar dari rumah nak hantar sikecik ke rumah mak akak. Sebelum hantar Ami ke sekolah, mak akak, bekalkan buah kurma ajwa, untuk Ami makan dalam keta sementara nak sampai ke sekolah, ada la lebih kurang dalam 10 bijik, manis kurma ni, sekali makan rasa nak lagi. Sambil drive, Ami pun suap kurma tu kat akak, akak makan, suap lagi, akak makan lagi, sedap, manis, sampai kat sekolah Ami......astagaaa baru akak perasan akak posa hari ni...huhuhu....nak teruskan posa akak tu rasa cam tak best lak...memang le akak terlupa tapi akak dah makan sikit punya semangat tadi, siap minum mineral water lagi, maka tercancella posa akak hari ni.
 Manisnya kurma ajwa sampai terlupa diri ini berposa hari ni...hehehe

Tuesday, April 27, 2010

Planning Cuti Sekolah Nanti

Akak tengok dalam FB Angah baru-baru ni, depa dah bawak Aqiff ke I City n KL Bird Park. Bila anak-anak akak tengok gambar Aqiff kat KL Bird Park/I City tu, depa pun dah teruja nak p sana.

Ami n siratu, awal-awal lagi dah bagitau en. abah, cuti skolah bulan Jun nanti dia nak ajak ke I City n KL Bird Park. Yang bestnya si Ami ni siap buka website KL Bird Park, nak tengok apa yang menarik kat situ.  Pastu kelam kabut bagitau en. abah, nak masuk ke situ pun tak la mahal sangat, Dewasa (dengan mykad) - RM15.00, kanak-kanak (3 - 12 tahun - dgn mykid) RM6.00.  Memang betoi2 teruja budak berdua tu.  Akak just tengok ja gelagat depa, maleh nak masuk campur, biar en. abah yang handle...hehehe.  Telinga ni dah sakit asik dok dengar...BOLEH LA ABAH....BOLEH LA ABAH..KITA P SANA...BOLEHKAN...BOLEHKANNNNN

En. abah pun dah letih dengar si anak asik dok menyanyi nak ke sana, dia pun akhirnya setuju, melompat sakan budak berdua tu, so planning cuti sekolah yg akan datang, tak lain tak bukan ke KL BIRD PARK n I-CITY...yeeeehaaaaaaa...!!!!!

Monday, April 26, 2010

Nak Hanger Cam Ni

Baru-baru ni, akak ada beli majalah Keluarga bulan April (muka depan gambar Erra Fazira n Engku Alesya). Geram tengok Engku Alesya, sooo cute n montel.
Dah lama sebenarnya akak tak beli majalah, kalo dolu2, pantang ada majalah baru, sudah semestinya akak akan beli, tapi sekarang ni rasanya banyak sangat iklan2 dalam majalah tu daripada panduan2 berguna. So terus jadi maleh lagi nak beli majalah. Tapi kebetulan hari tu ntah macam mana boleh terbeli majalah tu, maybe tertarik tengok Engku Alesya kot.

Belek punya belek, akak terjumpa pamphlet promosi barangan di IKEA, bestkan kalo IKEA ada kat Kedah ni. Kali ni Bedroom Weeks Promotion, bermula dari 1 April - 9 May 2010. Kengkawan yang dok kat sana sudah semestinya dah p bershopping sakan. Akak ni buleh tengok pamphet n buka website ja la. Kalo p KL pun, akak tak penah berkesempatan nak kesana, ada saja yang menghalang...gerammmmmm.

Sebenarnya akak teringin sangat hanger bulat2 camni...hehehe, multi-use hanger, boleh akak gantung tudung-tudung warna warni kesayangan akak tu. Yang sedihnya promosi hanger camtu dah habis (12 - 18 April), harga promosi cuma RM19.00 ja. Kalo tak habis lagik promosinya, sudah pasti akak akan kerah tenaga si Angah+Angah Nora, tolong p IKEA, belikan untuk akak 2...hehehe. Sebenarnya akak dah puas mencari sekitar Alor Setar dan kawasan yang sewaktu dengannya, tapi masih blom berjumpa ngan idaman hati camni. Harap-harap lepas ni bila akak kluar ronda2 lagi ngan en. abah, akak jumpa multi use hanger camni.

Saturday, April 24, 2010

Pokok Jolok Cacing

Alhamdullillah sikecik makin sembuh dari demamnya, tapi merengek yang amat, asik nak berdokong ja.  Nak ke toilet, nak makan, nak main mainan, semuanya ngan mama, dah tak boleh bergerak simama ni, asik melekat aja ngan dia.  Sabar jelah, cuma sekarang ni dia tak ada selera nak makan, asik minum susu ja, kesian akak tengok, badan pun nampak ckit susut.  Mak akak kata ni mesti kes 'cacing', kalo bebudak tak dak selera nak makan, mesti cacing...hehehe, (cacing tengah berperang dalam perut agaknya) so kena bagi makan ubat cacing sekali lagi kot or kalo ikut petua owang tua2, bagi mandi ngan daun jolok cacing. 

Kengkawan penah dengar/tengok pokok jolok cacing, sape2 orang Kedah mesti tau pokok ni.  Pokok ni ada bunga dihujung, warna purple.  Ambil daun jolok cacing tu, ramas2 biar hancur dalam satu baldi, pastu mandikan anak dengan air daun pokok tu, tapi ada syaratnya.  Amboi bersyarat la pulak ekk, syaratnya ialah kena mandi badan sahaja, kepala tak leh mandi ngan air daun jolok cacing ni, nanti anak kita akan jadi letih tak bermaya, itu petua orang tua2 la, akak ikut ja.
Nilah rupanya pokok jolok cacing
So sekarang ni, akak tengah mencari2 pokok jolok cacing ni, nak mandikan sikecik akak tu. Pokok ni sebelum ni ada tumbuh kat depan umah jiran akak tapi dia dah mesin rumput baru2 ni ngan pokok2 tu skali dimesinnya. Harap-harap lepas akak mandikan sikecik ngan daun ni, dia makin sembuh dan ada selera nak makan.  Sekali sekala, apa salahnya kita amalkan petua orang tua2, sambil2 tu, ubat cacing tetap gak kena makan...tak gitu.

Thursday, April 22, 2010

Adik Pulakkk....Perlukah Antibiotik..??

Minggu lepas, siratu demam, macam biasa amik ubat, makan ubat, 2 hari lepas tu alhamdullillah dia sembuh.  Kali ni giliran sikecik pulak.  Hari Selasa malam, tengah dok tunggu abg balik tuisyen, akak rasa badan sikecik panas, lepas makan akak trus bagi dia ubat.  Hari Rabu pagi, bangun nak g keja, akak rasa badan sikecik panas lagi, trus tak jadik nak p keja.  Akak bawak ke klinik, Doc. bagi ubat demam n sesema, tak perlulah antibiotik, sebab sikecik demam tak la serius sangat, tapi Doc cakap kalo 2,3 hari lagi sikecik masih tak sembuh, datang semula amik antibiotik. 

Dari apa yang akak tahu, antibiotik ni sebenarnya tak boleh diamalkan selalu, nanti badan kita asik harapkan antibiotik sampai tak leh nak lawan penyakit ngan sendirinya.  Tapi dah 2 hari sikecik akak tu demam, makan ubat tapi 4 jam lepas tu panas semula.  Dah macam2 petua yg akak buat, mandikan dia la, bagi minum air kelapa la, apa lagi petua ekk untuk sembuhkan demam sikecik akak tu, ke akak perlu g jumpa Doc semula, amik antibiotik ???  Risau la, bulan 2 lepas sikecik demam, ni demam lagi, tapi memang sekarang ni musim bebudak demam errmmm tapi bukan bebudak aje, owang tua pun sama...hehehe.  

Monday, April 19, 2010

Petua Mandi

Alhamdullillah, siratu dah sembuh dari demam sekepoi dia tu.  Hari ni dia dah mula kesekolah, excited pasal dapat tukar kelas yang lebih baik. Tu pun puas akak kena leter ngan ibu tercinta, katanya akak biarkan anak2 mandi seniri, patutnya akak yg mandikan anak2, jangan slalu biarkan depa mandi sendiri.  Pasal tu la siratu demam, mandi tak cukup, panas tak keluar katanya.  Terkebil kebil gak biji mata rabun akak ni dok pkir, dah besar pun anak2 akak, sowang darjah 5 n sowang darjah 1, memang patut mandi seniri, takkan le semua nak harapkan diriku ini. Sikecik tu memang le patut kena mandikan, baru 2 thn 5 bulan.  

Mandi pun kena ada peraturan, bukan boleh main belasah cam gitu ja. Petua mandi yang betul cenggini ok, tak boleh mandi trus kepala, kena bermula dari bawah, kena mandi dari kaki sampai ke lutut dulu, dari lutut hingga ke pinggang, dari pinggan ke leher, pastu baru boleh mandi kepala, mandi kena lama2 biaq panas yg ada dlm badan keluar.  Puas la akak tadah telinga dengar petua pasal mandi, walopun sebenarnya akak dah lama tau punnnnnnn. Kalo tak dengar siibu tercinta berleter, nanti kecik ati lak dia....tahan jalah telinga ni, maleh nak mempertahankan diri, walopun sebenarnya time akak free, bebudak besar berdua tu akak yg mandikan.  Dah nak demam, nak buat camnekan....

So sekarang ni, kalo si abang n siratu nak mandi, cepat2 akak pesan...jangan lupa mandi kaki dulu tau, kang bising lak tok umi kamu tu.

Panjang Umurnya, Dah 59 Pun

Akak ingat masa akak dalam usia belasan tahun gitu, kalo Akak n Angah tak semayang, slalunya kami berdua suka sangat lengah2kan semayang, bila ayah akak dapat tau, sudah semestinya kami di denda.  Dendanya....ermm mudah ja...berdiri tegakkk...zappppp...siap la montot masing-masing pedih kena libas ngan rotan...dihujung rotan tu pulak diikat ngan getah...sudah semestinya pedihhhh yarabbi bila kena libas camtu.

Masa akak tengah bercintan cintun ngan en. abah dulu, kalo nak kluar dating sudah semestinya kena minta kebenaran dari ayahanda tercinta.  Nasib baik ayah akak benarkan kami berdua keluar dating dengan syarat kena balik awal, kena ada diumah sebelum pukul 7 malam (sebelum maghrib le tu), kalo balik lewat, dendanya....lepas ni dah tak leh kluar dating lagi, so pepandai la buat pilihan yg bijak...hehehe.

Ayah akak memang garang, kalo bergayut lama kat tipon pun menjadi satu kesalahan...silap2 tengah asyik masyuk bergayut..tetiba ja..tuttt...tuttt...tuuttttt...line terputus...wayar tipon ayah akak dah cabut..hehehehe...hangin dibuatnya.  Kalo dia marah, sekali jegil/sekali berdehem ja kami berdua dah faham...dah tak berani nak cakap banyak, diam seribu bahasa.  Itulah ayahanda tercinta.

Sekarang bila dah ada anak sendiri, barulah tau kenapa ayah akak selalu buat macam-macam peraturan pelik kat kami berdua (akak n angah)....ada sebabnya...itu tandanya dia amat sayangkan kami dan hanya nakkan yang terbaik untuk kami.  So hari ni 19 April 2010, genaplah umo ayah akak 59 tahun.

Untuk ayahanda tercinta, semoga panjang umur,
dimurahkan rezeki supaya dapat kita g umrah sekeluarga
n ceria selalu bersama 4 orang cucu tercinta walopun
depa ni amatlah nakal n lasak, sah2 ayah akak
pening kepala ngan gelagat cucunya yang tak makan saman

Sunday, April 18, 2010

Ratuku Kurang Sihat....Akak Cuti

Hari Khamis lepas, ada sukan kat sekolah anak-anak akak.  Si abang terlibat dalam perbarisan pasukan rumahnya.  Si ratu lak tak terlibat dalam apa2 aktiviti, tapi nak pegi gak sebagai penonton dan untuk memeriahkan suasana.  Akak ada gak melarang siratu pegi, memandangkan cuaca sekrg ni yg panas membahang, risau gak nanti, takut demam.

Hari Sabtu, siratu dah mula merungut kepalanya rasa sakit.  Akak dah agak ni mesti kes berpanas kat skolah ari Khamis lepas.  Sebelah petangnya, siratu dah mula muntah2, badan pun dah makin panas.  Akak cepat2 bagi dia makan ubat.  Memang betul siratu demam tapi dia nak gak g makan Pizza Hut, teringin nak makan Spagetti Meatball katanya...layan jelahhh.  

Kalo masih demam, akak tak bagi siratu kesekolah tapi apakan daya, pagi Ahad tu, awal2 lagi dia dah bangun, nak kesekolah walopun badan masih panas.  Minggu lepas akak ada terima surat dari cikgu kelas siratu bagitau siratu dapat naik ke kelas yang lebih baik selepas dia jalani ujian LINUS.  Ujian untuk semua murid Tahun Satu selepas 2 bulan bersekolah, bagi menguji tahap penguasaan dalam menulis, membaca dan mengira. Happy sangat siratu dapat bertukar ke kelas yang lebih baik, sebab tu bersemangat sangat nak kesekolah.

So hari ni, akak cuti, risau gak nak biarkan siratu kesekolah dalam keadaan tak sihat walopun ada si abang.  Sebelum ke sekolah pagi tadi, akak dah bagi siratu makan ubat.  Pukul 9.45 pagi, waktu rehat siratu, akak dah siap tunggu dia kat kantin.  Rupa-rupanya dia dok berdiri dibelakang tiang kantin, sambil menangis, nak muntah katanya, nak makan pun tak berselera.  Lepas rehat akak terus g jumpa cikgu kelas barunya minta kebenaran nak bawa siratu balik.  Harap-harap dalam masa 2,3 hari lagi siratu sembuh dari demamnya...aminn

Friday, April 16, 2010

Singgah-Singgahlah Ke Sini - Segmen Jelajah Blog Ibu

Dalam beberapa minggu lepas, akak ada naik atas loteng (tempat simpan brg2 lama) nak cari sijil2 zaman akak blajar dolu2...bila nak guna baru kelam kabut nak mencari, tapi akak tahu semuanya akak simpan ditempat yg selamat.  Cari punya cari...akak terjumpa album lama masa akak blajar kat Manjung dulu.  Trus teringat kenangan lama.  Masa akak memuda dulu (macam la sekrg ni tua sgt), segala apa saja yg berlaku setiap hari, akak catatkan dlm diary.  Sayang sungguh kat diari tu, siap letak bawah bantal.  So setiap mlm sebelom tdo, mesti tercatat sesuatu dlm diary tu.  

Masa dah berlalu, rasanya owang zaman sekrg dah tak tulis diary lagi cam akak dolu2.  Sekrg ni segala kenangan, segala apa yang berlaku sepanjang kehidupan kita telah diabadikan dalam blog.  So sekrg ni segala apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kami sekeluarga, ada dalam blog ni. 
Memula akak start buat blog, hanya utk display barangan AVON (maklumla dealer AVON) untuk kengkawan kat ofis ja.  Depa tengok blog akak, depa boleh terus order brg2 AVON..tapi bila akak singgah umah kengkawan yg ada blog, rasa sronok lak baca kehidupan seharian depa.  So akak pun nak buat gaklah satu blog pasal kehidupan seharian akak sekeluarga, semuanya untuk tatapan anak-anak akak dan kawan-kawan tercinta maka terciptalah "contenghidup.blogspot.com".  Sedar2, dah hampir setahun lebih akak memblog, sronok sangat dapat ramai kawan, dapat berkongsi pelbagai pengalaman suka duka dan juga info2 yang menarik untuk panduan kita semua.
Kebetulan sekarang ni, akak nengok kat blog kengkawan, dah ramai pun sertai Segmen Jelajah Blog Ibu oleh En. Ben Ashaari dan dah ramai pun yang diterjah oleh En. Ben yang handsome tu.  Antara blog kengkawan akak yang dah diterjah ialah....blog Ibu Ayra, blog Kak Yong dan ramai lagi.  So akak pun teringin gak blog akak diterjah oleh En. Ben.  So kepada En. Ben yang dihormati, lepas geledah dapo umah kengkawan n dah makan kenyang2 tu, singgah2 le kat umah akak laks ekk.

Potong Kuku

Hari ni, hari Jumaat, hari minggu bagi akak kat Kedah ni.  Hari minggu jugaklah merupakan hari yang paling sibuk, hari untuk mengemas umah, bukak kedai dobi (sekiranya cuaca mengizinkan), nak masak, nak hantar anak g tuisyen, nak lipat kain..segala mak nenek kejalah yg nak dibuat time hari cuti camni.  Kalo hari bekerja, balik keja pun dah 6.30 ptg...letih/penat tuhan aje yg tahu...so keja mengemas, mendobi dan yang sewaktu dengannya tu..dibuat ckit2 jelah.

Hari Jumaat jugaklah merupakan hari potong kuku kami sekeluarga....hehehe....mesti kengkawan dok pkir, apalah yang akak Su dok merepek ni.  Setiap hari Jumaat, en. abah akan panggil anak2 beratur utk sesi potong kuku.  Dia akan potong semua kuku kaki n tangan anak2nya termasuklah isterinya sekali...tu yg best.  Bukannya si isteri yg potongkan kuku sisuami, terbalik jadinya, sisuami yg potongkan kuku siisteri, tq so much en. abah atas servis tu..hehehe

Kebetulan baru2 ni, member kat ofis ada forwardkan emel, aturan potong kuku mengikut sunah Nabi, so bolehlah akak kongsi ngan kengkawan semua.  Sebenarnya dari sekolah rendah lagi kita dah belajar aturan potong kuku ikut sunaah Nabi tapi rasanya jarang diamalkan.  Mungkin kengkawan kat luar sana mengamalkannye tetapi akak mahupun en. abah kengkadang terlupa, main potong ja mana yg rasa nak potong dulu.  Harap-harap lepas ni tak terlupa nak potong kuku ikut sunnah Nabi...insyaallah

Tuesday, April 13, 2010

Sayangilah Mereka

Sejak akhir2 ni, kes pembuangan bayi n penderaan kanak2 dah makin kerap diperkatakan.   Tambah2 lagi kes pembuangan bayi, frontpage lagi, siap tunjuk mayat baby dihurung semut, diikat dlm plastik bag dan dihumban ke sungai...kesian sangat.  Tak dapat nak digambarkan dengan kata2 bila akak tengok gambar2 camtu, sedihhhh sangat.

Akak ingat lagi, masa akak lahirkan anak akak yg no. 2, Abdul Rahman. Akak lahirkan dia tak cukup bulan, sama cam akak lahirkan Ami, cuma Tuhan lebih sayangkan dia.  Dia meninggal dunia akibat terlilit tali pusat dileher.  2 minggu jugak le akak meroyan, menangis ingatkan dia, terbayang2 muka cumel dia, walopun beratnya hanya 500g.  Sebab tu bila akak tengok gambar baby dlm suratkabar..akak sedih sangatttt....sudah lahhh...lagi lama bercerita, lagi rasa sedih.  Kalo Abdul Rahman ada, dia dah masuk darjah 3 pun.

So kepada remaja diluar sana, berfikir sebelom melakukan sesuatu, terlajak perahu boleh diundur, telajak perbuatan buruk padahnya.  Anda mungkin terlepas dari hukuman dunia, tp ingat...diakhirat nanti, jenoh berjawab di atas segala perbuatan yang telah anda lakukan.  Baby yang tak bersalah tulah yang jadi mangsa.  Berani buat tapi tak berani tanggung, geram betul akak.  Kalo tak nak sekalipun kat baby tu, atas  perbuatan sumbangan anda tu, jangan tambahkan lagi dosa anda, jgn bunuh baby tu...kesian dia. Opppppss maap..tetiba je akak rasa emotional sgt, rasa nak marah sgt.
Akak rasa semua ibu2 kat dalam dunia ni mesti punyai perasaan yg sama 
cam akak....paling suka tengok muka anak2 time depa sleepp...
nampak kesian sangatttt

Kepada rakan bloggers semua, marilah sama2 kita menjayakan kempen ini

Sunday, April 11, 2010

Jubah Baru n Sesi Jawab Tag

Gambar dibawah ni adalah gambar 3 orang model yang sedang memperagakan pakaian jubah dari Mekah...hehehe.  Dah storikan sebelum ni mama n ayah akak g umrah, so nilah buah tangan dari sana selain dari buah kurma n air zam-zam.  Happy bukan main bebudak bertigas tu bila tok ayah n tok umi depa belikan jubah ni.  Sekarang ni nak g ngaji Quran, sudah semestinya depa pakai jubah tu..bersemangat waja btoi....tapi memang nampak cute sgt bila depa pakai camtu.

Penah tengok drama bersiri Qalesya. Drama yang ditayangkan bulan puasa tahun lepas.  Akak n anak2 tak ketinggalan tengok citer ni, kalo tak sempat tengok sebelah malam, akak tengah lepas sahur...sronok..citer pasal pelajar2 yang bersekolah di sebuah Sekolah Agama...macam2 gelagat depa.  So bila anak2 akak pakai jubah camtu, terus teringat kat citer Qalesya.  Ami pun ada kata, bila pakai jubah camni terasa cam pelakon drama Qalesya la pulak...hehehe. 
Dah kebetulan akak tepek gambar budak bertigas ni, akak nak ucapkan jutaan terima kasih pada Shikeen a.k.a Cybermummy pasal bagi akak award ni.  Award untuk semua ibu dan yang bakal jadi ibu.  Bukan bagi award aje tau, siap ada tag yang perlu dijawap.  Tag pasal anak2 le jugak.
Mai cek mai...kita sama-sama jawab tagnyerrr

1.   Bagi ucapan kepada sape yg bagi award ni dan tepek award ni dlm blog masing-masing.
  SIAP...BOSSSSSS

2.  Listkan tarikh lahir anak-anak dari yang 1st hinggala seterusnya...jangan lupa letak sekali nama anak tu. (Gambar sila rujuk di atas)
---------------->  Yang No. 1 Mohd Hizami      - 30/3/1999
---------------->  Yang No. 2 Syamimi Syaza   - 19/11/2003
---------------->  Yang No. 3 Hamiz Sanim      - 20/11/2007

3.  Sesiapa yang pregnant, sila letak gambar gambar anda tengah pregnant tu
Hehehe....bab preggy ni...akak dah pencen...cukup le 3 orang tu..so tak dak le gambar tengah preggy.  Gambar lama memang ada...tapi buruk sangat rasanya....kembang setaman, tu belum nengok kat idungnye...kembang cam jambu air.

4.  Bagi award ni pada sesiapa yang hotmummy
Mummy2 yang panazzzz....sila jawab tag ini ok
------->  ena
------->  izan ishak
------->  mekNa
------->  are10
------->  syuhada kamal 
------->  mekDa 
------->  yati xstitch

Thursday, April 8, 2010

N3 Untuk Hilangkan Boring...Layan jelahhhhhhh

Hari-hari yang dilalui minggu ni seperti biasa, semuanya dipenuhi dengan keja kat ofis, hilai tawa kwn2 sepejabat dan gelagat anak2 kat umah yang tak reti nak dok diam walopun seminit..ada saja aktiviti nakal, lasak yang depa buat...tu belom masuk perang mulut antara abg n siratu.  So hari ni hanyalah n3 untuk hilangkan boring...harap kengkawan tak busann nak baca...hehehe

1.  Produk Nestle - Nestum Fruits Mixed Cereal
Akak nak promote produk nestle ...(macam le akak pekerja nestle) Nestum Fruits Mixed Cereal.  Akak beli mende alah ni kat Tesco.  Memula tu sesaja beli nak try, sedap ka tidak.  Bila sekali dah cuba, nak lagi...memang sedap dan mengenyangkan sementara nak tunggu lunch.  Ada dalam 3 perisa,  perisa Apple & Cranberry, Apple & Oren dan Prune.  Tapi akak lebih suka perisa Apple & Oren pastu campurkan ngan susu segar....fuhhh besttt....cubala. 

2.  PC ku biol
Dah 3 hari pc kat umah tetiba ja biol, demam agaknya, so aktiviti bela bintang kat zoo/blogwalking  terpaksa ditangguhkan hingga pc diberi mkn panadol.  Harap2 pc akak cepat sembuh...rindunye kat dia. Kat ofis sekrg ni pun dah susah nak jengok2 umah kengkawan pasal server pun slow aje..lambattt...lecehhh tolll la.  Mintak maap bebyk le  kengkawan kalo akak tak sempat nak tinggalkan komen, memang nak sgt mengomen tp server kat ofis pun demam gaks.

3.  Bengkel Kecantikan Serlah Anggun
Sapa jadik Dealer Avon..sila angkat tangan.  Akak angkat tangan dulu...hehehe Jom beramai2 kita p Bengkel Kecantikan Serlah Anggun bersama Avon.  Tapi tempat duduk terhad aje tau..hanya 150 untuk setiap peserta.  Harga tiketnya RM150 seorg. Sape wakil Avon boleh beli tiket secara tunai kat Bukit Kecantikan Avon ok.  Bengkel akan berlangsung dari pukul 1.00 tghari - 6.30 ptg kat lokasi berikut...
25/4/2010 - Hotel Nikko, Ampang
2/5/2010 - Tower Regency Hotel, Ipoh
8/5/2010 - Hyatt Regency, Kuantan
15/5/2010 - Sunway Hotel, Seberang Jaya, Penang
23/5/2010 - Grand Paragon Hotel, JB
30/5/2010 -  Mahkota Hotel, Melaka
6/6/2010 - Promenade Hotel, Tawau, Sabah
13/6/2010 - Grand Palace Hotel, Miri, S'wak
Rakan2 yang berdekatan ngan tempat2 diatas, boleh la p

Yang menarik kat bengkel tu nanti....
-   ada demo, tip solekan glamor oleh jurusolek selebriti terkenal, Zulfazli Suhadi
-   sesi 'penampilan diri menarik' oleh pelakon Norish Karman
-   sesi 'imej menawan : Avon Jewellery & Gaya bertudung oleh Pn. Mona Din (Pengarah Urusan Hajaba)
-   peluang menang cabutan bertuah & hadiah utama utk penampilan paling menarik dan byk lagi

 4.  Cheese Tart & Strawberry CC
Ni hasil masak Mekna.  Memang sedap.  Akak tempah utk birthday Ami hari tu.  Rupanya bebudak bertigas tu suka sgt...so akak tempah lagi.   Akak pun dak rekomen kengkawan kat ofis akak so tempah cheese tart kat Mekna, memang tak rugi...dijamin sedap.  Nak buat maleh...asik menempah aje...bila la reti nak buat sendiri....asik2 bagi alasan...tak dak oven kat umah.  Nampak gayanya lepas ni kena menuntut ilmu kat Mekna, cara-cara nak buat cheese tart  ni...tak gitu mekna..???
Akak happy, member akak baru ja call jap tadi, PC akak dah sembuh dari demam, boleh datang amik hari ni gak...horeeeeyyyy....akak undur diri dulu ekkk...nak g amik PC...byeeee...jumpa lagi

Tuesday, April 6, 2010

Tag Linda Manisssss

1.  Adakah anda rasa anda hot ?
 - Yup sudah semestinya akan rasa HOT kalo ada yang suka mengutuk, mengumpat, mengata akak kat blakang.  Kalo rasa tak puas hati, ckp depan2 ok
-  Rasa HOT gak, kalo tengah drive, anak2 bergaduh dlm keta, boleh sakit jiwa beb, mana ngan kita tengah drive.
-  Makan sambal belacan bebanyak pun boleh HOT gak...meleleh air idung, kalo tak caya...try le

2.  Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang.
3.  Cerita pasal gambar ini
Ni wallpaper gambar pc kat umah. Gambar yang paling akak suka n sayang.  Gambar kenangan kami sekeluarga.  Nilah wajah2 kesayangan hamba.  Kalo tak salah akak, time Raya Haji tahun 2009, Angah balik beraya kat sini

4.  Kali terakhir makan pizza ?
29 Mac 2010 baru2 ni, celebrate birthday Ami yang ke 11 kat sana.  Celebrate awal sehari pasal en. abah kena outstation.  Gadis yang berbaju putih tu, Kak Chik (anak sedara en. abah), dialah yang menjaga anak2 akak sepanjang mama/ayah akak g umrah.  Thank you so much Kak Chik

5.  Lagu terakhir anda dengar
Lagu bertajuk Noktah Cinta, Hafiz AF yg nyanyi...kengkawan penah dengar lagu ni...best...videoclip lagu ni pun best gak, cuma yg nampak cam lawak sgt kat videoclip tu bila owang yg sakit...tersedar n trus boleh nyanyi.

6.   Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
Sambil makan mende alah ni....sedap tau...kalo nak tau kesedapannya...kena la beli.
 
7.  Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa ?
Semua anak2 sedara / sepupu sebelah akak panggil akak  - Ayong or Mak Long
Family sebelah en. abah panggil akak - Mak Tam (errrmmm hitam sangatkah aku ni...??? hehehe)

8.  Tag lagi 5 orang
Akak rasa dah ramai rakan2 blogger yg dah buat tag camni...so tak payah le akak tag sape2...tapi pada rakan-rakan yang belom penah buat tag camni....anda dipersilakan membuatnya ok

9.  Berikan 5 yang anda tau tentang org yg tag anda
-  Linda yang manis, cute...sekali pandang cam tak kawin lagi
-  Linda ada jeans yg bling..blingg...amat suka akak nengok jeans tu
-  Mummy to Harith, Danish & Damia yg cute (macam maknye gak)
-  Blognya banyak diisi  dengan petua2 rumahtangga...syok membacanya
-  Sekarang ni tengah bizi mempromote produk mahkota dewa

Fuhhh lega...akhirnya berjaya gak siapkan tag ni.

Saturday, April 3, 2010

Dah Balik Pun

Hati tak sabar2 nak tunggu tarikh 3 April.  Nak tengok wajah kesayangan hamba.  Dah 2 minggu akak tak menatap wajah2 tu, cuma dengar suara ja tupun selang 3, 4 hari.  Alhamdullillah, walopun cuma dpt dengar suara, akak tahu depa berdua sihat walafiat.

Tarikh yang ditunggu akhirnya tiba jugak, akak bertolak dari rumah ke Penang dlm pukul 2.00 ptg, sepanjang perjalanan, hujan lebat, sampai airport Bayan Lepas dah dekat pukul 4.00 ptg.  Angah tak dapat balik, keja.  Sementara nak tunggu ketibaan flight pukul 5.10 ptg Jeddah - S'pore, kami lepak2 dulu, tengok owang lalu lalang sambil minum teh o ais n karipap kat kopitiam berhampiran.
Sempat gak lepak-lepak kat kaunter Airasia, ada promosi ke India
Sesapa nak g Mumbai, jumpa Shah Rukh Khan ke, Kajol ke...boleh

Flight yang ditunggu2 sampai awal, dalam pukul 4.58 ptg. Puas gak menunggu nak amik bag, lagipun jemaah umrah yg lain pun ramai gak, mana ngan bagnya, air zam zam lagi.  Tunggu punya tunggu, hampir pukul 5.25 ptg barulah wajah yang dirindu pun muncul...dengan linangan airmata, ibu tercinta memang sejak azali macam tu, ratu airmata...so sifatnya itu, ada gak la ckit2 kat akak n ratuku...hehehe.
 hilang rindu, bila dah dpt tengok depa
sesi masuk brg dlm bonet.  
Jom balik...kita makan kurma n minum air zam zam

Thursday, April 1, 2010

Soalan Hangit....

Perbualan antara seorang anak yang meningkat remaja n seorang ibu yang tengah dok tengok tv...dah lupa cerita apa...hehehe

Ami      >   Ami rasakan mama, Ami ni dah dewasa, kata orang dah 'baligh'

Mama  >  Dengan muka yang blurrrr...tergezut bila sianak merasakan yang dirinya dah baligh.  Tak sangka si anak nak tanya soalan camtu. Lalu si ibu pun bertanya...macam mana Ami tau Ami dah baligh..???

Ami  >  Mama dengaq dak suara Ami sekarang ni, dah jadi serak2 basah..dah jadi kasarrr...sambil terbatuk-terbatuk

Mama  >  Alahhhh Ami batuk tu, sebab tu la suara jadi camtu (rasa geli hati).  Amikan tak sihat..batuk n sesema

Ami  >  Dak la mama, memang Ami dah baligh rasanya...kawan-kawan kat skolah pun kata suara Ami dah kasarrr.  Kalo suara dah jadi kasarrr, ustaz kata dah 'baligh'.

Mama  >  Masih nak menguji anak kesayangan tu....Ami dah mimpi ke..???

Ami  >  Mimpi apa mama..???? Penuh perasaan nak tau...

Mama  >  Hehehe...kalo tak mimpi ....belom 'baligh' lagi la tu....(dengan selambernya bangun dari kerusi dan berjalan trus ke dapo..hehehe...dalam hati...'terasa bangga sangat la tu...kalo dah 'baligh').

Fuhhh lega....nasib baik la dia tak lagi bertanya lepas tu....may be dok pikiaq...apa makna 'mimpi'.  Kalo dia tanya pasal 'mimpi' tu..apa akak nak jawab....kawan-kawan tolong kasi idea sat...hehehe